Asalnya post di personal FB, tapi rasanya perlu juga diletakkan di blog ini sebab ia berbentuk ilmiah. Senang kalau hendak buat rujukan belakang hari. Penyakit jiwa ini perlu diubati dengan cepat sebab ia boleh membawa maut.
Jiwa kacau berlaku apabila diri tidak mampu menerima suratan takdir. Juga berlaku apabila terlalu berfikir untuk memuaskan hati orang lain sehingga melukakan hati sendiri. Setiap orang mempunyai kemampuan yang berbeza dalam menangani masalah. Selain digunakan untuk menyembuhkan ketagihan alkohol, Geographic Cure adalah salah satu cara mengurangkan dan insyaAllah menghilangkan kemurungan. Berpindahlah ke tempat yang lebih tenang. Di salah sebuah negeri di Amerika Syarikat, seorang wanita mengalami kemurungan yang teruk akibat kehilangan ahli keluarga yang disayangi. Mengikuti nasihat seorang doktor yang merawatnya, wanita itu dan ahli keluarganya berhijrah ke sebuah daerah di Colorado. Suasana baru dan pemandangan pergunungan yang mendamaikan, dengan izin Allah telah menyembuhkan beliau. Tidaklah semestinya berpindah ke tempat pergunungan. Boleh juga cuba kawasan pantai dan sebagainya. Yang penting, berhijrah ke tempat yang keadaan sekelilingnya berbeza dengan tempat di mana masalah dan tekanan itu timbul. Bertemu orang baru, menjalankan aktiviti baru, melihat keindahan alam yang baru, terbukti memberi kesan yang positif. Namun, ahli keluarga terdekat yang memberi sokongan mestilah sentiasa ada bersama.
No comments:
Post a Comment