Penerbit: KaryaSeni
Penulis: Hannah Dhaniyah
Harga: RM22.00
Bila saya belek-belek buku ini, macam best pulak, lalu saya decide untuk baca keseluruhan cerita. Novelnya menarik, sebab cerita yang lain dari yang lain. Selalunya cerita kahwin paksa yang klise adalah kena tangkap basah, perempuan miskin kahwin dengan lelaki kaya atau tomboy kahwin dengan bos dan sebagainya. Kali ini Hannah Dhaniyah memaparkan kisah seorang remaja perempuan yang dipaksa kahwin kerana ibubapanya bimbang untuk meninggalkannya seorang diri bila mereka ke Mekah untuk menunaikan haji. Baru berumur 17 tahun, SPM pun belum ambil lagi dah kena kahwin? Itulah yang berlaku pada Alisa. Tidak dapat tidak, arahan orang tuanya terpaksa diikuti. Lalu, kahwinlah dia dengan sepupu cum ustaz sendiri, Ustaz Hafiz. Saya tertunggu-tunggu juga konflik yang bakal muncul dalam novel ini, namun klimaksnya tidaklah begitu tragis. Kalau itu yang dikatakan klimaks, yang saya nampak hanyalah bila Hafiz difitnah mempunyai hubungan sulit dengan anak murid sendiri dan buat Alisa pula ketika dia diminati rakan sekampus yang juga diminati olehnya. Namun, konflik cepat diselesaikan tanpa ada yang meleret-leret. Namapun kahwin dengan ustaz, yang banyak melakukan qiam dan mengaji, segala badai dalam rumahtangga diatasi dikemudi dengan bijaksana dan penuh kesabaran. Lama-kelamaan, Alisa dewasa dengan arus masa dan tunjuk ajar Ustaz Hafiz. Menarik juga ceritanya. Banyak kisah Nabi s.a.w diceritakan secara tidak langusung dan juga banyak persoalan agama diolah menjadi dialog yang menarik dan senang difahami. Well done.
No comments:
Post a Comment