Perkhidmatan Kami

Perkhidmatan Kami
DEDAUN HIJAU DI ANGIN LALU-MANAF HAMZAH

DEDAUN HIJAU DI ANGIN LALU


Alhamdulillah, ramai yang membeli novel lagenda ini :), dari utara ke selatan.  Ada dari Kedah, Perak, Johor, Selangor, Negeri Sembilan dan Pantai Timur.  Oleh kerana sambutan yang menggalakkan, Nazqim Bookstore telah menambah stok novel Dedaun Hijau di Angin Lalu.  Sila hubungi kami untuk urusan pembelian dan penghantaran. 012-7727567 atau 019-7404567

Friday, May 26, 2017

Menulis


Someone asked me what kind of story that I like to write. Well, I love writing about life, about people. Kisah-kisah yang merawat hati dan jiwa, seperti cerita di dalam buku 'Chicken Soup for the Soul'. Buku ini banyak di rak buku saya. 
Selalunya, saya menulis untuk merawat hati sendiri. Banyak kali saya terkesan dengan keadaan orang di sekeliling saya. Keadaan bagaimana seorang manusia melayan manusia yang lain. Kadang-kadang kisah orang memberi kesan psikologi berhari-hari kepada saya. Adakala mengakibatkan sakit kepala dan mengganggu tidur yang lena. Hendak tidur ingat, bangun tidur juga teringat. Lalu, untuk kurangkan pelbagai rasa dalam jiwa, saya luahkannya melalui pena. 
Memang ada yang kata, "let them fight their own battle", namun, saya bukanlah orang itu. For some reasons that only Allah knows, tubuh dan minda saya memberi reaksi tersendiri apabila berdepan dengan kisah-kisah kemanusiaan. I tend to feel restless and anxious. Lalu, to heal myself, I write.


Image may contain: plant, tree, grass, outdoor and nature



Thursday, May 25, 2017

Tanah

Semasa menziarahi seorang teman beberapa minggu lepas, dia teringat yang dia belum bayar duit saya. Saya tanya duit apa? Katanya duit tanah. Duit tanah? 

Saya ni minat tengok telenovela Filipina sejak dua menjak ni. Dalam cerita-cerita tu, ada je orang dementia. Kalau tak hero, heroin yang hilang ingatan dek pelbagai keadaan. Kebanyakannya akibat kemalangan. Saya yang tukang tengok ni dah berjangkit ke?

Dementia is defined as the serious loss of a person’s ability to think properly. Amnesia, on the other hand, is a condition wherein the memory of a person is lost or disturbed.

Back to the story, saya tertanya-tanya sejak bila saya jual tanah? Saya ada tanah ke? Banyak sangat ke tanah saya sampai boleh jual? 

Tengah mengelamun tu, kawan saya kata, hari tu kan dia guna tanah saya, belum ganti lagi. Oh..laaa....baru terbayang duit berkepuk hasil jual tanah. Tanah pokok bunga rupanya.

Image may contain: tree, plant, outdoor and nature
Gambar hiasan sahaja.

Wednesday, May 24, 2017

Tourette's Syndrome



Semalam jiran saya beritahu perkara sebenar mengenai anaknya. Sesuatu yang saya dan keluarga tertanya-tanya, apa penyakit sebenar anaknya. Pada mulanya kami ingat budak itu bersin, namun kata anak perempuan saya yang juga kawan kepada kakak budak itu, ia bukan bersin. Pelajar lelaki itu ada dengar suara dan dia rasa terganggu lalu dia menjerit. 
     Semalam ada kematian di lorong saya, rumah di depan rumah saya to be exact. Jadi, saya bersama beberapa jiran lain termasuklah puan yang saya maksudkan di atas, menolong menyiapkan bahan-bahan untuk mandi jenazah di surau.
Kakak ini bercerita sikit mengenai anaknya lalu saya beranikan diri untuk bertanya. Bimbang juga kalau dia terasa hati. Tapi niat saya hanya untuk tahu dengan lebih lanjut dari orang yang betul. Alhamdulillah, dia ok dan bercerita dari mula bila anaknya dikesan hadapi masalah berkenaan. Panjanglah ceritanya. Bermacam doktor dan pengamal perubatan Islam mereka jumpa. Akhirnya, doktor kata anaknya mengidap Tourette's Syndrome. Ia berkaitan saraf yang tidak dapat mengawal bunyi bising yang dikeluarkan dari mulutnya. Banyak lagilah simptomnya. Saya baca dalam video di atas, kalau kurang stress, simptomnya akan berkurangan. 
             Saya doakan semoga pelajar tingkatan dua itu sihat semula seperti biasa. Amin. 



Filem di atas merupakan kisah benar seorang guru bernama Brad Cohen yang mengidap penyakit ini.

Thursday, April 27, 2017

Ronella Essential Oil

Assalamualaikum semua, 
Kepada tuan/puan cik/encik dan semualah ya...kalau kita baca buku dalam keadaan yang sunyi tanpa gangguan, tenang je rasanya kan? Kalau bilik kita tu wangi, lagilah rasa tenang, betul tak? Kepada penggemar novel yang baca blog saya ni, saya sarankan beli Ronella Essential Oil. InsyaAllah, minda akan tenang dengan bau wangi ni. Kalau berminat, sila hubungi saya ye melalui whatsapp 012-7727567. 

No automatic alt text available.


Image may contain: text

No automatic alt text available.

Image may contain: one or more people and text

Tuesday, April 25, 2017

Dedaun Hijau di Angin Lalu

Assalamualaikum, 
Semalam ada pembelian dari seseorang di Kota Damansara. Hari ni, saya dah minta runner postkan dan sudah pun pos. Semoga selamat sampai dan pembeli happy dengan pembelian ini. 

No automatic alt text available.

Monday, April 17, 2017

Ujian Hidup

Assalamualaikum, 
Tadi pagi saya tengok Tanyalah Ustaz. Ada Ustaz Abdullah Mahmud, ustaz kesukaan saya. Suka sangat dengar dia punya ceramah. Tajuk pagi tadi adalah Ujian Hidup. Ada seorang wanita bertanya di FB mengenai ujian susah mendapat zuriat. Ustaz ada bagi petua untuk memperolehi zuriat. Kepada yang berkenaan, boleh cuba. 

1. Ambil daun mengkudu, potong kecik-kecik.  

Image result for contoh gambar daun mengkudu


2. Masukkan dalam gelas. 
Image result for Gambar mug



3. Masukkan juga sesudu kecil cuka.

Image result for gambar cuka malaysia


4. Kemudian, tuang air panas yang mendidih ke dalam gelas tu. 
Image result for pour the hot water into the mug picture


5. Agak-agak dah sejuk sikit, minumlah. 

Image result for muslim women drinking tea pictures

Ustaz kata, dalam berikhtiar ni kita jangan stress. Yang kita mintak tu adalah hak Allah. Terpulang kepada Dialah untuk beri atau tidak. Tugas kita hanya berusaha dan berdoa.

Sunday, April 16, 2017

Kain Sarung

Semalam, saya sekeluarga ke Singapore. Dari rumah pukul 12.30 tengahari. Singgah di RnR Gelang Patah untuk tukar duit, makan dan solat. Semasa nak keluar dari surau, ada dua orang lelaki Indonesia berdiri dekat tangga surau. Yang sorang tu tanya ada kain sarung tak. Saya cakap, ini surau perempuan, surau lelaki, di sebelah. Katanya dia tahu, tapi kat sebelah takde kain sarung. Barulah saya faham. Mereka berdua berseluar pendek. Of courselah perlu kain pelikat nak solat. Kalau tak, nampak auratlah. Saya masuk balik ke surau, cari kain, kot-kot ada. Keluar balik, saya cakap takda. Kain sembahyang perempuan yang putih tu adalah. Mereka berdua pun berlalu. 
          Semasa saya lalu di surau lelaki, saya nampak lelaki tadi sedang berbual dengan seorang wanita. Mungkin sedara mereka. Mungkin sedang beritahu masalah mereka yang tiada sarung dan surau pulak tak sediakan kain pelekat. Kesian pulak. Mereka ni muda lagi. Dalam 20an rasanya. Nampak kesungguhan untuk solat itu ada. Kalau tak, masakan sanggup ke musolla wanita, mencari kain sarung. Tiba-tiba saya teringat pada kain batik saya. Memang sentiasa ada dalam beg telekung sebab saya setiap kali nak solat, akan pakai kain batik, baru pakai telekung.
    Jadi, saya cakap dekat dorang, kalau kain batik, saya adalah, sambil menunjukkan kain batik hijau saya itu. Yang sorang tu kata bolehlah. "Mentar ya", katanya. Dia minta saya tunggu la tu kan? Tapi saya takut suami lama pulak menunggu, so saya kata saya dah nak gerak, kain tu ambil je lah. Saya sedekah. Semoga bermanafaat. Mereka kelihatan terkejut dan ucap terima kasih. 
       Saya tak tahulah lepas solat dorang bawak sekali kain tu atau dorang tinggal je kat surau. Tak kisahlah. Semoga kain batik hijau itu memberi manfaat kepada ramai orang. 
     Itu satu peluang tu bagi orang yang suka sedekah. Kalau sebelum ni sedekah telekung, kali ni, boleh sedekah kain pelikat pulak. Letak kat surau-surau lelaki. Memang kebiasaannya di Malaysia ni, lelaki ke surau dan masjid akan terus pakai seluar panjang atau kain pelikat. Anak saya yang darjah 6 tu pun kalau berjalan pakai seluar pendek, sampai di surau, mesti tukar dulu dalam kereta. Jadi, selalunya, tidak perlulah kain pelikat surau. Anyway, kita tak jangka kan, ada yang memerlukan. Mungkin macam kes kat atas. Ada juga kes seluar koyak ke. Apa-apalah. Jadi, elok juga kalau ada kain batik di surau wanita dan kain pelikat di surau lelaki. 
        Saya nampak lelaki muda berdua itu dalam keadaan terdesak untuk solat. Mereka mencari-cari cara untuk menutup aurat di hadapan Yang Esa. Nampaknya mereka adalah orang-orang yang menjaga solat. Kalau orang lain mungkin bagi alasan, seluar pendek dan sebagainya. Orang rajin cari jalan, orang malas bagi alasan. 
          Kisah ini mengingatkan saya pada kisah sendiri. Saya pun pernah dalam keadaan terdesak suatu ketika dulu dan di surau jugalah saya diberi pertolongan. Semasa saya masih belajar di kolej, dalam perjalanan dari Kuala Terengganu ke Kuala Lumpur, beg duit saya telah hilang. Macamana saya nak ke Shah Alam? Saya berseorangan masa tu. Kalau ada kawan, boleh pinjam duit kawan. Apa-apa pun, saya tunaikan suruhan Allah dulu. Solat di surau di Puduraya. Lepas tu, saya perhati muka yang ada kat dalam surau tu untuk saya minta sedekah. Lalu hati menyuruh meminta kepada seorang kakak berjubah. Saya hanya minta RM1.80, cukup untuk tambang bas Metro dari KL ke Shah Alam. Kalau tak silap sayalah, itulah tambang bas masa tu. Kakak tu rupanya pernah belajar di kolej saya juga dulu. Jadi, dia tahulah saya tak bohong sebab dia tahu itulah tambang ke Shah Alam. Jadi, dia bagi. Bukan RM1.80 tapi RM5. Dia juga ajar saya supaya call bank untuk block penggunaan ATM card. 
    Begitulah, dulu orang tolong saya. Sekarang, saya rasa Tuhan nak uji saya, saya pula tolong orang. Semoga kita semua dimasukkan ke dalam syurga firdaus dengan rahmatNya. Amin. 

Saturday, April 15, 2017

Hanya NamaMu

Alhamdulillah, malam tadi saya nampak bintang. MasyaAllah, dah lama tak nampak bintang. Malam tadi banyak bintang berkerdipan di langit tinggi. Anak-anak pun teruja melihatnya. Dulu, saya selalu cakap dengan anak-anak, kalau ada bintang, maksudnya malam tu, insyaAllah tak hujan. Malam tadi memang tak hujan. Suka hati bila nampak bintang. Bila bintang tak ada, seperti kelam hidup. Bintang juga, apa yang saya pernah bacalah, merupakan satu tanda kiamat. Bila dekat hari kiamat, malam tidak lagi dipagari bintang. Takut kan? Sentiasalah kita bertaubat ya. Semoga kita mengadap Allah dengan hati yang bersih dan kedatangan kita disambut dan ditempatkan kita di kalangan yang terpilih. Saya suka lagu ini. Liriknya menusuk kalbu. Ada satu malam, lagu ini terngiang-ngiang di telinga. Saya terjaga juga seperti terdengar lagu ini. Entah apa maksudnya, wallahualam. Sayu sangat rasa. Masa tu saya tak tahu lirik keseluruhan. Bila google, Ya Allah, ia lagu ketuhanan. Semoga kita ditempatkan di syurga firdaus dengan rahmat Allah. Rindu Rasulullah s.a.w kan? Semoga kita semua dapat berjumpa Baginda. InsyaAllah.

Saturday, April 1, 2017

Dedaun Hijau di Angin Lalu ke KL dan Sarawak

Minggu ini novel Dedaun Hijau di Angin Lalu sekali lagi ke Sarawak. Kali ini ke Betong. Mungkin cikgu pembelinya sebab dihantar ke alamat sekolah.



                                                     Ini pula ke Kuala Lumpur. 


Happy reading to both buyers. Semoga mendapat manfaat dari buku ini. Thanks alot for buying from me. :)




Wednesday, March 1, 2017

Good Morning


Pagi ini menonton MHI. Ada panggilan dari Johor Bahru mengenai harta pusaka yang tidak dapat dibahagikan kepada waris kerana tiada surat penama untuk mengeluarkan duit dari Tabung Haji. Walaupun sudah dapat surat dari mahkamah, tetapi si mati tidak pernah melantik sesiapa untuk mentadbir hartanya, maka, duit di Tabung Haji tidak dapat dikeluarkan. 
        Tuan-puan semua, kalau ada harta, tapi tak lantik penama untuk uruskan harta kita apabila kita meninggal nanti, tidak ada gunanya. Harta kita itu akan dibekukan, tidak dapat dikeluarkan dan tidak merasalah waris-waris kita. Mereka pun mungkin tidak punya masa atau letih untuk turun naik pejabat tanah, legal firm, mahkamah dan sebagainya. Takut-takut nanti, mereka putus asa, dibiarkan macam tu je lah. Lebih teruk lagi, mereka menyumpah-nyumpah kita sebab tidak bersiap-sedia sebelum meninggal dan kini menyusahkan mereka pula untuk uruskan semuanya. Manalah tahu kan? Kasih bertukar benci. 
         Bila sebut pasal wasiat, ada yang kata, takpelah, tak payah wasiat, saya nak waris bahagikan harta saya ikut faraid. Dia ingat, bila ikut faraid, boleh senang-senang bahagikan. Tidak, kena ada surat kuasa untuk keluarkan semua duit kita tu. Tidak kiralah yang dalam bank ke, Tabung Haji ke, EPF ke dan sebagainya. Ada kes, nak jual kereta milik arwah bapanya pun susah. Jadi, wasiat ni sebenarnya lebih kepada melantik pentadbir harta atau wasi. Boleh lantik syarikat seperti As Salihin atau boleh juga individu yang anda percayai. Yang dilantik inilah nanti akan buat kerja-kerja pengeluaran duit ini nanti. Bukan untuk digunakan untuk mereka, tetapi untuk diagihkan kepada waris. 
   Jadi, mohla kome, kawan seru sangat supaya buat lantikan wasi ni untuk harta-harta anda supaya senang kerja-kerja pembahagian harta nanti ye. 

Untuk info yang lebih lanjut, boleh call saya - 012-7727567


Monday, February 27, 2017

Keep on Believin'

Assalamualaikum, 
Saya nak cerita sikit mengenai kisah pagi tadi. Saya call sebuah bank untuk pastikan samada akaun seseorang ni masih aktif. Atas sebab-sebab tertentu, saya segan nak tanya pada tuan dia sendiri. 

1. Bank pertama - di Seri Alam
    Staf yang angkat phone adalah lelaki Melayu. (tiada generalization or racist ke apa ye, saya cuma       beritahu race and gender sebagai penyedap cerita :) ). 
    " You kena datang bawak buku bank, update dekat kaunter. Tak boleh check melalui phone". Itu         katanya selepas saya jelaskan tujuan panggilan saya. 

Entah kenapa, saya rasa nak call bank lain pula untuk cuba nasib. 

2. Bank kedua - di Permas Jaya.
    Staf yang angkat phone adalah seorang perempuan Cina. Saya nyatakan tujuan saya. Reaksinya "Akaun sendiri ke, akaun orang lain?". Saya jawab akaun orang lain. Katanya tidak boleh. Saya tanya macamana cara lain kalau saya nak tahu akaun tu masih aktif? Katanya boleh pergi masukkan duit ke ATM. Kalau akaun tidak aktif, ATM akan reject. Better la kan? At least ada diberitahu alternatif. 

Tiba-tiba saya rasa nak cuba call lagi cawangan lain. Masa tu, saya tidak lagi berharap untuk dapat tahu samada akaun bank itu masih aktif atau tidak, tetapi lebih kepada ingin tahu macammana layanan mereka. 

3. Bank ketiga - di Johor Bahru
    Staf yang angkat phone adalah perempuan Cina. Saya mengulangi dialog yang sama. 
    Staf 1 " Current akaun ke?"
    Saya: Ye
    Staf 1:  Sebentar
    Talian senyap sekejap. Tidak lama kemudian, ada staf lain angkat phone, juga perempuan Cina.           Saya nyatakan sekali lagi tujuan saya call. 
    Staf 2: Apa account number?
    Saya bacakan nombor akaun berkenaan. Tidak lama kemudian, dalam 30 saat maybe, 
    Staf 2: Masih ok, masih aktif. 
    Saya: Thank you. 


Senyum lebar saya. Entah macammana, satu company mempunyai tiga cara layanan atau SOP yang berbeza. Begitulah kehidupan. Manusia ini pelbagai ragam. Benda yang mudah pun mahu disusahkan. Kalau mengikut hemat saya, bank yang ketiga itulah yang terbaik. Saya bukannya mahu tahu dalam akaun itu ada berapa jumlah wangnya. Cuma mahu tahu tentang keaktifannya saja. Tapi yelah, mereka ada ketetapan prosedur masing-masing. But, still, berbeza mengikut manusia rasanya. Masih ada yang bertimbang rasa. To that particular staf of 'bank 3', thank you mem. May you have a great day. 

Image result for gambar pegawai bank

Friday, February 24, 2017

Dedaun Hijau di Angin Lalu ke Malaysia Timur

Dalam masa seminggu ni, ada tiga buah novel Dedaun Hijau di Angin Lalu terbang ke Malaysia timur. Mula-mula ke Sabah, kemudian, dua lagi ke Sarawak. 


gambar lama. hehe

Sesiapa yang berminat, boleh call/whatsapp saya - 012-7727567.

Monday, January 30, 2017

Ranjau Sepanjang Jalan - Shahnon Ahmad

WhatsApp-Image-20160724 (1)

Ramai juga yang bertanya mengenai novel ini, tapi sayangnya saya tidak ada. Sesekali saya juga teringin membaca semula novel hebat ini. Novel ini kalau tidak silap, saya baca ketika saya di sekolah rendah. Kemudian rasanya ada dibuat drama dengan tajuk yang serupa. Kalau tidak silap, Marlia Musa di antara pelakonnya. 
InsyaAllah, kalau saya berjaya dapatkan stok buku ini, saya akan maklumkan di sini, ya?

Tuesday, January 24, 2017

Dalam Ingatan dan Tetap Menjadi Kenangan - Dedaun Hijau di Angin Lalu

Selalunya pelanggan saya, kalau pun message beritahu buku dah sampai, selalunya ambil gambar buku dan gift saja, tetapi Encik Adi ni unik sikit. Dia sudi bergambar sekali. hehehe. Saya sudah minta izin dari Encik Adi untuk masukkan gambarnya ke dalam blog or FB dan dia bagi kebenaran. Terima kasih. Tengok tu, tersengih lebar kawan kita ni dapat novel yang sekian lama dicari. Ada cerita di sebalik novel ini rupanya buat Encik Adi ni. 
          Semoga kenangan lampau tetap bersemadi dalam ingatan. Kadang-kadang bila kita dalam kesedihan, mengimbau sejarah silam dapat melupuskan luka yang dalam. Mungkin hanya untuk seketika, sebelum kembali ke dunia nyata, tapi, walau sementara, cukup bermakna, kan?
     Novel Dedaun Hijau di Angin Lalu masih ada stok. Contact saya di 012-7727567. 

Image may contain: 1 person, standing

Tuesday, December 27, 2016

Novel Dedaun Hijau di Angin Lalu

Assalamualaikum, untuk pengetahuan semua, saya masih menjual novel Dedaun Hijau di Angin Lalu. Cuma blog ni je dah lama tak update. ☺ Boleh hubungi saya macam biasa. 012-7727567. 


Stok novel yang baru sampai minggu lepas.




Wednesday, March 9, 2016

Kita Semua diuji

Sticker yang dibeli oleh seorang guru PASTI tadi mengingatkan saya pada pembekalnya, seorang lelaki Cina tua, sebaya ayah saya. Beliau datang dengan seorang pemuda, anaknya mungkin. Di tangannya ada sticker, ada kad permainan macam Uno dan sebagainya. Saya sudah ada pembekal tetap sebenarnya. Saya rasa saya boleh dapat dengan harga yang lebih rendah dan bayar secara kredit pula. Kalau diukur dengan wang, saya fikir, memang lebih untung untuk saya beli dengan pembekal biasa. Namun, walaupun dia bukan Melayu dan saya rasa bukan Islam, hati saya tersentuh dengan kegigihannya berusaha, berniaga. Tidak meminta-minta. Hati saya lembut untuk membeli. Namun, kalau tidak silap, hanya dua kali dia singgah ke kedai saya dan setiap kali itulah juga saya membeli. Entah kenapa, selepas itu, tiada lagi kunjungan dari dia. 

          Malam tadi, menonton rancangan Bersamamu TV3, sedih juga melihat keadaan Dato Ooi Eow Jin, bekas komposer dan pengarah muzik terkenal yang uzur dan mengidap Alzheimer. Seorang anaknya telah meninggal dunia kerana leukemia manakala seorang lagi masih hidup tetapi mengidap barah otak semenjak kecil.  Isterinya, tabah menyediakan keperluan mereka.
          Begitulah... kita semua diuji, tidak kira bangsa dan agama. 
Mereka lebih malang kerana tidak merasa nikmatnya Islam. Tidak merasa bahagianya menyebut kalimah Allah. 

Image result for ooi eow jin

Wednesday, March 2, 2016

Hospital Benefit


Dengan RM200 sebulan, bila masuk hospital, bil hospital tak payah bayar. Kemudian, dapat pula hospital benefit RM150 untuk satu hari kemasukan ke wad. Oklah kan? Kalau tak ambik insurance, sakit, kena keluar duit dari bank, ASB atau Tabung Haji untuk bayar bil hospital. Bila dah keluar duit dari bank, simpanan berkuranglah jadinya. 
         Kalau ada takaful, duit simpanan di bank atau mana-mana, insyaAllah kekal di situ yang akan dikeluarkan untuk keperluan lain. Bil hospital, takaful bayar. Hari-hari yang duduk di hospital, akan dikira dan akan diberi cash setelah keluar nanti. Simpanan bank tak diusik, simpanan di takaful pun tetap ada. 
        Jangan tunggu tua atau berpenyakit baru nak ambik insurance kesihatan. Masa tu bukan sahaja bulanannya mahal, silap haribulan, dah tak layak sebab masalah kesihatan. Nak ambik insurance biar masa sihat dan muda ni. Kalau boleh, sedari bayi seawal sebulan, terus carumkan insurance untuk dia. 
       Ambillah Islamic Insurance. Macam saya, saya hanya yakin pada Takaful Malaysia. Kalau anda yakin, takaful lain itu pun Islamic compliance, terpulanglah pada anda. Ikut kefahaman masing-masinglah. 
       Semalam, ada seorang customer cerita, dia ambil insurance kesihatan dengan Prudential. Agen insurance tu beritahu dia ada medical card dan dia sudah bayar RM100 setiap bulan selama 6 bulan tetapi belum terima medical cardnya. Sudah berkali-kali telefon ejen, ejen cakap nanti. Alih-alih, pemuda berusia 23 tahun ini hentikan caruman. Sayang kan? Kalau 6 bulan, RM600 juga tu. Macam-macam boleh buat dengan duit sebanyak itu. Kalau ambik insurans, pastikan apa perlindungan yang anda ambil. Macam pelanggan tadi, saya tanya, betul ke awak ambik yang ada medical card? Saya tanya sebab ada policy yang tak ada. Ini untuk customer yang tak nak ambik medical card sebab syarikat tempat kerja akan cover bil hospital. Walaupun alasan ini tidak berapa boleh dipakai, sebab kita tak tahu sampai bila kita akan bekerja di syarikat tersebut, dan kalaupun kita bertahan di situ sampai mati, kita tak boleh jangka polisi syarikat akan sama sampai bila-bila. Namun, untuk jangka pendek, bagi yang mahu jimat duit, mungkin bolehlah guna alasan "medical card tak payah sebab company cover". Tapi adik ini kata, memang dia ambil yang ada medical card. Jadi, saya buat kesimpulan, dia tertipulah. Senang cerita. Tak apalah, move on. Mungkin Allah murka sebab ambik conventional, siapa tahu kan? So, Dia jadikan masalah itu dan Dia jumpakan pemuda tersebut dengan saya. InsyaAllah, mengikut kefahaman dari pembacaan saya, Takaful Malaysia adalah 100% Islamic Compliant. Lately, ramai pulak yang komplain masa Prudential. Kenapa ye? Kawan saya pun tengah berkira-kira untuk bertukar ke insurance lain. Saya dah bagi pengiraan dari Takaful Malaysia. Kalau ada rezeki, adalah. Kalau dia nak dengan syarikat atau ejen lain, itu hak dia. Semua syarikat adalah dia punya kelebihan dan kekurangan masing-masing. Customer berhak bersuara dan memilih. 
             Tadi pula ada call dari Ace Jerneh. Saya cakap saya dah ada dan oleh kerana dia mewakili conventional insurance, saya tak berminat nak dengar. Kemudian, dia tanya tentang pemahaman saya mengenai Islamic Insurance/Takaful. Dari situ saya syak dia bukan Muslim. Saya tanya dan lelaki ini mengiyakannya. Namanya Imbak. 
            Saya beritahu dia pemahaman saya tentang Takaful. Dia tanya kan? So saya ambil kesempatan ini sebagai dakwah. Tapi tengah bercakap tu, sekejap-sekejap dia mencelah dengan nada dan kata-kata sinis. Dia kata, sebelum ada perkataan takaful, semuanya conventional. Company-company tu semua bayar RM1 juta untuk dapatkan nama takaful, contohnya CIMB Takaful. Saya kata saya tahu mengenai itu. Sebab itu saya tidak yakin dengan syarikat yang ada nama conventional dan takaful di belakangnya. Budak ini macam tak puas hati dan keep on saying sebelum takaful, apa yang ada etc? Saya sudah panas hati dan terus letak telefon. Saya tak nak berdebat. Saya cakap tadi tu pun sebab dia tanya pemahaman saya mengenai takaful. Kalau dah masuk debat, saya tak nak. Biarlah dia dengan prinsip dia, saya dengan prinsip saya. Agama dia pun berbeza. Tidaklah pula saya paksa dia masuk Islam. 
            Mungkin bila dia bertanya "tahu tak, sebelum wujudnya takaful, ada apa?". Yes, of course ada conventional. Takaful datang lambat. Sebab kita lambat dapat kesedaran. Samalah seperti Islam. Sebelum kedatangan Islam. manusia hidup dalam kejahilan. Namun, setelah tahu, Islam menjadi pegangan ramai manusia. Bagi yang tahu tapi masih juga nak anut agama lain, itu mereka punya pasallah kan? Yang penting, kita sudah memberitahu dan sudah mengajak. Hidayah adalah milik Allah. Tiada paksaan dalam beragama. Namun, bila dah jadi orang Islam, wajiblah kita mengikut syariat Islam. 
              Tiba-tiba panjang pulak. Niat asal hanya mahu bercerita tentang hospital benefit. Jom, bertukar ke Takaful Malaysia. WA 012-7727567. :)

Thursday, February 25, 2016

Review Novel Sayang Scarlet - Saodah Lasim

Pada mulanya saya pegang lepas, pegang lepas juga buku Sayang Scarlet ini. Saya tidak dapat menghayati babak-babak yang menceritakan Intan Syakila dan aktiviti bloggingnya. Entah kenapa ceritanya tidak dapat masuk ke dalam jiwa. Mungkin juga sebab watak gadis itu remaja, tidak kena dengan jiwa dewasa saya. Seperti membaca novel remaja pula saya rasa, pada mulanya. Lalu saya skip babak yang ada cerita si kembar berkenaan dan hanya membaca babak Pak Deris dan warga lain di Kampung Tembuni. Kisah mereka ini lebih menarik dan berjaya membuatkan saya membaca muka surat seterusnya. 
           Namun, oleh kerana ceritanya berkait, saya perlu juga membaca bahagian Intan Syakila. Bacaan paksarela itu, lama-kelamaan menjadi suka pula. Babak melihat perempuan asing di tempat percutian, kehilangan kawan blogger Intan Syakila yang bernama Dragonfly dan misteri kehidupan Pak Deris yang selalu bercakap seorang diri menarik saya untuk menghabiskan bacaan.
        Banyak pengajaran yang boleh didapati dalam novel Sayang Scarlet. Antaranya kehidupan kita sebagai manusia ini tidak hanya dikelilingi oleh manusia sahaja, tetapi juga makhluk Allah yang lain. Bila terkena gangguan, pilihlah insan yang betul untuk berubat. Orang itu biarlah seseorang yang mendekatkan diri kepada Allah, bukan bomoh yang hanya tahu mengambil kesempatan. Suspend juga bila si bomoh meminta Intan Syakila ditinggalkan di rumahnya untuk tujuan berubat. Adakah ibu gadis itu sanggup berbuat demikian.  Nasib baiklah si ibu membuat keputusan yang betul iaitu tidak bersetuju dengan permintaan itu. 
            Pengalaman hidup atau masalah hidup seseorang boleh mempengaruhi perangai seseorang. Itulah yang berlaku kepada Pak Deris yang kematian isteri dan anak-anaknya. Dia hilang pertimbangan dan kewarasan. 
      Tidak berpegang teguh kepada ajaran Islam juga merupakan faktor kemurkaan Allah. Seperti dalam filem, si suami orang dan si isteri orang yang curang akhirnya menerima balasan. 
       Ada beberapa cerita berbeza tetapi watak-watak di dalamnnya saling berkait di antara satu sama lain. Inilah yang menariknya mengenai novel ini. Pandai Puan Saodah Lasim mengolah dan akhirnya menggabung kesemua cerita menjadi satu. Syabas.