Perkhidmatan Kami

Perkhidmatan Kami
DEDAUN HIJAU DI ANGIN LALU-MANAF HAMZAH

DEDAUN HIJAU DI ANGIN LALU


Alhamdulillah, ramai yang membeli novel lagenda ini :), dari utara ke selatan.  Ada dari Kedah, Perak, Johor, Selangor, Negeri Sembilan dan Pantai Timur.  Oleh kerana sambutan yang menggalakkan, Nazqim Bookstore telah menambah stok novel Dedaun Hijau di Angin Lalu.  Sila hubungi kami untuk urusan pembelian dan penghantaran. 012-7727567 atau 019-7404567

Friday, December 28, 2012

SMK Taman Nusa Damai

Dulu, saya pernah menulis tentang perkara ini di sini.  Masa tu saya  kurang pasti kenapa penduduk di sini nak sangat masukkan anak mereka ke sekolah ini.  Saya ingat diaorang nak anak-anak diaorang masuk sekolah kawalan juga walaupun ada yang tidak layak.  Rupanya mereka bukanlah 'hadap' sangat dengan status sekolah kawalan itu.  Apa yang mereka mahukan adalah sekolah menengah harian biasa untuk semua anak di Taman Nusa Damai.  Dulu, saya ingat kerajaan yang peka, membina sekolah itu di sini tanpa diminta, tapi rupanya penduduk taman yang memohon.  Mereka mohon sekolah menengah harian biasa, tapi yang dijadikan ia sebagai kawalan itu kenapa?  Siapa yang punya keputusan ini?  Patutlah penduduk marah.  Mintak untuk penduduk sini, tapi, orang luar pulak yang ramai dapat masuk.  Pagi tadi, seorang AJK bertindak datang fotostat surat bantahan.  Saya minta izin copy lebih untuk saya baca.  Rupanya sampai sekarang dorang duk bantah, tak juga orang yang berkenaan tukar status sekolah tu.  Saya tengok ada satu surat dari JPM minta Kementerian Pelajaran memberi maklumbalas kepada isu ini.  Emm...dah sampai ke pengetahuan PM ke?  Saya harap isu ini dapatlah diselesaikan dengan segera.  PPD dan sekolah atau siapa yang bertanggungjawab, tengoklah isu ini dari sudut penduduk Taman Nusa Damai.  Salah satu sebab mereka mahukan sekolah menengah di sini adalah disebabkan sekolah sedia ada yang dihadiri anak-anak di sini adalah jauh dari rumah.  Bila jauh, lambatlah sampai ke rumah.  Bagi yang sekolah petang, selalu tertinggal solat Maghrib.  Ini perlu diambil kira.  Takut-takut anda di PPD atau Kementerian atau sesiapa lah yang masih tidak mahu menukarkan status sekolah ini, bertanggungjawab akan hal ini di akhirat kelak.  Peluang untuk berubah ada, tapi anda tidak mahu menggunakan kuasa itu untuk merubahnya, jadi, andalah yang akan ditanya oleh Allah nanti, kan?  Anak saya belum ada yang bersekolah menengah, tapi sekolah agamanya di sebelah petang, balik pukul 6.30.  Sampai rumah pukul 7.00 lebih.  Sekolah menengah yang berhampiran adalah terletak lebih jauh dari sekolah agama.  Memang logik bila ibubapa merungut anak-anak selalu tertinggal solat Maghrib.  Bila ia melibatkan solat, ia sudah melibatkan hukum agama.  Penduduk pun sudah bersuara, malah hari ini akan ada demontrasi secara aman berhampiran sekolah tersebut, jadi, ubahlah sebelum terlambat.  Dengarlah suara rakyat.  Premis itu berada di kawasan kejiranan kami, maka hormatilah rayuan penduduk di sini.  Peace.  

17 comments:

  1. bukankah setiap sekolah dah disediakan surau? masih ada masalah untuk menunaikan solat? hanya terfikir sahaja.

    ReplyDelete
  2. Memang ada, tapi selalunya pelajar keluar pukul 6.30pm...dengan waktu menunggu dan jem di kawasan sekolah,mungkin bas sekolah akan gerak dalam pukul 6.45~7pm. Waktu ni Maghrib belum masuk. Then tempuh pulak sesak di jalan raya sama dengan orang balik kerja. Sampai rumah mungkin pukul 8.00 malam. So, logik la kalau mereka kata terlepas Maghrib.

    ReplyDelete
  3. kenapa penduduk di taman lain tak da berdemontrasi seperti ini? contohnya:dulu penduduk kota masai ada yang bersekolah di kopok/psir putih,tanjung langsat dan ada yg brulang alik SIGS..tetapi demi masa depan ank TUNTUTLH ILMU WALAU JAUH KE NEGERI CINA,dulu tk de sek .. nk ..dh dpt sek bgus nk tukr sek biasa plk..sepatutnya pembinaa sekolah kawalan ini patut dijadikan sebagai satu sebab dan usaha bagi anak2 untuk belajar lebih gigih untuk mendapatkan tempat di SMK TMN NUSA DAMAI.. salah satu sebab yg memang diketahui umum..pembinaan sekolah ini untuk mengelakkan pelajar2 bijak di Pasir Gudang dari keluar dari pasir gudang hanya kerana ingin mendapatkan sekolah yg lebih baik..ia merupakan satu cara untuk mengharumkan lagi nama Bandaraya Pasir Gudang..kalau anak orang luar dari nusa damai boleh mendapatkan tempat di sekolah itu,,kenapa tidak anak2 nusa damai sendiri,,ramai juga ank2 penduduk nusa damai yang dpt tempat di sekolah itu.apabila terjadinya demontrasi ini,,mereka juga berasa sedih,,kerana seperti usaha mereka tak dihargai..ade yang mnolak tawaran SBP kerana ingin sama2 mengharumkan nama pasir gudang seperti yang saya cakapkan tadi,klau ank2 yg tidk layk d msukkn k sekolah nusa damai maknanye usaha ank2 yg layak di rendh2kn sedgkn mereka tlah brusaha keras untk mnempatkn diri d sek itu,

    ReplyDelete
  4. Nampaknya anda salah faham. Sekolah itu dibina hasil permintaan penduduk dan JKKK di sini untuk pelajar yang bermastautin di taman ini. Itu yang diberitahu kepada saya olah JKKK. Mereka mahu sekolah harian sahaja, untuk semua pelajar. Baik yang cemerlang atau tidak, semuanya boleh belajar di situ. Niat mereka saya rasa baik sebab tidak mahu ada 'bias' terhadap pelajar. Kalau pelajar cemerlang malu untuk belajar di sekolah harian biasa, silakan apply ke MRSM atau SBP. Once again, please be noted that they just want the daily school, not elite or cluster whatsoever. I can sense that you're either a teacher or a parent who has a kid at that school. Whoever you are, for once, please see this issue from another perspective. I did that, and now I see things differently.

    ReplyDelete
  5. Tolonglah , dga cerita dari semua pihak . Jgan main lepas je . Ini melibatkan soal maruah . Apa yg kami terima lain drpd apa yg ditulis . Jgan berat sebelah .

    ReplyDelete
  6. Soal maruah? Sabar je. Patutlah payah sangat nak terima bebudak tu. Ni mesti cikgu ni...malu la tu..dulu mengajar budak-budak pandai, sekarang kena ajar budak-budak yang takde A pun. Cikgu apa ni? Mengajar kerana Allah atau kerana KPI? Bertaubatlah. Nanti tak berkat duit gaji tu.

    ReplyDelete
  7. Utk mohon ke sklh ni klayakan camne?

    ReplyDelete
  8. Replies
    1. walaupun dah lama, saya jawab lah. UPSR 5A atau 4A. ada asrama.

      Delete
  9. Utk mohon ke sklh ni klayakan camne?

    ReplyDelete
    Replies
    1. 5A atau sekurang kurangnya 4A1B

      Delete
  10. haihh...penat aq dgr citer pasal penduduk nusa damai x puas hati ttg status sekolah ni...benda dh jadi pun kan...jadi,suruhlah anak2 kau usaha 5A UPSR kalau nk masuk stand...disbbkan aduan2 mcm ni lah,sekolah stand amik plajar ting1 2013 ramai..ada yang 3A2B pun ada...kalau sekolah ni tukar status jd sekolah harian,..kesian pd para pelajar yg dh usaha penat2 dpt 5a dan dpt masuk sek stand..tiba2 status sekolah tu berubah…

    ReplyDelete
  11. siapa yang komen suruh anak jadi bijak pandai dapat 5A, bagai. komen dulu sekolah jauh pun sanggup hantar...memang ...nak carut je rasa ni. walaupun isu ni dah lama, sampai sekarang tak settle. Pengetua dan PKHEM sama sama tak nak pelajar yang tinggal di situ sebab tak bijak. maklumlah nak naik kan gred sekolah. mengajar kat situ asbab nya ada permohonan untuk keperluan buka Sekolah Menengah Harian di situ, bukan permohonan buka sekolah kluster.

    ReplyDelete
  12. lol mana kau tahu cikgu sana tk ajar budak budak tu? semua cikgu yg sedaya upaya nak ajar diaorng tp diaorng je tknk dgr ckp cikgu bukan budak area sana je tp area tmpt lain pon sama. kau bukan pernah jadi cikgu pon. aku pon tk pernah jadi cikgu tapi aku pernah ajar budak yang tk degar kata. memang stress nk suruh dia dgr cakap kita. cikgu kat sana sedaya upaya nk jadikan diaorng sorng yg berjaya.

    ReplyDelete
  13. tulah namanya pendidik. kalau budak tu jenis yang dengar kata ke tak dengar kata ke pandai ke tak pandai ke ajar je lah. kenapa nak berkira sangat. sebab tu ramai orang appreciate guru ni sebab nak jadi seorang guru kena banyak bersabar kalau nak ajar budak pandai dan yang dengar kata je baik tak payah kalau macam tu. biarlah budak tu degil macam mana sekali pon tapi kalau dah nama pon guru kena lah ajar diorang.LOL

    ReplyDelete