Pages
Perkhidmatan Kami
DEDAUN HIJAU DI ANGIN LALU-MANAF HAMZAH
DEDAUN HIJAU DI ANGIN LALU
Alhamdulillah, ramai yang membeli novel lagenda ini :), dari utara ke selatan. Ada dari Kedah, Perak, Johor, Selangor, Negeri Sembilan dan Pantai Timur. Oleh kerana sambutan yang menggalakkan, Nazqim Bookstore telah menambah stok novel Dedaun Hijau di Angin Lalu. Sila hubungi kami untuk urusan pembelian dan penghantaran. 012-7727567 atau 019-7404567
Thursday, May 29, 2014
Sinopsis Novel Dewi Air Mata - Manaf Hamzah
Selamat datang ke alam fantasi. Sebuah alam yang luas tanpa sempadan. Apa sahaja boleh berlaku dan terjadi.
Sekali lagi Firdaus, Danial, Dillah dan Shafiqah mengembara ke alam fantasi setelah menerima dalam suasa penuh misteri kad undangan ke sebuah majlis pertabalan diraja. Mereka kini ditugaskan nenyingkap di sebalik peristiwa kehilangan Putera Jakalana yang sepatutnya ditabalkan. Putera Jakalana perlu dijumpai sebelum hari pertabalan atau negeri Senandika tidak akan berkerajaan lagi. Remaja berempat itu hanya diberi petunjum 'memberi salam kepada ahli abadi...
Di Senandika, mereka dapati mereka harus mencari Dewi Air Mata. Untuk mendapatkannya, mereka mesti bekerjasama dengan empat orang lelaki Manuda untuk menyelamatkan tiga dara pingitan yang boleh membantu mereka. Apabila mereka berhadapan dengan semangat seorang wanita yang telah disemadikan di pusara diraja, mulah terurai kisah penyelewengan di sebalik pergolakan di Senandika dan sedarlah mereka apa yang dimaksudkan dengan 'Dewi Air Mata'.
Novel Hujan Gerimis dihiasi Pelangi - Manaf Hamzah

Atas permintaan, saya sertakan sinopsis novel Hujan Gerimis dihiasi Pelangi di sini. Ini saya ambil betul-betul dari belakang buku tersebut.
Rozman Sulaiman, usahawan muda yang berjaya, menjangka kehidupannya berada di landasan yang baik dan sempurna. Namun itu semua berubah apabila dia mendapati bahawa dia sedang dipantau dan diperhatikan. Bukan saja dari seorang wanita, bahkan dari beberapa pihak yang selama ini tidak pernah dia tahu akan kewujudan mereka....
Bermula dari situ, dia lantas berhadapan dengan pertanyaan dan dilema akan siapakah dirinya yang sebenar? Kerana apa yang memeranjatkan ialah, dia tidak sebatang kara seperti yang disangkakan selama ini..
Malahan wanita yang memerhatikannya tanpa diduga mula bertapak dalam hidupnya yang jahil itu. Malah kehadiran wanita yang bernama Tiara itu bukan saja membolak-balikkan hidupnya, tetapi merubah segala tanggapan dan kepercayaannya, kerana sebelum dia perolehi jawapan-jawapan yang menyelubungi dirinya, mereka harus berhadapan dengan bahaya, musuh dan musibah.
Friday, April 25, 2014
Mengubah Sikap Yang Terperonyok
Penulis : Hj Muhammad Zakaria
Harga : RM20.00
Penerbit: Telaga Biru
Kepada yang kurang bersemangat kebelakangan ini, bolehlah baca buku ni. Sangat sesuai untuk orang yang pernah mengalami kesusasahan atau kegagalan dan kini ingin bangkit kembali.
Sedikit tulisan di belakang buku ini, "Dalam diri anda ada suatu tenaga yang sangat kuat dan berpotensi. Ada ahli motivasi menamakan ia 'gergasi'. Yang lain memanggilnya 'harimau'. Penulis menamakan tenaga itu sebagai 'singa'. Buku ini cuba membantu anada untuk mengeluarkan SINGA tersebut daripada anda. Kemudian memandu SINGA yang sudah bebas itu untuk mengaum ke seantero dunia dalam usaha menggapai kecemerlangan".
Thursday, April 10, 2014
Cinta Itu Amat Menyakitkan
Kelmarin dan semalam, dua orang berlainan bertanyakan buku Norhayati Berahim. Yang kelmarin, saya lupa pelanggan itu mahukan tajuk apa, sebab saya memang tidak ada buku tersebut. Semalam, seorang pelanggan bertanyakan novel Hati Yang Luka. Yang ini, saya ada. Di bawah saya sertakan sinopsisnya:-
Luka yang berbekam di hati amat sukar diusir. Rasa perit yang menggerit terlalu sakit untuk ditafsir. Maruahnya dipijak, perasaannya terkoyak. Adakah kerana latarbelakang keluarga, dia dipersenda? Lantas diperkotak-katik sewenang-wenangnya? Widad sedar, alangkah sakitnya menjadi menusia yang tak punya apa...
Sedikit perenggan prolog novel ini:-
Bertelingkah bukanlah perkara yang menyenangkan, jadi aku diamkan. Biarlah dia membuat apa saja prasangka yang dia suka. Aku tahu, bagaimana jua pun aku mempertahankan diri, aku tidak akan menang kerana aku yang menjadi isterinya. Seorang perempuan yang dikahwini hanya kerana pertaruhan dan bukan kerana kasih sayang.
Memandangkan satu sampul surat poslaju itu boleh memuatkan dua buku, saya cadangkan pelanggan itu pilih lagi satu novel. Bila dia kata dia tidak tahu untuk memilih novel apa, saya cadangkan novel Rahsia Hati Sofea. Ini antara novel kegemaran saya. Siapa yang suka cerita romantik tapi sedih-sedih, bolehlah baca buku ini. Penulisnya Nazurah Aishah ini, boleh dikira jiran juga sebab tinggal satu taman, tapi saya tak pernah jumpa pun. Dia tak pernah datang ke kedai saya. Mungkin juga ada datang, tapi saya yang tak perasan, Wallahualam. Walau apapun, seriously, novel ini sangat best.

sekali air sungai melimpah… sekali pasirnya pun berubah…
Aku dan dia kenal begitu lama, saling menyimpan rasa dan berkongsi hati. Kenapa sukarnya untuk saling memahami? Padahal kita bagaikan bercerung jiwa!
Ini bukan cinta tiga segi! Dia dan dia bersahabat. Mereka berkongsi cerita. Namun rahsianya hanya aku seorang sahaja yang tahu!
Ajaibnya dalam derita masih ada lagi cahaya, jalurnya memandu arah. Anehnya dalam pijar resah, angin masih bawa salam bahagia walau seketika. Payahnya pabila cinta jadi benci. Sukarnya nak pujuk hati biar benci bertukar rindu. Pilunya hati tatkala kau paksa aku memilihmu, padahal kau sudah lama kupilih!
Jiwamu bagai ombak di tengah laut, pabila datang menderu kau usung segala beban ke gigi pantai. Singgahmu sekejap cuma, tika pergi kau titipkan semuanya di bahuku seorang.... Kenapa harus begitu, Mal?
Tuesday, April 8, 2014
Don't Give Up
- It’s not supposed to be easy. – Just because you’re not where you want to be today doesn’t mean you won’t be there someday. Again, success is tied to long-term determination. Successful people keep moving and trying. They make mistakes, but they do not quit. If things in your life aren’t happening as planned right now, that’s okay. It just means it’s not the right time. Life’s brick walls are not there to keep you out, they’re there to give you a chance to show how badly you want something. They’re there to stop the people who don’t want it as bad as you do.
Credit to http://www.marcandangel.com/2012/11/02/9-things-to-think-about-before-you-give-up/
Ada Ubi Ada Batas
Suka ceramah ni. Happy listening.
Wednesday, April 2, 2014
Takaful Malaysia

Kalau nak renew roadtax insurance kereta ke nak ambil insurans keluarga dan sebagainya, bolehler call saya. :)
Subscribe to:
Posts (Atom)
