Perkhidmatan Kami

Perkhidmatan Kami
DEDAUN HIJAU DI ANGIN LALU-MANAF HAMZAH

DEDAUN HIJAU DI ANGIN LALU


Alhamdulillah, ramai yang membeli novel lagenda ini :), dari utara ke selatan.  Ada dari Kedah, Perak, Johor, Selangor, Negeri Sembilan dan Pantai Timur.  Oleh kerana sambutan yang menggalakkan, Nazqim Bookstore telah menambah stok novel Dedaun Hijau di Angin Lalu.  Sila hubungi kami untuk urusan pembelian dan penghantaran. 012-7727567 atau 019-7404567
Showing posts with label Tazkirah. Show all posts
Showing posts with label Tazkirah. Show all posts

Monday, April 17, 2017

Ujian Hidup

Assalamualaikum, 
Tadi pagi saya tengok Tanyalah Ustaz. Ada Ustaz Abdullah Mahmud, ustaz kesukaan saya. Suka sangat dengar dia punya ceramah. Tajuk pagi tadi adalah Ujian Hidup. Ada seorang wanita bertanya di FB mengenai ujian susah mendapat zuriat. Ustaz ada bagi petua untuk memperolehi zuriat. Kepada yang berkenaan, boleh cuba. 

1. Ambil daun mengkudu, potong kecik-kecik.  

Image result for contoh gambar daun mengkudu


2. Masukkan dalam gelas. 
Image result for Gambar mug



3. Masukkan juga sesudu kecil cuka.

Image result for gambar cuka malaysia


4. Kemudian, tuang air panas yang mendidih ke dalam gelas tu. 
Image result for pour the hot water into the mug picture


5. Agak-agak dah sejuk sikit, minumlah. 

Image result for muslim women drinking tea pictures

Ustaz kata, dalam berikhtiar ni kita jangan stress. Yang kita mintak tu adalah hak Allah. Terpulang kepada Dialah untuk beri atau tidak. Tugas kita hanya berusaha dan berdoa.

Sunday, April 16, 2017

Kain Sarung

Semalam, saya sekeluarga ke Singapore. Dari rumah pukul 12.30 tengahari. Singgah di RnR Gelang Patah untuk tukar duit, makan dan solat. Semasa nak keluar dari surau, ada dua orang lelaki Indonesia berdiri dekat tangga surau. Yang sorang tu tanya ada kain sarung tak. Saya cakap, ini surau perempuan, surau lelaki, di sebelah. Katanya dia tahu, tapi kat sebelah takde kain sarung. Barulah saya faham. Mereka berdua berseluar pendek. Of courselah perlu kain pelikat nak solat. Kalau tak, nampak auratlah. Saya masuk balik ke surau, cari kain, kot-kot ada. Keluar balik, saya cakap takda. Kain sembahyang perempuan yang putih tu adalah. Mereka berdua pun berlalu. 
          Semasa saya lalu di surau lelaki, saya nampak lelaki tadi sedang berbual dengan seorang wanita. Mungkin sedara mereka. Mungkin sedang beritahu masalah mereka yang tiada sarung dan surau pulak tak sediakan kain pelekat. Kesian pulak. Mereka ni muda lagi. Dalam 20an rasanya. Nampak kesungguhan untuk solat itu ada. Kalau tak, masakan sanggup ke musolla wanita, mencari kain sarung. Tiba-tiba saya teringat pada kain batik saya. Memang sentiasa ada dalam beg telekung sebab saya setiap kali nak solat, akan pakai kain batik, baru pakai telekung.
    Jadi, saya cakap dekat dorang, kalau kain batik, saya adalah, sambil menunjukkan kain batik hijau saya itu. Yang sorang tu kata bolehlah. "Mentar ya", katanya. Dia minta saya tunggu la tu kan? Tapi saya takut suami lama pulak menunggu, so saya kata saya dah nak gerak, kain tu ambil je lah. Saya sedekah. Semoga bermanafaat. Mereka kelihatan terkejut dan ucap terima kasih. 
       Saya tak tahulah lepas solat dorang bawak sekali kain tu atau dorang tinggal je kat surau. Tak kisahlah. Semoga kain batik hijau itu memberi manfaat kepada ramai orang. 
     Itu satu peluang tu bagi orang yang suka sedekah. Kalau sebelum ni sedekah telekung, kali ni, boleh sedekah kain pelikat pulak. Letak kat surau-surau lelaki. Memang kebiasaannya di Malaysia ni, lelaki ke surau dan masjid akan terus pakai seluar panjang atau kain pelikat. Anak saya yang darjah 6 tu pun kalau berjalan pakai seluar pendek, sampai di surau, mesti tukar dulu dalam kereta. Jadi, selalunya, tidak perlulah kain pelikat surau. Anyway, kita tak jangka kan, ada yang memerlukan. Mungkin macam kes kat atas. Ada juga kes seluar koyak ke. Apa-apalah. Jadi, elok juga kalau ada kain batik di surau wanita dan kain pelikat di surau lelaki. 
        Saya nampak lelaki muda berdua itu dalam keadaan terdesak untuk solat. Mereka mencari-cari cara untuk menutup aurat di hadapan Yang Esa. Nampaknya mereka adalah orang-orang yang menjaga solat. Kalau orang lain mungkin bagi alasan, seluar pendek dan sebagainya. Orang rajin cari jalan, orang malas bagi alasan. 
          Kisah ini mengingatkan saya pada kisah sendiri. Saya pun pernah dalam keadaan terdesak suatu ketika dulu dan di surau jugalah saya diberi pertolongan. Semasa saya masih belajar di kolej, dalam perjalanan dari Kuala Terengganu ke Kuala Lumpur, beg duit saya telah hilang. Macamana saya nak ke Shah Alam? Saya berseorangan masa tu. Kalau ada kawan, boleh pinjam duit kawan. Apa-apa pun, saya tunaikan suruhan Allah dulu. Solat di surau di Puduraya. Lepas tu, saya perhati muka yang ada kat dalam surau tu untuk saya minta sedekah. Lalu hati menyuruh meminta kepada seorang kakak berjubah. Saya hanya minta RM1.80, cukup untuk tambang bas Metro dari KL ke Shah Alam. Kalau tak silap sayalah, itulah tambang bas masa tu. Kakak tu rupanya pernah belajar di kolej saya juga dulu. Jadi, dia tahulah saya tak bohong sebab dia tahu itulah tambang ke Shah Alam. Jadi, dia bagi. Bukan RM1.80 tapi RM5. Dia juga ajar saya supaya call bank untuk block penggunaan ATM card. 
    Begitulah, dulu orang tolong saya. Sekarang, saya rasa Tuhan nak uji saya, saya pula tolong orang. Semoga kita semua dimasukkan ke dalam syurga firdaus dengan rahmatNya. Amin. 

Saturday, April 15, 2017

Hanya NamaMu

Alhamdulillah, malam tadi saya nampak bintang. MasyaAllah, dah lama tak nampak bintang. Malam tadi banyak bintang berkerdipan di langit tinggi. Anak-anak pun teruja melihatnya. Dulu, saya selalu cakap dengan anak-anak, kalau ada bintang, maksudnya malam tu, insyaAllah tak hujan. Malam tadi memang tak hujan. Suka hati bila nampak bintang. Bila bintang tak ada, seperti kelam hidup. Bintang juga, apa yang saya pernah bacalah, merupakan satu tanda kiamat. Bila dekat hari kiamat, malam tidak lagi dipagari bintang. Takut kan? Sentiasalah kita bertaubat ya. Semoga kita mengadap Allah dengan hati yang bersih dan kedatangan kita disambut dan ditempatkan kita di kalangan yang terpilih. Saya suka lagu ini. Liriknya menusuk kalbu. Ada satu malam, lagu ini terngiang-ngiang di telinga. Saya terjaga juga seperti terdengar lagu ini. Entah apa maksudnya, wallahualam. Sayu sangat rasa. Masa tu saya tak tahu lirik keseluruhan. Bila google, Ya Allah, ia lagu ketuhanan. Semoga kita ditempatkan di syurga firdaus dengan rahmat Allah. Rindu Rasulullah s.a.w kan? Semoga kita semua dapat berjumpa Baginda. InsyaAllah.

Friday, February 13, 2015

Tok Guru yang Mentadbir Sudah Pergi

Semalam, hampir sehari suntuk saya menyaksikan/mendengar youtube mengenai kewafatan Nabi Muhammad s.a.w. Entah kenapa tergerak hati untuk mendengar ceramah sebegitu.  
           Mendengar cerita ustaz mengenai kesedihan sahabat-sahabat Rasulullah apabila Baginda telah tiada, terutamanya Bilal yang tidak mahu lagi melaungkan azan. Namun dek pujukan cucu-cucu Nabi s.a.w, Bilal gagahkah diri, kuatkan hati untuk melaungkan azan. Namun, di saat menyebut kalimah "Ashadu anna Muhammad Rasulullah", Bilal rebah lalu pitam. Begitulah sayangnya Bilal kepada Rasulullah. 
      Siapa sangka, gerak hati itu seperti berkait. Siang mendengar cerita kewafatan Nabi s.a.w, malam pula mendapat berita Tok Guru Nik yang kuat mengamalkan sunnah Nabi s.a.w ini pula meninggal dunia malam tadi, pada pukul 9.40.  
                    Mungkin ada yang tidak menangis, namun saya gagal menahan airmata. Sungguh sebak hati ini menerima berita ini, namun bersyukur kerana menyanjungi dia ketika hayatnya, bukan sekadar mengenangnya selepas ketiadaannya.  
               Tok Guru Nik Aziz, hamba Allah yang dianugerahi ilmu agama dan ilmu kepimpinan.  Tak ramai tok guru yang memegang pucuk pimpinan. Haji Hadi pun memegang jawatan Menteri Besar Terengganu hanya sekejap iaitu dari 30.11.1999 - 21.03.2004 namun Nik Aziz menjadi Menteri Besar Kelantan selama 23 tahun ( 22 Oktober 1990 - 6 Mei 2013). Pentadbiran yang Islamik. Semoga Allah menerima segala amal dan usaha beliau menaikkan agama Islam di bumi Kelantan khususnya dan Malaysia amnya. 

Innalillahiwainnailahiraajiun. Didoakan Tok Guru terlepas siksa kubur dan dimasukkan ke dalam syurga. Semoga sahabat-sahabat dan anak-anak didikannya tabah dan terus menyambung perjuangan beliau. Takziah kepada keluarganya.  





Thursday, August 7, 2014

Derma Ketika Susah

Ketika diri sendiri ditimpa masalah kewangan, terasa amat sayang untuk memberi derma kan?  Tetapi ketika itu jugalah ada orang datang meminta derma atau sedekah.  Begitulah yang selalu berlaku pada saya. Sedang saya berkira-kira menggunakan duit hasil jualan untuk pelbagai perbelanjaan seperti utiliti dan hutang pembekal, selalunya akan adalah yang datang.  Inilah yang berlaku pada hari ini.  Dua orang lelaki dari Kashmir, Pakistan, meminta derma untuk pembelian Al-Quran braille untuk pelajar-pelajar buta di sana.   
           Hati berkira-kira, mahu memberi atau tidak?    Berbelah bahagi kerana duit itu amatlah diperlukan untuk kelangsungan kedai.  Anyway, saya yakin, ini adalah ujian dari Allah.  Dia datangkan dua lelaki ini untuk menguji sejauh mana iman saya ketika ada duit di tangan.  Bukankah Allah sudah berjanji; 


Allah Ta’ala berfirman: “Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh butir, pada tiap-tiap butir seratus biji. Allah melipatgandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki . Dan Allah maha luas (kurnia-Nya) lagi maha mengetahui” . (Al Baqarah (2) : 261).

(Ayat ini, honestly, saya pertama kali dengar dari Dato' Rosyam Nor...:) )

Saya tanya serba sedikit kepada lelaki berkenaan. Suspicious jugak sebab yang lagi seorang tidak ada rupa Pakistan, tetapi lebih kepada muka Melayu. Tapi yang banyak bercakap adalah lelaki yang seorang lagi, yang lebih berusia, bernama ...tak ingatlah saya tapi ada Khan di belakang nama. Katanya di sini, dia bermalam di masjid India di JB. Ada masjid India di JB? Entahlah.


Berbaik sangka sahajalah. Saya anggap Tuhan sedang tunggu masa saja nak bagi saya rezeki melimpah ruah kalau saya saya berderma kepada mereka. Perlu ada pemikiran begini sebab duit yang ada amatlah diperlukan untuk diri sendiri. Jadi, saya bukak laci, ambil satu not RM20 dan satu not RM10. Itu sahajalah not besar yang ada. Selebihnya adalah not RM5 dan RM1. Jadi, RM30 sajalah yang mampu didermakan. Semasa keluar, seorang pelanggan saya menghulurkan RM10 lagi kepada mereka. Alhamdulillah.

Sesungguhnya orang-orang yang bersedekah baik laki-laki mahupun perempuan dan meminjamkan kepada Allah pinjaman yang baik, nescaya akan dilipat-gandakan (ganjarannya) kepada mereka; dan bagi mereka pahala yang banyak.” (Qs. Al Hadid: 18)

Sebenarnya disaat ini, Allah sudahpun menggantikan semula apa yang saya dermakan tadi dengan jumlah dua kali ganda.  Thank you Allah.  Allah tidak mungkir janji, percayalah.  

Tuesday, August 5, 2014

Solat Sunat Sebelum Subuh

HADIS-HADIS MENGENAI SOLAT SUNAT FAJAR

Daripada Aisyah RAha daripada Nabi SAW, bersabda:
رَكْعَتَا الْفَجْرِ خَيْرٌ مِنْ الدُّنْيَا وَمَا فِيهَا
“Dua rakaat (sebelum solat) fajar (subuh) lebih baik daripada dunia dan seisinya.” (HR. Muslim no. 725)

Daripada Aisyah RAha dia berkata:
لَمْ يَكُنْ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَلَى شَيْءٍ مِنْ النَّوَافِلِ أَشَدَّ مِنْهُ تَعَاهُدًا عَلَى رَكْعَتَيْ الْفَجْرِ
“Nabi SAW tidak pernah sangat tekun mengerjakan suatu solat sunnah sebagaimana tekunnya baginda mengerjakan solat dua raka’at fajar”. (HR. Al-Bukhari no. 1169)

Niat solat sunat sebelum Subuh:-


Usalli sunnatal subhi raka'ataini lillahi ta'ala.
Ertinya:
Sahaja aku sembahyang sunat subuh dua rakaat kerana Allah Ta'ala.

* Dilakukan sebelum selepas azan Subuh dan sebelum solat fardhu Subuh.
Al-Bukhari dan Muslim meriwayatkan dari Abu Hurairah R.A. bahawa Rasulullah SAW membaca surah Al-Kafirun pada rakaat pertama dan surah Al-Ikhlas pada rakaat kedua.


Doa:-
Wahai yg hidup selama-lamanya, wahai yg mpunyai kebesarandan kemuliaan aku memohon kpdMu supaya mghidupkn hatiku dgn nur mkrifatMu, Ya Allah, ya Allah, ya Allah yg mghidupkn yg mati, wahai Yg Maha Pemurah dan Maha Penyayang.

* Tiada solat sunat selepas Subuh.  

Monday, August 4, 2014

Islamic Insurance

Dalam family saya yang empat beranak ini, kami ada empat insurance berbeza untuk setiap individu respectively.  Dalam empat syarikat insurans ini, perkhidmatan Great Eastern lah yang terbaik bagi saya, dan dalam keluarga kami, sayalah pemegang polisi Great Eastern.  Perkhidmatan yang bagus itu, yang sudah saya ambil polisinya semenjak bujang iaitu tahun 2000, amatlah sayang untuk saya hentikan.  Namun, ianya bukanlah Islamic Insurance.  Pelaburannya meragukan, so, demi Allah s.w.t yang telah menciptakan kita di bumi ini, berdasarkan pengetahuan yang ada, kami semua bertukar ke Takaful Malaysia.
            Di bulan Ramadhan yang lepas,  saya telah pun 'surrender'kan polisi kesihatan saya itu.  Turut ditamatkan polisinya adalah plan pendidikan untuk anak perempuan saya bersama AIA.  Saya mengisi borang dan hantar borang pada hari yang sama.  Selang satu jam berurusan di Great Eastern, pergi pula ke pejabat AIA untuk tujuan yang sama; surrender.  Namun, hari ini, selepas lebih kurang dua minggu, saya telahpun mendapat cek saya dari Great Estern.  Itupun, sebenarnya sudah sampai 2,3 hari sebelum, cuma kami tiada di rumah.  So, dapat slip sajalah.  Kena ambil sendiri di Pos Laju.  Anyway, begitulah, pantasnya mereka buat kerja.  Syabas. Tapi, saya perlu memilih Islamic Insurance / Takaful sebab saya orang Islam.  Sayang?  Memanglah sayang, sudah 14 tahun, but I love Islam more.  My priority is Allah and Rasul.  If something that I had, would keep me away from Allah, I don't need it anyway.  




Tuesday, April 8, 2014

Ada Ubi Ada Batas

Suka ceramah ni.  Happy listening.  

Friday, March 28, 2014

Surah Terakhir



Surah an-Nasr merupakan surah terakhir yang diturunkan.  Surah ini diturunkan sewaktu hari tasyrik iaitu antara 11 ~ 13 Zulhijjah.  Ia diturunkan sewaktu Baginda S.A.W melaksanakan haji yang distilahkan dalam sejarah peradaban Islam dan sirah Rasul sebagai haji wada atau haji perpisahan; kerana inilah kali terakhir Rasulullah S.A.W mengerjakan ibadah haji.  Rasulullah S.A.W wafat selepas beberapa minggu/bulan Baginda kembali ke Madinah.   

* Demi Allah, benar bahawa sesungguhnya tiada kesedihan dan dukacita yang paling tinggi selain daripada kewafatan Rasulullah S.A.W.  *

(sumber:  Dr.Nik Yusri Musa - Majalah Anis, April 2014).  

Wednesday, February 19, 2014

The Truth




Thursday, February 6, 2014

Pesanan Imam Ghazali Kepada Wanita

1.  Solat di Awal Waktu
2.  Baca Al-Quran Setiap Hari
3.  Bacakan Hadis kepada Keluarga Setiap Hari
4.  Ajarkan doa-doa harian kepada anak-anak
5.  Hidup sederhana, jangan bebankan suami
6.  Pujuk suami untuk solat jemaah, dakwah dan sebagainya.  

Wednesday, January 22, 2014

Read




Monday, January 20, 2014

Hidup Biar Beradab

Just in case you don't know; kalau kita pergi ke restoran, kita tak perlu bawak beras dan lauk mentah untuk dimasak.  Kita juga tak perlu ke dapur restoran untuk memasak.  Semuanya restoran tu sediakan - bahan mentah dan juga tukang masak.  Sama juga bila kita nak fotostate atau laminate; tak perlu bawak kertas sendiri atau plastic laminate sendiri.  Juga tak perlu buat sendiri sebab segalanya disediakan di kedai itu. Sangatlah annoying if you came to the shop, bawak plastic laminate sendiri, hanya untuk tumpang laminate di kedai.  Siap nak buat sendiri pulak tu, tanpa minta izin, main buat saja.  Sungguh tak ada adab.  
          Ini conversation saya dengan seorang pelanggan yang datang bawak dokumen untuk dilaminate. Bahan bacaan untuk sekolah anak.  Dia dah siap letak dokumen tu dalam plastik laminate, lalu saya tanya kenapa guna plastic sendiri, susah untuk saya kira/charge.  Katanya, " tengok kat office ada lebih".  Ok, itu hal dialah, maybe bos dia tak kisah.  Lalu saya laminatekan dokumen itu.   Sedang saya buat, dia datang dari belakang.  Sebaik sahaja saya siap laminate satu kertas, dia terus masukkan dokumen seterusnya tanpa minta izin terlebih dahulu.  Saya memang tak suka orang masuk di 'workstation' saya.  Sungguh tak ada adab.  Budak-budak pun tak masuk, maksudnya mereka faham.  Lagipun saya sudah buat sort of partition dengan mesin fotostate.  
       Lalu saya biarkan saja dia buat sampai habis.  Dalam hati panas, Tuhan saja yang tahu.   Saya tanya, kalau macam ni (nak buat sendiri), kenapa tak buat di office saja?  Dia kata mesin laminate di office rosak. Bila dia dah siap, dia tanya something, tapi saya tak berapa jelas.  Saya rasa dia nak bayar saya dengan plastic laminate yang dia ambik di office tu.  Entahlah.  Oleh kerana saya sudah panas hati, saya tak dapat tangkap apa yang dia kata dan saya cuma kata tak boleh.  Biarlah dia pergi cepat-cepat.  
     To you readers, don't ever do the same.  Hormatilah tuan kedai.