Perkhidmatan Kami

Perkhidmatan Kami
DEDAUN HIJAU DI ANGIN LALU-MANAF HAMZAH

DEDAUN HIJAU DI ANGIN LALU


Alhamdulillah, ramai yang membeli novel lagenda ini :), dari utara ke selatan.  Ada dari Kedah, Perak, Johor, Selangor, Negeri Sembilan dan Pantai Timur.  Oleh kerana sambutan yang menggalakkan, Nazqim Bookstore telah menambah stok novel Dedaun Hijau di Angin Lalu.  Sila hubungi kami untuk urusan pembelian dan penghantaran. 012-7727567 atau 019-7404567

Friday, December 28, 2012

Lima Novel Pilihan Ramai Minggu Ini

Beli

1.  Hikayat Cinta Si Pematah Hati - Penulisan2u - E-man Sufi
2.  Kata Tak Suka - Fajar Pakeer - Qaseh Qaisara
3.  Abang Khai Tomboi - Fajar Pakeer - Nuraqilah Syuhaida
4.  Cinta Semanis Gula - Fajar Pakeer - Hanny Esandra
5.  Dedaun Hijau di Angin Lalu - Pustaka Nasional - Manaf Hamzah

Sewa

1.  Cinta Semanis Gula - Fajar Pakeer - Hanny Esandra
2.  Sepupuku Suamiku - Kaki Novel - Lynn Allyna
3.  Ku Percaya Ada Cinta - Kaki Novel - Rudi Hirdy
4.  Amar Farish - Penulisan2u - Nuraqilah Syuhaidah
5.  Kata Tak Suka - Fajar Pakeer - Qaseh Qaisara


Amar Farish 

SMK Taman Nusa Damai

Dulu, saya pernah menulis tentang perkara ini di sini.  Masa tu saya  kurang pasti kenapa penduduk di sini nak sangat masukkan anak mereka ke sekolah ini.  Saya ingat diaorang nak anak-anak diaorang masuk sekolah kawalan juga walaupun ada yang tidak layak.  Rupanya mereka bukanlah 'hadap' sangat dengan status sekolah kawalan itu.  Apa yang mereka mahukan adalah sekolah menengah harian biasa untuk semua anak di Taman Nusa Damai.  Dulu, saya ingat kerajaan yang peka, membina sekolah itu di sini tanpa diminta, tapi rupanya penduduk taman yang memohon.  Mereka mohon sekolah menengah harian biasa, tapi yang dijadikan ia sebagai kawalan itu kenapa?  Siapa yang punya keputusan ini?  Patutlah penduduk marah.  Mintak untuk penduduk sini, tapi, orang luar pulak yang ramai dapat masuk.  Pagi tadi, seorang AJK bertindak datang fotostat surat bantahan.  Saya minta izin copy lebih untuk saya baca.  Rupanya sampai sekarang dorang duk bantah, tak juga orang yang berkenaan tukar status sekolah tu.  Saya tengok ada satu surat dari JPM minta Kementerian Pelajaran memberi maklumbalas kepada isu ini.  Emm...dah sampai ke pengetahuan PM ke?  Saya harap isu ini dapatlah diselesaikan dengan segera.  PPD dan sekolah atau siapa yang bertanggungjawab, tengoklah isu ini dari sudut penduduk Taman Nusa Damai.  Salah satu sebab mereka mahukan sekolah menengah di sini adalah disebabkan sekolah sedia ada yang dihadiri anak-anak di sini adalah jauh dari rumah.  Bila jauh, lambatlah sampai ke rumah.  Bagi yang sekolah petang, selalu tertinggal solat Maghrib.  Ini perlu diambil kira.  Takut-takut anda di PPD atau Kementerian atau sesiapa lah yang masih tidak mahu menukarkan status sekolah ini, bertanggungjawab akan hal ini di akhirat kelak.  Peluang untuk berubah ada, tapi anda tidak mahu menggunakan kuasa itu untuk merubahnya, jadi, andalah yang akan ditanya oleh Allah nanti, kan?  Anak saya belum ada yang bersekolah menengah, tapi sekolah agamanya di sebelah petang, balik pukul 6.30.  Sampai rumah pukul 7.00 lebih.  Sekolah menengah yang berhampiran adalah terletak lebih jauh dari sekolah agama.  Memang logik bila ibubapa merungut anak-anak selalu tertinggal solat Maghrib.  Bila ia melibatkan solat, ia sudah melibatkan hukum agama.  Penduduk pun sudah bersuara, malah hari ini akan ada demontrasi secara aman berhampiran sekolah tersebut, jadi, ubahlah sebelum terlambat.  Dengarlah suara rakyat.  Premis itu berada di kawasan kejiranan kami, maka hormatilah rayuan penduduk di sini.  Peace.  

Monday, December 17, 2012

Carta Novel Popular di Nazqim Bookstore

Beli
1.  Dedaun Hijau di Angin Lalu - Manaf Hamzah - PN
2.  Buka Mata Hati - Miqael Arshad - Arshad _ JS
3.  Hati Yang Luka - Norhayati Berahim - NB Kara
4.  Dari Milan ke Maran - Norhayati Berahim - NB Kara
5.  Ombak Rindu - Fauziah Ashari - Alaf 21

Sewa.

1.  Adam dan Hawa - Aisya Sofea - Alaf 21
2.  Kahwin Ganti - Aifa Batrisya - KaryaSeni
3.  Awas! Bila Hati Dah Sayang - Tinta Biru _ KaryaSeni
4.  Sayang Cikgu Ketat-Ketat - Rafina Mimi - Kaki Novel
5.  Kemelut di Muara Rindu - Affi Dhiya - Fajar Pakeer

Kemelut Di Muara Rindu

Saturday, December 15, 2012

Jadikan Minat Sebagai Perniagaan

Kind of like conflict of interest here, but this is for fun only.  Enjoy my writing ok.


Jadikan Minat Sebagai Perniagaan

            Kata mendiang Steve Jobs, bekas CEO syarikat pengeluar computer Apple, “ You’ve got to find what you love”, (Anda mesti mencari apa yang anda sukai).  Kenyataan ini diambil dari ucapan beliau di majlis Commencement Standford University, Amerika Syarikat pada tahun 2005. Jobs menekankan bahawa kita perlu berani berbuat sesuatu berdasarkan kata hati kita dan bukan mendengar kata-kata atau keputusan orang lain dalam menentukan hidup kita. 
            Saya amat bersetuju dengan kata-kata beliau itu yang mana beliau sendiri berbuat sesuatu yang beliau suka sedari muda sehinggalah ke akhir hayatnya.  Kalaulah semua orang mampu menjadi seperti Steve Jobs, menjumpai apa yang diminati, alangkah beruntungnya kita.  Kalau kita buat sesuatu yang kita minat, kita akan buat dengan bersungguh-sungguh dan akan mengeluarkan hasil yang bagus.  Bukan itu sahaja, kita juga akan dapat memberi kesan positif kepada diri sendiri dan  masyarakat sekeliling.  Sekiranya kita mampu  menilai apa yang terbaik untuk diri kita, kita memang bertuah.  Jika kita mengenali siapa kita dan apa sebenarnya yang kita minat dan ingin buat dalam hidup kita, dunia ini akan menjadi sangat indah buat kita.  
            Minat yang mendalam inilah yang mendorong En.  Mohamad Tajudin bin Mokhtar, 40, membuka sebuah kedai basikal di Pasir Gudang.  Kedai Basikal Nazqim yang diasaskan pada tahun 2007 itu menjadi ‘rumah kedua’ kepada Mohamad Tajudin atau lebih dikenali dengan panggilan mesranya, Joe.  Minat dalam bidang sukan basikal bermula sejak dibangku sekolah lagi apabila sukan ini diperkenalkan kepadanya oleh seorang guru.  Sejak itulah, Joe jatuh cinta dan selalu mewakili sekolanhya dalam perlumbaan basikal di daerah Mersing ketika itu.  Namun, minat itu terpaksa ditinggalkan seketika dek tuntutan pengajian dan seterusnya pekerjaan sehinggalah pada tahun 2005, dia berjumpa dengan kawan-kawan sekerja yang mempunyai minat berbasikal.  Joe menyertai kumpulan mereka untuk kayuhan santai dan sesekali menyertai pertandingan lumba basikal di kawasan sekitar Johor dan Kuala Lumpur.  Bukan sahaja mahir berkayuh, Joe juga arif dalam bab membaiki basikal.  Ini membuatkan Joe menjadi tempat kawan-kawan mendapatkan khidmat nasihat mengenai alat ganti dan seterusnya membaiki basikal mereka.  Melihat kepada kepercayaan kawan-kawan kepada kebolehannya, Joe mengambil peluang itu untuk menjual basikal, alat ganti dan apa sahaja berkaitan dengan basikal secara sambilan di rumah.  Sambutan yang diterima amat menggalakkan.  Oleh itu, pada bulan Oktober, 2007, Joe membuka kedai basikalnya sendiri yang dijaga oleh pekerja kerana Joe masih bekerja makan gaji.  Bimbang ‘ yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran ’, Joe akhirnya meletak jawatan sebagai chargeman di sebuah kilang dan menguruskan kedainya sendiri. 
            Menjadikan hobi sebagai kerjaya membuatkan Joe sentiasa bersemangat untuk memajukan diri dan perniagaannya.  Kalau mula-mula berniaga dulu, Joe hanya mempunyai kedai separuh yang dikongsi dengan orang lain, kini dia mampu menyewa satu kedai penuh bermula pada tahun 2010 untuk menampung stok dan pelanggan yang semakin bertambah.  Kalau dulu Joe hanya menjadi peserta dalam perlumbaan basikal anjuran organisasi lain, sekarang, dengan jaringan kawan dan pelanggan yang kuat, Joe mampu menganjurkan pertandingan.  Sentiasa ligat berfikir dan berusaha menambah jualan disamping mencari peluang berbakti kepada masyarakat setempat, semangat Joe semakin kuat dan berkobar-kobar untuk terus mengorak langkah menuju kejayaan. 
Kedai Basikal Nazqim – sudah lima tahun beroperasi

 Pengayuh basikal dari Singapura singgah di Kedai Basikal Nazqim, Pasir Gudang, Johor.


 Encik Mohamad Tajudin bin Mokhtar

Pada tahun  2008, Joe pernah menganjurkan perlumbaan basikal untuk kanak-kanak yang tinggal di sekitar taman perumahan berdekatan dengan kedainya.  Acara yang julung kali seumpanya itu mendapat sambutan yang amat menggalakkan di kalangan kanak-kanak.  Mereka sentiasa menantikan acara seperti itu diadakan lagi.  Jadi, pada 20hb November, 2011, dengan kerjasama Majlis Perbandaran Pasir Gudang, Joe  menganjurkan satu lagi pertandingan lumba basikal.  Kali ini dengan skala yang lebih besar iaitu terbahagi kepada beberapa kategori seperti veteran, terbuka, basikal fixie dan kanak-kanak.  Kejohanan ini diadakan sempena Hari Keputeraan Sultan Johor.  Joe yang berperanan menguruskan bahagian teknikal, juga bekerja keras mempromosi mengajak rakan-rakan dan pelanggan-pelanggan menyertai kejohanan ini.  Pasir Gudang tidak pernah mengadakan acara seumpamanya sebelum ini.  Apabila Joe berjumpa dengan pihak MPPG dan mencadangkan supaya diadakan kejohanan lumba basikal, pihak MPPG menyambut baik cadangan itu.  Inilah peluang keemasan untuk menarik pelancong untuk datang ke bandar Pasir Gudang yang pesat membangun sekarang ini.  Pelumba-pelumba yang menyertai perlumbaan ini datang dari segenap pelusuk Malaysia dan juga Singapura.  Joe amat berterima kasih kepada mereka kerana sudi memberi kerjasama dalam acara yang dianjurkannya. 
            Dalam bidang perniagaannya pula, Joe mengatur langkah demi langkah untuk maju ke depan.  Dia sentiasa bersaing secara sihat dan mengikut perkembangan semasa.  Kalau dulu, pelanggan hanya boleh membeli secara tunai di Kedai Basikal Nazqim, kini mereka boleh menggunakan kad kredit untuk mempermudahkan urusan mereka.  Begitulah jika kita melakukan sesuatu yang kita minat menjadi perniagaan kita.  Kita akan sentiasa bersemangat untuk memajukan diri dan perniagaan itu.  


            Menurut kata Dato’ Dr. Rusly Abdullah / Chef Li dalam bukunya, Petunjuk Jalan Kekayaan, seseorang itu mesti terlebih dahulu mencari keserasian dalam bidang yang ingin diceburinya.  Sebagai contoh, jika kita buntu memikirkan perniagaan apa yang ingin diceburi, kita boleh imbas kembali apa hobi kita masa kita kecil dahulu.  Mungkin hobi kita memasak tetapi kita bercita-cita untuk menjadi guru.  Bila besar, minat berniaga pula datang.  Jadi, kita gabungkan minat dan cita-cita kita menjadi satu, iaitu kita mengajar orang memasak.  Oleh kerana kita hendak berniaga, tidaklah boleh kita mengajar percuma, jadi kita buka kelas masakan.  Kita buat sesuatu yang kita suka, akhirnya kita akan berjaya, InsyaAllah.
            Maka, carilah dan  galilah apa yang kita benar-benar suka, betul-betul minat  atau jatuh cinta sepenuh hati.  Selagi tidak berjumpa, teruskan mencari, jangan berhenti.  Kemudian, buatlah apa yang kita mahu buat, bukan apa yang orang lain suruh kita buat.  Jadilah apa yang kita nak jadi, bukannya apa yang orang lain nak kita jadi.  Jatuh bangun kita, hanya kita yang lalui sendiri.  Pedulikan cakap-cakap yang tidak berguna.  Anggaplah ia sebagai halangan yang tidak diperlukan.  Teruskan mencari apa yang kita ingini.  Ikutlah suara hati  kerana hanya kita yang mengenali diri sendiri.  

Friday, December 7, 2012

Now Back in the House!-Dedaun Hijau Di Angin Lalu-Manaf Hamzah

Tajuk:  Dedaun Hijau di Angin Lalu
Penulis:  Manaf Hamzah
Harga:  RM35.00

Sebelum ini saya pernah menulis tentang buku yang serupa di sini.  Masa tu buku yang ada di kedai adalah seperti di bawah - agak besar sedikit dari size novel biasa dan berwarna biru.




Setelah beberapa lama habis terjual dan tidak menambah stok, ternyata agak ramai juga yang mencari novel istimewa ini.  Jadi, sekarang Dedaun Hijau di Angin Lalu 'berkunjung' lagi ke Nazqim Bookstore.  Kepada yang ingin membeli novel ini, jangan segan silu telefon saya di talian 019-7404567.  


Intan pernah dikecam sebagai anak luar nikah. Assad pula sering berhadapan dengan tipu daya, hinggakan dia meragui ketulusan isterinya Intan, lalu dia melayan insterinya dengan buruk. Namun apabila Intan hilang, Assad menyedari kekosongan dalam hidupnya