Perkhidmatan Kami

Perkhidmatan Kami
DEDAUN HIJAU DI ANGIN LALU-MANAF HAMZAH

DEDAUN HIJAU DI ANGIN LALU


Alhamdulillah, ramai yang membeli novel lagenda ini :), dari utara ke selatan.  Ada dari Kedah, Perak, Johor, Selangor, Negeri Sembilan dan Pantai Timur.  Oleh kerana sambutan yang menggalakkan, Nazqim Bookstore telah menambah stok novel Dedaun Hijau di Angin Lalu.  Sila hubungi kami untuk urusan pembelian dan penghantaran. 012-7727567 atau 019-7404567
Showing posts with label Novel. Show all posts
Showing posts with label Novel. Show all posts

Thursday, February 25, 2016

Review Novel Sayang Scarlet - Saodah Lasim

Pada mulanya saya pegang lepas, pegang lepas juga buku Sayang Scarlet ini. Saya tidak dapat menghayati babak-babak yang menceritakan Intan Syakila dan aktiviti bloggingnya. Entah kenapa ceritanya tidak dapat masuk ke dalam jiwa. Mungkin juga sebab watak gadis itu remaja, tidak kena dengan jiwa dewasa saya. Seperti membaca novel remaja pula saya rasa, pada mulanya. Lalu saya skip babak yang ada cerita si kembar berkenaan dan hanya membaca babak Pak Deris dan warga lain di Kampung Tembuni. Kisah mereka ini lebih menarik dan berjaya membuatkan saya membaca muka surat seterusnya. 
           Namun, oleh kerana ceritanya berkait, saya perlu juga membaca bahagian Intan Syakila. Bacaan paksarela itu, lama-kelamaan menjadi suka pula. Babak melihat perempuan asing di tempat percutian, kehilangan kawan blogger Intan Syakila yang bernama Dragonfly dan misteri kehidupan Pak Deris yang selalu bercakap seorang diri menarik saya untuk menghabiskan bacaan.
        Banyak pengajaran yang boleh didapati dalam novel Sayang Scarlet. Antaranya kehidupan kita sebagai manusia ini tidak hanya dikelilingi oleh manusia sahaja, tetapi juga makhluk Allah yang lain. Bila terkena gangguan, pilihlah insan yang betul untuk berubat. Orang itu biarlah seseorang yang mendekatkan diri kepada Allah, bukan bomoh yang hanya tahu mengambil kesempatan. Suspend juga bila si bomoh meminta Intan Syakila ditinggalkan di rumahnya untuk tujuan berubat. Adakah ibu gadis itu sanggup berbuat demikian.  Nasib baiklah si ibu membuat keputusan yang betul iaitu tidak bersetuju dengan permintaan itu. 
            Pengalaman hidup atau masalah hidup seseorang boleh mempengaruhi perangai seseorang. Itulah yang berlaku kepada Pak Deris yang kematian isteri dan anak-anaknya. Dia hilang pertimbangan dan kewarasan. 
      Tidak berpegang teguh kepada ajaran Islam juga merupakan faktor kemurkaan Allah. Seperti dalam filem, si suami orang dan si isteri orang yang curang akhirnya menerima balasan. 
       Ada beberapa cerita berbeza tetapi watak-watak di dalamnnya saling berkait di antara satu sama lain. Inilah yang menariknya mengenai novel ini. Pandai Puan Saodah Lasim mengolah dan akhirnya menggabung kesemua cerita menjadi satu. Syabas. 

Monday, August 17, 2015

Kalau Sayang Katalah Sayang - Fazuin



" Awak jangan nak buat gaya muntah, orang takut nanti dia yang betul-betul buat awak muntah"

"Saya tak faham,"

"Mana tahu awak mengandungkan anak dia ke nanti!"

"Awak, tu pun doa tau. Awak jangan menyesal seumur hidup nanti kalau betul saya mengandungkan anak dia"

"Okey, okey. Orang tarik balik". 

"Hah! Tahu takut"

"Tak tahu apa yang bakal jadi dengan orang kalau betul dia bapa kepada anak awak. Mahu gila orang nanti."


Tuesday, July 28, 2015

Jujurlah Nikahi Aku - Umie Nadzimah

Rilex. Jangan marah-marah. Terutamanya orang Johor ye. I feel you. :)
Kita baca novel dulu. 


Sinopsis:-

Nurin Asyfa ditakdirkan sebagai gadis 'istimewa'. Ramai yang menyisihkan kewujudannya termasuklah keluarganya sendiri. Ada ke lelaki yang akan jatuh cinta dan memperisterikannya? Lelaki yang akan berkongsi hati dan hidup bersama?

"Abang Alan suka Nurin dari darjah satu lagi..."
Itu kata Alan Wong. Nurin tahu Alan yang berhati mulia akan menjaga diri dia sebaik-baiknya. Tetapi hanya sebagai seorang adik. Jika kerana cinta, tentu Alan akan usaha mencari Tuhan. Tidak sekufu pegangan, bermakna mereka tidak akan bersatu. 

Ahmad Zanif...Bos strawberi, lelaki bajet sempurna serba-serbi. Memanglah Nurin jatuh cinta sangat kepadanya. Namun bagaimana pula penerimaan Zanif yang menitikberatkan kesempurnaan selama ini?
"Err...Encik tahu rumah saya?-Nurin
"Ha...Itu tandanya apa?" - Zanif
Ikhlaskah si strawberi ini menerima Nurin Asyfa seadanya? Sepadankah mereka? Berbalaskah cinta kasihnya? Walaupun dicuba untuk menjadi kuat dan tabah...ada masanya Nurin lelah untuk terus mengharap ketulusan hati si lelaki.

Tiba-tiba muncul si Qayyum, pemuda yang tidak dikenali dan pemuda yang ingin menikahinya dengan rela hati. Demi Tuhan...Qayyum ikhlas dengan niat untuk menjaga dan melindungi si malang Nurin hingga hembusan nafas terakhir.

"Kena baca tiga puluh juzuk al-Quran sebagai mas kahwin..."Syarat Nurin.

"Apa-apa saja saya sanggup"-Qayyum. 

Milik siapakah 'Cinta Terakhir' Nurin Asyfa? Si Alan yang terlalu menyayanginya atau Zanif yang akhirnya mengaku cintakan dia? Ataupun Qayyum yang tidak pernah tahu isi hatinya namun sanggup berkorban apa saja?

Thursday, April 23, 2015

Hadiah dari Suami

Kelmarin ada seorang lelaki nak beli novel untuk dihadiahkan kepada isterinya. Dia tanya saya mana novel baru. Saya tunjukkan dia satu novel dari Karnadya. Dia tanya best tak? Saya jawab saya tak tahu sebab saya belum baca. Lalu dia tanya saya mana yang saya dah baca (dan best). So, saya tunjuk satu novel dari Jemari Seni. Bukan novel baru tapi ianya memang menusuk sanubari bila membacanya. Seorang pelanggan saya cerita dia baca novel itu sampai menangis-nangis. Saya tidaklah sampai menangis, tapi memang saya akui memang best ceritanya bagi orang yang suka cerita cinta sedihlah. Bagi mereka yang suka cerita happy go lucky maybe tak kena dengan jiwa. Alhamdulillah, lelaki berkenaan membeli kedua-dua novel tersebut iaitu novel Wahai Kau Cinta tulisan Aina Emir (Karnadya) dan Rahsia Hati Sofia karya Nazurah Aishah (Jemari Seni). 

Wahai Kau Cinta-COVER
Wahai Kau Cinta mengisahkan Lisa yang trauma dengan kisah hidupnya. Dia pernah kecewa bercinta, pernah juga gagal dalam perkahwinan. Walaupun dia mempunyai pasa rupa yang cantik, namun dia berasa hidupnya tidak sempurna kerana nasib tidak sering menyebelahinya.
Kaysan, anak majikannya juga menaruh hati padanya. Namun, abang Kaysan iaitu Eshan kerap menunjukkan sikap yang tidak menyenangkannya. Sehinggakan dia sering menjadi buah mulut rakan di pejabatnya.Hidupnya menjadi lebih tertekan apabila perlu menepati permintaan tayta dan jiddo yang mahu menjodohkannya dengan lelaki pilihan mereka. Lisa bertambah buntu kerana dia masih belum bersedia untuk menerima kehadiran cinta dalam hidupnya.


Cinta Ikhmal dan sofea "terputus" kala sofea sedang sarat mengandungkan hilman...anak yang tidak pernah sekalipun ikmal lihat sejak dari lahir..paling menyayat hati bila sofea tak ingin anaknya lahir supaya ikatan antara dia dan ikhmal tak terputus.

Friday, April 10, 2015

Novel Suzan - Manaf Hamzah



Ini adalah novel terbaru tulisan Manaf Hamzah. Ada tak pembaca di sini ingin membelinya? Harganya RM50 termasuk pos. Sila contact saya sekiranya ingin memiliki buku ini ya. 012-7727567 atau 019-7404567. 

Sinopsis Suzan:-

Mereka bertemu juga akhirnya. Dua lelaki perkasa yang masing-masing memiliki semacam daya berangsang tersendiri lantaran disegani. Dan juga digeruni. Tetapi disebabkan sifat keakuan kedua-duanya merasakan maruah diri mereka seperti tergugat, yang boleh membuat kewibawaan mereka sebagai ketua yang dihormati, dipersoalkan andainya mereka tidak selesaikan apa sahaja sengketa mahupun perbalahan.
            Sesungguhnya, kedua-dua lelaki itu sudah lama bermusuhan. Malahan ia dikatakan sejak mereka  remaja lagi. Pasal apa? Entahlah. Bagaimanapun, kalau mereka telah bersikap musuh sekian lama dan terus berlarutan hingga ke usia dewasa tanpa berusaha mencari damai, membuktikan mereka sememangnya mengenali antara satu sama lain. Mungkin semasa remaja dahulu kedua-duanya adalah kawan baik tetapi disebabkan satu kejadian atau peristiwa hingga meretakkan hubungan persahabatan. Mereka pun berpatah arang.
            Pertemuan kedua-dua lelaki itu berlangsung di gudang lama dan kosong di kota Izmir. Masanya senja kerana pada ketika itu matahari berwarna kemerah-merahan dan berada dekat dengan kaki langit.
            Sebenarnya mereka tidak tahu akan kehadiranku. Aku telah mengekorinya dalam senyap-senyap kerana berasa bimbang. Begitulah perasaan yang tidak dapat dielakkan andainya kau cukup menyayangi seseorang itu...
            Hanya mereka berdua sahaja dalam pertemuan itu. Bertemu empat mata. Seperti yang telah aku jelaskan di atas tadi bahawa kedua-dua lelaki itu adalah ketua. Oleh itu mereka tidak membawa orang-orang mereka. Demi hendak menunjukkan juga bahawa mereka anak jantan yang tidak perlu seseorang untuk membantu mereka dari belakang terutama sekali anak-anak buah mereka.
            Aku telah berselindung di sebalik tembok tidak berjauhan dari mereka berada. Mereka berdiri dekat dengan tebing. Dalam jarak sepuluh kaki antara satu sama lain. Dua orang lelaki yang sama tinggi dan sama sasa. Bahkan, boleh dikatakan, sama-sama hebat. Sayang sekali aku tidak mengenali lelaki yang lagi satu itu. Lagipun, aku tidak pernah diberitahu tentang lelaki itu. Maklumlah, kalau sudah menjadi musuh ditambah dengan dendam kesumat, hendak menyebut atau fikirankan tentang orang itu tentulah menyakitkan hati...
Mereka berenungan tanpa berkerdip seolah-olah mengharapkan siapakah yang akan menyerang terlebih dahulu. Begitu tegang suasana antara kedua-duanya hingga kalau sebiji cawan kaca berada di tengah-tengah mereka, tentu akan berkecai juga.
            Namun air laut pada senja itu tenang saja. Ombak memukul lesu tebing gudang lama dan kosong itu seperti tidak menghiraukan ketegangan yang berlaku terhadap kedua-dua lelaki itu. Seolah-olah ingin menyaksikan dengan sabar apakah akan berlaku tidak lama lagi. Sepertimana aku sedang rasakan juga dengan penuh debaran. Yalah, apakah pertemuan yang penuh seteru itu akan berakhir dengan kematian? Dan aku telah berdoa tidak henti-henti di dalam hati agar tidak demikian halnya...
Tidak lama kemudian salah seorang dari lelaki itu pun bersuara dengan nada suara yang parau. Sayang sekali, aku tidak dapat mendengar dengan jelas apakah yang sedang diperkatakan. Lebih-lebih lagi dengan desahan ombak yang tidak henti-henti mendebur tebing berserta ciapan-ciapan burung-burung camar yang sedang terbang pulang ke sarang.
Bagaimanapun, aku dapat juga menangkap serba-sedikit beberapa perkataan dalam perbincangan yang bolehlah dikatakan hangat itu. Iaitu pasal ‘belot’, ‘racun’, ‘permata’ dan ‘kotak’. Dan mereka mungkin sudah berkelahi dengan sengit kalau tidak kerana kemunculan lelaki yang ketiga...!?
Lelaki yang ketiga itu mengenakan jubah dan menutup separuh wajahnya agar tidak boleh dikenali. Tidak salah lagi mahu merahsiakan tentang gerangan dirinya yang sebenar. Tetapi dia tidak seorang diri. Dia membawa bersama-sama empat orang lelaki yang berpakaian serba hitam dan menutup wajah-wajah mereka juga. Tidak salah lagi anak-anak buahnya yang setia. Atau mungkin orang-orang upahannya.
Kehadiran lelaki ketiga yang diselubungi rahsia itu sudah tentulah memeranjatkan kedua-dua lelaki tadi. Ini disebabkan mereka tidak mengharapkan orang lain masuk campur dalam perbalahan mereka itu. Tiada orang lain pun sepatutnya tahu akan pertemuan itu. Malahan, anak-anak buah mereka sendiri tidak diberitahu tentang itu. Justeru membuktikan orang ketiga yang rahsia itu tahu tentang mereka dan mengawasi gerak-geri mereka.
Akhirnya kedua-dua lelaki itu mendapat kesimpulan bahawa pertemuan mereka itu sebenarnya telah dirancang. Dan perancangnya tidak lain adalah lelaki rahsia itu. Seyogia, mereka sebenarnya telah diperalatkan agar lelaki rahsia itu dapat apa yang dihajatkan. Iaitu rahsia yang disimpan oleh kedua-dua lelaki itu. Rahsia yang telah membuat mereka bermusuhan selama ini...
Menyedari bahawa mereka telah dipergunakan, maka kedua-dua lelaki itu pun berganding bahu untuk menentang lelaki rahsia dan keempat-empat kuncunya itu. Untuk masa itu sahaja kedua-dua lelaki itu melupakan permusuhan antara mereka.
Berlakulah pertempuran sengit di gudang lama dan kosong serta sunyi itu. Sedang kuncu-kuncunya bermati-matian menentang kedua-dua lelaki itu, lelaki rahsia itu hanya menyaksikan sahaja dengan tubuh yang tegak penuh keangkuhan. Dia seolah-olah cukup yakin anak-anak buahnya itu dapat mengalahkan kedua-dua lelaki itu.
Aku hanya dapat menyaksikan adegan yang mencengkam jiwa itu dari persembunyianku dengan  linangan air mata. Maklumlah, aku tidak dapat berbuat apa-apa. Sememangnya aku seorang perempuan yang lemah. Namun begitu, hasrat untuk menyerang lelaki rahsia itu cukup kuat sekali. Terutama sekali, aku mahu tahu siapakah gerangannya yang sebenar. Tetapi aku tidak buat demikian demi keselamatan. Juga, demi janji. Janji yang telah aku lafaskan bahawa walau apapun terjadi aku harus teruskan hidup...
Memang benar bahawa kedua-dua lelaki itu akhirnya dapat ditewaskan. Salah seorang dari lelaki itu aku lihat telah terbaring dan kaku dengan tubuhnya berlumuran dengan darah. Mungkin telah dapat ditewaskan dan dibunuh. Lebih-lebih lagi apabila lelaki rahsia itu telah menghampirinya, menggoyang tubuh itu dengan kakinya. Dan apabila tubuh itu terus kaku, dia telah mendengus-dengus sengit. Kemudian dia telah memandang kepada anak-anak buahnya itu seraya menjerkah bahawa mereka tidak sepatutnya membunuh lelaki itu. Yalah, dengan lelaki itu mati, apa saja maklumat penting yang ingin diperolehi lelaki rahsia itu terkubur juga.
Bagaimanapun, harapan lelaki rahsia itu masih ada. Dan ianya tidak lain melalui lelaki yang lagi satu itu. Lelaki tersebut juga telah dapat ditewaskan tetapi masih hidup. Cuma setakat dalam keadaan nyawa-nyawa ikan sahaja. Tubuhnya juga berlumuran dengan darah menunjukkan kecederaan yang dialaminya dalam pertempuran tadi cukup parah.
Atas arahan lelaki rahsia itu lelaki yang cedera parah itu dibawa pergi. Sementara lelaki yang telah dibunuh itu mereka humban ke dalam laut...
Jangan terperanjat dengan pengakuanku ini, anakku, sesungguhnya salah seorang lelaki itu sebenarnya adalah ayahmu...

Monday, March 9, 2015

Surat Ungu Untuk Nuha


Best cerita ni. Ada suka, ada duka. Ada tawa, ada airmata. 




Friday, January 30, 2015

Membakar Syurga Mengguyur Neraka - Hana Ilhami


Harga: RM30.00
Penulis: Hana Ilhami
Penerbit: Karya Seni

Sinopsis:

Najiha...Demi merealisasikan hasrat dan menggembirakan Dona, dia menghubungi Rahul yang membawa diri ke Amerika selama tiga tahun. Demi kebahagiaan sahabatnya yang beragama Hindu itu, dia memujuk Rahul agar pulang ke pangkuan keluarga. Namun, siapa sangka niatnya menghubungi Rahul membawa episod baru dalam hidup Rahul.

"Kalau saya tahu hidup saya akan terganggu macam ni, tak ingin saya hubungi awak dulu",, - NAJIHA.

"From now on, I'll follow you like a shadow of your life, Jiha", - RAHUL-

RAHUL...Kepulangan Rahul menggembirakan seisi keluarga Dona tetapi tidak bagi Najiha. Hidupnya menjadi huru-hara setelah Rahul mengetahui Dona bukan sekadar merahsiakan penyakitnya, tapi Dona mempunyai rahsia yang lebih besar dari itu. Dona mahu memeluk agama Islam. Siapa lagi yang harus dipersalahkan selain sahabat baik adiknya, Najiha?

Perdebatan dan kesangsian Rahul terhadap Najiha luntur sedikit demi sedikit melalui penerangan dan sikap Najiha, Baginya, Najiha lain berbanding dengan perempuan beragama Islam yang pernah dicintainya suatu ketika dulu. Hatinya mula tertarik. 

Tapi lain pula dengan Najiha. Citarasanya cuma kepada lelaki gred A yang tahu menghormatinya dan syarat utama mesti Islam! Namun pada masa yang sama, Dona turut membuat permintaan. 

"Kalau aku minta kau mengguyur neraka seseorang, kau sudi tak", - DONA-

"Neraka siapa pula yang kau nak aku guyur ni?" -NAJIHA-

"Rahul..." -DONA-

Kehadiran Hadi, lelaki misteri yang mempunyai kecelaruan naluri turut menambahkan rasa dalam hatinya. Kehadiran Hadi yang muncul tiba-tiba membawa kesan terhadap perjuangannya.

"Sudikah kau mengguyur nerakaku?" -HADI-

Demi sahabat dunia dan akhiratnya, haruskah Najiha memadamkan perasaannya terhadap lelaki gred A yang selama ini begitu didambakan? Bagaimana bila bendi bertukar cinta? Mampukah Najiha menepisnya? Bila tiba-tiba lelaki songsang mahu menagih cinta, perlukah Najiha membuktikan jihadnya? Antara lelaki gred A, lelaki musyrik dan lelaki songsang..siapa sebenarnya yang bertakhta dalam hatinya? 

Thursday, October 30, 2014

Peraduan Novel Sayang Scarlet - Saodah Lasim

Selamat Mencuba.  Hadiah pun Menarik.



Contest Suka-suka Sempoi. Sama-sama suka, sama-sama seronok.
HADIAH-HADIAH:
1. 4 buah novel keluaran syarikat terkenal tajaan Fumi Edar untuk 4 orang pemenang (sorang satu)
2. Sebuah buku sumbangan CK Publication untuk seorang pemenang
3. Sehelai sampin tajaan Teh Songket, Jalan TAR untuk seorang pemenang
4. Satu hadiah misteri tajaan Warkah Pesona, Selayang Pandang untuk seorang pemenang
5. Produk HKCC bernilai RM150 tajaan HKCC Maya, Batu Pahat untuk seorang pemenang
SOALAN-SOALAN:
1. Nyatakan ciri-ciri orang yang membawa limau.
2. Dinanti-nantikan kepulangannya dan dinamakan sempena nama satu bandar. Di negeri manakah bandar itu terletak? {soalan ni macam riddle skit, jawapannya ada di Google, tapi clue ada kat dalam novel}
3. Nama blogging si pemuda yang dicintai oleh Scarlet.
4. Ulasan novel Sayang Scarlet.
SYARAT-SYARAT:
1. Sudah baca novel Sayang Scarlet
2. Nyatakan di mana anda membelinya (Sayang Scarlet)
3. Tarikh mula / tarikh tutup: 6 Oktober 2014 / 22 November 2014
4. PALING PENTING, hanya pm jawapan kepada CK Publication. Jangan letakkan di status page. Rahsia tau...
5. Kalau ada gambar anda dengan novel, lagi best!

Thursday, October 23, 2014

Dedaun Hijau di Angin Lalu dan Adik-Beradiknya

"Selamat sejahtera", balas suara di hujung talian apabila saya memberi salam.  Oh, not yet Muslim rupanya. Ini merupakan orang bukan Melayu yang pertama sms saya bertanyakan novel Dedaun Hijau di Angin Lalu.  Oleh kerana ingin melancarkan urusan, saya menelefon beliau.  Kagum sungguh saya dengan penulis Manaf Hamzah.  Novel beliau mampu dibaca dan diminati oleh bangsa lain.  Salute!
           Selain Dedaun Hijau di Angin Lalu, Manaf Hamzah ada menulis beberapa buah novel lagi.  Aylana di antara novel yang dicari selepas Dedaun Hijau di Angin Lalu.  Selalunya bila dah suka satu novel, pembaca akan mencari novel-novel lain tulisan penulis yang sama untuk dibuat koleksi.  Oh ya, promosi masih ada. InsyaAllah, siapa yang beli apa-apa novel dari Nazqim Bookstore, akan diberi hadiah sebagai tanda kesyukuran kami kepada Ilahi dan penghargaan buat pelanggan.  So, jangan malu-malu untuk berurusan dengan kami, ok?

p/s:  Saya harap, tiga pelanggan di Terengganu yang beli Dedaun Hijau di Angin Lalu 2,3 hari lepas, berpuashati dengan novel dan hadiah yang tidak seberapa itu.  Ada yang kata, "lamaaaaaaaaa saya cari novel ni". So, enjoy the reading, ya.  


Friday, August 29, 2014

Hadirnya Dia - Eizda Amani


Tajuk:  Hadirnya Dia
Penulis:  Eizda Amani
Penerbit:  Fajar Pakeer
Harga:  RM18.00

Saya suka buku ini.  Walaupun sedikit dramatik, secara keseluruhannya ianya realistik.  Juga diselitkan sedikit hukum hakam agama seperti ibu susuan, poligami yang diharamkan sesama adik-beradik dan sebagainya.  Cerita ini mengenai seorang gadis yatim piatu yang tinggal bersama nenek, ibu saudara dan sepupu.  Belajarnya setakat SPM dan bekerja di sebuah taska.  Pergi kerja balik kerja hanya dengan mengayuh basikal.  Pandai memasak dan menjahit.  
            Watak Syifa digambarkan sebagai gadis biasa yang tidak 'control' ayu dan tidak juga kasar.  Biasa-biasa saja.  Tidaklah tersipu-sipu malu bila dipuji dan tidaklah pula memberontak apabila marah.  Tidaklah hanya berserah, menangisi takdir hidup tapi pandai keluar dari masalah diri dan pandai berkata-kata untuk mempertahankan diri.  
  
    Najihah Syifa membesar tanpa kasih sayang serta belaian seorang ibu.  Dia menjadi mangsa perceraian ibu dan ayah.  Sedari kecil, dia dilayan sebagaimana layaknya seorang hamba oleh Busu Nonie. Dia akhirnya berjaya melepaskan diri daripada cengkaman Busu Nonie yang kejam lalu melarikan diri ke KL tanpa ada tempat hendak dituju.  

  "  Nasib baik muntah biasa.  Kalau muntah darah, mahunya tak ada harapan budak ni nak hidup lagi". 

Kalaulah tidak kerana dilanggar oleh Yuzi, Syifa sendiri belum tahu untung nasibnya di KL.  Ibu Yuzi, Puan Tamimah, bersungguh-sungguh mahu Syifa tinggal bersama mereka, lantaran kasihankan gadis naif yang baik budi pekerti itu.  Lagipun, kehadiran Syifa ke dalam keluarga mereka pasti dapat memberi peluang kepada Alya untuk merasa belaian seorang ibu.  

"Syifa... saya masih setia mencintai awak. Sudi tak awak jadi isteri saya?"

Lamaran daripada Cikgu Zaquan, lelaki pertama yang mengajarnya tentang erti cinta, benar-benar membuatkan Syifa kelu.  Apatah lagi, lamaran itu di hadapan Yuiz, yang terlebih dahulu melamarnya.  

Tegakah Syifa melukakan hati Yuzi yang begitu lama menanti jawapan daripadanya?  Namun tergamakkah Syifa memusnahkan impian Cikgu Zaquan yang terlebih dahulu mencuri hatinya? Antara Yuzi dan Cikgu Zaquan, siapakah yang lebih layak mendapat tempat teristimewa di hati Syifa?

Thursday, July 10, 2014

Novel-Novel Islamik

Seorang pelanggan ingin membeli novel-novel Islamik untuk dihadiahkan kepada kawannya yang mualaf. Saya tunjukkan dia beberapa buah novel dan tak sangka, dia membeli hampir kesemua novel yang dicadangkan; lebih kurang 10 novel.  Ini adalah di antara novel-novel tersebut.  



Sedikit mengenai novel Dingin Salju Indiana:-

Tiga gadis Melayu dengan latar asuhan berbeza memilih Indiana, Amerika Syarikat untuk menyambung pengajian.  Jannah, Murni, dan Nana tertampan dengan permasalahan yang mencabar ego, kewibawaan dan keimanan.  Jannah pernah mengaku kalah di tengah jalan.  Masih adakah harapan buat seorang sahabat untuk diselamatkan.  Masih adakah harapan buat seorang sahabat untuk diselamatkan?

Kehidupan pelik Kak Icon mengundang tanda tanya tentang signifikannya watak aneh ini di bumi Allah. Kehadiran Kak Zai mengundang rencah rasa, dan memberi semacam katarsis dalam jiwa yang berserabut mazmumah.  

Dua jejaka hadir di hati Jannah;  Azhar dengan surat-suratnya yang membaja semangat dan Matthew, pemuda Kristian yang mencari kebenaran.  Jannah memilih untuk setia, tetapi takdir Allah mengubah segalanya.  

Tuesday, June 10, 2014

Novel Tiba-Tiba Dia Ada - Rehan Makhtar


Perjalanan hidup tak seperti yang direncana.  Ada masa perkara tak diduga mencelah.  Ini kehendak mama dan papa yang kononnya bukan paksaan tapi harapan.  Aryana rela untuk menjadi milik Zakhri Adha yang lebih muda daripadanya.  Tiba-tiba dia dipinang, ditunangkan, dinikahkan lalu tiba-tiba suami segera ada di sisi.  
Aryana mencuba sedaya upaya menjadi isteri Ayie yang matang, tak padan dengan usianya.  Ayie yang selalu mengusik, menyakat dan menzahirkan sayang dengan cara yang tersendiri.  
Mereka tahu keindahan cinta berpaksikan ijab dan kabul ini tak akan terlepas daripada dicemari fitnah dunia. Dan mereka juga tahu dugaan itu bukan untuk dielak tapi ditewaskan.  Adakah mereka berjaya menghadapinya?

Thursday, May 29, 2014

Sinopsis Novel Dewi Air Mata - Manaf Hamzah




Selamat datang ke alam fantasi.  Sebuah alam yang luas tanpa sempadan.  Apa sahaja boleh berlaku dan terjadi.
Sekali lagi Firdaus, Danial, Dillah dan Shafiqah mengembara ke alam fantasi setelah menerima dalam suasa penuh misteri kad undangan ke sebuah majlis pertabalan diraja.  Mereka kini ditugaskan nenyingkap di sebalik peristiwa kehilangan Putera Jakalana yang sepatutnya ditabalkan.  Putera Jakalana perlu dijumpai sebelum hari pertabalan atau negeri Senandika tidak akan berkerajaan lagi.  Remaja berempat itu hanya diberi petunjum 'memberi salam kepada ahli abadi...
         Di Senandika, mereka dapati mereka harus mencari Dewi Air Mata.  Untuk mendapatkannya, mereka mesti bekerjasama dengan empat orang lelaki Manuda untuk menyelamatkan tiga dara pingitan yang boleh membantu mereka.  Apabila mereka berhadapan dengan semangat seorang wanita yang telah disemadikan di pusara diraja, mulah terurai kisah penyelewengan di sebalik pergolakan di Senandika dan sedarlah mereka apa yang dimaksudkan dengan 'Dewi Air Mata'.

Novel Hujan Gerimis dihiasi Pelangi - Manaf Hamzah



Atas permintaan, saya sertakan sinopsis novel Hujan Gerimis dihiasi Pelangi di sini.  Ini saya ambil betul-betul dari belakang buku tersebut.  

    Rozman Sulaiman, usahawan muda yang berjaya, menjangka kehidupannya berada di landasan yang baik dan sempurna.  Namun itu semua berubah apabila dia mendapati bahawa dia sedang dipantau dan diperhatikan.  Bukan saja dari seorang wanita, bahkan dari beberapa pihak yang selama ini tidak pernah dia tahu akan kewujudan mereka....
     Bermula dari situ, dia lantas berhadapan dengan pertanyaan dan dilema akan siapakah dirinya yang sebenar?  Kerana apa yang memeranjatkan ialah, dia tidak sebatang kara seperti yang disangkakan selama ini..
    Malahan wanita yang memerhatikannya tanpa diduga mula bertapak dalam hidupnya yang jahil itu.   Malah kehadiran wanita yang bernama Tiara itu bukan saja membolak-balikkan hidupnya, tetapi merubah segala tanggapan dan kepercayaannya, kerana sebelum dia perolehi jawapan-jawapan yang menyelubungi dirinya, mereka harus berhadapan dengan bahaya, musuh dan musibah.  

Thursday, April 10, 2014

Cinta Itu Amat Menyakitkan

Hati Yang Luka

Kelmarin dan semalam, dua orang berlainan bertanyakan buku Norhayati Berahim.  Yang kelmarin, saya lupa pelanggan itu mahukan tajuk apa, sebab saya memang tidak ada buku tersebut.  Semalam, seorang pelanggan bertanyakan novel Hati Yang Luka.  Yang ini, saya ada.  Di bawah saya sertakan sinopsisnya:-

Luka yang berbekam di hati amat sukar diusir.  Rasa perit yang menggerit terlalu sakit untuk ditafsir. Maruahnya dipijak, perasaannya terkoyak.  Adakah kerana latarbelakang keluarga, dia dipersenda?  Lantas diperkotak-katik sewenang-wenangnya?  Widad sedar, alangkah sakitnya menjadi menusia yang tak punya apa...

Sedikit perenggan prolog novel ini:-
Bertelingkah bukanlah perkara yang menyenangkan, jadi aku diamkan.  Biarlah dia membuat apa saja prasangka yang dia suka.  Aku tahu, bagaimana jua pun aku mempertahankan diri, aku tidak akan menang kerana aku yang menjadi isterinya.  Seorang perempuan yang dikahwini hanya kerana pertaruhan dan bukan kerana kasih sayang.  

Memandangkan satu sampul surat poslaju itu boleh memuatkan dua buku, saya cadangkan pelanggan itu pilih lagi satu novel.  Bila dia kata dia tidak tahu untuk memilih novel apa, saya cadangkan novel Rahsia Hati Sofea.  Ini antara novel kegemaran saya.  Siapa yang suka cerita romantik tapi sedih-sedih, bolehlah baca buku ini.  Penulisnya Nazurah Aishah ini, boleh dikira jiran juga sebab tinggal satu taman, tapi saya tak pernah jumpa pun.  Dia tak pernah datang ke kedai saya.  Mungkin juga ada datang, tapi saya yang tak perasan, Wallahualam.  Walau apapun, seriously, novel ini sangat best.  


sekali air sungai melimpah… sekali pasirnya pun berubah…
Aku dan dia kenal begitu lama, saling menyimpan rasa dan berkongsi hati. Kenapa sukarnya untuk saling memahami? Padahal kita bagaikan bercerung jiwa!
Ini bukan cinta tiga segi! Dia dan dia bersahabat. Mereka berkongsi cerita. Namun rahsianya hanya aku seorang sahaja yang tahu!
Ajaibnya dalam derita masih ada lagi cahaya, jalurnya memandu arah. Anehnya dalam pijar resah, angin masih bawa salam bahagia walau seketika. Payahnya pabila cinta jadi benci. Sukarnya nak pujuk hati biar benci bertukar rindu. Pilunya hati tatkala kau paksa aku memilihmu, padahal kau sudah lama kupilih!
Jiwamu bagai ombak di tengah laut, pabila datang menderu kau usung segala beban ke gigi pantai. Singgahmu sekejap cuma, tika pergi kau titipkan semuanya di bahuku seorang.... Kenapa harus begitu, Mal?

Sunday, March 30, 2014

10 ~ 15% less


Alkisahnya saya plan hendak bagi diskaun 10%~15% pada novel-novel dan juga buku-buku agama/motivasi pada hari Selasa nanti, iaitu sempena empat tahun penubuhan Nazqim Bookstore.  Empat tahun dulu, selepas syarikat tempat makan gaji menutup operasi dan berasa tidak lagi 'laku' di pasaran kerja, I determined to register this business.  
           Selasa, 1 April 2014, akan genap empat tahun penubuhannya dan Julai nanti genap empat tahun pembukaan kedai.  Selasa, lagi dua hari, tidak mengapalah, dua hari awal untuk pemberian diskaun ini.   Budak lepasan SPM berminat pula akan buku ini.  Tersenyum-senyum bertanyakan harga.  Indirectly, I knew he asked for a less price, " buku ini, harganya ini ke?" which could be translated or at least I understood it as " buku ini ada diskaun tak?".  
          So, it's sold with 10% less.  I considered that as a gift for the 5A's he got in recent SPM.  

Tuesday, December 24, 2013

Penangan Dedaun Hijau di Angin Lalu - Manaf Hamzah

Saya dapat panggilan dari seorang wanita yang ingin ke kedai saya, katanya dari Terengganu, kini berada di Johor Bahru.  Dia nak beli novel kegemaran ramai inilah; Dedaun Hijau di Angin Lalu.  Tapi, hajatnya tidak kesampaian kerana jalan yang sesak untuk ke Pasir Gudang.  Begitulah keadaannya di Johor ini.  Kalau nak ke Pasir Gudang atau dari Pasir Gudang, memanglah jem.  Nak kata sebab hari bekerja pun ye jugak, tapi kalau hari tak bekerja pun kadang-kadang jem jugak. :).  
      So, hanya wakilnya saja yang datang ambik novel ini.  Begitulah kita manusia ini, hanya mampu merancang, Tuhan jualah yang menentukan segalanya.  Anyway, terima kasih kepada Puan Mazlina yang ada hajat nak kunjungi kedai saya.  Segan pun ada juga, sebab kedai saya tak seberapa pun.  Tidak gah macam kedai lain.  Kelakar bila encik wakil yang datang tu tanya itu buku apa, buku sekolah ke?  Saya kata, novel. Dia cakap, jauhnya dari Terengganu datang nak beli novel kat Johor?  hahaha...aduhai...Kalau kebetulan ke Johor Bahru, tak mengapalah nak datang ke kedai saya, boleh kita kenal-kenal.  Tapi, kalau jauh, jangan bimbang, saya akan pos macam biasa.  Cuma mulai tahun depan, (2014), saya akan pos buku yang dibeli tu hanya pada hari Khamis setiap minggu.  Kiranya saya akan buat penghantaran sekali saja dalam seminggu, kecuali kalau kebetulan saya ada urusan lain dan melalui pejabat Pos Laju, bolehlah saya singgah untuk pos sekali.  Kalau tak, memang novel akan dipos pada hari Khamis saja.  Maklumlah, nak dapatkan parking di pusat perdagangan Pasir Gudang tu pun kadang-kadang susah jugak, so, senang saya kumpul semua order, pos sekali.  Ok tak?  Saya harap tak mendatangkan masalah pada pembeli semua ye.



Ini stok baru sampai - 20 buah buku Dedaun Hijau di Angin Lalu

Wednesday, December 11, 2013

3 bulan - Nuril Bahanudin

Pergi Tanpa Alasan

Minggu lepas, saya dapat pelanggan Kelantan yang pertama, tapi, tidak seperti orang lain yang beli buku Dedaun Hijau di Angin Lalu, saudari Nor Azura dari Bachok ni beli novel Pergi Tanpa Alasan.  Stok hanya ada satu, itupun yang sewa punya, tapi Azura tak kisah, so saya jual jelah dengan sedikit diskaun :).  Novel sudah pun dipos semalam.  Terima kasih daun keladi ya.  
     Tadi pula cik Salimah dari Dungun ada bertanya pasal Dedaun Hijau di Angin Lalu.  So, nampaknya semua negeri Pantai Timur dah ada 

Dah lama tak buat carta novel popular Nazqim Bookstore memandangkan saya amatlah sibuk kebelakangan ini.  Nak balik kampung pun tak sempat.  Sekali imbas, based on novel rental, novel 3 bulan ini ramai juga orang sewa.  

3 Bulan

Thursday, November 28, 2013

Bukan Hanya Ada Kita - Nazurah Aishah

Semalam, anak saya tanya, " Mak, kes Aisyah ni kenapa?".  Dalam hati, Aisyah mana pulak ni?  Saya jawab tak tahu.  " Mak tak baca paper?", Aik..selalunya itu soalan saya untuk dia.  Pulang paku buah keras nampak.  Rupanya dia tengah baca suratkhabar dan mungkin juga tengah baca kes Aisyah tu.  At last, my husband terangkan kat dia serba sedikit pasal kisah kat UK tu.  Kenapa saya tak tahu?  Sebab dah 2,3 hari saya tak baca paper dan tengok berita dek melayan novel Bukan Hanya Ada Kita.  Takpe..kes Aisyah tu, saya baca kemudian.  Siapa Aisyah dan apa yang berlaku pada dia? Takde clue untuk saya, namun siapa pun dia, saya harap Allah lindungi dia dunia dan akhirat.    
           Meh saya bagi sinopsis Bukan Hanya Ada Kita.  Hari tu saya dah post kat personal FB.  Bila cakap pasal buku tentang bermadu ni, ramai je yang nak baca, walaupun kita memang tak suka tentang madu yang satu itu.  Kalau anda, mahu bermadu atau menjadi andartu?  hehehe...amboi soalan.  
      Membaca novel Nazurah Aisyah, entah kenapa saya rasa macam baca kisah benar saja.  Memang selalunya orang buat cerita kebanyakannya berdasarkan pengalaman kan?  Walau tidak pengalaman sendiri, mungkin adaptasi dari kisah orang lain.  Novel ini, seperti juga novel dia yang lain, ada kisah di Johor, maklumlah penulis orang Johor.  
      Tiga tahun berkahwin senyap-senyap di luar negara dan tidak didaftarkan bila sudah balik Malaysia menuntut pengorbanan yang besar.  Kesian isteri kedua, terpaksa merahsiakan status.  Bila ibu bising suruh berkahwin dan memadankan dengan sepupu sendiri, barulah resah melanda, bagaimana mahu menangkis permintaan si ibu.  Menambah perisa cerita, bila sudah terbit rasa cemburu apabila melihat layanan dan mendengar kata-kata romantis suami kepada si isteri pertama, si madu yang baik hati dan cantik menawan. Mulalah rasa ingin pergi dan mengundur diri, lalu konflik terjadi bila suami enggan melepaskan seseorang yang sudah dianggap 'the serenity of my heart', walaupun 'mem besar' sudah ikrar perang.  
        
Telah ditakdirkan bahawa aku, Medina akan menjadi isteri kedua kepada Zahrin, biarpun aku telah berikrar tidak akan sekali-kali menyakiti hati perempuan lain sebagaimana hati ibuku.
Dia bahagia yang aku pinjam tanpa izin... dan aku tidak akan menuntut lebih daripada apa yang Aiza dapat. Aku tidak akan menyusahkan Zahrin kerana aku mahu jadi ‘jiwanya yang tenang’.
Salahkah senyum ini pabila ada insan lain yang bersedih? Berdosakah bahagia ini apabila nanti ada insan lain yang menjeruk rasa?
Tidak ada perempuan yang dengan mudahnya reda menerima seorang lagi perempuan dalam hidup suaminya. Dan aku tidaklah terlalu kejam untuk meranapkan kebahagiaan orang lain.
Jika bahagia ini milik kita biarlah kita berteman sampai abadi. Jika ini bukan jalannya biarlah kita dibentangkan pilihan yang mendamaikan.

BHAKita_Final04_Web
RM21.00

Friday, November 1, 2013

Novel Pilihan Lelaki

Saya terfikir untuk buat entry ini bila dapat seorang penyewa novel lelaki yang baru.  Tidak ramai lelaki yang sewa novel di kedai saya, so far hanya tiga orang, kalau tak silap.  Lama dulu, seorang lelaki tu dia datang sewa novel Lagenda Elfaren.  Itulah first and last novel yang dia sewa.  


Kemudian, En.Abdul Razak datang berkunjung dan menyewa novel tidak putus-putus, sejak November 2011 sehinggalah kali terakhir dia datang pada May 2013.  Novel terakhir yang dia sewa adalah novel Kau yang Pertama dan Terakhir.  Katanya, dia tengah tunggu masa nak berangkat ke Australia.  Dia tidak datang lagi selepas itu.  Agaknya novel itu pun abang Razak kita bawak terbang ke negara kanggaroo itu.  Tak apalah sebab dia bayar deposit, so, consider sold sajalah.  Mungkin kalau penat kutip buah strawberry di sana, abang Razak boleh ulang baca novel itu.  


Bulan Oktober tahun ini, saya didatangi seorang lagi penyewa novel lelaki, Bakri yang berasal dari Besut, Terengganu.  Dia datang sewa tapi yang baca bukan dia saja.  Bila dia dah habis baca, wife dia pulak take turn.  So far, dua novel yang Bakri sewa:- Terlerai Kasih dan Cinta Bersaiz XXL.  

                                               


Thanks guys.