Perkhidmatan Kami

Perkhidmatan Kami
DEDAUN HIJAU DI ANGIN LALU-MANAF HAMZAH

DEDAUN HIJAU DI ANGIN LALU


Alhamdulillah, ramai yang membeli novel lagenda ini :), dari utara ke selatan.  Ada dari Kedah, Perak, Johor, Selangor, Negeri Sembilan dan Pantai Timur.  Oleh kerana sambutan yang menggalakkan, Nazqim Bookstore telah menambah stok novel Dedaun Hijau di Angin Lalu.  Sila hubungi kami untuk urusan pembelian dan penghantaran. 012-7727567 atau 019-7404567

Thursday, February 25, 2016

Review Novel Sayang Scarlet - Saodah Lasim

Pada mulanya saya pegang lepas, pegang lepas juga buku Sayang Scarlet ini. Saya tidak dapat menghayati babak-babak yang menceritakan Intan Syakila dan aktiviti bloggingnya. Entah kenapa ceritanya tidak dapat masuk ke dalam jiwa. Mungkin juga sebab watak gadis itu remaja, tidak kena dengan jiwa dewasa saya. Seperti membaca novel remaja pula saya rasa, pada mulanya. Lalu saya skip babak yang ada cerita si kembar berkenaan dan hanya membaca babak Pak Deris dan warga lain di Kampung Tembuni. Kisah mereka ini lebih menarik dan berjaya membuatkan saya membaca muka surat seterusnya. 
           Namun, oleh kerana ceritanya berkait, saya perlu juga membaca bahagian Intan Syakila. Bacaan paksarela itu, lama-kelamaan menjadi suka pula. Babak melihat perempuan asing di tempat percutian, kehilangan kawan blogger Intan Syakila yang bernama Dragonfly dan misteri kehidupan Pak Deris yang selalu bercakap seorang diri menarik saya untuk menghabiskan bacaan.
        Banyak pengajaran yang boleh didapati dalam novel Sayang Scarlet. Antaranya kehidupan kita sebagai manusia ini tidak hanya dikelilingi oleh manusia sahaja, tetapi juga makhluk Allah yang lain. Bila terkena gangguan, pilihlah insan yang betul untuk berubat. Orang itu biarlah seseorang yang mendekatkan diri kepada Allah, bukan bomoh yang hanya tahu mengambil kesempatan. Suspend juga bila si bomoh meminta Intan Syakila ditinggalkan di rumahnya untuk tujuan berubat. Adakah ibu gadis itu sanggup berbuat demikian.  Nasib baiklah si ibu membuat keputusan yang betul iaitu tidak bersetuju dengan permintaan itu. 
            Pengalaman hidup atau masalah hidup seseorang boleh mempengaruhi perangai seseorang. Itulah yang berlaku kepada Pak Deris yang kematian isteri dan anak-anaknya. Dia hilang pertimbangan dan kewarasan. 
      Tidak berpegang teguh kepada ajaran Islam juga merupakan faktor kemurkaan Allah. Seperti dalam filem, si suami orang dan si isteri orang yang curang akhirnya menerima balasan. 
       Ada beberapa cerita berbeza tetapi watak-watak di dalamnnya saling berkait di antara satu sama lain. Inilah yang menariknya mengenai novel ini. Pandai Puan Saodah Lasim mengolah dan akhirnya menggabung kesemua cerita menjadi satu. Syabas. 

Monday, February 22, 2016

Renew Insurans Kereta Online



Tidak kira anda berada di mana, anda boleh perbaharui insurans dengan saya. Whatsapp saja cover note insurans yang lama dan juga geran kereta. Kalau boleh seminggu sebelum tarikh tamat. Kemudian bagi saya masa untuk pengiraan. Bila dah dapat berapa jumlah yang perlu dibayar, saya akan beritahu. Kalau setuju, masukkan duit then nanti kita proceed. Policy akan dihantar terus ke alamat yang diberi. Senang kan? Tak payah keluar rumah. Tunggu saja. Samada nak renew insurans saja atau nak renew roadtax sekali, terpulang. Semua kami akan uruskan. Sekiranya anda tidak ada sebarang tuntutan dalam masa setahun tersebut, anda akan dapat cash back sebanyak 15% dari apa yang telah anda bayar (setelah ditolak 10% service fee). Sila rujuk gambar di atas. Untung kan? Insurans lain mana ada macam ni. So,apa lagi, jom bertukar ke Takaful Malaysia. Disamping dapat duit jika tiada claim, anda juga menyumbang kepada kemaslahatan ummah sebab Takaful Malaysia adalah syarikat yang mengikut syariah. Tiada unsur riba dan judi. ok..boleh Whatsapp 012-7727567. 

Thursday, February 18, 2016

Hanya yang Pernah Mengalami akan Memahami


Asalnya post di personal FB, tapi rasanya perlu juga diletakkan di blog ini sebab ia berbentuk ilmiah. Senang kalau hendak buat rujukan belakang hari. Penyakit jiwa ini perlu diubati dengan cepat sebab ia boleh membawa maut. 







Jiwa kacau berlaku apabila diri tidak mampu menerima suratan takdir. Juga berlaku apabila terlalu berfikir untuk memuaskan hati orang lain sehingga melukakan hati sendiri. Setiap orang mempunyai kemampuan yang berbeza dalam menangani masalah. Selain digunakan untuk menyembuhkan ketagihan alkohol, Geographic Cure adalah salah satu cara mengurangkan dan insyaAllah menghilangkan kemurungan. Berpindahlah ke tempat yang lebih tenang. Di salah sebuah negeri di Amerika Syarikat, seorang wanita mengalami kemurungan yang teruk akibat kehilangan ahli keluarga yang disayangi. Mengikuti nasihat seorang doktor yang merawatnya, wanita itu dan ahli keluarganya berhijrah ke sebuah daerah di Colorado. Suasana baru dan pemandangan pergunungan yang mendamaikan, dengan izin Allah telah menyembuhkan beliau. Tidaklah semestinya berpindah ke tempat pergunungan. Boleh juga cuba kawasan pantai dan sebagainya. Yang penting, berhijrah ke tempat yang keadaan sekelilingnya berbeza dengan tempat di mana masalah dan tekanan itu timbul. Bertemu orang baru, menjalankan aktiviti baru, melihat keindahan alam yang baru, terbukti memberi kesan yang positif. Namun, ahli keluarga terdekat yang memberi sokongan mestilah sentiasa ada bersama.