Perkhidmatan Kami

Perkhidmatan Kami
DEDAUN HIJAU DI ANGIN LALU-MANAF HAMZAH

DEDAUN HIJAU DI ANGIN LALU


Alhamdulillah, ramai yang membeli novel lagenda ini :), dari utara ke selatan.  Ada dari Kedah, Perak, Johor, Selangor, Negeri Sembilan dan Pantai Timur.  Oleh kerana sambutan yang menggalakkan, Nazqim Bookstore telah menambah stok novel Dedaun Hijau di Angin Lalu.  Sila hubungi kami untuk urusan pembelian dan penghantaran. 012-7727567 atau 019-7404567
Showing posts with label Dedaun Hijau di Angin Lalu. Show all posts
Showing posts with label Dedaun Hijau di Angin Lalu. Show all posts

Tuesday, April 25, 2017

Dedaun Hijau di Angin Lalu

Assalamualaikum, 
Semalam ada pembelian dari seseorang di Kota Damansara. Hari ni, saya dah minta runner postkan dan sudah pun pos. Semoga selamat sampai dan pembeli happy dengan pembelian ini. 

No automatic alt text available.

Saturday, April 1, 2017

Dedaun Hijau di Angin Lalu ke KL dan Sarawak

Minggu ini novel Dedaun Hijau di Angin Lalu sekali lagi ke Sarawak. Kali ini ke Betong. Mungkin cikgu pembelinya sebab dihantar ke alamat sekolah.



                                                     Ini pula ke Kuala Lumpur. 


Happy reading to both buyers. Semoga mendapat manfaat dari buku ini. Thanks alot for buying from me. :)




Friday, February 24, 2017

Dedaun Hijau di Angin Lalu ke Malaysia Timur

Dalam masa seminggu ni, ada tiga buah novel Dedaun Hijau di Angin Lalu terbang ke Malaysia timur. Mula-mula ke Sabah, kemudian, dua lagi ke Sarawak. 


gambar lama. hehe

Sesiapa yang berminat, boleh call/whatsapp saya - 012-7727567.

Tuesday, January 24, 2017

Dalam Ingatan dan Tetap Menjadi Kenangan - Dedaun Hijau di Angin Lalu

Selalunya pelanggan saya, kalau pun message beritahu buku dah sampai, selalunya ambil gambar buku dan gift saja, tetapi Encik Adi ni unik sikit. Dia sudi bergambar sekali. hehehe. Saya sudah minta izin dari Encik Adi untuk masukkan gambarnya ke dalam blog or FB dan dia bagi kebenaran. Terima kasih. Tengok tu, tersengih lebar kawan kita ni dapat novel yang sekian lama dicari. Ada cerita di sebalik novel ini rupanya buat Encik Adi ni. 
          Semoga kenangan lampau tetap bersemadi dalam ingatan. Kadang-kadang bila kita dalam kesedihan, mengimbau sejarah silam dapat melupuskan luka yang dalam. Mungkin hanya untuk seketika, sebelum kembali ke dunia nyata, tapi, walau sementara, cukup bermakna, kan?
     Novel Dedaun Hijau di Angin Lalu masih ada stok. Contact saya di 012-7727567. 

Image may contain: 1 person, standing

Tuesday, December 27, 2016

Novel Dedaun Hijau di Angin Lalu

Assalamualaikum, untuk pengetahuan semua, saya masih menjual novel Dedaun Hijau di Angin Lalu. Cuma blog ni je dah lama tak update. ☺ Boleh hubungi saya macam biasa. 012-7727567. 


Stok novel yang baru sampai minggu lepas.




Tuesday, January 12, 2016

Wednesday, May 20, 2015

Dedaun Hijau di Angin Lalu - Manaf Hamzah-Restock


Novel Dedaun Hijau di Angin Lalu telah selamat tiba sebentar tadi. Seperti biasa, boleh hubungi saya di talian 012-7727567 untuk order ya. Semoga semua pembeli yang pernah berurusan dengan Nazqim Bookstore dimurahkan rezeki dan dirahmati Allah. Amin. 

Tuesday, February 24, 2015

Dedaun Hijau di Angin Lalu - Manaf Hamzah

Coretan di saat mahu menutup kedai untuk hari ini.  Sudah lama tak upload gambar novel Dedaun Hijau di Angin Lalu.  Novel tu masih ada di Nazqim Bookstore dan order dari customer pun ada, macam biasa. Alhamdulillah dan terima kasih kepada pelanggan.  
   Kepada yang masih tercari-cari novel 'evergreen' ini, bolehlah contact saya ye. Ada nombor telefon di sebelah tepi tu kan? Nak call boleh, sms atau whatsapp pun boleh. Cuma, penghantaran hari lain tak bolehlah. Terima kasih kepada yang memahami jadual saya ke Pos Laju yang hanya pada hari Rabu. Esok, saya pos novel Dedaun Hijau di Angin Lalu ini untuk pelanggan di Bangi. Semoga selamat diterima pada hari Khamis. Amin. 
      


p/s: Disamping baca novel, jangan tinggalkan baca Al-Quran ye. 

Thursday, October 23, 2014

Dedaun Hijau di Angin Lalu dan Adik-Beradiknya

"Selamat sejahtera", balas suara di hujung talian apabila saya memberi salam.  Oh, not yet Muslim rupanya. Ini merupakan orang bukan Melayu yang pertama sms saya bertanyakan novel Dedaun Hijau di Angin Lalu.  Oleh kerana ingin melancarkan urusan, saya menelefon beliau.  Kagum sungguh saya dengan penulis Manaf Hamzah.  Novel beliau mampu dibaca dan diminati oleh bangsa lain.  Salute!
           Selain Dedaun Hijau di Angin Lalu, Manaf Hamzah ada menulis beberapa buah novel lagi.  Aylana di antara novel yang dicari selepas Dedaun Hijau di Angin Lalu.  Selalunya bila dah suka satu novel, pembaca akan mencari novel-novel lain tulisan penulis yang sama untuk dibuat koleksi.  Oh ya, promosi masih ada. InsyaAllah, siapa yang beli apa-apa novel dari Nazqim Bookstore, akan diberi hadiah sebagai tanda kesyukuran kami kepada Ilahi dan penghargaan buat pelanggan.  So, jangan malu-malu untuk berurusan dengan kami, ok?

p/s:  Saya harap, tiga pelanggan di Terengganu yang beli Dedaun Hijau di Angin Lalu 2,3 hari lepas, berpuashati dengan novel dan hadiah yang tidak seberapa itu.  Ada yang kata, "lamaaaaaaaaa saya cari novel ni". So, enjoy the reading, ya.  


Saturday, September 27, 2014

PROMOSI NOVEL DEDAUN HIJAU DI ANGIN LALU - MANAF HAMZAH - 2014


Tiba-tiba rasa hendak bagi hadiah kepada pembeli novel Dedaun Hijau di Angin Lalu karya Manaf Hamzah ini.  Kenapa tiba-tiba ye?  Tak tahulah.  Mungkin sebab bulan depan hari jadi saya kot. hehehe.  
      Apa hadiahnya?  Ianya adalah rahsia dan besar kemungkinan berbeza hadiah dari satu pembeli kepada pembeli yang lain.  Dan tentulah ianya selagi stok hadiah tu masih ada.  :) Sebenarnya bukan untuk pembelian novel Dedaun Hijau di Angin Lalu ini sahaja.  Promosi ini untuk semua pembelian novel yang ada di Nazqim Bookstore secara online.  
         So, apa lagi, hubungi talian 019-7404567 atau 012-7727567.  

Monday, February 24, 2014

Dedaun Hijau di Angin Lalu - Hari Penghantaran




Saya tukar hari penghantaran dari hari Khamis ke hari Rabu.  So, fairlah kepada orang yang negerinya cuti hari Jumaat kan?




Wednesday, February 5, 2014

Dedaun Hijau di Angin Lalu Masih Laku


Lain sikit cover buku ini dari yang selalunya kan?  Ini rasanya untuk pasaran Indonesia.  Di Malaysia, lain covernya.  


Hari ini saya pos dua novel ini untuk dua orang customers.  Selalunya hari Khamis kan?  Tapi, kebetulan seorang teman nak ke Pos Laju, saya kirimkan sekali.  So, kepada Norzarina di Shah Alam dan Nafisah di Sungai Petani, insyaAllah, esok, dapatlah novel ini.  Tapi tak pastilah kalau it takes two days untuk sampai esp kat belah utara, anyway, hopefully, anda berdua terima novel ini dengan selamatnya.  
     Thanks for dealing with us.  

Tuesday, January 28, 2014

Dedaun Hijau di Angin Lalu di Kuala Terengganu



Saya akan berada di Kuala Terengganu sepanjang cuti Tahun Baru Cina ini, insyaAllah.  Jadi, kepada sesiapa yang berada di Terengganu yang berminat membeli novel kesukaan ramai ini, sila telefon saya ya. Bolehlah jimat duit pos kan?  Doakan supaya saya teringat untuk masukkan buku-buku ini ke dalam kereta esok hari.  Saya akan bergerak dari Johor kemungkinan pada hari Khamis atau Jumaat.  
         Orang Pahang pun boleh beli juga.  Sepanjang perjalanan ke Terengganu tu, kalau ada customer nak jumpa untuk dapatkan buku ini di Rompin, Pekan dan Kuantan, sila inform.  Jimat RM10 duit pos.  :).
        Saya buat begini sebab teringat dulu semasa bercuti ke Utara, ada beberapa order dari customer. Mungkin, orang tengah bercuti, ada banyak masa untuk membaca.  So, kali ini, saya standby lebih sikit. Kepada yang jauh ingin order macam biasa, insyaAllah saya akan pos pada hari Khamis setiap minggu.  

Tuesday, December 24, 2013

Penangan Dedaun Hijau di Angin Lalu - Manaf Hamzah

Saya dapat panggilan dari seorang wanita yang ingin ke kedai saya, katanya dari Terengganu, kini berada di Johor Bahru.  Dia nak beli novel kegemaran ramai inilah; Dedaun Hijau di Angin Lalu.  Tapi, hajatnya tidak kesampaian kerana jalan yang sesak untuk ke Pasir Gudang.  Begitulah keadaannya di Johor ini.  Kalau nak ke Pasir Gudang atau dari Pasir Gudang, memanglah jem.  Nak kata sebab hari bekerja pun ye jugak, tapi kalau hari tak bekerja pun kadang-kadang jem jugak. :).  
      So, hanya wakilnya saja yang datang ambik novel ini.  Begitulah kita manusia ini, hanya mampu merancang, Tuhan jualah yang menentukan segalanya.  Anyway, terima kasih kepada Puan Mazlina yang ada hajat nak kunjungi kedai saya.  Segan pun ada juga, sebab kedai saya tak seberapa pun.  Tidak gah macam kedai lain.  Kelakar bila encik wakil yang datang tu tanya itu buku apa, buku sekolah ke?  Saya kata, novel. Dia cakap, jauhnya dari Terengganu datang nak beli novel kat Johor?  hahaha...aduhai...Kalau kebetulan ke Johor Bahru, tak mengapalah nak datang ke kedai saya, boleh kita kenal-kenal.  Tapi, kalau jauh, jangan bimbang, saya akan pos macam biasa.  Cuma mulai tahun depan, (2014), saya akan pos buku yang dibeli tu hanya pada hari Khamis setiap minggu.  Kiranya saya akan buat penghantaran sekali saja dalam seminggu, kecuali kalau kebetulan saya ada urusan lain dan melalui pejabat Pos Laju, bolehlah saya singgah untuk pos sekali.  Kalau tak, memang novel akan dipos pada hari Khamis saja.  Maklumlah, nak dapatkan parking di pusat perdagangan Pasir Gudang tu pun kadang-kadang susah jugak, so, senang saya kumpul semua order, pos sekali.  Ok tak?  Saya harap tak mendatangkan masalah pada pembeli semua ye.



Ini stok baru sampai - 20 buah buku Dedaun Hijau di Angin Lalu

Saturday, October 26, 2013

Dedaun Hijau di Angin Lalu masih dicari.

Assalamualaikum, 
Pembaca yang budiman, saya nak beritahu, kalau anda semua membaca blog ini melalui handphone, dan tertanya-tanya mengenai cara pembayaran untuk buku Dedaun Hijau di Angin Lalu, anda perlu scroll ke bawah dan tekan 'view web version'.  Dengan cara itu, anda dapat melihat information di side bar.  Di situlah terdapat cara pembayaran iaitu no akaun, nama bank dan sebagainya.  Namun, di pinned post di atas ini juga saya sudah sertakan segalanya.  
Saya rasa lebih mudah untuk anda refer pada blog untuk detailsnya sebab kalau sms saya bertanya no akaun, mungkin mengambil masa sebab saya perlu mencarinya dalam handphone sebab saya tak hafal no akaun ini.  :) Namun, ada waktunya saya beritahu juga.  Tapi, baik juga layari blog ini kan, mana tahu ada buku lain yang anda suka.  Juga boleh baca info lain yang saya suka berkongsi di sini.  Tapi, saya tertanya-tanya juga, dari mana anda dapat nombor telefon saya sekiranya anda masih bertanya mengenai cara pembayaran, sebab nombor telefon saya ini pun ada dalam blog.  hmmm...curious.  Ada sesiapa dapat nombor telefon saya dari sumber lain selain blog ini?
     Ok, saya harap kepada peminat Dedaun Hijau di Angin Lalu, seperti biasa jangan malu-malu untuk order.  Buku ini masih banyak lagi.  InsyaAllah saya sentiasa pastikan ia tidak putus stok.  Ada juga yang bertanya adakah buku ini buku yang sama mereka baca lebih 20 tahun dulu?  Ia, ianya buku yang sama. Kebanyakan customer kata dulu-dulu mereka baca yang fotostat saja.  Haaa...itu dolu dolu, sekarang dah ada yang cantik ni, takkan taknak beli kan?  Rugilah.  So, belilah at least satu, buat kenangan.  
        Ok, di sini saya saja nak sertakan hasil kajian saya.  (macam Dato' Fadhilah Kamsah pula).  Setakat ini, hanya pelanggan dari  Kelantan, Terengganu dan Perlis yang belum beli buku ini dengan Nazqim Bookstore. Boleh saya tahu kenapa?  Memang tak ada langsung pertanyaan mengenai buku ini dari Kelantan dan Perlis.  Ada satu call dari Terengganu, tapi tiada tempahan.  Saya tak tahu kenapa sedangkan kos pos yang dikenakan adalah sama di seluruh Semenanjung. Setakat ini kebanyakan yang beli adalah pelanggan dari Selangor dan Wilayah Persekutuan, diikuti dengan Sarawak, Johor, Pahang, Perak, Melaka, Pulau Pinang, Kedah, Sabah dan Negeri Sembilan.  Susunan adalah mengikut jumlah belian.  
     Kepada yang sudah membeli, saya ucapkan terima kasih.  Kepada yang baru dapat tahu pasal novel ini di blog ini, jangan ragu-ragu, kalau anda order, insyaAllah, akan dapat bukunya.  Jangan takut untuk bayar dulu.  Ada juga yang bertanya, adakah perlu bayar dulu?  Memang itulah cara bayarannya, sudah bayar baru saya akan pos bukunya bila bayaran sudah dikreditkan ke akaun saya.  Saya tak akan tipu punya.  Memang itu caranya pun bila beli online kan?
         So, pick up your phone and order now.  Happy weekend.  

Saturday, October 12, 2013

"Kau nak Makan Apa?" "Aku Tak ada Duit" :- Dedaun Hijau di Angin Lalu - Manaf Hamzah

Sempena Hari Raya Aidil Adha tidak berapa lama lagi, saya kira eloklah saya berkorban mengalah dalam apa sahaja 'argument' sehari dua ini.  Ingat kata-kata Nabi, "jangan marah, jangan marah, dan jangan marah". Juga secebis kata-kata dari Imam Syafie yang saya petik dari blog ini yang mengatakan  "aku mampu berhujah dengan 10 orang yang berilmu tetapi aku pasti akan kalah berhujah dengan seorang yang jahil kerana orang yang jahil tidak pernah faham landasan ilmu". 
       Kita tidak perlu menang dalam berbahas, cukup jika mengatakan pendirian dan pemahaman kita. Kita tidak perlu buat orang setuju dengan apa yang kita kata dan "Kita tidak ada urusan dengan kekaguman orang", begitulah kata Aa Gym.  Amat kesian jika kita nampak tidak bijak dalam memperkatakan hujah kita. Bila orang yang berhujah dengan kita sudah lari dari perkara asal, baik kita berhenti sahaja.  Hanya kita yang mengenali diri kita.  Jangan buang masa dan tenaga kita melayan perkara yang remeh.  Mereka tidak faham kita, tidak mengapa.  Manusia punya tahap pemikiran dan pemahaman yang berbeza di antara satu sama lain.  Tak semua orang suka Nabi s.a.w, inikan pula kita manusia biasa.  
     Lalu, kita beralih arah, beralih kepada :- Dedaun Hijau di Angin Lalu.  hehehe.  Semalam, ada pelanggan dari Banting order buku 'evergreen' ini.  Apa yang saya kagum adalah beliau masih mengingati dialog dalam novel ini yang beliau pernah baca lebih kurang 20 tahun dulu.  Wow.  Saya tanya, apa dialog yang dia ingat tu? Katanya, 
 Assad :  Kau nak makan apa?
 Intan   :  Aku tak ada duit.  

Ok...kuat ingatannya.  Begitulah kesan novel ini kepada pembaca.  Macam berhantu pula ye.  Saya pun ada satu novel yang saya ingat dialognya iaitu novel Kau Untukku, Aisya Sofea, di mana Fuad bertanya kepada Nurul, " You dah jatuh hati dengan I ke?".  

Ok..Dedaun Hijau Di Angin Lalu masih banyak lagi, sebab saya sentiasa pastikan ianya tidak putus stok.  Kepada sesiapa yang berminat, sila hubungi saya.  


           

Thursday, September 26, 2013

DEDAUN HIJAU DI ANGIN LALU - MANAF HAMZAH - KEMBALI LAGI

Stok baru sampai.

Tajuk:  Dedaun Hijau di Angin Lalu
Penulis:  Manaf Hamzah
Harga:  RM35.00

Siapa cepat dia dapat.  :)

Wednesday, July 24, 2013

Borneo

Bulan lepas saya dapat order dari orang Sarawak.  First time orang Malaysia Timur beli buku dengan Nazqim Bookstore.  Terima kasih Norjanah dari Limbang.  Semalam pun dari Sarawak juga.  Berbanyak-banyak terima kasih diucapkan kepada Maimunah dari Kuching dan Rohayat dari Betong.  
           Terima kasih pada orang Borneo saja ke?  Tidak.  Kepada semua juga.  Orang Semenanjung pun ada.  Terbaru, Puan Zabidah dari Melaka.  Cuma, saya berbesar hati orang sana beli dengan saya sebab kos penghantarannya tidak sama macam Semenanjung.  Plastik pos laju yang saya selalu guna itu hanya boleh digunakan untuk Malaysia Barat saja.  Jadi, kos untuk Sabah dan Sarawak adalah berbeza dengan di sini. Terima kasih daun keladi.  :)


Novel penulis inilah - Manaf Hamzah - yang paling laris di Nazqim Bookstore.  Dedaun Hijau di Angin Lalu is the best.