Perkhidmatan Kami

Perkhidmatan Kami
DEDAUN HIJAU DI ANGIN LALU-MANAF HAMZAH

DEDAUN HIJAU DI ANGIN LALU


Alhamdulillah, ramai yang membeli novel lagenda ini :), dari utara ke selatan.  Ada dari Kedah, Perak, Johor, Selangor, Negeri Sembilan dan Pantai Timur.  Oleh kerana sambutan yang menggalakkan, Nazqim Bookstore telah menambah stok novel Dedaun Hijau di Angin Lalu.  Sila hubungi kami untuk urusan pembelian dan penghantaran. 012-7727567 atau 019-7404567

Wednesday, February 9, 2011

Interlok



Saya tak pasti buku ini ke yang digunakan untuk KOMSAS tingkatan 5 ataupun dah dicetak dengan kulit yang lain. Saya belum tengok pun buku ni. Pada mulanya saya tak terasa nak baca sangat walaupun timbulnya kontroversi pasal novel ini. Bagi saya, di Malaysia ni, memang dah begitu jadinya, sebab rakyat dah berani bersuara dan most of the time goverment akan ikut kata rakyat untuk mengelakkan perkara yang tidak diigini berlaku. Lagipun, saya bukan lagi pelajar. Buku ini pula kan untuk pelajar tingkatan 5 di sebelah barat Semenanjung rasanya. Belah Johor ni, mereka guna novel lain i.e Kabus di Perbukitan. Saya rasa je ni...sebab saya pernah terbaca kat satu tempat supplier ni., dan juga takde pulak students request buku ni.
Anyway, hati saya jadi teringin membaca novel ini bila saya terbaca temubual seorang wartawan suratkhabar dengan penulis novel ini iaitu Dato' Abdullah Hussain. Sedih saya baca luahan hatinya, sebab beliau menulis bukan kerana ingin memecahbelahkan kaum atau apa, malah ini kan novel untuk menyatukan kaum di Malaysia. Lagi hiba bila melihat Dato' yang telah uzur ni menitiskan airmata kerana sedih dengan apa yang berlaku. Kalau saya pun sedih juga, novel kita dipertikaikan dan dipijak, dibakar. Tambahan pula warga emas ini yang sudah tentunya mengharapkan saat-saat yang tenang sahaja di penghujung usia. Namun, apa nak buat, sekali lagi, sebagai orang Melayu, seperti dulu, kita mengalah, mendengar, dan mungkinkah mengikut kata mereka? Entahlah.
Seorang pelanggan yang selalu datang pinjam buku di sini juga bertanya pasal Interlok ni. Bertambahlah keinginan nak baca novel hebat ini, dan tadi, satu incident yang tak disangka-sangka, juga menyumbangkan kepada faktor yang sama.
Mr. G, datang untuk photocopy, tapi agaknya dia baru perasan, ini kedai buku, dia tanya pasal Interlok. Saya cakap tak ada. Saya memberanikan diri bertanya, " tak bagus ke Interlok tu?". Katanya tak bagus. Untuk bacaan umum ok, tapi untuk pelajar, tidak. Dia cakap ada perkataan yang tak sepatutnya diucapkan ada dalam novel itu. Dia tak cakap pun, kita semua tahu, perkataan apa kan? Saya kata, itukan sejarah. Kami orang Islam pun ada belajar sejarah pasal bagaimana seorang lelaki di zaman Nabi s.a.w yang amat teruk perangainya, tapi telah bertukar jadi sahabat baginda yang baik. ( Saya merujuk kepada Saidina Umar). Betulkan, kita tahu sejarah Umar, dia jahat di zaman jahiliahnya, bunuh anak perempuannya, malah pernah juga ingin membunuh Nabi. Tapi, dengan izin Allah, bila masuk Islam, sayang betul dia dekat Nabi, sampaikan bila Nabi wafat, dia nak bunuh pula orang yang cakap Nabi dah wafat. Tapi takdelah saya cerita semua tu kat Mr.G. Dia kata perkataan paria itu kalau dia sebut dekat orang India yang lain, dia mesti kena belasah. Saya faham, dah lama tahu pasal tu pun. Then, saya cakap, kalaulah saya orang India, saya tak kisah pasal Interlok ni. Sebab itu sejarah. Bila kita tahu sejarah, contohnya ohhh, datuk nenek kita dipanggil/digelar sebegitu dulu, then I would be very grateful to be in Malaysia, yang aman damai ini dan tiada kelas-kelas sebegitu lagi. Katanya mereka kena bersuara, kalau tak, jadi macam orang India di Indonesia, tak boleh bukak mulut. Saya senyum dalam hati.....( we have given too much....give in alot too).
Banyak lagilah perbualan kami, tak larat la saya nak tulis semuanya. Namun saya faham maksudnya, dia tak mahu novel ini diterapkan dalam sistem pendidikan, katanya ada novel lain yang lebih baik. Tapi, beliau tidak menghalang ianya dibaca umum. Sekali lagi, wajah Dato' Abdullah Hussain terbayang di mata. Saya pun faham niat beliau, sekadar mahu menulis rentak hidup dan suasana ketika itu, 40 tahun dulu, tanpa ada agenda untuk menghina. Saya masih dengan pendapat saya, novel ini boleh diajar di sekolah dengan budi bicara guru memberi penerangan yang bersesuaian. Sejarah tetap sejarah. Dengan mengetahu sejarah, barulah kita rasa bersyukur dengan nikmat hari ini. Melupakannya tidak menjadikan kita orang lain. Kita tetap kita.
By the way, Mr.G order satu Interlok dari saya. Saya cakap dengan dia, saya harap dia tak marah-marah pasal novel ni. "Tak adalah", katanya. Alhamdulillah. There is always a blessing in disguise. Wallahualam.