Perkhidmatan Kami

Perkhidmatan Kami
DEDAUN HIJAU DI ANGIN LALU-MANAF HAMZAH

DEDAUN HIJAU DI ANGIN LALU


Alhamdulillah, ramai yang membeli novel lagenda ini :), dari utara ke selatan.  Ada dari Kedah, Perak, Johor, Selangor, Negeri Sembilan dan Pantai Timur.  Oleh kerana sambutan yang menggalakkan, Nazqim Bookstore telah menambah stok novel Dedaun Hijau di Angin Lalu.  Sila hubungi kami untuk urusan pembelian dan penghantaran. 012-7727567 atau 019-7404567

Friday, December 28, 2012

Lima Novel Pilihan Ramai Minggu Ini

Beli

1.  Hikayat Cinta Si Pematah Hati - Penulisan2u - E-man Sufi
2.  Kata Tak Suka - Fajar Pakeer - Qaseh Qaisara
3.  Abang Khai Tomboi - Fajar Pakeer - Nuraqilah Syuhaida
4.  Cinta Semanis Gula - Fajar Pakeer - Hanny Esandra
5.  Dedaun Hijau di Angin Lalu - Pustaka Nasional - Manaf Hamzah

Sewa

1.  Cinta Semanis Gula - Fajar Pakeer - Hanny Esandra
2.  Sepupuku Suamiku - Kaki Novel - Lynn Allyna
3.  Ku Percaya Ada Cinta - Kaki Novel - Rudi Hirdy
4.  Amar Farish - Penulisan2u - Nuraqilah Syuhaidah
5.  Kata Tak Suka - Fajar Pakeer - Qaseh Qaisara


Amar Farish 

SMK Taman Nusa Damai

Dulu, saya pernah menulis tentang perkara ini di sini.  Masa tu saya  kurang pasti kenapa penduduk di sini nak sangat masukkan anak mereka ke sekolah ini.  Saya ingat diaorang nak anak-anak diaorang masuk sekolah kawalan juga walaupun ada yang tidak layak.  Rupanya mereka bukanlah 'hadap' sangat dengan status sekolah kawalan itu.  Apa yang mereka mahukan adalah sekolah menengah harian biasa untuk semua anak di Taman Nusa Damai.  Dulu, saya ingat kerajaan yang peka, membina sekolah itu di sini tanpa diminta, tapi rupanya penduduk taman yang memohon.  Mereka mohon sekolah menengah harian biasa, tapi yang dijadikan ia sebagai kawalan itu kenapa?  Siapa yang punya keputusan ini?  Patutlah penduduk marah.  Mintak untuk penduduk sini, tapi, orang luar pulak yang ramai dapat masuk.  Pagi tadi, seorang AJK bertindak datang fotostat surat bantahan.  Saya minta izin copy lebih untuk saya baca.  Rupanya sampai sekarang dorang duk bantah, tak juga orang yang berkenaan tukar status sekolah tu.  Saya tengok ada satu surat dari JPM minta Kementerian Pelajaran memberi maklumbalas kepada isu ini.  Emm...dah sampai ke pengetahuan PM ke?  Saya harap isu ini dapatlah diselesaikan dengan segera.  PPD dan sekolah atau siapa yang bertanggungjawab, tengoklah isu ini dari sudut penduduk Taman Nusa Damai.  Salah satu sebab mereka mahukan sekolah menengah di sini adalah disebabkan sekolah sedia ada yang dihadiri anak-anak di sini adalah jauh dari rumah.  Bila jauh, lambatlah sampai ke rumah.  Bagi yang sekolah petang, selalu tertinggal solat Maghrib.  Ini perlu diambil kira.  Takut-takut anda di PPD atau Kementerian atau sesiapa lah yang masih tidak mahu menukarkan status sekolah ini, bertanggungjawab akan hal ini di akhirat kelak.  Peluang untuk berubah ada, tapi anda tidak mahu menggunakan kuasa itu untuk merubahnya, jadi, andalah yang akan ditanya oleh Allah nanti, kan?  Anak saya belum ada yang bersekolah menengah, tapi sekolah agamanya di sebelah petang, balik pukul 6.30.  Sampai rumah pukul 7.00 lebih.  Sekolah menengah yang berhampiran adalah terletak lebih jauh dari sekolah agama.  Memang logik bila ibubapa merungut anak-anak selalu tertinggal solat Maghrib.  Bila ia melibatkan solat, ia sudah melibatkan hukum agama.  Penduduk pun sudah bersuara, malah hari ini akan ada demontrasi secara aman berhampiran sekolah tersebut, jadi, ubahlah sebelum terlambat.  Dengarlah suara rakyat.  Premis itu berada di kawasan kejiranan kami, maka hormatilah rayuan penduduk di sini.  Peace.  

Monday, December 17, 2012

Carta Novel Popular di Nazqim Bookstore

Beli
1.  Dedaun Hijau di Angin Lalu - Manaf Hamzah - PN
2.  Buka Mata Hati - Miqael Arshad - Arshad _ JS
3.  Hati Yang Luka - Norhayati Berahim - NB Kara
4.  Dari Milan ke Maran - Norhayati Berahim - NB Kara
5.  Ombak Rindu - Fauziah Ashari - Alaf 21

Sewa.

1.  Adam dan Hawa - Aisya Sofea - Alaf 21
2.  Kahwin Ganti - Aifa Batrisya - KaryaSeni
3.  Awas! Bila Hati Dah Sayang - Tinta Biru _ KaryaSeni
4.  Sayang Cikgu Ketat-Ketat - Rafina Mimi - Kaki Novel
5.  Kemelut di Muara Rindu - Affi Dhiya - Fajar Pakeer

Kemelut Di Muara Rindu

Saturday, December 15, 2012

Jadikan Minat Sebagai Perniagaan

Kind of like conflict of interest here, but this is for fun only.  Enjoy my writing ok.


Jadikan Minat Sebagai Perniagaan

            Kata mendiang Steve Jobs, bekas CEO syarikat pengeluar computer Apple, “ You’ve got to find what you love”, (Anda mesti mencari apa yang anda sukai).  Kenyataan ini diambil dari ucapan beliau di majlis Commencement Standford University, Amerika Syarikat pada tahun 2005. Jobs menekankan bahawa kita perlu berani berbuat sesuatu berdasarkan kata hati kita dan bukan mendengar kata-kata atau keputusan orang lain dalam menentukan hidup kita. 
            Saya amat bersetuju dengan kata-kata beliau itu yang mana beliau sendiri berbuat sesuatu yang beliau suka sedari muda sehinggalah ke akhir hayatnya.  Kalaulah semua orang mampu menjadi seperti Steve Jobs, menjumpai apa yang diminati, alangkah beruntungnya kita.  Kalau kita buat sesuatu yang kita minat, kita akan buat dengan bersungguh-sungguh dan akan mengeluarkan hasil yang bagus.  Bukan itu sahaja, kita juga akan dapat memberi kesan positif kepada diri sendiri dan  masyarakat sekeliling.  Sekiranya kita mampu  menilai apa yang terbaik untuk diri kita, kita memang bertuah.  Jika kita mengenali siapa kita dan apa sebenarnya yang kita minat dan ingin buat dalam hidup kita, dunia ini akan menjadi sangat indah buat kita.  
            Minat yang mendalam inilah yang mendorong En.  Mohamad Tajudin bin Mokhtar, 40, membuka sebuah kedai basikal di Pasir Gudang.  Kedai Basikal Nazqim yang diasaskan pada tahun 2007 itu menjadi ‘rumah kedua’ kepada Mohamad Tajudin atau lebih dikenali dengan panggilan mesranya, Joe.  Minat dalam bidang sukan basikal bermula sejak dibangku sekolah lagi apabila sukan ini diperkenalkan kepadanya oleh seorang guru.  Sejak itulah, Joe jatuh cinta dan selalu mewakili sekolanhya dalam perlumbaan basikal di daerah Mersing ketika itu.  Namun, minat itu terpaksa ditinggalkan seketika dek tuntutan pengajian dan seterusnya pekerjaan sehinggalah pada tahun 2005, dia berjumpa dengan kawan-kawan sekerja yang mempunyai minat berbasikal.  Joe menyertai kumpulan mereka untuk kayuhan santai dan sesekali menyertai pertandingan lumba basikal di kawasan sekitar Johor dan Kuala Lumpur.  Bukan sahaja mahir berkayuh, Joe juga arif dalam bab membaiki basikal.  Ini membuatkan Joe menjadi tempat kawan-kawan mendapatkan khidmat nasihat mengenai alat ganti dan seterusnya membaiki basikal mereka.  Melihat kepada kepercayaan kawan-kawan kepada kebolehannya, Joe mengambil peluang itu untuk menjual basikal, alat ganti dan apa sahaja berkaitan dengan basikal secara sambilan di rumah.  Sambutan yang diterima amat menggalakkan.  Oleh itu, pada bulan Oktober, 2007, Joe membuka kedai basikalnya sendiri yang dijaga oleh pekerja kerana Joe masih bekerja makan gaji.  Bimbang ‘ yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran ’, Joe akhirnya meletak jawatan sebagai chargeman di sebuah kilang dan menguruskan kedainya sendiri. 
            Menjadikan hobi sebagai kerjaya membuatkan Joe sentiasa bersemangat untuk memajukan diri dan perniagaannya.  Kalau mula-mula berniaga dulu, Joe hanya mempunyai kedai separuh yang dikongsi dengan orang lain, kini dia mampu menyewa satu kedai penuh bermula pada tahun 2010 untuk menampung stok dan pelanggan yang semakin bertambah.  Kalau dulu Joe hanya menjadi peserta dalam perlumbaan basikal anjuran organisasi lain, sekarang, dengan jaringan kawan dan pelanggan yang kuat, Joe mampu menganjurkan pertandingan.  Sentiasa ligat berfikir dan berusaha menambah jualan disamping mencari peluang berbakti kepada masyarakat setempat, semangat Joe semakin kuat dan berkobar-kobar untuk terus mengorak langkah menuju kejayaan. 
Kedai Basikal Nazqim – sudah lima tahun beroperasi

 Pengayuh basikal dari Singapura singgah di Kedai Basikal Nazqim, Pasir Gudang, Johor.


 Encik Mohamad Tajudin bin Mokhtar

Pada tahun  2008, Joe pernah menganjurkan perlumbaan basikal untuk kanak-kanak yang tinggal di sekitar taman perumahan berdekatan dengan kedainya.  Acara yang julung kali seumpanya itu mendapat sambutan yang amat menggalakkan di kalangan kanak-kanak.  Mereka sentiasa menantikan acara seperti itu diadakan lagi.  Jadi, pada 20hb November, 2011, dengan kerjasama Majlis Perbandaran Pasir Gudang, Joe  menganjurkan satu lagi pertandingan lumba basikal.  Kali ini dengan skala yang lebih besar iaitu terbahagi kepada beberapa kategori seperti veteran, terbuka, basikal fixie dan kanak-kanak.  Kejohanan ini diadakan sempena Hari Keputeraan Sultan Johor.  Joe yang berperanan menguruskan bahagian teknikal, juga bekerja keras mempromosi mengajak rakan-rakan dan pelanggan-pelanggan menyertai kejohanan ini.  Pasir Gudang tidak pernah mengadakan acara seumpamanya sebelum ini.  Apabila Joe berjumpa dengan pihak MPPG dan mencadangkan supaya diadakan kejohanan lumba basikal, pihak MPPG menyambut baik cadangan itu.  Inilah peluang keemasan untuk menarik pelancong untuk datang ke bandar Pasir Gudang yang pesat membangun sekarang ini.  Pelumba-pelumba yang menyertai perlumbaan ini datang dari segenap pelusuk Malaysia dan juga Singapura.  Joe amat berterima kasih kepada mereka kerana sudi memberi kerjasama dalam acara yang dianjurkannya. 
            Dalam bidang perniagaannya pula, Joe mengatur langkah demi langkah untuk maju ke depan.  Dia sentiasa bersaing secara sihat dan mengikut perkembangan semasa.  Kalau dulu, pelanggan hanya boleh membeli secara tunai di Kedai Basikal Nazqim, kini mereka boleh menggunakan kad kredit untuk mempermudahkan urusan mereka.  Begitulah jika kita melakukan sesuatu yang kita minat menjadi perniagaan kita.  Kita akan sentiasa bersemangat untuk memajukan diri dan perniagaan itu.  


            Menurut kata Dato’ Dr. Rusly Abdullah / Chef Li dalam bukunya, Petunjuk Jalan Kekayaan, seseorang itu mesti terlebih dahulu mencari keserasian dalam bidang yang ingin diceburinya.  Sebagai contoh, jika kita buntu memikirkan perniagaan apa yang ingin diceburi, kita boleh imbas kembali apa hobi kita masa kita kecil dahulu.  Mungkin hobi kita memasak tetapi kita bercita-cita untuk menjadi guru.  Bila besar, minat berniaga pula datang.  Jadi, kita gabungkan minat dan cita-cita kita menjadi satu, iaitu kita mengajar orang memasak.  Oleh kerana kita hendak berniaga, tidaklah boleh kita mengajar percuma, jadi kita buka kelas masakan.  Kita buat sesuatu yang kita suka, akhirnya kita akan berjaya, InsyaAllah.
            Maka, carilah dan  galilah apa yang kita benar-benar suka, betul-betul minat  atau jatuh cinta sepenuh hati.  Selagi tidak berjumpa, teruskan mencari, jangan berhenti.  Kemudian, buatlah apa yang kita mahu buat, bukan apa yang orang lain suruh kita buat.  Jadilah apa yang kita nak jadi, bukannya apa yang orang lain nak kita jadi.  Jatuh bangun kita, hanya kita yang lalui sendiri.  Pedulikan cakap-cakap yang tidak berguna.  Anggaplah ia sebagai halangan yang tidak diperlukan.  Teruskan mencari apa yang kita ingini.  Ikutlah suara hati  kerana hanya kita yang mengenali diri sendiri.  

Friday, December 7, 2012

Now Back in the House!-Dedaun Hijau Di Angin Lalu-Manaf Hamzah

Tajuk:  Dedaun Hijau di Angin Lalu
Penulis:  Manaf Hamzah
Harga:  RM35.00

Sebelum ini saya pernah menulis tentang buku yang serupa di sini.  Masa tu buku yang ada di kedai adalah seperti di bawah - agak besar sedikit dari size novel biasa dan berwarna biru.




Setelah beberapa lama habis terjual dan tidak menambah stok, ternyata agak ramai juga yang mencari novel istimewa ini.  Jadi, sekarang Dedaun Hijau di Angin Lalu 'berkunjung' lagi ke Nazqim Bookstore.  Kepada yang ingin membeli novel ini, jangan segan silu telefon saya di talian 019-7404567.  


Intan pernah dikecam sebagai anak luar nikah. Assad pula sering berhadapan dengan tipu daya, hinggakan dia meragui ketulusan isterinya Intan, lalu dia melayan insterinya dengan buruk. Namun apabila Intan hilang, Assad menyedari kekosongan dalam hidupnya

Wednesday, November 14, 2012

Perempuan Lindungan Kaabah - Hana Ilhami


Tajuk Novel:  Perempuan Lindungan Kaabah
Harga         :  RM28.00
Penulis        :  Hana Ilhami
Penerbit      :  KaryaSeni

'Perempuan Lindungan Kaabah', itulah gelaran yang diberikan orang di sekelilingnya kepada Hanan disebabkan sikapnya yang sempurna sebagai seorang Muslimah yang solehah.  Kehadiran lelaki yang mendambakannya menjadi seorang isteri telah menyebabkan hati Hanan keliru untuk memilih diantara jasa dan rasa.  Demi membalas budi, Hanan berkorban atas maksud dakwah.  Hanan akhirnya memilih lelaki yang tak pernah difikirkan akan menjadi pasangan hidupnya.  Tapi dengan sikap lelaki itu yang sering sahaja mengabaikan Tuhan serta kehadiran Sally sebagai teman wanita telah menguji bahtera yang dibina.  Demi mendapat redha Ilahi, Hanan cuba bertahan dan memenangi hati lelaki bergelar suami tapi, perlukah Hanan mengorbankan prinsip-prinsip hidupnya demi kebahagiaan yang dia sendiri tidak pasti?  Di antara cinta kepada suami dan cinta kepada Ilahi, yang manakah harus diutamakan?  

Thursday, November 8, 2012

Alahai, harta pun tidak ada. Nak buat wasiat apa?

Tajuk dan petikan ini saya ambil dari Puan Hajah Rohani Datuk Hj Mohd Shahir dalam bukunya Bijak Mengurus Wang.  Bila tiba bab wasiat, itulah yang selalu orang kata.  Dalam bukunya itu, Puan Hajah menulis,
 " Ramai antara kita sekurang-kurangnya mempunyai kereta, rumah ataupun kedua-duanya sekali dan yang bakal meninggalkan hutang pula, wah, bukan main ramai!  Hutang merupakan satu perkara yang wajib diselesaikan daripada harta peninggalan si mati sebelum harta diagih-agihkan".    
" Penulisan wasiat amat penting.  Jangan pertikai kos penulisan wasiat itu.  Carilah syarikat pemegang amanah untuk dilantik sebagai 'wasi' atau pentadbir harta pusaka.  Hendaklah dipastikan juga wasiat yang ditulis itu disimpan di tempat yang selamat".   

Tuesday, November 6, 2012

Pengiraan Faraid

Contoh:-
Ahmad meninggalkan seorang ibu, seorang isteri, seorang anak perempuan dan juga dua orang adik lelaki dengan harta bernilai RM2.4 juta.

Pembahagian farid:-

Ibu                                     - 1/6  =  RM400,000
Isteri                                   - 1/8  =  RM300,000
Anak Perempuan                - 1/2  = RM1.2 juta

Baki - 5/24

Baki akan diterima oleh adik beradik lelaki secara sama rata = RM500,000.

Monday, November 5, 2012

Jodi Picoult's books




Tengah - Salem Falls , Kanan - Plain Truth.  Kiri sekali bukan karya Jodi, ianya hasil tulisan David Nicholls.  All three books ni adalah order dari Perak.  When I received the order, I was surprised to find  Jodi Picoult's  books in the list because currently I am reading her book too :- Plain Truth.   I love reading Amish and Mennonites stories as much as I  love watching Little House on the Prairie.  :)  I miss USA.


Plain Truth.
Jodi Picoult
Price:  RM34.90

Katie Fisher is Amish.  For eighteen years, she has grown up in a community set apart from the modern world by lifestyle and belief.  It is a community fiercely protective of its way of life.  To turn your back on it is to lose everything-your church, your home, and your family.  So, in the middle of the night when the baby comes, Katie does the only thing she knows how to do in times of stress:  she prays.  She falls asleep, exhausted, and when she wakes it seems her prayer answered.  The baby is gone.  Her father need never know.   But faith alone cannot help when the child's body is found.


Friday, November 2, 2012

Buku Baru NB KARA

Novel-novel baru yang saya order dari NB Kara baru saja saya terima tadi.  
1.  Biar Jarimu Kugenggam
2.  Cinta Perigi dan Timba
3.  Roti Canai Salad Taco
4.  Dari Milan ke Maran
5.  Keindahan Cinta Iman
6.  Lelaki Tidak Bersalah
7.  Koleksi Resipi 6 Sahabat
8.  Asyik Sang Puteri



                                                  Di atas kaunter.  Tengah Key in
                                         

                                                    Siap diatur di rak.

                                                         
                                                   Menunggu untuk 'disambar'.

Monday, October 22, 2012

Doa orang yang Teraniaya

Dalam berniaga, macam-macam boleh berlaku.  Ada yang tamak, ada yang pentingkan diri sendiri dan ramai juga yang lupa diri di saat berada di puncak kegemilangan.  Mereka lupa agaknya bila mereka menindas orang lain, itu bermakna mereka sudah menganiya orang tersebut. Doa orang yang teraniaya ini tiada hijab.  Monopoli dalam perniagaan adalah berdosa.  Dalam berniaga, kena fikir juga hal orang lain.  Penerbit sepatutnya jual pada pengedar sahaja.  Tapi, ada sesetengahnya menjual secara terus kepada pembeli. , dengan diskaun pulak tu.  Tapi apa nak buat, di saat meniti puncak, ramai yang lupa rumput yang dipijak.  Tunggu dan lihat sajalah.  

Thursday, September 20, 2012

12 Tip Usahawan Berjaya Tanpa Modal - Azman Manap

Tajuk:  12 Tip Usahawan Berjaya Tanpa Modal
Penulis:  Azman Manap
Harga:  29.90
Penerbit:  Truewealth

Baru diterbitkan Januari 2012, ini merupakan buku motivasi yang paling bagus setakat ini.  Saya mencari buku The Pursuit of Happyness by Chris Gardner tapi terjumpa buku ini.  Masa saya decide nak baca buku ini, ianya bukanlah sebab saya nak bukak business tanpa menggunakan satu sen pun duit saya.  Ianya dah terlambat untuk saya sebab I have already started my business and of course with some amount of  capital.    Tapi ayat tanpa modal membuatkan saya rasa penulis ini seorang yang amat teliti soal kewangannya, dan itu menarik minat saya sebab saya ni tergolong dalam kalangan orang yang menitikberatkan perkara yang sama - Financial Management.  Encik Azman menceritakan pengalaman sebenar beliau yang membuatkan buku ini amat menarik.  Ramai penulis menceritakan pengalaman sendiri tapi entah kenapa garapan pemuda dari Singapura ini lebih sedap dibaca.  Mungkin editor juga main peranan di sini :).  Bagi saya, orang yang mempunyai kepakaran dalam bidang seperti kejuruteraan, akaun, guaman dan juga handyman seperti technician, mechanic, boleh cuba apa yang Encik Azman dah buat.  Pendek kata, sesiapa yang ingin menjual perkhidmatan mereka, mereka tidak memerlukan kos untuk permulaan perniagaan kerana apa yang perlu hanyalah 'otak' mereka.   Pelbagai rentetan hidup dilalui En. Azman seperti kena buang kerja, memulakan perniagaan dengan menumpang di pejabat kawan, pekerja berhenti dan sebagainya.  Namun, berkat kesungguhan dan kesabaran, perniagaannya dapat bertahan sehingga kini.  Bakal usahawan/usahawan di luar sana, silalah baca.   It's very inspiring.  If there is a will, there is a way.  

Friday, September 14, 2012

Tiga Tanda Kematian

Tiga Tanda Kematian:-
1.  Putihnya rambutmu setelah hitamnya
2.  Lemahnya tubuhmu setelah kuatnya
3.  Bongkok badanmu setelah tegapnya

Source:  Akhbar Koleksi Misteri Seleksi

Tuesday, August 7, 2012

Sayang Cikgu Ketat-Ketat - Rafina Mimi

Tajuk:  Sayang Cikgu Ketat-Ketat
Penulis:  Rafina Mimi Abdullah
Penerbit:  Kaki Novel
Harga : RM20.00

Buku ini memang best sangat-sangat.  Mula-mula anak saya yang baca.  Bila dia ke sekolah, saya ambik baca sinopsis kat belakang.  Saya ingat cerita budak-budak.  Bila baca sinopsis, rupanya novel cinta jugak.  Akhirnya saya yang baca sampai habis.  Cerita guru jatuh hati dengan anak murid memang ada di dunia nyata, cuma saya tak pernah pulak baca novel pasal kisah sebegini.  Romantiknya Cikgu Safarin masa nak mengorat Nurul Anis, pelajar Tingkatan Lima.  Romantika de amournya tu tak hilang walaupun dah berkahwin.  Bab ni saya rasa macam tak sesuai untuk anak saya yang berumur 11 tahun tu baca.  Macam 18SX gitu.  Tapi, takdelah melampau.  'Scene'nya di Terengganu.  So, senang nak bayangkan tempat-tempat yang dinyatakan dalam novel ni.  Selalunya kat KL je kan?  To be honest, inilah pertama kali saya dengar/baca, " sayang ketat-ketat".  Agaknya  dah jadi trend remaja sekarang kot sebab tu sampai keluar novel tajuk macam ni.    Saya je ketinggalan.   In all, cerita ni best.  Berapa bintang?  Lima boleh kot.  Heheh..ke banyak sangat?  Entahlah.  Yang pasti, saya suka watak Cikgu Safarin ni.  Novel ni ada pelbagai rasa.  Kelakar, sedih, geram, takut, bimbang dan yang bestnya, pastilah romantik.  :) Pandailah penulis dia mengarang/mengolah cerita.  Best.  

Wednesday, July 25, 2012

Pelarian Rohingya

Kalau saya wartawan, berita mengenai pelarian Rohingyalah yang akan saya tulis di saat ini.  Akan saya cari berita mengenainya dan akan saya sebarkan kepada semua.  Namun, saya bukanlah wartawan dan sumber yang didapati untuk berita ini sekadar didapati dari orang lain.  Mereka yang berhati mulia yang sudi pergi sendiri ke tempat kejadian, merakam gambar dan melapor berita, seperti yang dilakukan oleh wartawan-wartawan Harian Metro.  Berita mengenai Rohingya di Rakhine, Myanmar ada dalam Harian Metro sejak semalam, bersambung hari ini dan esok, kemungkinan juga hari-hari seterusnya.  Well done and congrats.  Rohingya di Malaysia pun ramai.  Mereka ada Pusat Maklumat sendiri.  Bacalah.    Mana tahu kalau ingin menderma, berzakat, menyumbangkan pakaian, makanan dan sebagainya.  Nasib Rohingya di sini agak baik berbanding saudara mereka di Rakhine, Myanmar.   Hak kerakyatan mereka dinafikan.  Rumah mereka dibakar.  Ramai yang meninggal.  Sadis.

Monday, July 23, 2012

As-Salihin Bersiaran di Best 104


JOM DENGAR!!!
TEMUBUAL EKSKLUSIF as-Salihin Trustee Berhad di stesen radio BEST 104 sensasi selatan pada setiap hari RABU jam 11 pagi sepanjang bulan RAMADHAN
*                      25 Julai 2012
*                      1 Ogos 2012
*                      8 Ogos 2012
*                      15 Ogos 2012
Dengarkan juga PROMO PRODUK dan UCAPAN BERBUKA PUASA dan HARI RAYA setiap hari di bulan RAMADHAN

Frekuensi:
104.1 fm - Johor, Lembah Klang, Selangor, Perak, Singapura & Riau
102.5 fm – Johor timur & Pahang
94.8 fm – Johor, Melaka, N.Sembilan & Selangor

Dengarkan secara online di https://www.facebook.com/best104


Friday, July 20, 2012

Mouth & Foot Painting Artists Sdn Bhd




Pagi tadi, saya menerima satu bungkusan yang mengandungi 8 keping kad raya kosong.  Ingatkan suami yang menempah kad raya tersebut, namun bila membaca surat yang dilampirkan, baru saya tahu, ianya seperti 'presale'.  Mereka menghantar kad-kad raya tersebut kepada kita tanpa menerima tempahan terlebih dahulu.  Kalau kita berkenan, kita simpan kad-kad itu dan hantar pembayaran kepada mereka.  Kalau tak suka, pulanglah balik dengan menggunakan sampul surat yang sama.  Siapakah mereka yang dimaksudkan?  Mereka adalah pelukis-pelukis dari Persatuan Pelukis Mulut dan Kaki Sdn.Bhd.  Harga untuk 8 keping kad raya adalah RM35.00.  Lebih kurang RM4.00 sekeping.  Ianya agak mahal kalau dibandingkan dengan kad raya yang boleh kita dapati di kedai.  Tetapi mereka ini melukis dengan kaki atau mulut.  Kita yang mempunyai tangan ini pun mungkin tidak mampu untuk melukis sebaik mereka.  Jadi, jikalau mahu membeli dengan mereka, saya rasa janganlah terlalu berkira dengan harganya.  Hayatilah kualiti dan cara penyampaiannya.  Suami saya pula takut untuk membeli sebab ini pertama kali kami menerima surat sebegini.  Takut ditipu oleh orang yang tidak bertanggungjawab yang mengambil kesempatan menggunakan nama persatuan ini untuk meraih keuntungan.  Soal sebegini di luar kuasa kita jadi kita serahlah pada Yang Maha Esa. Kita membeli dengan niat mahu membantu mereka yang kelainan upaya ini mendapat pendapatan untuk kelangsungan hidup.  InsyaAllah kita akan dapat pahala.  Segalanya berdasarkan niat.  Saya cari dalam internet dan mereka ada wesite.   http://mfpa.tripod.com .  Ada juga blogger yang menceritakan kisah mereka di sini .  Bukan sekadar kad raya, mereka juga ada menjual barangan lain seperti buku alamat, buku cerita, jigsaw puzzle, kertas pembalut hadiah dan kalendar.  Kepada yang ingin membeli dari mereka, bolehlah ke alamat ini:- Lot 327, Tingkat 2, Ampark Park Shopping Centre, Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur.  Telefon:--03-21618860.  Happy buying !  Kita tolong mereka, ok?  

Monday, July 9, 2012

Bolehkah Anak Angkat Mewarisi dari Ibubapa Angkatnya?

Anak angkat bukan waris ibubapa angkatnya, jadi dia tidak boleh mewarisi harta mereka.  Tapi, kalau kita ada angkat, dan kita mahu memberi sebahagian harta kita kepada dia, bolehlah menyatakannya dalam wasiat.  Selalunya orang yang ada anak angkat, kasih sayang mereka kepada anak angkat sama macam anak kandung.  Namun, kalau tidak beringat untuk menulis wasiat, anak angkat ini tidak dapat apa-apa pun harta jika ibubapa angkat meninggal dunia.  

Friday, July 6, 2012

Suami Aku Ustaz - Hannah Dhaniyah-KaryaSeni

Tajuk :  Suami Aku Ustaz
Penerbit:  KaryaSeni
Penulis: Hannah Dhaniyah
Harga:  RM22.00


Bila saya belek-belek buku ini, macam best pulak, lalu saya decide untuk baca keseluruhan cerita.  Novelnya menarik, sebab cerita yang lain dari yang lain.  Selalunya cerita kahwin paksa yang klise adalah kena tangkap basah, perempuan miskin kahwin dengan lelaki kaya atau tomboy kahwin dengan bos dan sebagainya.  Kali ini Hannah Dhaniyah memaparkan kisah seorang remaja perempuan yang dipaksa kahwin kerana ibubapanya bimbang untuk meninggalkannya seorang diri bila mereka ke Mekah untuk menunaikan haji.  Baru berumur 17 tahun, SPM pun belum ambil lagi dah kena kahwin?  Itulah yang berlaku pada Alisa.  Tidak dapat tidak, arahan orang tuanya terpaksa diikuti.  Lalu, kahwinlah dia dengan sepupu cum ustaz sendiri, Ustaz Hafiz.  Saya tertunggu-tunggu juga konflik yang bakal muncul dalam novel ini, namun klimaksnya tidaklah begitu tragis.  Kalau itu yang dikatakan klimaks, yang saya nampak hanyalah bila Hafiz difitnah mempunyai hubungan sulit dengan anak murid sendiri dan buat Alisa pula ketika dia diminati rakan sekampus yang juga diminati olehnya.  Namun, konflik cepat diselesaikan tanpa ada yang meleret-leret.  Namapun kahwin dengan ustaz, yang banyak melakukan qiam dan mengaji, segala badai dalam rumahtangga diatasi dikemudi dengan bijaksana dan penuh kesabaran.  Lama-kelamaan, Alisa dewasa dengan arus masa dan tunjuk ajar Ustaz Hafiz.  Menarik juga ceritanya.  Banyak kisah Nabi s.a.w diceritakan secara tidak langusung dan juga banyak persoalan agama diolah menjadi dialog yang menarik dan senang difahami.  Well done.  

Tuesday, July 3, 2012

Wasiat untuk IbuBapa yang bukan Islam


Ada di kalangan kita yang mempunyai ibubapa yang bukan Islam.  Ibubapa yang bukan Islam tidak layak menerima harta pusaka anak yang sudah masuk Islam.  Hanya orang Islam boleh mewarisi daripada orang Islam. Sekiranya ibubapa seseorang itu  bukan Islam, mereka tidak boleh mewarisi daripadanya, tetapi dia boleh  berwasiat sebanyak 1/3 dari hartanya untuk diberikan kepada ibubapa dan saudara yang bukan Islam.  Kita juga boleh  menerima pemberian melalui Wasiat daripada saudara atau kawan bukan Islam.   



Friday, June 22, 2012

Pukul 3.00 Pagi - Aina Emir

Pukul 3.00 pagi sudah menjadi sinonim dengan ritma otaknya kerana di waktu begitu dia sering berlegar-legar di alam maya, terutama di blog Kuntum Merah Jambu. Maklumlah pada siang hari, dia bekerja di sebuah syarikat ICT. Pada waktu malamlah dia aktif dengan bisnes online nya.

Pun begitu, Dania atau ‘Nia’ berdepan dengan masalah bekalan yang sering kali terputus. Ketika itulah, lelaki kacak tapi ‘brutal’ bernama Danish muncul sebagai hero. Danish beria-ia memaksa abangnya Anas untuk membantu Nia. Semestinya ada udang di sebalik mi goreng, itulah sangka Nia. Dania juga mempunyai masalah dalam keluarga. Ibu dan ayah tidak sehaluan. Malah, bertimpa-timpa musibah datang memberi tekanan.     

Sementara itu, kehadiran bos berpersonaliti ‘enigma’ di tempat kerjanya sering kali buat Nia jadi bingung. Ada ketika Khairin garang macam singa, ada masa dia jadi macam anak kucing. Tentunya  lelaki genius itu mampu menggoyahkan perasaan Nia, mungkin kerana ‘kepelikan’ dan ‘keunikan’ yang ada pada dirinya. Lagipun, bukankah Khairin memang ada hati pada Dania? 

Tetapi…  siapa pula agaknya yang suka benar mengganggu Nia di awal pagi? Keadaan itu kadang-kadang membuatkan dia rimas dan sakit hati. Sesungguhnya, Dania tidak pernah teringin untuk bermadu kasih dengan hak orang. 

Pukul 3.00 Pagi, membincangkan perasaan ‘baik’ vs ‘jahat’. Apakah mungkin label ‘baik’ pada Dania mampu untuk berubah? Bukankah dia sekadar manusia biasa yang tidak lari daripada melakukan kesilapan? Tapi… kenapa Kak Rina marah-marah dan menganggap Dania tidak bijak dalam urusan memilih calon?

Thursday, June 21, 2012

Menulis Wasiat


Bukankah saya akan menjimatkan wang jika saya menyimpan Wasiat sendiri?
Benar, anda akan menjimatkan wang jika anda menyimpan sendiri Wasiat anda. Tetapi anda mungkin menghilangkannya maka sia-sia sahaja anda membuat Wasiat jika Wasiat tersebut tidak dapat diperolehi selepas kematian anda.

Jadi, tulislah wasiat dengan As-Salihin Trustee Berhad.  I'm the agent, call me.  :) 019-7404567

Friday, April 6, 2012

Setulus Janji - Aina Emir - Karnadya



Tajuk Buku: Setulus Janji

Harga: RM21.90

Penulis: Aina Emir

Penerbit: Karnadya


Kisah Insyirah yang bercinta dengan Aiman tetapi berkahwin dengan Ilham. Kedua-dua lelaki ini adalah abang angkatnya. Menarik ceritanya. Saya tak pernah baca karya Aina Emir tetapi entah kenapa tergerak mahu baca buku ini. Cerita yang lain dari yang lain. Jarang diwar-warkan mengenai buku-buku keluaran Karnadya. Selalunya Kaki Novel dan Alaf 21 sahaja. Baru-baru ini pula peminat novel menambah minat kepada novel keluaran Karya Seni pula. Sedangkan bagi saya novel keluaran penerbit lain seperti Karnadya dan Jemari Seni juga bagus. Tapi mungkin kurang promosi menyebabkan jarang yang mencari.

Friday, March 16, 2012

Antara Cerita dalam Kelambu dan Rugi Sepuluh Ribu

Saya pernah cakap dengan suami dan juga kawan saya, premis saya ini ada waktunya jadi seperti bilik kaunselor sebab ramai orang datang meluahkan perasaan di sini. Saya yang mendengar segala cerita tidak tergamak pula hanya diam seribu bahasa, jadi saya kadang-kadang mengiyakan, menambah, mengangguk dan memberitahu dan sebagainya. Harapan hanya satu, lepas keluar dari kedai saya ini, mereka pulang dengan hati yang lapang.
Dalam banyak-banyak kisah, saya teringat kisah pada satu hari yang indah itu, bulan lepas kalau tak silap. Hamba Allah ini seperti biasa datang ke kedai saya untuk photostat pada waktu pagi. Sedang menyusun kertas-kertas di meja 'keramat' (meja luahan hati), telefonnya berbunyi, dipandang sekilas, dibiarkan tidak berangkat. Saya tidak bertanya, malah sibuk dengan kerja saya. Prinsip saya begitulah, jangan sibuk hal orang. Tapi, dia dengan rela hati bercerita. Rupanya dia pun dah jadi macam kaunselor jugak, tapi kali ini hal rumahtangga orang, sebab itulah dia malas nak angkat phone. Tidak mahu campur urusan peribadi jiran tetangga. "Urusan dalam kelambu, tak payahlah cerita dekat saya", begitulah lebih kurang katanya. Walaupun di hati ingin sangat nak tahu, siapa dan apa ceritanya, saya menahan diri dari bertanya. Saya juga berdoa dalam hati, jangan sampai dia terlepas cakap, siapakah pasangan yang mengadu itu. Saya taknak tahu aib orang. Taknak. Alhamdulillah, nasib baik habis di situ sahaja. Tapi kelakar jugak tengok muka bosannya masa itu. Bukan senang jadi orang tengah ni. Jadi, kalau nak minta pendapat mengenai hal rumahtangga, pergilah kepada mereka yang betul-betul willing to listen masalah kita. Takut nanti, pekung sudah dibuka, tapi masalah tak selesai juga.
Tengahari pula, sewaktu saya mahu menutup kedai sekejap untuk solat Zuhur, datang sebuah kereta parking tepi kedai. Pemandu kereta bertanya dari dalam kereta, (agak kasar juga pada pandangan saya), ada photostat tak? Dia turun dari kereta, saya tak jadi tutup kedai. Dia tanya berapa jam hendak ke JB? Rupanya dia bukan orang sini, dia dari Selangor. Katanya dia dah kerugian RM10,000.00 gara-gara tak dapat teruskan projek dengan sebuah syarikat terkenal kat Pasir Gudang ni. Dari jauh datang, bawak pekerja, sewa homestay, sekali atas sebab-sebab tertentu dia tak dibenarkan buat projek tu. Projek Aircond. "Baju (uniform-overall) pun baru lagi ni kak. Homestay pun saya dah bayar. Dahla sebelum datang sini, office saya kena rompak...". Dia terus bercerita dan bercerita, dan saya terus mendengar. Sesekali saya mencelah ada orang lain yang rugi beratus ribu, jadi dia rugi sepuluh ribu, agak bernasib baik jugaklah. Tapi, orang tengah susah hati, memang masalah dia jelah yang dia ingat kan? Mana ada masa nak compare dengan orang yang lebih teruk. Apa yang harus saya cakap ya untuk menenangkan dia dalam ruang waktu yang terhad itu? Nasib baik terkeluar jugak sesuatu dari mulut saya. " Awak baca Alam Nasyrah (Surah Al-Insyirah)". Dia nampak sedikit teruja," berapa kali kak?", sambil mulutnya saya lihat terkumat-kamit membaca ayat itu. "Tak kisahlah berapa kali, sampai awak tenang. Ayat tu ada kata, sesudah kesusahan, ada kesenangan". Dia senyum, penuh harapan, kemudian meminta diri untuk beredar setelah membayar. Saya doakan dia dalam hati, semoga dia bangkit kembali. Dalam business, untung rugi itu biasa. Ambik iktibar dan jangan diulangi kesilapan yang sama. Dia masih muda, tak ramai anak Melayu semuda itu yang sudah ada syarikat sendiri. Saya berdoa, dari rugi sepuluh ribu, moga-moga satu hari nanti dia untung juta-juta. Amin.
Anak saya yang sebelumnya senyap di belakang, keluar ke depan, "mak dah macam kaunselor". Saya senyum, you bet my dear. Walau diri sendiri diduga dengan seribu satu masalah, namun rencah hidup orang lain kita perlu dengari juga. Just be a good listener will do.

Saturday, March 10, 2012

Novel Seribu Kali Sayang - Anis Ayuni

Penerbit: Alaf 21
Penulis: Anis Ayuni
Harga: RM19.90

Hasrat meminang yang disuarakan oleh Syed Nadjmil Faiz menimbulkan konflik. Bagi Abby, hasrat itu jatuh di tempat yang salah kerana bercinta dengan kakak, mengapa pula dipinang adiknya? Bagi Syed Nadjmil Faiz, berkawan bukan ertinya berkasih. Sekian lama mengenali si kakak, hatinya tidak pernah disapa rasa cinta, tetapi pertama kali bertemu Abby, perasaannya digoda rindu.

Novel ini dah lama, dah empat tahun. Dulu, saya tak habis membacanya, tak tahu kenapa. Saya rasa baca bab pertama pun tak habis. Tapi, bila hati tetiba rasa nak ke Padang, Indonesia, saya teringat novel ini yang sedikit sebanyak memaparkan kisah kehidupan di negara jiran itu. Lalu, novel ini saya baca sekali lagi, dan kali ini, rasa menarik pula jalan ceritanya. Ada romantis, ada kelakar, pendek kata saya sukalah. Saya bukanlah peminat tulisan Anis Ayuni, malah ada novelnya yang tak kena dengan 'selera' saya. Tak tahulah akan datangkan? Macam novel ni, first time baca tak suka, second time baca, barulah jatuh hati.

Saturday, March 3, 2012

Kampung Girl - Umi Kalsum-Karya Seni


Tajuk Buku: KAMPUNG GIRL
Penulis: UMI KALSOM
Harga : RM21.00
Penerbit: Karya Seni
Catatan: Kalau nak order, telefon ler...:)

PERKAHWINAN diaturkan oleh keluarga? Ashraf langsung tidak menyangka! Lebih memeningkan kepala, apabila dia mengetahui nama calon yang disebutkan oleh mummynya, Puan Mazlin. Ainnur! Si budak kampung itu?! Tidak mungkin.“Orang tak nak kahwin dengan budak kampung tu… mummy jangan paksa Ash!” - Ashraf Khairi.“Ain akan kahwin dengan abang Ash!” - Ainnur.Dan jawapan itu cukup untuk membuatkan Ashraf kehilangan kata.Bergaduh mulut? Itu merupakan perkara biasa bagi Ashraf jika Ainnur ada di depan mata. Pasti ada sahaja perkara yang hendak diperbalahkan.“Dekat kampung kau tu dah pupus populasi lelaki ke sampai kau kena ke bandar nak cari calon suami?” - Ashraf Khairi.Dan nada yang sinis itu cukup untuk membuatkan Ainnur naik darah.Benarlah kata orang, kerana pulut santan binasa… kerana mulut? Jerat terkena diri pemangsa. Rancangan untuk menolak diri Ainnur merupakan titik tolak yang ‘menjahanamkan’ diri Ashraf.“Ash nak ajak dia beli cincin tunang.” - Ashraf Khairi.Lain yang dirancang, lain pula jadinya. Pertunangan yang diaturkan merupakan titik yang mengikat diri Ashraf dan Ainnur. Tapi siapa sangka, tarikh pernikahan yang semakin hampir mencemaskan Ainnur dek kerana ada ‘rahsia’ yang disimpan kemas daripada pengetahuan Ashraf. Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga. Itulah keadaan Ainnur di saat terpaksa menghadapi kemarahan Ashraf yang sememangnya sentiasa suka memarahi dirinya.“And what have you been thinking, doing such thing to me? Nak bagi aku nampak macam orang bodoh…” - Ashraf Khairi.

Tuesday, February 28, 2012

Le Tour De Langkawi in Parit Sulong

Ahad lepas, dekat taman ada Majlis Maulidur Rasul tapi, at the same day, ada appointment dengan Perodua untuk pemasangan tali pinggang keledar kancil. Kami dah register nama sejak bulan 12, tahun lepas, last minutelah kiranya, sebab saya tak tahu pun pasal ni. Dah nak habis due date, baru tahu, itupun dari Sinar FM. Masa kami register nama, memang masih dalam tahun 2011, tapi giliran kami akan jatuh pada tahun 2012, jadi kata staf Perodua, kami akan dikenakan bayaran RM18. It's ok, memang kami yang salah, tak ambik tahu awal-awal.
Oleh kerana my husband dah plan nak ke Parit Sulong, I volutereed myself to go to Perodua. Plannya he would go to PS with the son, while I'd go to Plentong with the daughter. Balik dari Perodua, bolehlah saya dengan Leen ke surau untuk maulud Nabi. Tapi, bila fikir balik, by the time, siap, mesti dah tengahari. Nak pergi surau waktu tu, nanti kang macam nak pergi makan la pulak. Majlis pun dah nak habis kan? So, saya cakap dengan Joe, kami ikut dia ke PS jelah since dia kata pelumba2 tu sampai pun dalam pukul 3pm.
Sampai kat Perodua pukul 8.20 pagi. Dapat nombor pun nombor satu. Diaorang start pasang pukul9.00. Pukul 10.00, dah siap. Mintak izin tinggalkan kancil kat situ, staf tu bagi so terus kami ke Parit Sulong dengan kereta lagi satu. Masa nak guna GPS, Joe boleh tanya, " Parit Sulong tu Batu Pahat ke Muar?"...aik, ni sapa yang orang Johor ni? Saya dengan confidentnya jawab Batu Pahat. Dalam hati moga2 betullah. Nasib baik betul. Memang confuse sebab Batu Pahat dengan Muor kan banyak parit. Tapi, saya rasa 'Parit' di Batu Pahat lagi banyak. So, hari tu, dalam panas terik tu, kami menjamu mata melihat pelumba-pelumba beraksi. Saya dapat tahu Terenganu merupakan penaja terbesar untuk tahun ini. Di semua kereta escort, ada lambang negeri Terengganu. Yang bestnya, Anuar Manan dapat nombor tiga hari tu. Yeah....Teganu Nelang....

Thursday, February 23, 2012

Sisa Sebuah Cinta - Ian Juliana - Kaki Novel



Harga: RM30.00

Penerbit: Kaki Novel


Renda Ghazli: Seorang gadis yang bermula dari bawah untuk menuju puncak impiannya. Gadis yang sering dihujani dengan rasa sakit bila dia hampir-hampir mengecap rasa bahagia.


Airel Yuki Hagiwara: Perkenalan sebelumnya hanyalah atas dasar persahabatan sebelum bercantum menjadi rasa sayang. Silap gadis itu hanya satu, menyukai lelaki ini kala diri menggalas status isteri buat seorang suami.

Monday, February 20, 2012

Haqim Ketua

Dua tiga minggu lepas, Haqim cakap dia jadi ketua darjah, I thought he kid around. Tapi, bila kami tak percaya, dia marah-marah. Sehinggalah satu hari dia main 'soal jawab cikgu dengan anak murid' - " sapa tak datang hari ni?" etc. Then his sister said to me, maybe betul Haqim jadi ketua darjah sebab itu dialog cikgu and ketua darjah. Still not satisfied, I went to school and met his class teacher, Cikgu Roslina. I told her, Haqim ni kuat berangan, kadang-kadang dia kata jadi penjaga gol, nanti ganti KFC (Khairul Fahmi Che Mat) dan macam-macamlah. Jadi, bila dia kata dia jadi ketua darjah, kami tak berapa percaya sebab ini dah bulan Februari. So, saya just nak make sure dia bercakap benar, that's all, not a big deal.
Cikgu cakap memang betul, dia baru lantik Haqim jadi ketua darjah menggantikan seorang budak ni sebab budak yang dilantik dulu tu tak boleh 'bawak' jawatan tu. (Itulah yang Haqim cerita tapi kami tak percaya). Kata cikgu lagi, Haqim berani, kalau cikgu tanya, orang lain semua diam, tapi,dia jawab. Kalau mintak barang, semua ada bawak. Jadi betullah. Alhamdulillah...saya suka anak saya jadi leader. Kalau cemerlang dalam pelajaran, berganda kegembiraannya. Tapi Haqim duduk kelas sederhana je. Anyway, takpelah, yang penting usaha mesti diteruskan sampai bila-bila.
Feb 14, ada Kursus Kepemimpinan di sekolah. Haqim pun kena pergi. Dia tanya kursus tu apa? Apa nak jawab. Kursus tu dengar cikgu bercakap. :). Kecik-kecik dah pergi kursus. Leen pun pergi sebab tahun ni, alhamdulillah, Leen dilantik sekali lagi jadi pengawas. Suka dia. Congrats kids.
Sesekali saya usik panggil Haqim, Haqim ketua. Tadi, dia tanya, kenapa cikgu pilih dia jadi ketua, saya cakap sebab Haqim handsome. Heheh.

Tuesday, February 7, 2012

Bancian Bantahan Penduduk Taman Nusa Damai

Nampaknya blog saya dah lari dari tujuan asal. Pada mulanya nak post pasal buku saja kat sini. Namun, kita hanya merancang. Lain dirancang, lain pula yang jadi. Menulis seperti biasa tetap menjadi agenda.


Tajuk di atas tu, sama dengan apa yang saya baca di kertas yang dibawa oleh seorang penduduk 'kampung' datang ke rumah saya. Saya tumpang dengar apa yang dibualkan dengan suami. Mengintai dari jendela ala-ala gadis pingitan gitu. Rupanya pasal bantahan penduduk Taman Nusa Damai tak puas hati ramai anak mereka tidak dapat masuk Sekolah Menengah yang baru beroperasi tahun lepas.


Pelajar-pelajar yang tidak layak ini sebab mereka tidak cemerlang dalam pelajaran, sedangkan sekolah ini adalah sekolah bistari, jadi memang adalah tahap berapa A yang ditetapkan untuk masuk tingkatan satu atau empat. Bagi yang faham, akan diam saja. Tapi bagi mereka yang lain, duduk taman ini, tapi tak dapat masuk sekolah dekat dengan rumah, terpaksa ke sekolah lain, di taman lain yang jauh yang sudah tentulah kos van atau basnya lebih tinggi. Ada juga yang berpendapat, sekolah di sini masih belum cukup, tidak perlu diwujudkan sekolah bistari, adakan saja sekolah harian biasa. Dalam banyak-banyak pendapat, pendapat inilah yang saya setuju. Kalau nak suruh saya setuju pasal ramai anak penduduk sini tak dapat masuk sekolah itu, saya tak boleh setuju sebab kalau nak masuk, kenalah belajar pandai-pandai. Dapatkan 5A, baru cukup syarat, bolehlah masuk. Kalau setakat 1A, 2A, tak dapat masuk, nak buat macamana, dah syarat sekolah kena dapat 5A. Tapi ada pulak yang cakap, tapi ada anak orang tu dapat 2A je, dapat masuk. Kenal orang dalam, dapat masuk. La pulak. Ini yang tak best didengar ni. Bukan setakat dengar je, tapi memang sahih pun. Saya pernah berbual dengan seorang budak tingkatan satu tahun lepas, yang masuk sekolah tu. Katanya dia tak dapat 5A pun dalam UPSR, tapi dapat sekolah tu. Saya hairan juga, tapi takdelah tanya lebih lanjut. Saya anggap dah rezeki dia. Tapi, kita ni kalau buat sistem, kena patuhlah pada sistem yang kita buat. Kalau tak, macam nilah, banyak komplennya.


Saya dengar juga suami cakap dengan si pembawa bancian tu, katanya orang tak boleh marah kalau anak-anak tak dapat masuk, sebab itu sekolah budak pandai. Kalau anak kita tak pandai, tak bolehlah nak marah sekolah. Kata lelaki itu, penduduk marah sebab yang mintak sekolah adalah penduduk sini, tapi bila sekolah dah siap, tak layak masuk. Jadi, kata my husband, kena tukar taraflah. Sekolah tu mintak ditukarkan ke sekolah biasa, bukan sekolah bistari. Yeah, betul-betul, rayuan sebegini saya setuju. Bantahan tak dapat masuk, saya tak berapa nak setuju. Akhirnya, suami turunkan namanya di atas kertas tu. Kami sokonglah usaha mereka. Semoga semua orang puashati lepas ni.


Kalau 2 tahun lagi, anak saya tak dapat masuk sekolah tu, saya marah tak? InsyaAllah tak. Saya dibesarkan di kampung yang dekat dengan MRSM, maktab perguruan, akademi petronas, sekolah sains, universiti dan kolej. MRSM hanya 20 ~ 30 minit je naik basikal. Kalau pergi tuisyen, akan lalu maktab perguruan, dan dekat trafic light, nampak pintu pagar MRSM. Kalau pergi jauh sikit, akan jumpa KUSZA dan Kustem (sekarang semua tu dah tukar nama kecuali MRSM). Sapa tak cemburu tengok orang lain dapat masuk MRSM. Bila terserempak dengan dorang ni, dengar dorang cakap luar, sah-sahlah orang dari negeri lain. Tapi, tak terdetik pun di hati, aku penduduk kampung ni, tapi tak dapat masuk situ. Apa yang ada hanyalah semangat belajar supaya berjaya macam mereka. Alhamdulillah, lepas SPM, saya berjaya belajar sama tempat dengan orang lain yang cerdik pandai, anak-anak orang kaya yang datang dari sekolah-sekolah asrama penuh tersohor. Jadi, janganlah terlalu kecewa dengan apa yang kita tak dapat, sebab Allah Maha Mengetahui apa yang kita perlukan. Saya percaya, satu pintu rezeki tertutup, Tuhan akan buka pintu yang lain. Kita perlu usaha, doa dan tawakkal. God knows best.

Friday, January 20, 2012

Senyum

Ada sesuatu yang menjeruk perasaan semalam dan hari ini, namun hidup perlu diteruskan. Sambil menjemur kain, mata saya memandang ke luar pagar, melihat lalulintas, pejalan kaki, penunggang motorsikal dan pemandu kereta sibuk menuju ke destinasi masing-masing. Tiba-tiba saya terpandang dia. Saya dah agak apa yang akan dia buat bila dia nampak saya nanti. Ha, kan betul, terus dia senyum melerek dan melambai tangan. Terpadam sedikit rasa sedih, saya membalas senyuman dan lambaiannya. Budak India itu baru lima tahun agaknya sebab saya pernah nampak dia pakai uniform tadika. Tadi itu pun mungkin menuju ke tadika, ditemani kakaknya. Kalau datang ke kedai saya, saya kena 'alert' sebab nanti tangannya akan pegang sana sini. Paling dia suka, komputer saya nilah. Kakak dia pun dah macam tak terlayan. Jadi, selalulah saya marah-marah lembut kat dia. Anak orang kan, takkan nak marah macam anak sendiri. Tapi, namapun budak, tak ambik hati. Kalau dia sekadar lalu je tapi tak masuk kedai, dia akan senyum dan lambai. Pernah satu hari, saya buat-buat tak nampak dia depan kedai. Nak panggil saya, dia tak pandai (mungkin tak pandai cakap Melayu), jadi dia berdiri lama depan pintu. Saya buat dek je. Tiba-tiba dia give up, dia tepuk-tepuk pintu kaca tu macam nak marah. Bila saya pandang je, dia senyum kemudian lambai tangan. Lepas saya senyum dan lambai balik, barulah dia pergi.

Bila keluar ke kedai, saya terserempak pula dengan customer yang baru balik dari ambil anak sekolah agama, dia angkat tangan, senyum. Kemudian, terjumpa pula kawan kat tempat kerja lama dulu, tengah bawak van sekolah, pun senyum kat saya. Belok simpang, tengok kakak jual nasi lemak, kali ini, giliran saya pula yang senyum dan angkat tangan dulu. Huh, tak perlu kata apa-apa - senyum pun dah cukup. Bukan susah pun. Jangan sombong di atas muka bumi Allah ini. Jangan berpaling muka kalau berselisih di jalanan. Pandanglah muka orang dan senyumlah. Peace!!!!!!!!

Friday, January 6, 2012

Sekolah Kebangsaan Taman Nusa Damai

Sekolah yang baru dibuka ini memang menyenangkan penduduk taman berhampiran. Bolehlah jimat duit van bila anak-anak hanya berbasikal atau berjalan kaki sahaja ke sekolah. Namun masalah jalan yang sempit menyukarkan lalulintas. Mereka terpaksa berhimpit-himpit untuk pergi dan balik sekolah. Jalan yang ada hanya satu. Itulah jalan masuk, itulah juga jalan keluar. Jika mahu membuat pusingan u pun ada masalah kerana 'roundabout'nya berada di dalam sekolah, bukan di luar sekolah. Jelasnya, pusingan U itu hanya untuk pelajar-pelajar dan guru-guru sahaja kerana mereka inilah yang dibenarkan membawa kenderaan sampai ke dalam sekolah. Tapi, bila keadaan menjadi terlalu sesak, ramai ibubapa terpaksa buat 'u turn' dalam kawasan sekolah ini. Perbuatan ini dapat dielak sekiranya ibubapa faham dan memarkir kenderaan jauh sedikit dari kawasan sekolah, tidak perlulah menghantar anak betul-betul depan pagar sekolah. Kalau masih mahu hantar anak sampai ke depan pintu pagar sekalipun, jalan kakilah sikit, janganlah berkereta ke situ. Kalau naik motorsikal atau basikal, masih ok lagi kerana ruang jalan yang digunakan tidak banyak, tetapi sila fikirkan keselamatan anak-anak ini sekiranya terlalu banyak kenderaan berhampiran sekolah. Susah untuk mereka bergerak. Berhimpit-himpit mereka ini. Mereka terpaksa mengalah dengan kereta-kereta yang banyak. Bila dah berhimpit-himpit begini, senanglah untuk kemalangan. Itulah yang berlaku kepada anak perempuan saya semalam. Nasib baik hanya dilanggar basikal, kecederaan pun ringan. Saya berdoa tiada lagi kemalangan lain selepas ini. Orang dewasa tolonglah beri kerjasama. Beri laluan kepada murid-murid kerana yang bersekolah adalah mereka. Jangan sampai mereka fobia untuk ke sekolah. Dalam kes anak saya, dia sudah berada di sebelah tepi, namun jalan yang sesak masih menjadikan jalan itu sempit sampaikan seorang budak lelaki terlanggar basikalnya dan dia tidak dapat mengawal basikal lalu terjatuh. Saya tidak salahkan budak lelaki itu. Namapun kemalangan, namun saya minta kerjasama ibubapa lain, janganlah hampiri kawasan sekolah. Parking kereta anda jauh sedikit, kemudian berjalanlah ke sana. Biarlah laluan itu digunakan untuk van sekolah, motorsikal, basikal dan pejalan kaki sahaja. Jalan yang ada tidak besar, dikongsi pula dengan warga sekolah menengah di depan, lagilah menambah kesesakan. Di mana tempat parking yang sesuai? Bagi saya, kawasan sebelum tapak sekolah menengah. Nampak sahaja pagar sekolah menengah, sudah tidak boleh parking, apatah lagi di depan sekolah rendah. Saya amat berharap pihak sekolah mengambil pendapat saya ini sebagai suatu yang serius.

Sunday, January 1, 2012

Fiksyen 302 - Ramlee Awang Muryid




Penerbit: Alaf 21 / Karangkraf
Harga: RM21 (Semenanjung)
RM24 (Sabah/Sarawak)
Status: Ada stok




LAN LANI, JIMMY YEOH, PRAKASH KUMAR dan FARID JA’AH membunuh mangsa-mangsa mereka dengan kejam. Masing-masing melakukannya dengan cara yang hampir serupa. Angka 302 dilakar di dahi mangsa. Sejurus itu, mereka menghubungi polis dan melaporkan bahawa hukuman mati telah dilaksanakan. Ketika diberkas, mereka menyerah diri dalam keadaan bertelanjang bulat. Bagaimanapun, motif sebenar setiap pembunuhan sangat kabur. Andai dipadankan dengan psikologi manusia, ternyata mereka yang mengaku bertanggungjawab bukanlah orang yang waras. Kes-kes itu tidak dapat diselesaikan.Tahun 2032 - seorang peguam, Rita Yuzalina menyertai projek rahsia yang dikendalikan oleh dua orang pakar psikiatri bertujuan untuk merungkaikan misteri pembunuhan itu. Namun, ia disabotaj. Pertukaran watak berlaku. Lebih menakutkan... tragedi lampau berulang lagi. Lebih dahsyat daripada apa yang dijangkakan!RAMLEE AWANG MURSHID dalam karyanya kali ini mengingatkan bahawa rasa percaya merupakan perangkap yang boleh mengancam nyawa. Apabila tersedar sahaja, maut sudah di hadapan mata. Melarikan diri adalah perkara mustahil. Menyerah begitu sahaja menyebabkan kematian yang sia-sia. Cara paling selamat... jangan sesekali percaya! Sesiapa pun tidak terkecuali daripada pertuduhan, prasangka dan dijadikan suspek utama pembunuhan.




Saya memang tak pernah baca buku tulisan RAM, tapi saya ada kawan dan pelanggan yang memang senantiasa menantikan novel-novel keluaran beliau. Tak boleh tidak. Untuk saya, selalunya saya baca sinopsis di belakang bukunya saja, kemudian letak balik di rak. Namun, novel terbarunya ini macam best pulak. Mungkin saya akan baca nanti.