Perkhidmatan Kami

Perkhidmatan Kami
DEDAUN HIJAU DI ANGIN LALU-MANAF HAMZAH

DEDAUN HIJAU DI ANGIN LALU


Alhamdulillah, ramai yang membeli novel lagenda ini :), dari utara ke selatan.  Ada dari Kedah, Perak, Johor, Selangor, Negeri Sembilan dan Pantai Timur.  Oleh kerana sambutan yang menggalakkan, Nazqim Bookstore telah menambah stok novel Dedaun Hijau di Angin Lalu.  Sila hubungi kami untuk urusan pembelian dan penghantaran. 012-7727567 atau 019-7404567

Friday, August 29, 2014

Hadirnya Dia - Eizda Amani


Tajuk:  Hadirnya Dia
Penulis:  Eizda Amani
Penerbit:  Fajar Pakeer
Harga:  RM18.00

Saya suka buku ini.  Walaupun sedikit dramatik, secara keseluruhannya ianya realistik.  Juga diselitkan sedikit hukum hakam agama seperti ibu susuan, poligami yang diharamkan sesama adik-beradik dan sebagainya.  Cerita ini mengenai seorang gadis yatim piatu yang tinggal bersama nenek, ibu saudara dan sepupu.  Belajarnya setakat SPM dan bekerja di sebuah taska.  Pergi kerja balik kerja hanya dengan mengayuh basikal.  Pandai memasak dan menjahit.  
            Watak Syifa digambarkan sebagai gadis biasa yang tidak 'control' ayu dan tidak juga kasar.  Biasa-biasa saja.  Tidaklah tersipu-sipu malu bila dipuji dan tidaklah pula memberontak apabila marah.  Tidaklah hanya berserah, menangisi takdir hidup tapi pandai keluar dari masalah diri dan pandai berkata-kata untuk mempertahankan diri.  
  
    Najihah Syifa membesar tanpa kasih sayang serta belaian seorang ibu.  Dia menjadi mangsa perceraian ibu dan ayah.  Sedari kecil, dia dilayan sebagaimana layaknya seorang hamba oleh Busu Nonie. Dia akhirnya berjaya melepaskan diri daripada cengkaman Busu Nonie yang kejam lalu melarikan diri ke KL tanpa ada tempat hendak dituju.  

  "  Nasib baik muntah biasa.  Kalau muntah darah, mahunya tak ada harapan budak ni nak hidup lagi". 

Kalaulah tidak kerana dilanggar oleh Yuzi, Syifa sendiri belum tahu untung nasibnya di KL.  Ibu Yuzi, Puan Tamimah, bersungguh-sungguh mahu Syifa tinggal bersama mereka, lantaran kasihankan gadis naif yang baik budi pekerti itu.  Lagipun, kehadiran Syifa ke dalam keluarga mereka pasti dapat memberi peluang kepada Alya untuk merasa belaian seorang ibu.  

"Syifa... saya masih setia mencintai awak. Sudi tak awak jadi isteri saya?"

Lamaran daripada Cikgu Zaquan, lelaki pertama yang mengajarnya tentang erti cinta, benar-benar membuatkan Syifa kelu.  Apatah lagi, lamaran itu di hadapan Yuiz, yang terlebih dahulu melamarnya.  

Tegakah Syifa melukakan hati Yuzi yang begitu lama menanti jawapan daripadanya?  Namun tergamakkah Syifa memusnahkan impian Cikgu Zaquan yang terlebih dahulu mencuri hatinya? Antara Yuzi dan Cikgu Zaquan, siapakah yang lebih layak mendapat tempat teristimewa di hati Syifa?

Thursday, August 7, 2014

Derma Ketika Susah

Ketika diri sendiri ditimpa masalah kewangan, terasa amat sayang untuk memberi derma kan?  Tetapi ketika itu jugalah ada orang datang meminta derma atau sedekah.  Begitulah yang selalu berlaku pada saya. Sedang saya berkira-kira menggunakan duit hasil jualan untuk pelbagai perbelanjaan seperti utiliti dan hutang pembekal, selalunya akan adalah yang datang.  Inilah yang berlaku pada hari ini.  Dua orang lelaki dari Kashmir, Pakistan, meminta derma untuk pembelian Al-Quran braille untuk pelajar-pelajar buta di sana.   
           Hati berkira-kira, mahu memberi atau tidak?    Berbelah bahagi kerana duit itu amatlah diperlukan untuk kelangsungan kedai.  Anyway, saya yakin, ini adalah ujian dari Allah.  Dia datangkan dua lelaki ini untuk menguji sejauh mana iman saya ketika ada duit di tangan.  Bukankah Allah sudah berjanji; 


Allah Ta’ala berfirman: “Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh butir, pada tiap-tiap butir seratus biji. Allah melipatgandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki . Dan Allah maha luas (kurnia-Nya) lagi maha mengetahui” . (Al Baqarah (2) : 261).

(Ayat ini, honestly, saya pertama kali dengar dari Dato' Rosyam Nor...:) )

Saya tanya serba sedikit kepada lelaki berkenaan. Suspicious jugak sebab yang lagi seorang tidak ada rupa Pakistan, tetapi lebih kepada muka Melayu. Tapi yang banyak bercakap adalah lelaki yang seorang lagi, yang lebih berusia, bernama ...tak ingatlah saya tapi ada Khan di belakang nama. Katanya di sini, dia bermalam di masjid India di JB. Ada masjid India di JB? Entahlah.


Berbaik sangka sahajalah. Saya anggap Tuhan sedang tunggu masa saja nak bagi saya rezeki melimpah ruah kalau saya saya berderma kepada mereka. Perlu ada pemikiran begini sebab duit yang ada amatlah diperlukan untuk diri sendiri. Jadi, saya bukak laci, ambil satu not RM20 dan satu not RM10. Itu sahajalah not besar yang ada. Selebihnya adalah not RM5 dan RM1. Jadi, RM30 sajalah yang mampu didermakan. Semasa keluar, seorang pelanggan saya menghulurkan RM10 lagi kepada mereka. Alhamdulillah.

Sesungguhnya orang-orang yang bersedekah baik laki-laki mahupun perempuan dan meminjamkan kepada Allah pinjaman yang baik, nescaya akan dilipat-gandakan (ganjarannya) kepada mereka; dan bagi mereka pahala yang banyak.” (Qs. Al Hadid: 18)

Sebenarnya disaat ini, Allah sudahpun menggantikan semula apa yang saya dermakan tadi dengan jumlah dua kali ganda.  Thank you Allah.  Allah tidak mungkir janji, percayalah.  

Tuesday, August 5, 2014

Solat Sunat Sebelum Subuh

HADIS-HADIS MENGENAI SOLAT SUNAT FAJAR

Daripada Aisyah RAha daripada Nabi SAW, bersabda:
رَكْعَتَا الْفَجْرِ خَيْرٌ مِنْ الدُّنْيَا وَمَا فِيهَا
“Dua rakaat (sebelum solat) fajar (subuh) lebih baik daripada dunia dan seisinya.” (HR. Muslim no. 725)

Daripada Aisyah RAha dia berkata:
لَمْ يَكُنْ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَلَى شَيْءٍ مِنْ النَّوَافِلِ أَشَدَّ مِنْهُ تَعَاهُدًا عَلَى رَكْعَتَيْ الْفَجْرِ
“Nabi SAW tidak pernah sangat tekun mengerjakan suatu solat sunnah sebagaimana tekunnya baginda mengerjakan solat dua raka’at fajar”. (HR. Al-Bukhari no. 1169)

Niat solat sunat sebelum Subuh:-


Usalli sunnatal subhi raka'ataini lillahi ta'ala.
Ertinya:
Sahaja aku sembahyang sunat subuh dua rakaat kerana Allah Ta'ala.

* Dilakukan sebelum selepas azan Subuh dan sebelum solat fardhu Subuh.
Al-Bukhari dan Muslim meriwayatkan dari Abu Hurairah R.A. bahawa Rasulullah SAW membaca surah Al-Kafirun pada rakaat pertama dan surah Al-Ikhlas pada rakaat kedua.


Doa:-
Wahai yg hidup selama-lamanya, wahai yg mpunyai kebesarandan kemuliaan aku memohon kpdMu supaya mghidupkn hatiku dgn nur mkrifatMu, Ya Allah, ya Allah, ya Allah yg mghidupkn yg mati, wahai Yg Maha Pemurah dan Maha Penyayang.

* Tiada solat sunat selepas Subuh.  

Monday, August 4, 2014

Islamic Insurance

Dalam family saya yang empat beranak ini, kami ada empat insurance berbeza untuk setiap individu respectively.  Dalam empat syarikat insurans ini, perkhidmatan Great Eastern lah yang terbaik bagi saya, dan dalam keluarga kami, sayalah pemegang polisi Great Eastern.  Perkhidmatan yang bagus itu, yang sudah saya ambil polisinya semenjak bujang iaitu tahun 2000, amatlah sayang untuk saya hentikan.  Namun, ianya bukanlah Islamic Insurance.  Pelaburannya meragukan, so, demi Allah s.w.t yang telah menciptakan kita di bumi ini, berdasarkan pengetahuan yang ada, kami semua bertukar ke Takaful Malaysia.
            Di bulan Ramadhan yang lepas,  saya telah pun 'surrender'kan polisi kesihatan saya itu.  Turut ditamatkan polisinya adalah plan pendidikan untuk anak perempuan saya bersama AIA.  Saya mengisi borang dan hantar borang pada hari yang sama.  Selang satu jam berurusan di Great Eastern, pergi pula ke pejabat AIA untuk tujuan yang sama; surrender.  Namun, hari ini, selepas lebih kurang dua minggu, saya telahpun mendapat cek saya dari Great Estern.  Itupun, sebenarnya sudah sampai 2,3 hari sebelum, cuma kami tiada di rumah.  So, dapat slip sajalah.  Kena ambil sendiri di Pos Laju.  Anyway, begitulah, pantasnya mereka buat kerja.  Syabas. Tapi, saya perlu memilih Islamic Insurance / Takaful sebab saya orang Islam.  Sayang?  Memanglah sayang, sudah 14 tahun, but I love Islam more.  My priority is Allah and Rasul.  If something that I had, would keep me away from Allah, I don't need it anyway.