Perkhidmatan Kami

Perkhidmatan Kami
DEDAUN HIJAU DI ANGIN LALU-MANAF HAMZAH

DEDAUN HIJAU DI ANGIN LALU


Alhamdulillah, ramai yang membeli novel lagenda ini :), dari utara ke selatan.  Ada dari Kedah, Perak, Johor, Selangor, Negeri Sembilan dan Pantai Timur.  Oleh kerana sambutan yang menggalakkan, Nazqim Bookstore telah menambah stok novel Dedaun Hijau di Angin Lalu.  Sila hubungi kami untuk urusan pembelian dan penghantaran. 012-7727567 atau 019-7404567

Friday, July 26, 2013

Apabila Sudah Tiada

Sedikit petikan dari Harian Metro, Jumaat, 26 Julai, 2013, ruangan Wang Anda, tulisan Irfan Khairi:-

Ramai yang faham mengenai konsep dan pentingnya wasiat, tetapi masih ramai yang belum melakukannya dan memerlukan bantuan dalam melakukannya.  Wasiat yang lengkap perlu menggariskan bagaimana soal kewangan serta harta yang anda tinggalkan perlu diedarkan serta prosedur yang perlu diikuti keluarga tercinta.  
         Pastinya anda juga pernah mendengar kisah keluarga bergaduh akibat harta selepas pemergian orang tersayang dan tidak kurang juga kisah harta yang terpaksa dibekukan akibat tidak meneydiakan wasiat yang lengkap.  Semoga dijauhkan keadaan sebegini apabila kita sudah pergi.
         Cara terbaik dalam menangani wasiat adalah melalui peguam atau syarikat wasiat yang bertauliah dalam menyediakan dan melaksanakan wasiat.  Segala isi kandungan dan butir wasiat perlu lengkap dalam menangani harta peninggalan sekiranya anda pergi secara mengejut.  
        Jangan lupa juga wasiat perlu dikemas kini dari semasa ke semasa mengikut penambahan harta kita.  
Soal insurans dan wasiat sememangnya berat untuk dibincangkan bersama keluarga.  Namun, ia satu keperluan yang amat penting dibincangkan bersama suami, isteri dan juga anak-anak.  Malang tidak berbau dan hidup mati di tangan Tuhan.  Pastikan peninggalan kita tidak meninggalkan beban kepada keluarga yang tercinta satu hari nanti.  


Photo: Ambil langkah pertama! Like & Share ;)

Like page fb Irfan Khairi sekiranya belum!

Dengan Siapa Saya Haram Bersalam dan Bercampur?









Terima kasih kepada pelukis dan penulis gambar/carta ini.

Hari Nuzul Al-Quran

Hari ini public holiday bagi sesetengah negeri di Malaysia iaitu Selangor, Kelantan, Pahang, Perak, Perlis, Penang dan Terengganu.  

Peristiwa Nuzul Al-Quran merupakan peristiwa turunnya ayat al-Qur'an yang pertama kepada Nabi Muhammad s.a.w. hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada hari ini. Peristiwa Nuzul Al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad s.a.w. ketika baginda sedang beribadat di Gua Hira, bersamaan dengan tanggal 6 Ogos 610M. Perkataan "Nuzul" bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa Al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.
Ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad s.a.w. melalui perantaraan Malaikat Jibril ialah lima ayat pertama daripada Surah Al-Alaq. ( Sumber: Wikipedia).
Mengajilah selalu, bukan hanya di bulan Ramadhan.  Cuba sedaya upaya untuk mengaji walaupun sekejap setiap hari.  Selalunya orang mengaji selepas solat Maghrib dan Subuh.  Any time will do.  

Thursday, July 25, 2013

Bila Dah Suka - Mimie Afinie




Publisher:  Karnadya
Harga: RM23.90
Cetakan Pertama: 2009

Boleh tahan juga novel ini, walaupun ada perkara yang tidak logik mengikut keadaan teknologi masa kini. Contohnya bila Huda kehilangan telefon, bukankah boleh pergi ke syarikat telekomunikasi berkenaan, melaporkan kehilangan dan meminta nombor yang sama untuk telefon baru.  Kalau itu berlaku, rasanya Huda boleh menghubungi Amar, abangnya semula, kalau dia simpan nombor telefon abangnya dalam sim kad.  Kalau dalam telefon, mungkin tidak bolehlah.  Lagi satu, tidak diketahui sampai sudah kenapa papa Huda benci sangat kepada mamanya dan kepada Huda.  Tapi, nama pun novel, mestilah ada dramatiknya. Walaubagaimanapun, saya suka cerita ini.  Simple je.  Tak ada cerita cerita anak dato' ke Tan Sri ke.  Cerita orang biasa-biasa je.  Heroin pun tidak pandai masak, dahlah tu, belajar pun tak habis.  hehe.  Tidaklah macam sesetengah cerita yang menggambarkan heroin cantik, kerjaya hebat, rajin dan pandai masak, baik dan sebagainya.    Ada satu perkataan yang boleh saya agak, mesti penulisnya orang Pantai Timur, iaitu perkataan 'setentang'.  Saya rasa orang Pantai Timur saja guna perkataan ini sebab kalau ikut Bahasa Melayu yang betul, sepatutnya 'bertentangan'.  Telahan saya tepat, Mimie Afinie ini berasal dari Kuala Terengganu rupanya.  Anyway, good job.  

Wednesday, July 24, 2013

Borneo

Bulan lepas saya dapat order dari orang Sarawak.  First time orang Malaysia Timur beli buku dengan Nazqim Bookstore.  Terima kasih Norjanah dari Limbang.  Semalam pun dari Sarawak juga.  Berbanyak-banyak terima kasih diucapkan kepada Maimunah dari Kuching dan Rohayat dari Betong.  
           Terima kasih pada orang Borneo saja ke?  Tidak.  Kepada semua juga.  Orang Semenanjung pun ada.  Terbaru, Puan Zabidah dari Melaka.  Cuma, saya berbesar hati orang sana beli dengan saya sebab kos penghantarannya tidak sama macam Semenanjung.  Plastik pos laju yang saya selalu guna itu hanya boleh digunakan untuk Malaysia Barat saja.  Jadi, kos untuk Sabah dan Sarawak adalah berbeza dengan di sini. Terima kasih daun keladi.  :)


Novel penulis inilah - Manaf Hamzah - yang paling laris di Nazqim Bookstore.  Dedaun Hijau di Angin Lalu is the best.  

Friday, July 19, 2013

Bukan Cinta Monyet




Drama Bukan Cinta Monyet disiarkan di TV3 pada 6 Julai tempohari.  Ianya berdasarkan novel karya Hasliza Ismail dengan tajuk yang sama.  Heronya adalah Fahrin Ahmad.

Sinopsis Novel:-

Kepulangan Kamal Ilham ke tanah air selepas lapan tahun belajar di UK menemukannya semula dengan keluarga angkatnya, Umi dan Nurul Suhana yang berusia 17 tahun.  Pertemuan setelah sekian lama itu membuatkan jantung Nurul Suhana berdegup kencang.  Apa benar dia sudah dilamun cinta monyet?

Santai ceritanya.  Bolehlah layan.  

Wednesday, July 17, 2013

Someone to Remember

When I expressed my condolences via FB on Monday,  I didn't know exactly who he was.  I just thought he was an ordinary neighborhood kid whom I never had a chance to meet.  However, when his mother came to my shop yesterday and while photocopying his id card, my mind recalled this boy.  He used to come to my shop and often hung around my husband's shop with his friends.  His mother said, he was her youngest child and a very nice kid.  Now I remember the face.  The form 4-specky boy.  He always smile when I bump into him.  It makes me sad thinking of that as if I lost a near relative.  Al-Fatihah would not be enough for a good kid like him.  So, last night, I recited Surah Yaasin, especially dedicated to him.  May you rest in peace, Ikram and InsyaAllah you will be sent to Jannah. Amin.  

Faraid


Klik pada imej untuk gambar lebih jelas.

Saturday, July 6, 2013

Dr.Oz's 7 Deadly Symptoms You Should Never Ignore

I was flipping through channel after my favorite TV9 Tanyalah Ustaz ended, this early morning.  When I switched to channel 5, (Singapore channel) I came across Dr.Oz's show.  Of all his shows, I think this is the best.  I wanna share this with you.  
D
adly Symptoms You Should Never Ignore
1.  Stomach Pain
2.  Vision Changes
3.  Persistent Headache
4.  Leg Cramp
5.  Bleeding Gums
6.  Shortness of Breath
7.  Persistent Nausea

Those are seven deadly symptoms you should never ignore if you or your family has it.  My brother had symptom number two, yet, it was quite late when we discovered that.  By the time I brought him to see an ophthalmologist, it was late; he had already lost his left eyes' vision due to glaucoma.  When you have the above symptoms, what is all about?  These are the possibilities:-

7.  Deadly Symptom: Stomach Pain
     The Condition:  Gallstones

6.  Deadly Symptom: Vision Changes
     The Condition:  Diabetes

5.  Deadly Symptom:  A Persistent Headache
     The Condition:  Cerebral Aneurysm
     
4.  Deadly Symptom:  Leg Cramp
     The Condition:  Deep Vein Thrombosis
     
3. Deadly Symptom: Bleeding Gums
    The Condition: Leukemia

2. Deadly Symptom: Shortness of Breath
    The Condition: Asthma

1. Dr. Oz's #1 Symptom You Should Never Ignore: Persistent Nausea
    The Condition:  A Heart Attack

For more information, visit this website.



Friday, July 5, 2013

Everybody has Something to Say