Pada mulanya saya pegang lepas, pegang lepas juga buku Sayang Scarlet ini. Saya tidak dapat menghayati babak-babak yang menceritakan Intan Syakila dan aktiviti bloggingnya. Entah kenapa ceritanya tidak dapat masuk ke dalam jiwa. Mungkin juga sebab watak gadis itu remaja, tidak kena dengan jiwa dewasa saya. Seperti membaca novel remaja pula saya rasa, pada mulanya. Lalu saya skip babak yang ada cerita si kembar berkenaan dan hanya membaca babak Pak Deris dan warga lain di Kampung Tembuni. Kisah mereka ini lebih menarik dan berjaya membuatkan saya membaca muka surat seterusnya.
Namun, oleh kerana ceritanya berkait, saya perlu juga membaca bahagian Intan Syakila. Bacaan paksarela itu, lama-kelamaan menjadi suka pula. Babak melihat perempuan asing di tempat percutian, kehilangan kawan blogger Intan Syakila yang bernama Dragonfly dan misteri kehidupan Pak Deris yang selalu bercakap seorang diri menarik saya untuk menghabiskan bacaan.
Banyak pengajaran yang boleh didapati dalam novel Sayang Scarlet. Antaranya kehidupan kita sebagai manusia ini tidak hanya dikelilingi oleh manusia sahaja, tetapi juga makhluk Allah yang lain. Bila terkena gangguan, pilihlah insan yang betul untuk berubat. Orang itu biarlah seseorang yang mendekatkan diri kepada Allah, bukan bomoh yang hanya tahu mengambil kesempatan. Suspend juga bila si bomoh meminta Intan Syakila ditinggalkan di rumahnya untuk tujuan berubat. Adakah ibu gadis itu sanggup berbuat demikian. Nasib baiklah si ibu membuat keputusan yang betul iaitu tidak bersetuju dengan permintaan itu.
Pengalaman hidup atau masalah hidup seseorang boleh mempengaruhi perangai seseorang. Itulah yang berlaku kepada Pak Deris yang kematian isteri dan anak-anaknya. Dia hilang pertimbangan dan kewarasan.
Tidak berpegang teguh kepada ajaran Islam juga merupakan faktor kemurkaan Allah. Seperti dalam filem, si suami orang dan si isteri orang yang curang akhirnya menerima balasan.
Ada beberapa cerita berbeza tetapi watak-watak di dalamnnya saling berkait di antara satu sama lain. Inilah yang menariknya mengenai novel ini. Pandai Puan Saodah Lasim mengolah dan akhirnya menggabung kesemua cerita menjadi satu. Syabas.
:D Terima kasih kerana sudi membaca walaupun sukar pada mulanya
ReplyDeleteCK Publication
Sama-sama kak. Cerita tu best sebenarnya kak. Boleh buat telemovie. hehehe. Cuma kurang promosi.
ReplyDeletewaaa. kami suka kami suka :D
ReplyDeleteCK Publication