Assalamualaikum,
Saya nak cerita sikit mengenai kisah pagi tadi. Saya call sebuah bank untuk pastikan samada akaun seseorang ni masih aktif. Atas sebab-sebab tertentu, saya segan nak tanya pada tuan dia sendiri.
1. Bank pertama - di Seri Alam
Staf yang angkat phone adalah lelaki Melayu. (tiada generalization or racist ke apa ye, saya cuma beritahu race and gender sebagai penyedap cerita :) ).
" You kena datang bawak buku bank, update dekat kaunter. Tak boleh check melalui phone". Itu katanya selepas saya jelaskan tujuan panggilan saya.
Entah kenapa, saya rasa nak call bank lain pula untuk cuba nasib.
2. Bank kedua - di Permas Jaya.
Staf yang angkat phone adalah seorang perempuan Cina. Saya nyatakan tujuan saya. Reaksinya "Akaun sendiri ke, akaun orang lain?". Saya jawab akaun orang lain. Katanya tidak boleh. Saya tanya macamana cara lain kalau saya nak tahu akaun tu masih aktif? Katanya boleh pergi masukkan duit ke ATM. Kalau akaun tidak aktif, ATM akan reject. Better la kan? At least ada diberitahu alternatif.
Tiba-tiba saya rasa nak cuba call lagi cawangan lain. Masa tu, saya tidak lagi berharap untuk dapat tahu samada akaun bank itu masih aktif atau tidak, tetapi lebih kepada ingin tahu macammana layanan mereka.
3. Bank ketiga - di Johor Bahru
Staf yang angkat phone adalah perempuan Cina. Saya mengulangi dialog yang sama.
Staf 1 " Current akaun ke?"
Saya: Ye
Staf 1: Sebentar
Talian senyap sekejap. Tidak lama kemudian, ada staf lain angkat phone, juga perempuan Cina. Saya nyatakan sekali lagi tujuan saya call.
Staf 2: Apa account number?
Saya bacakan nombor akaun berkenaan. Tidak lama kemudian, dalam 30 saat maybe,
Staf 2: Masih ok, masih aktif.
Saya: Thank you.
Senyum lebar saya. Entah macammana, satu company mempunyai tiga cara layanan atau SOP yang berbeza. Begitulah kehidupan. Manusia ini pelbagai ragam. Benda yang mudah pun mahu disusahkan. Kalau mengikut hemat saya, bank yang ketiga itulah yang terbaik. Saya bukannya mahu tahu dalam akaun itu ada berapa jumlah wangnya. Cuma mahu tahu tentang keaktifannya saja. Tapi yelah, mereka ada ketetapan prosedur masing-masing. But, still, berbeza mengikut manusia rasanya. Masih ada yang bertimbang rasa. To that particular staf of 'bank 3', thank you mem. May you have a great day.
No comments:
Post a Comment