Perkhidmatan Kami

Perkhidmatan Kami
DEDAUN HIJAU DI ANGIN LALU-MANAF HAMZAH

DEDAUN HIJAU DI ANGIN LALU


Alhamdulillah, ramai yang membeli novel lagenda ini :), dari utara ke selatan.  Ada dari Kedah, Perak, Johor, Selangor, Negeri Sembilan dan Pantai Timur.  Oleh kerana sambutan yang menggalakkan, Nazqim Bookstore telah menambah stok novel Dedaun Hijau di Angin Lalu.  Sila hubungi kami untuk urusan pembelian dan penghantaran. 012-7727567 atau 019-7404567

Tuesday, February 28, 2012

Le Tour De Langkawi in Parit Sulong

Ahad lepas, dekat taman ada Majlis Maulidur Rasul tapi, at the same day, ada appointment dengan Perodua untuk pemasangan tali pinggang keledar kancil. Kami dah register nama sejak bulan 12, tahun lepas, last minutelah kiranya, sebab saya tak tahu pun pasal ni. Dah nak habis due date, baru tahu, itupun dari Sinar FM. Masa kami register nama, memang masih dalam tahun 2011, tapi giliran kami akan jatuh pada tahun 2012, jadi kata staf Perodua, kami akan dikenakan bayaran RM18. It's ok, memang kami yang salah, tak ambik tahu awal-awal.
Oleh kerana my husband dah plan nak ke Parit Sulong, I volutereed myself to go to Perodua. Plannya he would go to PS with the son, while I'd go to Plentong with the daughter. Balik dari Perodua, bolehlah saya dengan Leen ke surau untuk maulud Nabi. Tapi, bila fikir balik, by the time, siap, mesti dah tengahari. Nak pergi surau waktu tu, nanti kang macam nak pergi makan la pulak. Majlis pun dah nak habis kan? So, saya cakap dengan Joe, kami ikut dia ke PS jelah since dia kata pelumba2 tu sampai pun dalam pukul 3pm.
Sampai kat Perodua pukul 8.20 pagi. Dapat nombor pun nombor satu. Diaorang start pasang pukul9.00. Pukul 10.00, dah siap. Mintak izin tinggalkan kancil kat situ, staf tu bagi so terus kami ke Parit Sulong dengan kereta lagi satu. Masa nak guna GPS, Joe boleh tanya, " Parit Sulong tu Batu Pahat ke Muar?"...aik, ni sapa yang orang Johor ni? Saya dengan confidentnya jawab Batu Pahat. Dalam hati moga2 betullah. Nasib baik betul. Memang confuse sebab Batu Pahat dengan Muor kan banyak parit. Tapi, saya rasa 'Parit' di Batu Pahat lagi banyak. So, hari tu, dalam panas terik tu, kami menjamu mata melihat pelumba-pelumba beraksi. Saya dapat tahu Terenganu merupakan penaja terbesar untuk tahun ini. Di semua kereta escort, ada lambang negeri Terengganu. Yang bestnya, Anuar Manan dapat nombor tiga hari tu. Yeah....Teganu Nelang....

Thursday, February 23, 2012

Sisa Sebuah Cinta - Ian Juliana - Kaki Novel



Harga: RM30.00

Penerbit: Kaki Novel


Renda Ghazli: Seorang gadis yang bermula dari bawah untuk menuju puncak impiannya. Gadis yang sering dihujani dengan rasa sakit bila dia hampir-hampir mengecap rasa bahagia.


Airel Yuki Hagiwara: Perkenalan sebelumnya hanyalah atas dasar persahabatan sebelum bercantum menjadi rasa sayang. Silap gadis itu hanya satu, menyukai lelaki ini kala diri menggalas status isteri buat seorang suami.

Monday, February 20, 2012

Haqim Ketua

Dua tiga minggu lepas, Haqim cakap dia jadi ketua darjah, I thought he kid around. Tapi, bila kami tak percaya, dia marah-marah. Sehinggalah satu hari dia main 'soal jawab cikgu dengan anak murid' - " sapa tak datang hari ni?" etc. Then his sister said to me, maybe betul Haqim jadi ketua darjah sebab itu dialog cikgu and ketua darjah. Still not satisfied, I went to school and met his class teacher, Cikgu Roslina. I told her, Haqim ni kuat berangan, kadang-kadang dia kata jadi penjaga gol, nanti ganti KFC (Khairul Fahmi Che Mat) dan macam-macamlah. Jadi, bila dia kata dia jadi ketua darjah, kami tak berapa percaya sebab ini dah bulan Februari. So, saya just nak make sure dia bercakap benar, that's all, not a big deal.
Cikgu cakap memang betul, dia baru lantik Haqim jadi ketua darjah menggantikan seorang budak ni sebab budak yang dilantik dulu tu tak boleh 'bawak' jawatan tu. (Itulah yang Haqim cerita tapi kami tak percaya). Kata cikgu lagi, Haqim berani, kalau cikgu tanya, orang lain semua diam, tapi,dia jawab. Kalau mintak barang, semua ada bawak. Jadi betullah. Alhamdulillah...saya suka anak saya jadi leader. Kalau cemerlang dalam pelajaran, berganda kegembiraannya. Tapi Haqim duduk kelas sederhana je. Anyway, takpelah, yang penting usaha mesti diteruskan sampai bila-bila.
Feb 14, ada Kursus Kepemimpinan di sekolah. Haqim pun kena pergi. Dia tanya kursus tu apa? Apa nak jawab. Kursus tu dengar cikgu bercakap. :). Kecik-kecik dah pergi kursus. Leen pun pergi sebab tahun ni, alhamdulillah, Leen dilantik sekali lagi jadi pengawas. Suka dia. Congrats kids.
Sesekali saya usik panggil Haqim, Haqim ketua. Tadi, dia tanya, kenapa cikgu pilih dia jadi ketua, saya cakap sebab Haqim handsome. Heheh.

Tuesday, February 7, 2012

Bancian Bantahan Penduduk Taman Nusa Damai

Nampaknya blog saya dah lari dari tujuan asal. Pada mulanya nak post pasal buku saja kat sini. Namun, kita hanya merancang. Lain dirancang, lain pula yang jadi. Menulis seperti biasa tetap menjadi agenda.


Tajuk di atas tu, sama dengan apa yang saya baca di kertas yang dibawa oleh seorang penduduk 'kampung' datang ke rumah saya. Saya tumpang dengar apa yang dibualkan dengan suami. Mengintai dari jendela ala-ala gadis pingitan gitu. Rupanya pasal bantahan penduduk Taman Nusa Damai tak puas hati ramai anak mereka tidak dapat masuk Sekolah Menengah yang baru beroperasi tahun lepas.


Pelajar-pelajar yang tidak layak ini sebab mereka tidak cemerlang dalam pelajaran, sedangkan sekolah ini adalah sekolah bistari, jadi memang adalah tahap berapa A yang ditetapkan untuk masuk tingkatan satu atau empat. Bagi yang faham, akan diam saja. Tapi bagi mereka yang lain, duduk taman ini, tapi tak dapat masuk sekolah dekat dengan rumah, terpaksa ke sekolah lain, di taman lain yang jauh yang sudah tentulah kos van atau basnya lebih tinggi. Ada juga yang berpendapat, sekolah di sini masih belum cukup, tidak perlu diwujudkan sekolah bistari, adakan saja sekolah harian biasa. Dalam banyak-banyak pendapat, pendapat inilah yang saya setuju. Kalau nak suruh saya setuju pasal ramai anak penduduk sini tak dapat masuk sekolah itu, saya tak boleh setuju sebab kalau nak masuk, kenalah belajar pandai-pandai. Dapatkan 5A, baru cukup syarat, bolehlah masuk. Kalau setakat 1A, 2A, tak dapat masuk, nak buat macamana, dah syarat sekolah kena dapat 5A. Tapi ada pulak yang cakap, tapi ada anak orang tu dapat 2A je, dapat masuk. Kenal orang dalam, dapat masuk. La pulak. Ini yang tak best didengar ni. Bukan setakat dengar je, tapi memang sahih pun. Saya pernah berbual dengan seorang budak tingkatan satu tahun lepas, yang masuk sekolah tu. Katanya dia tak dapat 5A pun dalam UPSR, tapi dapat sekolah tu. Saya hairan juga, tapi takdelah tanya lebih lanjut. Saya anggap dah rezeki dia. Tapi, kita ni kalau buat sistem, kena patuhlah pada sistem yang kita buat. Kalau tak, macam nilah, banyak komplennya.


Saya dengar juga suami cakap dengan si pembawa bancian tu, katanya orang tak boleh marah kalau anak-anak tak dapat masuk, sebab itu sekolah budak pandai. Kalau anak kita tak pandai, tak bolehlah nak marah sekolah. Kata lelaki itu, penduduk marah sebab yang mintak sekolah adalah penduduk sini, tapi bila sekolah dah siap, tak layak masuk. Jadi, kata my husband, kena tukar taraflah. Sekolah tu mintak ditukarkan ke sekolah biasa, bukan sekolah bistari. Yeah, betul-betul, rayuan sebegini saya setuju. Bantahan tak dapat masuk, saya tak berapa nak setuju. Akhirnya, suami turunkan namanya di atas kertas tu. Kami sokonglah usaha mereka. Semoga semua orang puashati lepas ni.


Kalau 2 tahun lagi, anak saya tak dapat masuk sekolah tu, saya marah tak? InsyaAllah tak. Saya dibesarkan di kampung yang dekat dengan MRSM, maktab perguruan, akademi petronas, sekolah sains, universiti dan kolej. MRSM hanya 20 ~ 30 minit je naik basikal. Kalau pergi tuisyen, akan lalu maktab perguruan, dan dekat trafic light, nampak pintu pagar MRSM. Kalau pergi jauh sikit, akan jumpa KUSZA dan Kustem (sekarang semua tu dah tukar nama kecuali MRSM). Sapa tak cemburu tengok orang lain dapat masuk MRSM. Bila terserempak dengan dorang ni, dengar dorang cakap luar, sah-sahlah orang dari negeri lain. Tapi, tak terdetik pun di hati, aku penduduk kampung ni, tapi tak dapat masuk situ. Apa yang ada hanyalah semangat belajar supaya berjaya macam mereka. Alhamdulillah, lepas SPM, saya berjaya belajar sama tempat dengan orang lain yang cerdik pandai, anak-anak orang kaya yang datang dari sekolah-sekolah asrama penuh tersohor. Jadi, janganlah terlalu kecewa dengan apa yang kita tak dapat, sebab Allah Maha Mengetahui apa yang kita perlukan. Saya percaya, satu pintu rezeki tertutup, Tuhan akan buka pintu yang lain. Kita perlu usaha, doa dan tawakkal. God knows best.

Friday, January 20, 2012

Senyum

Ada sesuatu yang menjeruk perasaan semalam dan hari ini, namun hidup perlu diteruskan. Sambil menjemur kain, mata saya memandang ke luar pagar, melihat lalulintas, pejalan kaki, penunggang motorsikal dan pemandu kereta sibuk menuju ke destinasi masing-masing. Tiba-tiba saya terpandang dia. Saya dah agak apa yang akan dia buat bila dia nampak saya nanti. Ha, kan betul, terus dia senyum melerek dan melambai tangan. Terpadam sedikit rasa sedih, saya membalas senyuman dan lambaiannya. Budak India itu baru lima tahun agaknya sebab saya pernah nampak dia pakai uniform tadika. Tadi itu pun mungkin menuju ke tadika, ditemani kakaknya. Kalau datang ke kedai saya, saya kena 'alert' sebab nanti tangannya akan pegang sana sini. Paling dia suka, komputer saya nilah. Kakak dia pun dah macam tak terlayan. Jadi, selalulah saya marah-marah lembut kat dia. Anak orang kan, takkan nak marah macam anak sendiri. Tapi, namapun budak, tak ambik hati. Kalau dia sekadar lalu je tapi tak masuk kedai, dia akan senyum dan lambai. Pernah satu hari, saya buat-buat tak nampak dia depan kedai. Nak panggil saya, dia tak pandai (mungkin tak pandai cakap Melayu), jadi dia berdiri lama depan pintu. Saya buat dek je. Tiba-tiba dia give up, dia tepuk-tepuk pintu kaca tu macam nak marah. Bila saya pandang je, dia senyum kemudian lambai tangan. Lepas saya senyum dan lambai balik, barulah dia pergi.

Bila keluar ke kedai, saya terserempak pula dengan customer yang baru balik dari ambil anak sekolah agama, dia angkat tangan, senyum. Kemudian, terjumpa pula kawan kat tempat kerja lama dulu, tengah bawak van sekolah, pun senyum kat saya. Belok simpang, tengok kakak jual nasi lemak, kali ini, giliran saya pula yang senyum dan angkat tangan dulu. Huh, tak perlu kata apa-apa - senyum pun dah cukup. Bukan susah pun. Jangan sombong di atas muka bumi Allah ini. Jangan berpaling muka kalau berselisih di jalanan. Pandanglah muka orang dan senyumlah. Peace!!!!!!!!

Friday, January 6, 2012

Sekolah Kebangsaan Taman Nusa Damai

Sekolah yang baru dibuka ini memang menyenangkan penduduk taman berhampiran. Bolehlah jimat duit van bila anak-anak hanya berbasikal atau berjalan kaki sahaja ke sekolah. Namun masalah jalan yang sempit menyukarkan lalulintas. Mereka terpaksa berhimpit-himpit untuk pergi dan balik sekolah. Jalan yang ada hanya satu. Itulah jalan masuk, itulah juga jalan keluar. Jika mahu membuat pusingan u pun ada masalah kerana 'roundabout'nya berada di dalam sekolah, bukan di luar sekolah. Jelasnya, pusingan U itu hanya untuk pelajar-pelajar dan guru-guru sahaja kerana mereka inilah yang dibenarkan membawa kenderaan sampai ke dalam sekolah. Tapi, bila keadaan menjadi terlalu sesak, ramai ibubapa terpaksa buat 'u turn' dalam kawasan sekolah ini. Perbuatan ini dapat dielak sekiranya ibubapa faham dan memarkir kenderaan jauh sedikit dari kawasan sekolah, tidak perlulah menghantar anak betul-betul depan pagar sekolah. Kalau masih mahu hantar anak sampai ke depan pintu pagar sekalipun, jalan kakilah sikit, janganlah berkereta ke situ. Kalau naik motorsikal atau basikal, masih ok lagi kerana ruang jalan yang digunakan tidak banyak, tetapi sila fikirkan keselamatan anak-anak ini sekiranya terlalu banyak kenderaan berhampiran sekolah. Susah untuk mereka bergerak. Berhimpit-himpit mereka ini. Mereka terpaksa mengalah dengan kereta-kereta yang banyak. Bila dah berhimpit-himpit begini, senanglah untuk kemalangan. Itulah yang berlaku kepada anak perempuan saya semalam. Nasib baik hanya dilanggar basikal, kecederaan pun ringan. Saya berdoa tiada lagi kemalangan lain selepas ini. Orang dewasa tolonglah beri kerjasama. Beri laluan kepada murid-murid kerana yang bersekolah adalah mereka. Jangan sampai mereka fobia untuk ke sekolah. Dalam kes anak saya, dia sudah berada di sebelah tepi, namun jalan yang sesak masih menjadikan jalan itu sempit sampaikan seorang budak lelaki terlanggar basikalnya dan dia tidak dapat mengawal basikal lalu terjatuh. Saya tidak salahkan budak lelaki itu. Namapun kemalangan, namun saya minta kerjasama ibubapa lain, janganlah hampiri kawasan sekolah. Parking kereta anda jauh sedikit, kemudian berjalanlah ke sana. Biarlah laluan itu digunakan untuk van sekolah, motorsikal, basikal dan pejalan kaki sahaja. Jalan yang ada tidak besar, dikongsi pula dengan warga sekolah menengah di depan, lagilah menambah kesesakan. Di mana tempat parking yang sesuai? Bagi saya, kawasan sebelum tapak sekolah menengah. Nampak sahaja pagar sekolah menengah, sudah tidak boleh parking, apatah lagi di depan sekolah rendah. Saya amat berharap pihak sekolah mengambil pendapat saya ini sebagai suatu yang serius.

Sunday, January 1, 2012

Fiksyen 302 - Ramlee Awang Muryid




Penerbit: Alaf 21 / Karangkraf
Harga: RM21 (Semenanjung)
RM24 (Sabah/Sarawak)
Status: Ada stok




LAN LANI, JIMMY YEOH, PRAKASH KUMAR dan FARID JA’AH membunuh mangsa-mangsa mereka dengan kejam. Masing-masing melakukannya dengan cara yang hampir serupa. Angka 302 dilakar di dahi mangsa. Sejurus itu, mereka menghubungi polis dan melaporkan bahawa hukuman mati telah dilaksanakan. Ketika diberkas, mereka menyerah diri dalam keadaan bertelanjang bulat. Bagaimanapun, motif sebenar setiap pembunuhan sangat kabur. Andai dipadankan dengan psikologi manusia, ternyata mereka yang mengaku bertanggungjawab bukanlah orang yang waras. Kes-kes itu tidak dapat diselesaikan.Tahun 2032 - seorang peguam, Rita Yuzalina menyertai projek rahsia yang dikendalikan oleh dua orang pakar psikiatri bertujuan untuk merungkaikan misteri pembunuhan itu. Namun, ia disabotaj. Pertukaran watak berlaku. Lebih menakutkan... tragedi lampau berulang lagi. Lebih dahsyat daripada apa yang dijangkakan!RAMLEE AWANG MURSHID dalam karyanya kali ini mengingatkan bahawa rasa percaya merupakan perangkap yang boleh mengancam nyawa. Apabila tersedar sahaja, maut sudah di hadapan mata. Melarikan diri adalah perkara mustahil. Menyerah begitu sahaja menyebabkan kematian yang sia-sia. Cara paling selamat... jangan sesekali percaya! Sesiapa pun tidak terkecuali daripada pertuduhan, prasangka dan dijadikan suspek utama pembunuhan.




Saya memang tak pernah baca buku tulisan RAM, tapi saya ada kawan dan pelanggan yang memang senantiasa menantikan novel-novel keluaran beliau. Tak boleh tidak. Untuk saya, selalunya saya baca sinopsis di belakang bukunya saja, kemudian letak balik di rak. Namun, novel terbarunya ini macam best pulak. Mungkin saya akan baca nanti.