Perkhidmatan Kami

Perkhidmatan Kami
DEDAUN HIJAU DI ANGIN LALU-MANAF HAMZAH

DEDAUN HIJAU DI ANGIN LALU


Alhamdulillah, ramai yang membeli novel lagenda ini :), dari utara ke selatan.  Ada dari Kedah, Perak, Johor, Selangor, Negeri Sembilan dan Pantai Timur.  Oleh kerana sambutan yang menggalakkan, Nazqim Bookstore telah menambah stok novel Dedaun Hijau di Angin Lalu.  Sila hubungi kami untuk urusan pembelian dan penghantaran. 012-7727567 atau 019-7404567

Thursday, April 23, 2015

Hadiah dari Suami

Kelmarin ada seorang lelaki nak beli novel untuk dihadiahkan kepada isterinya. Dia tanya saya mana novel baru. Saya tunjukkan dia satu novel dari Karnadya. Dia tanya best tak? Saya jawab saya tak tahu sebab saya belum baca. Lalu dia tanya saya mana yang saya dah baca (dan best). So, saya tunjuk satu novel dari Jemari Seni. Bukan novel baru tapi ianya memang menusuk sanubari bila membacanya. Seorang pelanggan saya cerita dia baca novel itu sampai menangis-nangis. Saya tidaklah sampai menangis, tapi memang saya akui memang best ceritanya bagi orang yang suka cerita cinta sedihlah. Bagi mereka yang suka cerita happy go lucky maybe tak kena dengan jiwa. Alhamdulillah, lelaki berkenaan membeli kedua-dua novel tersebut iaitu novel Wahai Kau Cinta tulisan Aina Emir (Karnadya) dan Rahsia Hati Sofia karya Nazurah Aishah (Jemari Seni). 

Wahai Kau Cinta-COVER
Wahai Kau Cinta mengisahkan Lisa yang trauma dengan kisah hidupnya. Dia pernah kecewa bercinta, pernah juga gagal dalam perkahwinan. Walaupun dia mempunyai pasa rupa yang cantik, namun dia berasa hidupnya tidak sempurna kerana nasib tidak sering menyebelahinya.
Kaysan, anak majikannya juga menaruh hati padanya. Namun, abang Kaysan iaitu Eshan kerap menunjukkan sikap yang tidak menyenangkannya. Sehinggakan dia sering menjadi buah mulut rakan di pejabatnya.Hidupnya menjadi lebih tertekan apabila perlu menepati permintaan tayta dan jiddo yang mahu menjodohkannya dengan lelaki pilihan mereka. Lisa bertambah buntu kerana dia masih belum bersedia untuk menerima kehadiran cinta dalam hidupnya.


Cinta Ikhmal dan sofea "terputus" kala sofea sedang sarat mengandungkan hilman...anak yang tidak pernah sekalipun ikmal lihat sejak dari lahir..paling menyayat hati bila sofea tak ingin anaknya lahir supaya ikatan antara dia dan ikhmal tak terputus.

Wednesday, April 15, 2015

Time is like a sword: if you don't cut it, it cuts you




During college years, my friend and I were among a few other students who managed to be in class early. One day, a lecturer asked my opinion whether she should wait for the other students to come in or just start the lecture. What would I do if I were her? I simply answered, “I don’t wait”.  The lecturer laughed and said, “You know, I used to lock the door against the latecomers”. Then, she began her lecture but of course she was generous enough to not to lock the door.  
  In our next meeting, the lecturer started her lecture right after she entered the classroom. As usual, there were students who came in late, even after the attendance sheet was passed around and returned to the lecturer.  When the lecturer called it a day, these students approached her and requested to sign the attendance sheet. This was the moment that I liked the most; she ignored their request by saying that it would be unfair to the students who were punctual. Thumbs up!

  So, to lecturers, speakers, event organizers, etc, please don’t punish the early comers by dragging the time to start the classes/seminars/events. What you need to do is not to grant the latecomers with something they don’t deserve -: wait and merit. 

Image result for pictures of waiting

Friday, April 10, 2015

Novel Suzan - Manaf Hamzah



Ini adalah novel terbaru tulisan Manaf Hamzah. Ada tak pembaca di sini ingin membelinya? Harganya RM50 termasuk pos. Sila contact saya sekiranya ingin memiliki buku ini ya. 012-7727567 atau 019-7404567. 

Sinopsis Suzan:-

Mereka bertemu juga akhirnya. Dua lelaki perkasa yang masing-masing memiliki semacam daya berangsang tersendiri lantaran disegani. Dan juga digeruni. Tetapi disebabkan sifat keakuan kedua-duanya merasakan maruah diri mereka seperti tergugat, yang boleh membuat kewibawaan mereka sebagai ketua yang dihormati, dipersoalkan andainya mereka tidak selesaikan apa sahaja sengketa mahupun perbalahan.
            Sesungguhnya, kedua-dua lelaki itu sudah lama bermusuhan. Malahan ia dikatakan sejak mereka  remaja lagi. Pasal apa? Entahlah. Bagaimanapun, kalau mereka telah bersikap musuh sekian lama dan terus berlarutan hingga ke usia dewasa tanpa berusaha mencari damai, membuktikan mereka sememangnya mengenali antara satu sama lain. Mungkin semasa remaja dahulu kedua-duanya adalah kawan baik tetapi disebabkan satu kejadian atau peristiwa hingga meretakkan hubungan persahabatan. Mereka pun berpatah arang.
            Pertemuan kedua-dua lelaki itu berlangsung di gudang lama dan kosong di kota Izmir. Masanya senja kerana pada ketika itu matahari berwarna kemerah-merahan dan berada dekat dengan kaki langit.
            Sebenarnya mereka tidak tahu akan kehadiranku. Aku telah mengekorinya dalam senyap-senyap kerana berasa bimbang. Begitulah perasaan yang tidak dapat dielakkan andainya kau cukup menyayangi seseorang itu...
            Hanya mereka berdua sahaja dalam pertemuan itu. Bertemu empat mata. Seperti yang telah aku jelaskan di atas tadi bahawa kedua-dua lelaki itu adalah ketua. Oleh itu mereka tidak membawa orang-orang mereka. Demi hendak menunjukkan juga bahawa mereka anak jantan yang tidak perlu seseorang untuk membantu mereka dari belakang terutama sekali anak-anak buah mereka.
            Aku telah berselindung di sebalik tembok tidak berjauhan dari mereka berada. Mereka berdiri dekat dengan tebing. Dalam jarak sepuluh kaki antara satu sama lain. Dua orang lelaki yang sama tinggi dan sama sasa. Bahkan, boleh dikatakan, sama-sama hebat. Sayang sekali aku tidak mengenali lelaki yang lagi satu itu. Lagipun, aku tidak pernah diberitahu tentang lelaki itu. Maklumlah, kalau sudah menjadi musuh ditambah dengan dendam kesumat, hendak menyebut atau fikirankan tentang orang itu tentulah menyakitkan hati...
Mereka berenungan tanpa berkerdip seolah-olah mengharapkan siapakah yang akan menyerang terlebih dahulu. Begitu tegang suasana antara kedua-duanya hingga kalau sebiji cawan kaca berada di tengah-tengah mereka, tentu akan berkecai juga.
            Namun air laut pada senja itu tenang saja. Ombak memukul lesu tebing gudang lama dan kosong itu seperti tidak menghiraukan ketegangan yang berlaku terhadap kedua-dua lelaki itu. Seolah-olah ingin menyaksikan dengan sabar apakah akan berlaku tidak lama lagi. Sepertimana aku sedang rasakan juga dengan penuh debaran. Yalah, apakah pertemuan yang penuh seteru itu akan berakhir dengan kematian? Dan aku telah berdoa tidak henti-henti di dalam hati agar tidak demikian halnya...
Tidak lama kemudian salah seorang dari lelaki itu pun bersuara dengan nada suara yang parau. Sayang sekali, aku tidak dapat mendengar dengan jelas apakah yang sedang diperkatakan. Lebih-lebih lagi dengan desahan ombak yang tidak henti-henti mendebur tebing berserta ciapan-ciapan burung-burung camar yang sedang terbang pulang ke sarang.
Bagaimanapun, aku dapat juga menangkap serba-sedikit beberapa perkataan dalam perbincangan yang bolehlah dikatakan hangat itu. Iaitu pasal ‘belot’, ‘racun’, ‘permata’ dan ‘kotak’. Dan mereka mungkin sudah berkelahi dengan sengit kalau tidak kerana kemunculan lelaki yang ketiga...!?
Lelaki yang ketiga itu mengenakan jubah dan menutup separuh wajahnya agar tidak boleh dikenali. Tidak salah lagi mahu merahsiakan tentang gerangan dirinya yang sebenar. Tetapi dia tidak seorang diri. Dia membawa bersama-sama empat orang lelaki yang berpakaian serba hitam dan menutup wajah-wajah mereka juga. Tidak salah lagi anak-anak buahnya yang setia. Atau mungkin orang-orang upahannya.
Kehadiran lelaki ketiga yang diselubungi rahsia itu sudah tentulah memeranjatkan kedua-dua lelaki tadi. Ini disebabkan mereka tidak mengharapkan orang lain masuk campur dalam perbalahan mereka itu. Tiada orang lain pun sepatutnya tahu akan pertemuan itu. Malahan, anak-anak buah mereka sendiri tidak diberitahu tentang itu. Justeru membuktikan orang ketiga yang rahsia itu tahu tentang mereka dan mengawasi gerak-geri mereka.
Akhirnya kedua-dua lelaki itu mendapat kesimpulan bahawa pertemuan mereka itu sebenarnya telah dirancang. Dan perancangnya tidak lain adalah lelaki rahsia itu. Seyogia, mereka sebenarnya telah diperalatkan agar lelaki rahsia itu dapat apa yang dihajatkan. Iaitu rahsia yang disimpan oleh kedua-dua lelaki itu. Rahsia yang telah membuat mereka bermusuhan selama ini...
Menyedari bahawa mereka telah dipergunakan, maka kedua-dua lelaki itu pun berganding bahu untuk menentang lelaki rahsia dan keempat-empat kuncunya itu. Untuk masa itu sahaja kedua-dua lelaki itu melupakan permusuhan antara mereka.
Berlakulah pertempuran sengit di gudang lama dan kosong serta sunyi itu. Sedang kuncu-kuncunya bermati-matian menentang kedua-dua lelaki itu, lelaki rahsia itu hanya menyaksikan sahaja dengan tubuh yang tegak penuh keangkuhan. Dia seolah-olah cukup yakin anak-anak buahnya itu dapat mengalahkan kedua-dua lelaki itu.
Aku hanya dapat menyaksikan adegan yang mencengkam jiwa itu dari persembunyianku dengan  linangan air mata. Maklumlah, aku tidak dapat berbuat apa-apa. Sememangnya aku seorang perempuan yang lemah. Namun begitu, hasrat untuk menyerang lelaki rahsia itu cukup kuat sekali. Terutama sekali, aku mahu tahu siapakah gerangannya yang sebenar. Tetapi aku tidak buat demikian demi keselamatan. Juga, demi janji. Janji yang telah aku lafaskan bahawa walau apapun terjadi aku harus teruskan hidup...
Memang benar bahawa kedua-dua lelaki itu akhirnya dapat ditewaskan. Salah seorang dari lelaki itu aku lihat telah terbaring dan kaku dengan tubuhnya berlumuran dengan darah. Mungkin telah dapat ditewaskan dan dibunuh. Lebih-lebih lagi apabila lelaki rahsia itu telah menghampirinya, menggoyang tubuh itu dengan kakinya. Dan apabila tubuh itu terus kaku, dia telah mendengus-dengus sengit. Kemudian dia telah memandang kepada anak-anak buahnya itu seraya menjerkah bahawa mereka tidak sepatutnya membunuh lelaki itu. Yalah, dengan lelaki itu mati, apa saja maklumat penting yang ingin diperolehi lelaki rahsia itu terkubur juga.
Bagaimanapun, harapan lelaki rahsia itu masih ada. Dan ianya tidak lain melalui lelaki yang lagi satu itu. Lelaki tersebut juga telah dapat ditewaskan tetapi masih hidup. Cuma setakat dalam keadaan nyawa-nyawa ikan sahaja. Tubuhnya juga berlumuran dengan darah menunjukkan kecederaan yang dialaminya dalam pertempuran tadi cukup parah.
Atas arahan lelaki rahsia itu lelaki yang cedera parah itu dibawa pergi. Sementara lelaki yang telah dibunuh itu mereka humban ke dalam laut...
Jangan terperanjat dengan pengakuanku ini, anakku, sesungguhnya salah seorang lelaki itu sebenarnya adalah ayahmu...