Perkhidmatan Kami

Perkhidmatan Kami
DEDAUN HIJAU DI ANGIN LALU-MANAF HAMZAH

DEDAUN HIJAU DI ANGIN LALU


Alhamdulillah, ramai yang membeli novel lagenda ini :), dari utara ke selatan.  Ada dari Kedah, Perak, Johor, Selangor, Negeri Sembilan dan Pantai Timur.  Oleh kerana sambutan yang menggalakkan, Nazqim Bookstore telah menambah stok novel Dedaun Hijau di Angin Lalu.  Sila hubungi kami untuk urusan pembelian dan penghantaran. 012-7727567 atau 019-7404567

Friday, May 6, 2011

Hari Ibu 2011


Sempena hari ibu, macam-macam aktiviti diadakan di semua tempat. Di taman perumahan tempat saya tinggal dan berniaga inipun sama juga. Saya didatangi seseorang yang juga pelanggan, meminta sumbangan ikhlas untuk menampung perbelanjaan aktiviti yang akan


diadakan sempena Hari Ibu, 8 Mei, Ahad ini. Seperti biasa, bila orang mintak derma, kita hulur wang tunai kan? Samalah saya pagi tadi. Bila kakak itu pergi, baru saya terfikir, kenapalah saya tidak dermakan buku-buku yang saya jual ni? Lagipun, kutipan derma itupun untuk menampung penyediaan hadiah untuk acara pertandingan yang diadakan seperti pertandingan memasak, koir, gubahan buah dan cabutan bertuah. Kalau saya bagi buku, tak payahlah mereka susah-susah pergi shopping hadiah lagi. Apa yang saya bagi itulah hadiahnya, tinggal balut je cantik-cantik. So, saya call kakak tu tanya kalau sudi terima sumbangan saya tu. Dia cakap boleh dan beberapa jam kemudian, dia datang balik untuk ambil buku-buku tersebut. Saya sertakan juga satu majalah Saji. Ibu-ibukan suka masak kan? Cuma saya hairan, kenapa hanya mereka yang tahu? Acara ini untuk penduduk satu taman ataupun untuk ahli persatuan saja? Saya rasa, kalau saya bekerja pejabat macam dulu, memang saya tak tahu. Atau dah ada kain rentang di simpang jalan, cuma saya yang tak perasan? Walau apapun, tak kisahlah, ianya untuk siapa, saya harap sumbangan saya dapat digunakan untuk menambah ilmu pengetahuan, dunia dan akhirat. Sempena Hari Ibu, Nazqim Bookstore juga mengambil kesempatan untuk mengadakan pertandingan mengarang essei berdasarkan 'Ibu'. Sesiapa yang membeli buku hari ini sehingga May 25, 2011, layak untuk menyertai pertandingan ini. Tarikh tutup penghantaran eseinya adalah May 25. So, selamat mencuba.

Friday, April 29, 2011

Menjejaki Jutawan Senyap

Saya suka baca buku ni. Masa tu saya belum lagi berniaga. Rasanya masa tu, baru berhenti kerja kot. Satu hari tu, saya berbual-bual dengan seorang akak yang jual nasi lemak dekat rumah saya. Rupanya kakak ni punya minat yang sama dengan saya. Suka baca buku motivasi. So, kami bertukar-tukar buku. Buku Menjejaki Jutawan Senyap adalah salah satu daripada buku-buku milik akak tu yang saya baca. Kemudian, saya mencari buku-buku Chef Li yang lain. Memang best bukunya. Saya sarankan semua orang Melayu membaca buku-buku karangan Chef Li terutamanya bagi mereka yang hendak mula berniaga. Biar bersemangat sikit kan? Gambar di sebelah merupakan cetakan lama, sekarang ada edisi jimat seperti di bawah.



Tajuk: Menjejaki Jutawan Senyap
Penulis: Dato' Dr. Rusly Abdullah (Ph.D)
Harga: RM17


Baru-baru ini, ada seorang lelaki muda lingkungan 20-an, datang ke kedai untuk fotostat. Dia bertanya serba sedikit mengenai kedai saya. Dia pun ada perancangan untuk berniaga juga, jual ayam katanya. Tak pastilah saya dia nak jual ayam fresh ke ayam goreng macam di pasar malam tu. Tapi, dia belum ada modal. Jadi, saya kata, kalau belum ada modal, kerja la makan gaji dulu, kumpul modal. Dah ada modal sikit-sikit dalam RM500 ke RM1000 ke, mulakan secara part time, (saya assume dia plan nak jual ayam goreng) di pasar malam atau di pasar tani di sebelah malam atau hujung minggu, masa tak bekerja. Jangan kacau waktu kerja full-time pulak, nanti tak berkat kan? Dia mengangguk-angguk mendengar kata-kata saya. Macam pakar motivasi pulak saya ni..(hehe...perasan). Takdelah, saya cuma menyampaikan pengetahuan dan pengalaman saya yang dah 'berjaya bukak kedai'....belum lagi 'berjaya dapat untung besar dan jadi jutawan'...belum...jauh lagi tu. Kata saya lagi, sebelum berniaga, carilah ilmu dulu...baca buku tentang perniagaan, motivasi dan sebagainya. So, saya cadangkan buku Menjejaki Jutawan Senyap ini, sebab saya dapat rasakan semangat dia dah sedikit berkobar mendengar cakap dari saya yang tak ada apa ni. Kalau dia baca buku Chef Li ni, saya yakin, lagilah dia bersemangat. Dia setuju beli buku tersebut dan saya bagi dia diskaun 10%. Sebelum dia pergi, saya iringi dia dengan doa di dalam hati semoga dia berjaya mencapai cita-citanya. " Kalau dah start berniaga nanti, bagitahu akak ye", kata saya. Dia senyum meleret sambil keluar dari kedai. Good Luck beb.


Saturday, April 23, 2011

Foreign Customer



Kedai saya dikunjungi warga asing? Hehehe...bukanlah omputih, tapi warga Thailand (muslim). Mulanya dia hanya melihat-lihat, kebanyakan yang dilihatnya adalah buku kanak-kanak. Saya ingat orang Melayu, mungkin jugalah dia orang Melayu, tapi Melayu Thai, kan? Bila datang ke kaunter untuk membayar, banyak juga buku yang dibelinya. Kemudian, dia tanya ada Malaysia map tak? Hairan juga, tapi dari loghatnya, saya tahu, dia bukan dari Malaysia, tapi saya ingat dia orang Indon. Saya tanya, dia duduk mana? Dia cakap, "tinggal di Thailand...adik Aisyah..."..ooo kisahnya, dia adik kepada Aisyah, yang duduk kat taman depan. Minggu lepas, Aisyah tu ada datang laminate roadtax kat kedai saya, dan ada beritahu dia nak balik kampung malam tu. Agaknya, ni adik dia ikutlah datang Malaysia kejap.

Lelaki tu beli buku doa, buku belajar jawi untuk sekolah rendah dan lain-lain, semuanya buku Islamic budak-budak. Saya rasa mesti untuk anak dia. Perihatinnya dia...kagum saya :). Katanya, " kat Thailand, buku-buku macam ni, takdok" Oh..kesiannya, mesti susah saudara seIslam kita nak belajar ilmu agama, kan? Tapi, takpe, di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Semoga saudara dimurahkan rezeki dan dipermudahkan urusan. Terima kasih daun keladi, lain kali, datanglah lagi.

Thursday, April 21, 2011

566 Hari Mencari Cinta



Penulis: Ilya Abdullah

Penerbit: Kaki Novel

Harga: RM18









566 hari...tempoh untuk Firdayu mencari cinta kerana satu perjanjian. Cinta senang dicari namun mudahkah untuk mencari cinta sejati? Apatah lagi Firdayu memilih lelaki seperti memilih baju, yang berjenama lebih diutamakan. Tanpa jenama, dicampak ke tepi.

Wednesday, February 9, 2011

Interlok



Saya tak pasti buku ini ke yang digunakan untuk KOMSAS tingkatan 5 ataupun dah dicetak dengan kulit yang lain. Saya belum tengok pun buku ni. Pada mulanya saya tak terasa nak baca sangat walaupun timbulnya kontroversi pasal novel ini. Bagi saya, di Malaysia ni, memang dah begitu jadinya, sebab rakyat dah berani bersuara dan most of the time goverment akan ikut kata rakyat untuk mengelakkan perkara yang tidak diigini berlaku. Lagipun, saya bukan lagi pelajar. Buku ini pula kan untuk pelajar tingkatan 5 di sebelah barat Semenanjung rasanya. Belah Johor ni, mereka guna novel lain i.e Kabus di Perbukitan. Saya rasa je ni...sebab saya pernah terbaca kat satu tempat supplier ni., dan juga takde pulak students request buku ni.
Anyway, hati saya jadi teringin membaca novel ini bila saya terbaca temubual seorang wartawan suratkhabar dengan penulis novel ini iaitu Dato' Abdullah Hussain. Sedih saya baca luahan hatinya, sebab beliau menulis bukan kerana ingin memecahbelahkan kaum atau apa, malah ini kan novel untuk menyatukan kaum di Malaysia. Lagi hiba bila melihat Dato' yang telah uzur ni menitiskan airmata kerana sedih dengan apa yang berlaku. Kalau saya pun sedih juga, novel kita dipertikaikan dan dipijak, dibakar. Tambahan pula warga emas ini yang sudah tentunya mengharapkan saat-saat yang tenang sahaja di penghujung usia. Namun, apa nak buat, sekali lagi, sebagai orang Melayu, seperti dulu, kita mengalah, mendengar, dan mungkinkah mengikut kata mereka? Entahlah.
Seorang pelanggan yang selalu datang pinjam buku di sini juga bertanya pasal Interlok ni. Bertambahlah keinginan nak baca novel hebat ini, dan tadi, satu incident yang tak disangka-sangka, juga menyumbangkan kepada faktor yang sama.
Mr. G, datang untuk photocopy, tapi agaknya dia baru perasan, ini kedai buku, dia tanya pasal Interlok. Saya cakap tak ada. Saya memberanikan diri bertanya, " tak bagus ke Interlok tu?". Katanya tak bagus. Untuk bacaan umum ok, tapi untuk pelajar, tidak. Dia cakap ada perkataan yang tak sepatutnya diucapkan ada dalam novel itu. Dia tak cakap pun, kita semua tahu, perkataan apa kan? Saya kata, itukan sejarah. Kami orang Islam pun ada belajar sejarah pasal bagaimana seorang lelaki di zaman Nabi s.a.w yang amat teruk perangainya, tapi telah bertukar jadi sahabat baginda yang baik. ( Saya merujuk kepada Saidina Umar). Betulkan, kita tahu sejarah Umar, dia jahat di zaman jahiliahnya, bunuh anak perempuannya, malah pernah juga ingin membunuh Nabi. Tapi, dengan izin Allah, bila masuk Islam, sayang betul dia dekat Nabi, sampaikan bila Nabi wafat, dia nak bunuh pula orang yang cakap Nabi dah wafat. Tapi takdelah saya cerita semua tu kat Mr.G. Dia kata perkataan paria itu kalau dia sebut dekat orang India yang lain, dia mesti kena belasah. Saya faham, dah lama tahu pasal tu pun. Then, saya cakap, kalaulah saya orang India, saya tak kisah pasal Interlok ni. Sebab itu sejarah. Bila kita tahu sejarah, contohnya ohhh, datuk nenek kita dipanggil/digelar sebegitu dulu, then I would be very grateful to be in Malaysia, yang aman damai ini dan tiada kelas-kelas sebegitu lagi. Katanya mereka kena bersuara, kalau tak, jadi macam orang India di Indonesia, tak boleh bukak mulut. Saya senyum dalam hati.....( we have given too much....give in alot too).
Banyak lagilah perbualan kami, tak larat la saya nak tulis semuanya. Namun saya faham maksudnya, dia tak mahu novel ini diterapkan dalam sistem pendidikan, katanya ada novel lain yang lebih baik. Tapi, beliau tidak menghalang ianya dibaca umum. Sekali lagi, wajah Dato' Abdullah Hussain terbayang di mata. Saya pun faham niat beliau, sekadar mahu menulis rentak hidup dan suasana ketika itu, 40 tahun dulu, tanpa ada agenda untuk menghina. Saya masih dengan pendapat saya, novel ini boleh diajar di sekolah dengan budi bicara guru memberi penerangan yang bersesuaian. Sejarah tetap sejarah. Dengan mengetahu sejarah, barulah kita rasa bersyukur dengan nikmat hari ini. Melupakannya tidak menjadikan kita orang lain. Kita tetap kita.
By the way, Mr.G order satu Interlok dari saya. Saya cakap dengan dia, saya harap dia tak marah-marah pasal novel ni. "Tak adalah", katanya. Alhamdulillah. There is always a blessing in disguise. Wallahualam.

Friday, January 21, 2011

Kalau Ada Jodoh

Hari ini teringat pulak lirik lagu kumpulan Gersang, Masih Aku Terasa, bila mengimbau perbualan saya dengan seorang remaja lelaki, 23 tahun, semalam. Novel untuk awek yang telah pergi? Mulanya keliru apa maksud perginya tu? Pergi ke rahmatullah, break up or hanya sekadar pergi jauh e.g. sambung belajar ke? Rupa-rupanya sudah dua tahun berpisah, namun untuk melupakan, katanya payah. Entahlah, tak berani saya nak berkata-kata, bimbang hati sang lelaki akan terluka. Kalau sudah niatnya ingin memberi, diharap di pihak sana sudi menerima - anggap hadiah dari seorang teman. Namun, dia tidaklah terus membeli, mungkin kurang pasti, tajuk apa yang sesuai untuk suri hati yang telah lama pergi, dan kini sudahpun ada pengganti. Kalau dia datang lagi, akan saya syorkan buku ini:- Kalau Ada Jodoh

Thursday, January 20, 2011

Suara Si Kecil

Masa saya kecil dulu, saya memang tidak akan bertanya langsung hal-hal berkaitan perempuan, badan dan sebagainya, baik kepada kawan-kawan, apatah lagi kepada mak, even nenek sekalipun. Tetapi, nak dijadikan cerita, saya dapat anak dara yang suka bercakap dan bertanya, sampaikan soalan-soalan tu, saya malu mendengarnya. Maklumlah, saya ni agak konservatif. Semenjak kebelakangan ini, dia cerita pasal pertumbuhan payudara yang dia dengar dari cerita kawan senior dia. Dia cerita pada saya tu, untuk pengesahanlah kiranya, betul ke tidak cerita kawan dia tu. Aduhai, nak tergelak ada, malu pun ada bila dia kata, nanti akan ada rasa gatal-gatal dan sakit-sakit bila payudara membesar. " Betul ke mak?" Saya mengiayakan sahaja. Soalan tidak terhenti di situ, bersambung pula kepada bab haid. Umur berapa kena, macammana nak pakai pad, dan sebagainya. Saya hairan juga, kadang-kadang saya rasa soalan tu dah ditanya beberapa kali, jawapan pun dah diberi, namun, hari lain, tanya lagi.
Saya terjumpa satu article dalam blog seseorang. Saya rasa akan saya print untuk bacaan anak saya dan kawan dia. Thank you to that blogger.