Perkhidmatan Kami

Perkhidmatan Kami
DEDAUN HIJAU DI ANGIN LALU-MANAF HAMZAH

DEDAUN HIJAU DI ANGIN LALU


Alhamdulillah, ramai yang membeli novel lagenda ini :), dari utara ke selatan.  Ada dari Kedah, Perak, Johor, Selangor, Negeri Sembilan dan Pantai Timur.  Oleh kerana sambutan yang menggalakkan, Nazqim Bookstore telah menambah stok novel Dedaun Hijau di Angin Lalu.  Sila hubungi kami untuk urusan pembelian dan penghantaran. 012-7727567 atau 019-7404567

Friday, June 24, 2011

Anaknya Anakku Jua

Tajuk pun dah menarik. Ceritanya sudah pasti.




Tajuk buku: Anaknya Anakku Jua


Harga: RM22


Penerbit: Kaki Novel


Penulis: Anarif




Nisa'...silamnya menjengah kembali, bersama seorang bayi. Apakah semuanya akan kembali normal? Mampukah Nisa' membuang prasangka silam dengan kehadiran Hana?


Irfan...silamnya, itulah hidupnya. Kali pertama bertatap wajah, hatinya sudah terpaut. Bayi itu membuatkan dia tersenyum kembali.


" Lepas kahwin, kita cerai. Jadi, awak boleh jaga Hana, kan?"..........

Thursday, June 23, 2011

7 Hari Mencintaiku

Novel ini antara beberapa buah novel yang terbaru di Nazqim Bookstore. Kalau ada masa, saya akan upload yang lain-lain tu. Sekarang, bolehlah layan buku ini dulu. Memang kalau ikutkan hanya boleh didadapati di Popular saja sebab ia agen tunggal untuk SR Publications, sepertimana Fajar Pakeer untuk Kaki Novel, tapi tak payah susah-susah pergi Popular, di Nazqim Bookstore pun ada.


Tajuk Novel: 7 Hari Mencintaiku
Penulis: Siti Rosmizah
Harga: RM32.90
Sinopsis:

Khuzairi, dalam diam mencintai gadis bernama Mia Adriana. Cinta pandang pertama menjadikan dia seorang perindu yang setia. Namun sifat angkuh dan sombong gadis ini menyebabkan Khuzairi tidak pernah sebesar hama jua menyimpan impian untuk memilikinya.



Best buku ni. Selalunya baca hero kaya, heroin orang kampung, tapi ini lain sikit.

Monday, June 20, 2011

If You Want Something, You first Need to Give

" Whenever you feel 'short' or in 'need' of something, give what you want first and it will come back in buckets" - Robert T.Kiyosaki, Rich Dad, Poor Dad.


Saya suka statement di atas. Cubalah. Kalau kita nak orang senyum pada kita, kita senyum dulu kat orang tu. Senyum ni berjangkit. Kita senyum, dia senyum, semua pun senyum.


Kalau kita perlukan duit, kita sedekah. InsyaAllah, Tuhan akan ganti berlipat kali ganda lagi. Cara paling mudah, kita catat no bank akaun orang-orang susah yang disiarkan dalam Bersamamu, TV3. Lepas tu, kita masukkan duit dalam akaun mereka. Ambil satu bulan, satu keluarga. Ikhlaskan diri, jangan bagitahu orang pulak ya. Tujuan kita untuk membantu mereka di dunia dan membantu kita di akhirat. Bukankah bila kita mati, kita meninggalkan semuanya kecuali 3 perkara. Anak soleh yang sentiasa mendoakan kita, sedekah jariah, dan ilmu yang diajarkan yang terus digunakan.


Kita tidak akan miskin kerana bersedekah. Percayalah. Duit yang kita simpan, bukan milik kita sepenuhnya. Malah, yang kita dermakan itulah milik kita. Wallahualam.

Wednesday, June 15, 2011

Jawatan Kosong

Nazqim Bookstore akan membuka cawangan di Tiram Mart mulai 1hb Ogos tahun ini (bulan puasa ni). Jadi, saya memerlukan pembantu kedai yang boleh bekerja dari pukul 10 pagi hingga 10 malam. Sesiapa yang berminat bolehlah hubungi saya di talian 07-2522481.