Pages
Perkhidmatan Kami
DEDAUN HIJAU DI ANGIN LALU-MANAF HAMZAH
DEDAUN HIJAU DI ANGIN LALU
Alhamdulillah, ramai yang membeli novel lagenda ini :), dari utara ke selatan. Ada dari Kedah, Perak, Johor, Selangor, Negeri Sembilan dan Pantai Timur. Oleh kerana sambutan yang menggalakkan, Nazqim Bookstore telah menambah stok novel Dedaun Hijau di Angin Lalu. Sila hubungi kami untuk urusan pembelian dan penghantaran. 012-7727567 atau 019-7404567
Thursday, December 10, 2015
Monday, December 7, 2015
Kehilangan
Sebut sahaja kehilangan, memang terasa sakit di sanubari. Biar berpisah hidup ataupun mati, sakitnya lebih kurang sama, sebab kita menghadapi satu perkara yang sama: - kehilangan. Ada orang kata, berpisah hidup lagi sakit sebab kita tahu orang itu masih ada di atas dunia ini namun atas sebab-sebab tertentu, kita tidak dapat berjumpa dengannya lagi. Bepisah mati mudah diterima kerana ada kubur untuk diziarah dan kita mudah memujuk hati bahawa sudah tidak ada apa lagi yang boleh kita lakukan. Berpisah mati, kita ada kubur untuk diziarahi. Kalau berpisah hidup, kemana akan kita pergi supaya hati dapat dirawati?
Berpisah hidup tidak hanya merujuk kepada perpisahan suami-isteri disebabkan perceraian. Ia boleh merujuk kepada banyak lagi keadaan seperti anak angkat diambil semula oleh ibu kandungnya, perpisahan disebabkan masuk penjara, diculik, hilang, lari dari rumah dan sebagainya. Juga ada kes suami meninggalkan isteri tergantung tidak bertali. Pelbagai kes perpisahan yang menyebabkan orang yang terlibat merasa kehilangan.
Saya pernah mendengar cerita mengenai dua orang pelajar IPTA yang ditahan di luar negara dan dituduh atas kesalahan 'keldai dadah'. Setelah berbelas tahun, dua (kini bekas) pelajar ini masih di sana, melalui hidup seharian di dalam penjara. Bagaimanalah keluarga mereka ini menghadapinya? Untuk pergi menziarah, memerlukan duit yang banyak. Duit dan harta yang ada lebih baik digunakan untuk membayar peguam dan sebagainya yang lebih penting supaya si anak dapat diringankan hukuman. Begitulah hidup di dunia. Salah percaturan, buruk padahnya. Sentiasalah kita berhati-hati dan berdoa supaya diri dan keluarga dihindari dari mala petaka dan syaitan yang direjam.
Ada hikmahnya bila kita kehilangan orang atau barang yang kita sayang. Dari situ, kita tahu yang kita tidak memiliki satu apa pun di atas muka bumi ini. Semuanya milik Allah. Terpulang kepada Dialah untuk memberi dan mengambilnya semula. Semasa dipinjamkan kepada kita, jagalah ia sebaik mungkin. Bila ditarik balik, redhalah seadanya.
Wednesday, December 2, 2015
RADIO DIGITAL ISLAMIK AL-QURAN
Nazqim Bookstore ada menjual radio digital Islamik ini. Harganya RM200.00. Untuk mendapatkannya, sila hubungi 012-7727567.


Radio ini mengandungi 2,150 program tajuk berkaitan agama dalam sebuah radio meliputi:
❤ Bacaan lengkap Al-quran 30 juzu' dari qari yang muktabar
❤ Terjemahan semua surah (114 Surah)
❤ 1,100 tajuk ceramah-ceramah agama daripada ustaz / ustazah terkenal Malaysia dan Indonesia
❤ 372 tajuk Soal Jawab Agama
❤ Doa-doa Harian, Berzanji, Zikir, Cara Tahlil, Azan dan lain-lain
❤ Ayat Ruqyah... baik untuk didengar oleh mereka yang mengalami gangguan sihir dan saka.
❤ Ulasan Hadis, Bacaan & Cara melakukan Solat
❤ Bacaan Yassin & Terjemahan, Panduan Ibadah Haji / Umrah, Lagu-lagu Nasyid dan lain-lain.


Wednesday, October 28, 2015
Monday, September 14, 2015
Dedaun Hijau di Angin Lalu - Manaf Hamzah
Tuesday, September 8, 2015
Pekerja-Jangan Terlalu diberi Muka, Kelak Hati Akan Terluka
Apa yang berlaku kebelakangan ini mengingatkan saya kepada pekerja pertama saya. Marsya, seorang gadis Pan Asian bekerja dengan saya secara part-time selama setahun lebih kalau tidak silap saya; Julai 2010 ~ November 2011. Ketika itu dia di tingkatan 3 dan akan menduduki peperiksaan PMR. Marsya akan datang ke kedai pada waktu petang dan mengambil alih menjaga kedai sampai malam dan seterusnya menutup kedai pada pukul 9.30 malam.
Sepanjang lima tahun saya membuka kedai ini, Marsyalah pekerja yang paling menyenangkan hati saya. Dia tidak banyak cakap dengan saya. Saya pun bukanlah jenis orang berbual. Apa yang saya suka, kalau saya tegur, dia tidak menjawab balik. Dia akan kata "ok, sorry". Selalunya saya akan tegur dia melalui SMS. Setiap message saya kepadanya akan dibalas walaupun sekadar ok. Jadi saya tahu dia telah terima, baca dan faham apa yang saya hendak sampaikan. Dia tidak pernah ambil cuti mengejut. Apa yang dibuatnya mengikut perancangan dan kalau perlu cuti, dia akan maklumkan kepada saya lebih awal. Saya rasa Marsya seorang gadis yang matang dan pandai menjaga hak dan perasaan orang.
Oleh kerana di tahun 2010 itu dia ada peperiksaan besar, dia akan buat kerja sekolah di kedai sambil menunggu pelanggan setelah dia buat kerja rutinnya; menyapu dan lap rak buku. Saya juga izinkan dia buat study group di kedai saya. Asalkan tidak menggangu layanan dia kepada pelanggan, tidak mengapa. Kalau ada pelanggan, dia mesti utamakan mereka dulu. Saya tidak mahu jadi majikan yang terlalu berkira dalam segala segi.
Setelah Marsya berhenti, saya ada beberapa lagi pekerja part-time. Mostly pelajar lepasan SPM dan STPM atau kolej. Mereka bekerja dengan saya sementara menunggu keputusan. Memang tidak sama dengan Marsya, walaupun secara luarannya mereka nampak lebih muslimah. Macam-macam masalah yang saya hadapi bersama pekerja-pekerja baru selepas itu. Ada yang tidak faham arahan, ada yang menjawab dan suka memberi alasan bila ditegur, ada yang suka ambil cuti last minute dan yang paling menyakitkan hati bila dia melangkau garis sempadan seorang pekerja. Tidak tahu mana baik dan buruk bila berkomunikasi dengan majikan. Terlalu mesra seperti keluarga amatlah tidak kena dengan prinsip saya. Bagi saya, majikan dan pekerja harus kekal begitu. Kena ada beza antara pekerja, kawan dan keluarga. Pekerja memang tidak harus diberi muka untuk duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan majikan. Tidak perlu untuk pekerja tahu urusan peribadi majikan. Bila ini berlaku, pekerja mudah lupa diri. Bila ditegur yang perbuatannya menyakitkan hati, dia akan mempertahankan diri. Lebih melukakan hati sekiranya dia rasa apa yang dia buat itu tidak salah hanya kerana mereka tiada niat untuk melakukan apa-apa kesalahan. Harus diingat, ini bukan kes jenayah seperti kes bunuh yang memerlukan niat untuk disabitkan kesalahan. Bila ianya terjadi, ia terjadi. That's it.
Kepada anda di luar sana, berhati-hatilah memilih pekerja. Jangan terlalu rapat dengan mereka. Biar mereka tahu, mereka hanya pekerja dan hanya perlu mengambil berat hal kerja, tidak lebih dari itu. Perwatakan luaran tidak menjamin pekerja anda tidak menikam anda di belakang suatu hari nanti. Bila diberi muka, semua kemungkinan boleh terjadi.
Subscribe to:
Posts (Atom)


