Perkhidmatan Kami

Perkhidmatan Kami
DEDAUN HIJAU DI ANGIN LALU-MANAF HAMZAH

DEDAUN HIJAU DI ANGIN LALU


Alhamdulillah, ramai yang membeli novel lagenda ini :), dari utara ke selatan.  Ada dari Kedah, Perak, Johor, Selangor, Negeri Sembilan dan Pantai Timur.  Oleh kerana sambutan yang menggalakkan, Nazqim Bookstore telah menambah stok novel Dedaun Hijau di Angin Lalu.  Sila hubungi kami untuk urusan pembelian dan penghantaran. 012-7727567 atau 019-7404567
Showing posts with label Teh Ais Istimewa. Show all posts
Showing posts with label Teh Ais Istimewa. Show all posts

Friday, May 26, 2017

Menulis


Someone asked me what kind of story that I like to write. Well, I love writing about life, about people. Kisah-kisah yang merawat hati dan jiwa, seperti cerita di dalam buku 'Chicken Soup for the Soul'. Buku ini banyak di rak buku saya. 
Selalunya, saya menulis untuk merawat hati sendiri. Banyak kali saya terkesan dengan keadaan orang di sekeliling saya. Keadaan bagaimana seorang manusia melayan manusia yang lain. Kadang-kadang kisah orang memberi kesan psikologi berhari-hari kepada saya. Adakala mengakibatkan sakit kepala dan mengganggu tidur yang lena. Hendak tidur ingat, bangun tidur juga teringat. Lalu, untuk kurangkan pelbagai rasa dalam jiwa, saya luahkannya melalui pena. 
Memang ada yang kata, "let them fight their own battle", namun, saya bukanlah orang itu. For some reasons that only Allah knows, tubuh dan minda saya memberi reaksi tersendiri apabila berdepan dengan kisah-kisah kemanusiaan. I tend to feel restless and anxious. Lalu, to heal myself, I write.


Image may contain: plant, tree, grass, outdoor and nature



Wednesday, May 24, 2017

Tourette's Syndrome



Semalam jiran saya beritahu perkara sebenar mengenai anaknya. Sesuatu yang saya dan keluarga tertanya-tanya, apa penyakit sebenar anaknya. Pada mulanya kami ingat budak itu bersin, namun kata anak perempuan saya yang juga kawan kepada kakak budak itu, ia bukan bersin. Pelajar lelaki itu ada dengar suara dan dia rasa terganggu lalu dia menjerit. 
     Semalam ada kematian di lorong saya, rumah di depan rumah saya to be exact. Jadi, saya bersama beberapa jiran lain termasuklah puan yang saya maksudkan di atas, menolong menyiapkan bahan-bahan untuk mandi jenazah di surau.
Kakak ini bercerita sikit mengenai anaknya lalu saya beranikan diri untuk bertanya. Bimbang juga kalau dia terasa hati. Tapi niat saya hanya untuk tahu dengan lebih lanjut dari orang yang betul. Alhamdulillah, dia ok dan bercerita dari mula bila anaknya dikesan hadapi masalah berkenaan. Panjanglah ceritanya. Bermacam doktor dan pengamal perubatan Islam mereka jumpa. Akhirnya, doktor kata anaknya mengidap Tourette's Syndrome. Ia berkaitan saraf yang tidak dapat mengawal bunyi bising yang dikeluarkan dari mulutnya. Banyak lagilah simptomnya. Saya baca dalam video di atas, kalau kurang stress, simptomnya akan berkurangan. 
             Saya doakan semoga pelajar tingkatan dua itu sihat semula seperti biasa. Amin. 



Filem di atas merupakan kisah benar seorang guru bernama Brad Cohen yang mengidap penyakit ini.

Monday, February 27, 2017

Keep on Believin'

Assalamualaikum, 
Saya nak cerita sikit mengenai kisah pagi tadi. Saya call sebuah bank untuk pastikan samada akaun seseorang ni masih aktif. Atas sebab-sebab tertentu, saya segan nak tanya pada tuan dia sendiri. 

1. Bank pertama - di Seri Alam
    Staf yang angkat phone adalah lelaki Melayu. (tiada generalization or racist ke apa ye, saya cuma       beritahu race and gender sebagai penyedap cerita :) ). 
    " You kena datang bawak buku bank, update dekat kaunter. Tak boleh check melalui phone". Itu         katanya selepas saya jelaskan tujuan panggilan saya. 

Entah kenapa, saya rasa nak call bank lain pula untuk cuba nasib. 

2. Bank kedua - di Permas Jaya.
    Staf yang angkat phone adalah seorang perempuan Cina. Saya nyatakan tujuan saya. Reaksinya "Akaun sendiri ke, akaun orang lain?". Saya jawab akaun orang lain. Katanya tidak boleh. Saya tanya macamana cara lain kalau saya nak tahu akaun tu masih aktif? Katanya boleh pergi masukkan duit ke ATM. Kalau akaun tidak aktif, ATM akan reject. Better la kan? At least ada diberitahu alternatif. 

Tiba-tiba saya rasa nak cuba call lagi cawangan lain. Masa tu, saya tidak lagi berharap untuk dapat tahu samada akaun bank itu masih aktif atau tidak, tetapi lebih kepada ingin tahu macammana layanan mereka. 

3. Bank ketiga - di Johor Bahru
    Staf yang angkat phone adalah perempuan Cina. Saya mengulangi dialog yang sama. 
    Staf 1 " Current akaun ke?"
    Saya: Ye
    Staf 1:  Sebentar
    Talian senyap sekejap. Tidak lama kemudian, ada staf lain angkat phone, juga perempuan Cina.           Saya nyatakan sekali lagi tujuan saya call. 
    Staf 2: Apa account number?
    Saya bacakan nombor akaun berkenaan. Tidak lama kemudian, dalam 30 saat maybe, 
    Staf 2: Masih ok, masih aktif. 
    Saya: Thank you. 


Senyum lebar saya. Entah macammana, satu company mempunyai tiga cara layanan atau SOP yang berbeza. Begitulah kehidupan. Manusia ini pelbagai ragam. Benda yang mudah pun mahu disusahkan. Kalau mengikut hemat saya, bank yang ketiga itulah yang terbaik. Saya bukannya mahu tahu dalam akaun itu ada berapa jumlah wangnya. Cuma mahu tahu tentang keaktifannya saja. Tapi yelah, mereka ada ketetapan prosedur masing-masing. But, still, berbeza mengikut manusia rasanya. Masih ada yang bertimbang rasa. To that particular staf of 'bank 3', thank you mem. May you have a great day. 

Image result for gambar pegawai bank

Wednesday, March 9, 2016

Kita Semua diuji

Sticker yang dibeli oleh seorang guru PASTI tadi mengingatkan saya pada pembekalnya, seorang lelaki Cina tua, sebaya ayah saya. Beliau datang dengan seorang pemuda, anaknya mungkin. Di tangannya ada sticker, ada kad permainan macam Uno dan sebagainya. Saya sudah ada pembekal tetap sebenarnya. Saya rasa saya boleh dapat dengan harga yang lebih rendah dan bayar secara kredit pula. Kalau diukur dengan wang, saya fikir, memang lebih untung untuk saya beli dengan pembekal biasa. Namun, walaupun dia bukan Melayu dan saya rasa bukan Islam, hati saya tersentuh dengan kegigihannya berusaha, berniaga. Tidak meminta-minta. Hati saya lembut untuk membeli. Namun, kalau tidak silap, hanya dua kali dia singgah ke kedai saya dan setiap kali itulah juga saya membeli. Entah kenapa, selepas itu, tiada lagi kunjungan dari dia. 

          Malam tadi, menonton rancangan Bersamamu TV3, sedih juga melihat keadaan Dato Ooi Eow Jin, bekas komposer dan pengarah muzik terkenal yang uzur dan mengidap Alzheimer. Seorang anaknya telah meninggal dunia kerana leukemia manakala seorang lagi masih hidup tetapi mengidap barah otak semenjak kecil.  Isterinya, tabah menyediakan keperluan mereka.
          Begitulah... kita semua diuji, tidak kira bangsa dan agama. 
Mereka lebih malang kerana tidak merasa nikmatnya Islam. Tidak merasa bahagianya menyebut kalimah Allah. 

Image result for ooi eow jin

Thursday, January 28, 2016

Jangan Banyak Fikir, Buat Sajalah.



Ketika mula-mula berniaga, banyak perkara yang saya tidak tahu. Saya tidak pernah buat binding dan laminate. Saya kerja dulu dalam bidang Accounts dan Admin. Fotostate dan fax pernahlah saya buat. Itupun kalau mesin fotostate rosak, saya memang angkat tangan. Malah, saya tidak pernah pun masukkan kertas dalam mesin itu. Yang saya tahu, tekan butang, jalan. Tekan nombor fax, siap. Adakah adakah saya belajar binding dulu, laminate dulu, kemudian barulah saya buka kedai? Tidak. Saya belajar SEMASA saya berniaga, bukan sebelum. Kalau semua benda saya nak tahu sebelum saya berniaga, saya rasa saya akan bosan belajar dan lama-lama sudah tidak ada semangat berniaga lagi. Maklumlah, sarat dalam kepala dengan banyak perkara. 
          Pada awalnya saya hanya jual buku dan alat tulis. Mungkin 80% buku dan 20% alat tulis. Kemudian, ada permintaan terhadap fotostate. Saya pun mencari pembekal mesin fotostate. Alhamdulillah, semasa sedang makan di medan selera bangunan MARA, Larkin, saya terpandang iklan pembekal mesin fotostate. Pembekal Bumiputera. Saya hubungi syarikat berkenaan dan dari situlah bermulanya kerjasama di antara kami ; lebih kurang lima tahun yang lalu. Saya tidak membeli mesin fotostate itu. Saya hanya menyewanya sahaja. Saya tidak tahu sangat mengenai fotostate. Pekerja/juruteknik syarikat inilah yang mengajar saya banyak perkara. Macammana mahu fotostate I/C, fotostate depan belakang, cara menggunakan feeder, mahu kecilkan dan besarkan imej, dan lain-lain lagi. Saya juga diajar bagaimana membuka mesin fotostate untuk menarik kertas yang tersangkut. Saya memang tidak berapa suka bidang teknikal, tetapi takkanlah kertas sangkut pun mahu panggil technician mereka datang. Kesian mereka. Perlu juga pertimbangkan masalah orang lain, kan? Lalu, saya belajar. Selalunya saya berjaya selesaikan sendiri jika ada masalah kecil-kecil seperti itu. Kalau saya tidak dapat selesaikan, barulah saya hubungi pembekal. Juruteknik mereka datang sebulan sekali untuk periksa meter. Kalau toner habis, saya hanya perlu menelefon dan mereka akan datang untuk menambah semula. Fotostate...satu kerja yang saya tidak jangka saya akan buat. Mengambil arahan dari pembeli, ada yang ok, ada yang kurang sikit adabnya, namun adat berniaga, telan sahajalah. 
       Kemudian, ada pula pelanggan yang bertanya mengenai binding dan laminate. Dua mesin ini amatlah asing bagi saya. Bagaimana kalau saya silap nanti? Namun, saya fikir, alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan. Lalu saya beli mesin binding dari pembekal alat tulis dan mesin laminate dari pembekal alatan pejabat. Saya minta tunjuk ajar dari jurujual mesin laminate itu. Rupanya dia tidak tahu cara penggunaan mesin tersebut. Berpeluh-peluh dia. Tengok manual, cuba, baca manual, cuba lagi. Hari itu, kedua-dua saya dan dia belajar perkara baru; bagaimana menggunakan mesin laminate. Memang kelakar bila jurujual tidak tahu, tapi tidak mengapa. Kita tanya elok-elok, insyaAllah, dipermudahkan. Tidak perlu marah-marah, kita dan dia manusia biasa kan? Mungkin satu hari kena pada kita pula. Memang kena pun dengan saya selepas itu. 
           Satu hari, seorang pelajar IPT mahu laminate cukai jalan motornya. Alamak, saya tidak pernah laminate cukai jalan. Serasa seperti tidak mahu menerimanya. Namun terfikir, rezeki jangan ditolak. Saya beritahu pemuda itu, saya tidak pernah laminate kertas kecil. Takut pula kalau mesin ini buat hal, cukai jalan itu tidak keluar-keluar dari mesin itu. Itu kata saya. Pemuda itu senyum. "Keluar kak, jangan risau. Saya dah pernah buat", katanya. Lalu, pemuda itulah mengajar dan meyakinkan saya that it'll turn out to be allright. And luckily, it did. Wah, itu satu kejayaan bagi saya. Baiknya dia. Tidak pun mengutuk saya dengan kata-kata kesat. 
       Selepas laminate, ada permintaan untuk binding pula. Saya belajar menggunakan mesin binding dari jurujual juga. Hari pertama, ada perkara yang dia juga tidak tahu. Hari kedua, barulah masalah selesai. Saya beranikan diri untuk binding kerja-kerja sekolah budak-budak di sekitar sini. Mungkin ada kesilapan pada awalnya. Namun, alah bisa tegal biasa. Saya sudah berani binding kertas kerja pelajar-pelajar IPTA juga. 
    Begitulah. Kalau terlalu banyak fikir dan terlalu banyak takut dalam diri, tidak kemanalah saya. Saya buat sahajalah, sambil belajar perlahan-lahan. Jangan malu bertanya. Juga jangan marah jika ada pelanggan memberi pandangan. Manusia di sekitar kita kan datang dari pelbagai lapisan masyarakat. Jangan pandang rendah kepada mereka. Dengar nasihat dan pandangan mereka. Tidak perlu mengikut kesemuanya. Nilaikan dan buat keputusan. Listen to your mind but follow your heart. 

Monday, December 7, 2015

Kehilangan

Sebut sahaja kehilangan, memang terasa sakit di sanubari. Biar berpisah hidup ataupun mati, sakitnya lebih kurang sama, sebab kita menghadapi satu perkara yang sama: - kehilangan. Ada orang kata, berpisah hidup lagi sakit sebab kita tahu orang itu masih ada di atas dunia ini namun atas sebab-sebab tertentu, kita tidak dapat berjumpa dengannya lagi. Bepisah mati mudah diterima kerana ada kubur untuk diziarah dan kita mudah memujuk hati bahawa sudah tidak ada apa lagi yang boleh kita lakukan. Berpisah mati, kita ada kubur untuk diziarahi. Kalau berpisah hidup, kemana akan kita pergi supaya hati dapat dirawati?
        Berpisah hidup tidak hanya merujuk kepada perpisahan suami-isteri disebabkan perceraian. Ia boleh merujuk kepada banyak lagi keadaan seperti anak angkat diambil semula oleh ibu kandungnya, perpisahan disebabkan masuk penjara, diculik, hilang, lari dari rumah dan sebagainya. Juga ada kes suami meninggalkan isteri tergantung tidak bertali. Pelbagai kes perpisahan yang menyebabkan orang yang terlibat merasa kehilangan. 
      Saya pernah mendengar cerita mengenai dua orang pelajar IPTA yang ditahan di luar negara dan dituduh atas kesalahan 'keldai dadah'. Setelah berbelas tahun, dua (kini bekas) pelajar ini masih di sana, melalui hidup seharian di dalam penjara. Bagaimanalah keluarga mereka ini menghadapinya? Untuk pergi menziarah, memerlukan duit yang banyak. Duit dan harta yang ada lebih baik digunakan untuk membayar peguam dan sebagainya yang lebih penting supaya si anak dapat diringankan hukuman. Begitulah hidup di dunia. Salah percaturan, buruk padahnya. Sentiasalah kita berhati-hati dan berdoa supaya diri dan keluarga dihindari dari mala petaka dan syaitan yang direjam. 
         Ada hikmahnya bila kita kehilangan orang atau barang yang kita sayang. Dari situ, kita tahu yang kita tidak memiliki satu apa pun di atas muka bumi ini. Semuanya milik Allah. Terpulang kepada Dialah untuk memberi dan mengambilnya semula. Semasa dipinjamkan kepada kita, jagalah ia sebaik mungkin. Bila ditarik balik, redhalah seadanya. 




Thursday, June 4, 2015

Be Careful of What You Wish for

Image result for be careful of what you wish for you might just get it

Pernah berangan akan mempunyai sesuatu? Kemungkinan berangan ada rumah besar, kereta besar, kerja bagus dan sebagainya. Mungkin kita akan dapat apa yang kita impikan itu, tetapi ia datang bersama sesuatu yang lain juga, sesuatu yang mungkin kita tidak mahu. Namun, kita tak dapat menyingkirkan apa yang kita tidak mahu itu sebab ia pakej. 
Contoh, kalau dapat duduk di rumah besar, kita juga akan dapat hutang besar. Kalau dapat kerja bagus, kita juga akan dapat masa yang kurang untuk keluarga. 
     Ada yang berangan untuk menjadi terkenal. Bila terkenal, semua cerita kita akan menjadi bualan orang. Kita jadi rimas pula. 
    Ada juga yang bekerja di pejabat, mengimpikan kerjaya surirumah. Mungkin merasakan surirumah lebih banyak masa untuk anak-anak, dapat masak tiap-tiap hari dan dapat layan mereka buat kerja rumah dan bermain. Tiba waktunya, Allah perkenankan apa yang kita impikan itu. Namun seperti perkara lain, ia datang bukan sendiri. Ia datang bersama yang lain. Menjadi surirumah bererti kita tidak lagi memegang duit gaji tiap-tiap bulan seperti biasa. 
      Bila satu impian kita terlaksana, maknanya satu kehidupan lain terpaksa kita tinggalkan. Sebab itu orang kata, 
      
"Be careful of what you wish for cause you just might get it all.
       You just might get it all and then some you don't want."
  
Namun, apa sahaja yang kita lalui, terimalah seadanya. Sebagai hambaNya, kita kena yakin dan pasrah bahawa semua yang ada di dunia ini hanyalah sementara. Setiap sesuatu ada tempoh masanya. Bak kata seorang peniaga kedai runcit berbangsa Cina yang terpaksa menutup kedainya kerana GST, "tiada majlis yang tidak berakhir". Iya, walau macamana meriah pun sesuatu majlis, ia tetap akan sampai ke penghujungnya. Begitulah hidup kita.   

Tuesday, May 12, 2015

Bangkit

Buka bisnis, terus gagal, itu jauuuh lebih baik, drpd bisnis yg tidak pernah gagal, karena memang tidak pernah dibuka! - Ippho Santosa

Image result for failed business picture


Tuesday, March 3, 2015

Teruskan Perjuangan


Kepada anak-anak yang mendapat keputusan STPM semalam dan SPM hari ini, tahniah diucapkan. Walau apa pun keputusannya, ianya tidak berhenti di situ. Teruskan pembelajaran setinggi mungkin. Kalau ketika sekolah keputusannya tidak bagus, mungkin Allah hold untuk satu saat lain untuk keputusan yang lebih cemerlang. Mungkin di universiti nanti, mungkin dalam perniagaan, atau mungkin juga dalam perkahwinan dan penjagaan anak-anak. Kemungkinan juga Allah gantikan keputusan kita yang biasa-biasa itu dengan kesihatan yang baik berbanding orang lain, atau ketenangan minda tidak seperti orang lain. Semuanya dari Allah. Dia Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kita. Just do your best, Allah will do the rest. Ok?  

Tuesday, April 8, 2014

Don't Give Up

  1. It’s not supposed to be easy. – Just because you’re not where you want to be today doesn’t mean you won’t be there someday.  Again, success is tied to long-term determination.  Successful people keep moving and trying.  They make mistakes, but they do not quit.  If things in your life aren’t happening as planned right now, that’s okay.  It just means it’s not the right time.  Life’s brick walls are not there to keep you out, they’re there to give you a chance to show how badly you want something.  They’re there to stop the people who don’t want it as bad as you do.
Credit to http://www.marcandangel.com/2012/11/02/9-things-to-think-about-before-you-give-up/