Pages
Perkhidmatan Kami
DEDAUN HIJAU DI ANGIN LALU-MANAF HAMZAH
DEDAUN HIJAU DI ANGIN LALU
Alhamdulillah, ramai yang membeli novel lagenda ini :), dari utara ke selatan. Ada dari Kedah, Perak, Johor, Selangor, Negeri Sembilan dan Pantai Timur. Oleh kerana sambutan yang menggalakkan, Nazqim Bookstore telah menambah stok novel Dedaun Hijau di Angin Lalu. Sila hubungi kami untuk urusan pembelian dan penghantaran. 012-7727567 atau 019-7404567
Monday, November 5, 2012
Friday, November 2, 2012
Buku Baru NB KARA
Novel-novel baru yang saya order dari NB Kara baru saja saya terima tadi.
1. Biar Jarimu Kugenggam
2. Cinta Perigi dan Timba
3. Roti Canai Salad Taco
4. Dari Milan ke Maran
5. Keindahan Cinta Iman
6. Lelaki Tidak Bersalah
7. Koleksi Resipi 6 Sahabat
8. Asyik Sang Puteri
Di atas kaunter. Tengah Key in
Siap diatur di rak.
Menunggu untuk 'disambar'.
Monday, October 22, 2012
Doa orang yang Teraniaya
Dalam berniaga, macam-macam boleh berlaku. Ada yang tamak, ada yang pentingkan diri sendiri dan ramai juga yang lupa diri di saat berada di puncak kegemilangan. Mereka lupa agaknya bila mereka menindas orang lain, itu bermakna mereka sudah menganiya orang tersebut. Doa orang yang teraniaya ini tiada hijab. Monopoli dalam perniagaan adalah berdosa. Dalam berniaga, kena fikir juga hal orang lain. Penerbit sepatutnya jual pada pengedar sahaja. Tapi, ada sesetengahnya menjual secara terus kepada pembeli. , dengan diskaun pulak tu. Tapi apa nak buat, di saat meniti puncak, ramai yang lupa rumput yang dipijak. Tunggu dan lihat sajalah.
Thursday, September 20, 2012
12 Tip Usahawan Berjaya Tanpa Modal - Azman Manap
Tajuk: 12 Tip Usahawan Berjaya Tanpa Modal
Penulis: Azman Manap
Harga: 29.90
Penerbit: Truewealth
Penulis: Azman Manap
Harga: 29.90
Penerbit: Truewealth
Baru diterbitkan Januari 2012, ini merupakan buku motivasi yang paling bagus setakat ini. Saya mencari buku The Pursuit of Happyness by Chris Gardner tapi terjumpa buku ini. Masa saya decide nak baca buku ini, ianya bukanlah sebab saya nak bukak business tanpa menggunakan satu sen pun duit saya. Ianya dah terlambat untuk saya sebab I have already started my business and of course with some amount of capital. Tapi ayat tanpa modal membuatkan saya rasa penulis ini seorang yang amat teliti soal kewangannya, dan itu menarik minat saya sebab saya ni tergolong dalam kalangan orang yang menitikberatkan perkara yang sama - Financial Management. Encik Azman menceritakan pengalaman sebenar beliau yang membuatkan buku ini amat menarik. Ramai penulis menceritakan pengalaman sendiri tapi entah kenapa garapan pemuda dari Singapura ini lebih sedap dibaca. Mungkin editor juga main peranan di sini :). Bagi saya, orang yang mempunyai kepakaran dalam bidang seperti kejuruteraan, akaun, guaman dan juga handyman seperti technician, mechanic, boleh cuba apa yang Encik Azman dah buat. Pendek kata, sesiapa yang ingin menjual perkhidmatan mereka, mereka tidak memerlukan kos untuk permulaan perniagaan kerana apa yang perlu hanyalah 'otak' mereka. Pelbagai rentetan hidup dilalui En. Azman seperti kena buang kerja, memulakan perniagaan dengan menumpang di pejabat kawan, pekerja berhenti dan sebagainya. Namun, berkat kesungguhan dan kesabaran, perniagaannya dapat bertahan sehingga kini. Bakal usahawan/usahawan di luar sana, silalah baca. It's very inspiring. If there is a will, there is a way.
Friday, September 14, 2012
Tiga Tanda Kematian
Tiga Tanda Kematian:-
1. Putihnya rambutmu setelah hitamnya
2. Lemahnya tubuhmu setelah kuatnya
3. Bongkok badanmu setelah tegapnya
Source: Akhbar Koleksi Misteri Seleksi
1. Putihnya rambutmu setelah hitamnya
2. Lemahnya tubuhmu setelah kuatnya
3. Bongkok badanmu setelah tegapnya
Source: Akhbar Koleksi Misteri Seleksi
Tuesday, August 7, 2012
Sayang Cikgu Ketat-Ketat - Rafina Mimi
Tajuk: Sayang Cikgu Ketat-Ketat
Penulis: Rafina Mimi Abdullah
Penerbit: Kaki Novel
Harga : RM20.00
Penulis: Rafina Mimi Abdullah
Penerbit: Kaki Novel
Harga : RM20.00
Buku ini memang best sangat-sangat. Mula-mula anak saya yang baca. Bila dia ke sekolah, saya ambik baca sinopsis kat belakang. Saya ingat cerita budak-budak. Bila baca sinopsis, rupanya novel cinta jugak. Akhirnya saya yang baca sampai habis. Cerita guru jatuh hati dengan anak murid memang ada di dunia nyata, cuma saya tak pernah pulak baca novel pasal kisah sebegini. Romantiknya Cikgu Safarin masa nak mengorat Nurul Anis, pelajar Tingkatan Lima. Romantika de amournya tu tak hilang walaupun dah berkahwin. Bab ni saya rasa macam tak sesuai untuk anak saya yang berumur 11 tahun tu baca. Macam 18SX gitu. Tapi, takdelah melampau. 'Scene'nya di Terengganu. So, senang nak bayangkan tempat-tempat yang dinyatakan dalam novel ni. Selalunya kat KL je kan? To be honest, inilah pertama kali saya dengar/baca, " sayang ketat-ketat". Agaknya dah jadi trend remaja sekarang kot sebab tu sampai keluar novel tajuk macam ni. Saya je ketinggalan. In all, cerita ni best. Berapa bintang? Lima boleh kot. Heheh..ke banyak sangat? Entahlah. Yang pasti, saya suka watak Cikgu Safarin ni. Novel ni ada pelbagai rasa. Kelakar, sedih, geram, takut, bimbang dan yang bestnya, pastilah romantik. :) Pandailah penulis dia mengarang/mengolah cerita. Best.
Wednesday, July 25, 2012
Pelarian Rohingya
Kalau saya wartawan, berita mengenai pelarian Rohingyalah yang akan saya tulis di saat ini. Akan saya cari berita mengenainya dan akan saya sebarkan kepada semua. Namun, saya bukanlah wartawan dan sumber yang didapati untuk berita ini sekadar didapati dari orang lain. Mereka yang berhati mulia yang sudi pergi sendiri ke tempat kejadian, merakam gambar dan melapor berita, seperti yang dilakukan oleh wartawan-wartawan Harian Metro. Berita mengenai Rohingya di Rakhine, Myanmar ada dalam Harian Metro sejak semalam, bersambung hari ini dan esok, kemungkinan juga hari-hari seterusnya. Well done and congrats. Rohingya di Malaysia pun ramai. Mereka ada Pusat Maklumat sendiri. Bacalah. Mana tahu kalau ingin menderma, berzakat, menyumbangkan pakaian, makanan dan sebagainya. Nasib Rohingya di sini agak baik berbanding saudara mereka di Rakhine, Myanmar. Hak kerakyatan mereka dinafikan. Rumah mereka dibakar. Ramai yang meninggal. Sadis.
Subscribe to:
Posts (Atom)




