Perkhidmatan Kami

Perkhidmatan Kami
DEDAUN HIJAU DI ANGIN LALU-MANAF HAMZAH

DEDAUN HIJAU DI ANGIN LALU


Alhamdulillah, ramai yang membeli novel lagenda ini :), dari utara ke selatan.  Ada dari Kedah, Perak, Johor, Selangor, Negeri Sembilan dan Pantai Timur.  Oleh kerana sambutan yang menggalakkan, Nazqim Bookstore telah menambah stok novel Dedaun Hijau di Angin Lalu.  Sila hubungi kami untuk urusan pembelian dan penghantaran. 012-7727567 atau 019-7404567

Monday, August 23, 2010

Buku Doa dan Muqaddam


Mei Mei atau Xue Ning, anak tuan kedai runcit berdekatan dengan Nazqim Bookstore, lebih dekat dengan Kedai Basikal Nazqim, bersebelahan saja. Mei Mei, 8 tahun, semenjak dua menjak ni rajin pula turun bermain, kalau tak, payah juga nak tengok muka dia.

Dia datang ke kedai saya, dia beli key chain dan buku nota Ana Muslim. Katanya keychain itu untuk kakak. "kakak" maksud dia tu adalah Ani, bibiknya. Kemudian, 2, 3 hari lepas tu datang lagi beli buku Risalah Doa. Semalam, beli muqaddam pula. Semuanya untuk gadis yang bernama Ani, bibik kesayangannya itu. Terdetik di hati saya, kalaulah Mei Mei sendiri yang berminat untuk membaca Muqaddam itu.........

Saturday, August 21, 2010

Stanza Cinta


Sudah agak lama juga saya tidak membaca novel. Ini kerana sejak kebelakangan ini minat saya ke arah buku-buku motivasi, terutamanya yang berkaitan dengan usahawan dan pengurusan kewangan. Namun, pada suatu hari, ketika di kedai, tergerak di hati saya untuk membaca buku Stanza Cinta. Cerita yang menarik, namun terlalu banyak kisah yang saya baca pasal gadis biasa berkahwin dengan orang kaya. Saya tak pernah jumpa pun kisah yang sama di alam nyata. Namun, membaca buku genre Islamik ini menghiburkan juga.


STANZA CINTA
ISBN: 978-983-097-244-2

PENULIS: Nurull Halawati

TEBAL: 408 halaman

HARGA: RM19.50/ RM21.50*


Amni Sorfina memerlukan seorang lelaki yang mampu membimbingnya, bukan lelaki yang dia perlu bimbing. Dalam masa yang sama, dia berasa bertanggungjawab membimbing Irfan ke jalan yang lurus.
Perlukah dia mengorbankan cintanya yang terlalu mendalam buat Taufiq, demi menunaikan sekeping janji dan amanah?Berhadapan dengan saat paling sukar dalam hidupnya, Amni harus belajar tersenyum dalam derita dan bersangka baik dengan segala takdir Allah buatnya.Apakah ini bermakna dia harus melepaskan pergi sesuatu yang paling diinginkan, yang sejak sekian lama baru ditemui?