Perkhidmatan Kami

Perkhidmatan Kami
DEDAUN HIJAU DI ANGIN LALU-MANAF HAMZAH

DEDAUN HIJAU DI ANGIN LALU


Alhamdulillah, ramai yang membeli novel lagenda ini :), dari utara ke selatan.  Ada dari Kedah, Perak, Johor, Selangor, Negeri Sembilan dan Pantai Timur.  Oleh kerana sambutan yang menggalakkan, Nazqim Bookstore telah menambah stok novel Dedaun Hijau di Angin Lalu.  Sila hubungi kami untuk urusan pembelian dan penghantaran. 012-7727567 atau 019-7404567

Tuesday, July 3, 2012

Wasiat untuk IbuBapa yang bukan Islam


Ada di kalangan kita yang mempunyai ibubapa yang bukan Islam.  Ibubapa yang bukan Islam tidak layak menerima harta pusaka anak yang sudah masuk Islam.  Hanya orang Islam boleh mewarisi daripada orang Islam. Sekiranya ibubapa seseorang itu  bukan Islam, mereka tidak boleh mewarisi daripadanya, tetapi dia boleh  berwasiat sebanyak 1/3 dari hartanya untuk diberikan kepada ibubapa dan saudara yang bukan Islam.  Kita juga boleh  menerima pemberian melalui Wasiat daripada saudara atau kawan bukan Islam.   



Friday, June 22, 2012

Pukul 3.00 Pagi - Aina Emir

Pukul 3.00 pagi sudah menjadi sinonim dengan ritma otaknya kerana di waktu begitu dia sering berlegar-legar di alam maya, terutama di blog Kuntum Merah Jambu. Maklumlah pada siang hari, dia bekerja di sebuah syarikat ICT. Pada waktu malamlah dia aktif dengan bisnes online nya.

Pun begitu, Dania atau ‘Nia’ berdepan dengan masalah bekalan yang sering kali terputus. Ketika itulah, lelaki kacak tapi ‘brutal’ bernama Danish muncul sebagai hero. Danish beria-ia memaksa abangnya Anas untuk membantu Nia. Semestinya ada udang di sebalik mi goreng, itulah sangka Nia. Dania juga mempunyai masalah dalam keluarga. Ibu dan ayah tidak sehaluan. Malah, bertimpa-timpa musibah datang memberi tekanan.     

Sementara itu, kehadiran bos berpersonaliti ‘enigma’ di tempat kerjanya sering kali buat Nia jadi bingung. Ada ketika Khairin garang macam singa, ada masa dia jadi macam anak kucing. Tentunya  lelaki genius itu mampu menggoyahkan perasaan Nia, mungkin kerana ‘kepelikan’ dan ‘keunikan’ yang ada pada dirinya. Lagipun, bukankah Khairin memang ada hati pada Dania? 

Tetapi…  siapa pula agaknya yang suka benar mengganggu Nia di awal pagi? Keadaan itu kadang-kadang membuatkan dia rimas dan sakit hati. Sesungguhnya, Dania tidak pernah teringin untuk bermadu kasih dengan hak orang. 

Pukul 3.00 Pagi, membincangkan perasaan ‘baik’ vs ‘jahat’. Apakah mungkin label ‘baik’ pada Dania mampu untuk berubah? Bukankah dia sekadar manusia biasa yang tidak lari daripada melakukan kesilapan? Tapi… kenapa Kak Rina marah-marah dan menganggap Dania tidak bijak dalam urusan memilih calon?

Thursday, June 21, 2012

Menulis Wasiat


Bukankah saya akan menjimatkan wang jika saya menyimpan Wasiat sendiri?
Benar, anda akan menjimatkan wang jika anda menyimpan sendiri Wasiat anda. Tetapi anda mungkin menghilangkannya maka sia-sia sahaja anda membuat Wasiat jika Wasiat tersebut tidak dapat diperolehi selepas kematian anda.

Jadi, tulislah wasiat dengan As-Salihin Trustee Berhad.  I'm the agent, call me.  :) 019-7404567

Friday, April 6, 2012

Setulus Janji - Aina Emir - Karnadya



Tajuk Buku: Setulus Janji

Harga: RM21.90

Penulis: Aina Emir

Penerbit: Karnadya


Kisah Insyirah yang bercinta dengan Aiman tetapi berkahwin dengan Ilham. Kedua-dua lelaki ini adalah abang angkatnya. Menarik ceritanya. Saya tak pernah baca karya Aina Emir tetapi entah kenapa tergerak mahu baca buku ini. Cerita yang lain dari yang lain. Jarang diwar-warkan mengenai buku-buku keluaran Karnadya. Selalunya Kaki Novel dan Alaf 21 sahaja. Baru-baru ini pula peminat novel menambah minat kepada novel keluaran Karya Seni pula. Sedangkan bagi saya novel keluaran penerbit lain seperti Karnadya dan Jemari Seni juga bagus. Tapi mungkin kurang promosi menyebabkan jarang yang mencari.

Friday, March 16, 2012

Antara Cerita dalam Kelambu dan Rugi Sepuluh Ribu

Saya pernah cakap dengan suami dan juga kawan saya, premis saya ini ada waktunya jadi seperti bilik kaunselor sebab ramai orang datang meluahkan perasaan di sini. Saya yang mendengar segala cerita tidak tergamak pula hanya diam seribu bahasa, jadi saya kadang-kadang mengiyakan, menambah, mengangguk dan memberitahu dan sebagainya. Harapan hanya satu, lepas keluar dari kedai saya ini, mereka pulang dengan hati yang lapang.
Dalam banyak-banyak kisah, saya teringat kisah pada satu hari yang indah itu, bulan lepas kalau tak silap. Hamba Allah ini seperti biasa datang ke kedai saya untuk photostat pada waktu pagi. Sedang menyusun kertas-kertas di meja 'keramat' (meja luahan hati), telefonnya berbunyi, dipandang sekilas, dibiarkan tidak berangkat. Saya tidak bertanya, malah sibuk dengan kerja saya. Prinsip saya begitulah, jangan sibuk hal orang. Tapi, dia dengan rela hati bercerita. Rupanya dia pun dah jadi macam kaunselor jugak, tapi kali ini hal rumahtangga orang, sebab itulah dia malas nak angkat phone. Tidak mahu campur urusan peribadi jiran tetangga. "Urusan dalam kelambu, tak payahlah cerita dekat saya", begitulah lebih kurang katanya. Walaupun di hati ingin sangat nak tahu, siapa dan apa ceritanya, saya menahan diri dari bertanya. Saya juga berdoa dalam hati, jangan sampai dia terlepas cakap, siapakah pasangan yang mengadu itu. Saya taknak tahu aib orang. Taknak. Alhamdulillah, nasib baik habis di situ sahaja. Tapi kelakar jugak tengok muka bosannya masa itu. Bukan senang jadi orang tengah ni. Jadi, kalau nak minta pendapat mengenai hal rumahtangga, pergilah kepada mereka yang betul-betul willing to listen masalah kita. Takut nanti, pekung sudah dibuka, tapi masalah tak selesai juga.
Tengahari pula, sewaktu saya mahu menutup kedai sekejap untuk solat Zuhur, datang sebuah kereta parking tepi kedai. Pemandu kereta bertanya dari dalam kereta, (agak kasar juga pada pandangan saya), ada photostat tak? Dia turun dari kereta, saya tak jadi tutup kedai. Dia tanya berapa jam hendak ke JB? Rupanya dia bukan orang sini, dia dari Selangor. Katanya dia dah kerugian RM10,000.00 gara-gara tak dapat teruskan projek dengan sebuah syarikat terkenal kat Pasir Gudang ni. Dari jauh datang, bawak pekerja, sewa homestay, sekali atas sebab-sebab tertentu dia tak dibenarkan buat projek tu. Projek Aircond. "Baju (uniform-overall) pun baru lagi ni kak. Homestay pun saya dah bayar. Dahla sebelum datang sini, office saya kena rompak...". Dia terus bercerita dan bercerita, dan saya terus mendengar. Sesekali saya mencelah ada orang lain yang rugi beratus ribu, jadi dia rugi sepuluh ribu, agak bernasib baik jugaklah. Tapi, orang tengah susah hati, memang masalah dia jelah yang dia ingat kan? Mana ada masa nak compare dengan orang yang lebih teruk. Apa yang harus saya cakap ya untuk menenangkan dia dalam ruang waktu yang terhad itu? Nasib baik terkeluar jugak sesuatu dari mulut saya. " Awak baca Alam Nasyrah (Surah Al-Insyirah)". Dia nampak sedikit teruja," berapa kali kak?", sambil mulutnya saya lihat terkumat-kamit membaca ayat itu. "Tak kisahlah berapa kali, sampai awak tenang. Ayat tu ada kata, sesudah kesusahan, ada kesenangan". Dia senyum, penuh harapan, kemudian meminta diri untuk beredar setelah membayar. Saya doakan dia dalam hati, semoga dia bangkit kembali. Dalam business, untung rugi itu biasa. Ambik iktibar dan jangan diulangi kesilapan yang sama. Dia masih muda, tak ramai anak Melayu semuda itu yang sudah ada syarikat sendiri. Saya berdoa, dari rugi sepuluh ribu, moga-moga satu hari nanti dia untung juta-juta. Amin.
Anak saya yang sebelumnya senyap di belakang, keluar ke depan, "mak dah macam kaunselor". Saya senyum, you bet my dear. Walau diri sendiri diduga dengan seribu satu masalah, namun rencah hidup orang lain kita perlu dengari juga. Just be a good listener will do.

Saturday, March 10, 2012

Novel Seribu Kali Sayang - Anis Ayuni

Penerbit: Alaf 21
Penulis: Anis Ayuni
Harga: RM19.90

Hasrat meminang yang disuarakan oleh Syed Nadjmil Faiz menimbulkan konflik. Bagi Abby, hasrat itu jatuh di tempat yang salah kerana bercinta dengan kakak, mengapa pula dipinang adiknya? Bagi Syed Nadjmil Faiz, berkawan bukan ertinya berkasih. Sekian lama mengenali si kakak, hatinya tidak pernah disapa rasa cinta, tetapi pertama kali bertemu Abby, perasaannya digoda rindu.

Novel ini dah lama, dah empat tahun. Dulu, saya tak habis membacanya, tak tahu kenapa. Saya rasa baca bab pertama pun tak habis. Tapi, bila hati tetiba rasa nak ke Padang, Indonesia, saya teringat novel ini yang sedikit sebanyak memaparkan kisah kehidupan di negara jiran itu. Lalu, novel ini saya baca sekali lagi, dan kali ini, rasa menarik pula jalan ceritanya. Ada romantis, ada kelakar, pendek kata saya sukalah. Saya bukanlah peminat tulisan Anis Ayuni, malah ada novelnya yang tak kena dengan 'selera' saya. Tak tahulah akan datangkan? Macam novel ni, first time baca tak suka, second time baca, barulah jatuh hati.

Saturday, March 3, 2012

Kampung Girl - Umi Kalsum-Karya Seni


Tajuk Buku: KAMPUNG GIRL
Penulis: UMI KALSOM
Harga : RM21.00
Penerbit: Karya Seni
Catatan: Kalau nak order, telefon ler...:)

PERKAHWINAN diaturkan oleh keluarga? Ashraf langsung tidak menyangka! Lebih memeningkan kepala, apabila dia mengetahui nama calon yang disebutkan oleh mummynya, Puan Mazlin. Ainnur! Si budak kampung itu?! Tidak mungkin.“Orang tak nak kahwin dengan budak kampung tu… mummy jangan paksa Ash!” - Ashraf Khairi.“Ain akan kahwin dengan abang Ash!” - Ainnur.Dan jawapan itu cukup untuk membuatkan Ashraf kehilangan kata.Bergaduh mulut? Itu merupakan perkara biasa bagi Ashraf jika Ainnur ada di depan mata. Pasti ada sahaja perkara yang hendak diperbalahkan.“Dekat kampung kau tu dah pupus populasi lelaki ke sampai kau kena ke bandar nak cari calon suami?” - Ashraf Khairi.Dan nada yang sinis itu cukup untuk membuatkan Ainnur naik darah.Benarlah kata orang, kerana pulut santan binasa… kerana mulut? Jerat terkena diri pemangsa. Rancangan untuk menolak diri Ainnur merupakan titik tolak yang ‘menjahanamkan’ diri Ashraf.“Ash nak ajak dia beli cincin tunang.” - Ashraf Khairi.Lain yang dirancang, lain pula jadinya. Pertunangan yang diaturkan merupakan titik yang mengikat diri Ashraf dan Ainnur. Tapi siapa sangka, tarikh pernikahan yang semakin hampir mencemaskan Ainnur dek kerana ada ‘rahsia’ yang disimpan kemas daripada pengetahuan Ashraf. Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga. Itulah keadaan Ainnur di saat terpaksa menghadapi kemarahan Ashraf yang sememangnya sentiasa suka memarahi dirinya.“And what have you been thinking, doing such thing to me? Nak bagi aku nampak macam orang bodoh…” - Ashraf Khairi.