Perkhidmatan Kami

Perkhidmatan Kami
DEDAUN HIJAU DI ANGIN LALU-MANAF HAMZAH

DEDAUN HIJAU DI ANGIN LALU


Alhamdulillah, ramai yang membeli novel lagenda ini :), dari utara ke selatan.  Ada dari Kedah, Perak, Johor, Selangor, Negeri Sembilan dan Pantai Timur.  Oleh kerana sambutan yang menggalakkan, Nazqim Bookstore telah menambah stok novel Dedaun Hijau di Angin Lalu.  Sila hubungi kami untuk urusan pembelian dan penghantaran. 012-7727567 atau 019-7404567

Thursday, August 15, 2013

Pra Persiapan untuk Mati



                    Tiga perkara berkenaan manusia yang menjadi rahsia Allah adalah rezeki, jodoh dan maut.   Jadi, jangan dikutuk jodoh orang kerana ianya sudah tertulis di loh mahfuz siapa pasangan kita di dunia ini. Janda, duda, teruna atau dara, bukan urusan kita.  Bimbang andai kita terlalu berkeluh kesah, ianya menjadikan kita seolah-olah mempersoalkan urusan qada' dan qadar Allah.  Yang pasti, lelaki baik untuk perempuan yang baik, lelaki jahat untuk perempuan yang jahat.  Jangan dihina teruna menikahi janda, kerana Nabi kita juga mengahwini janda untuk perkahwinan pertama Baginda.  Terima seadaanya pasangan kita. Tutup mata kepada kelemahannya tetapi fokuslah kepada kelebihannya.
   Juga jangan dihina akan pekerjaan orang lain.  Asal ianya halal, waima pencuci tandas sekalipun, jangan dihina.  Jangan berbangga dan riak dengan pekerjaan dan pangkat kita.  Semuanya pinjaman semata.  Akal kita, walau sebijak mana pun kita, ingatlah, ianya kepunyaan Allah belaka.  Jangan dihina ana-anak yang lambat dalam pelajaran.  Sehebat mana pun kita rasa diri kita, ingatlah, satu pun bukan milik kita.  Tiba masanya nanti, semuanya itu akan tiada lagi.  Orang kerja pejabat, bila tiba masa, akan berhenti, akan pencen.  Yang berniaga juga begitu, tidak selamanya akan mampu menguruskan perniagaan.  Tiba masa akan diserahkan kepada waris. Semuanya sementara.    
        Daripada pening kepala dan buang masa mengumpat mengenai jodoh orang, baiklah kita menyibukkan diri kita membuat persiapan untuk mati.  Saya petik sedikit isi dari artikel ruangan Berita Akhirat dari Majalah Anis keluaran Ogos 2013.  Ianya tulisan Ustaz Roslan Mohamed dengan tajuk Pra Persiapan untuk Mati.  Antara langkah utama ialah:-

1.  Banyak mengingati kematian
2.  Memiliki persiapan dalam menyambut saat kematian
     - bermaksud mengerjakan amalan soleh sebanyak-banyaknya
3.  Sentiasa Memiliki Keinsafan
4.  Sentiasa merasakan bahawa kematian adalah petanda bahawa kenikmatan dunia sudah tamat dan ia akan      dikembalikan semula kepada Allah SWT.
5.  Persiapan Secara Aqil
     - menghayati betapa manusia akan menghadapi sebuah perjalanan yang merentasi empat alam, iaitu alam          janin, alam dunia, alam barzakh dan akhirnya alam akhirat. 
6.  Memiliki kefahaman yang mantap tentang hakikat alam kubur.
     - sabda Rasululullah S.A.W dalam hadis yang diriwayatkan oleh Abu Said al-Khudri,"Sesungguhnya                 kubur itu adalah sebuah taman daripada taman-taman syurga ataupun ia juga menjadi lubang daripada           lubang neraka".  (Riwayat Muslim)