Perkhidmatan Kami

Perkhidmatan Kami
DEDAUN HIJAU DI ANGIN LALU-MANAF HAMZAH

DEDAUN HIJAU DI ANGIN LALU


Alhamdulillah, ramai yang membeli novel lagenda ini :), dari utara ke selatan.  Ada dari Kedah, Perak, Johor, Selangor, Negeri Sembilan dan Pantai Timur.  Oleh kerana sambutan yang menggalakkan, Nazqim Bookstore telah menambah stok novel Dedaun Hijau di Angin Lalu.  Sila hubungi kami untuk urusan pembelian dan penghantaran. 012-7727567 atau 019-7404567

Tuesday, December 27, 2016

Novel Dedaun Hijau di Angin Lalu

Assalamualaikum, untuk pengetahuan semua, saya masih menjual novel Dedaun Hijau di Angin Lalu. Cuma blog ni je dah lama tak update. ☺ Boleh hubungi saya macam biasa. 012-7727567. 


Stok novel yang baru sampai minggu lepas.




Wednesday, March 9, 2016

Kita Semua diuji

Sticker yang dibeli oleh seorang guru PASTI tadi mengingatkan saya pada pembekalnya, seorang lelaki Cina tua, sebaya ayah saya. Beliau datang dengan seorang pemuda, anaknya mungkin. Di tangannya ada sticker, ada kad permainan macam Uno dan sebagainya. Saya sudah ada pembekal tetap sebenarnya. Saya rasa saya boleh dapat dengan harga yang lebih rendah dan bayar secara kredit pula. Kalau diukur dengan wang, saya fikir, memang lebih untung untuk saya beli dengan pembekal biasa. Namun, walaupun dia bukan Melayu dan saya rasa bukan Islam, hati saya tersentuh dengan kegigihannya berusaha, berniaga. Tidak meminta-minta. Hati saya lembut untuk membeli. Namun, kalau tidak silap, hanya dua kali dia singgah ke kedai saya dan setiap kali itulah juga saya membeli. Entah kenapa, selepas itu, tiada lagi kunjungan dari dia. 

          Malam tadi, menonton rancangan Bersamamu TV3, sedih juga melihat keadaan Dato Ooi Eow Jin, bekas komposer dan pengarah muzik terkenal yang uzur dan mengidap Alzheimer. Seorang anaknya telah meninggal dunia kerana leukemia manakala seorang lagi masih hidup tetapi mengidap barah otak semenjak kecil.  Isterinya, tabah menyediakan keperluan mereka.
          Begitulah... kita semua diuji, tidak kira bangsa dan agama. 
Mereka lebih malang kerana tidak merasa nikmatnya Islam. Tidak merasa bahagianya menyebut kalimah Allah. 

Image result for ooi eow jin

Wednesday, March 2, 2016

Hospital Benefit


Dengan RM200 sebulan, bila masuk hospital, bil hospital tak payah bayar. Kemudian, dapat pula hospital benefit RM150 untuk satu hari kemasukan ke wad. Oklah kan? Kalau tak ambik insurance, sakit, kena keluar duit dari bank, ASB atau Tabung Haji untuk bayar bil hospital. Bila dah keluar duit dari bank, simpanan berkuranglah jadinya. 
         Kalau ada takaful, duit simpanan di bank atau mana-mana, insyaAllah kekal di situ yang akan dikeluarkan untuk keperluan lain. Bil hospital, takaful bayar. Hari-hari yang duduk di hospital, akan dikira dan akan diberi cash setelah keluar nanti. Simpanan bank tak diusik, simpanan di takaful pun tetap ada. 
        Jangan tunggu tua atau berpenyakit baru nak ambik insurance kesihatan. Masa tu bukan sahaja bulanannya mahal, silap haribulan, dah tak layak sebab masalah kesihatan. Nak ambik insurance biar masa sihat dan muda ni. Kalau boleh, sedari bayi seawal sebulan, terus carumkan insurance untuk dia. 
       Ambillah Islamic Insurance. Macam saya, saya hanya yakin pada Takaful Malaysia. Kalau anda yakin, takaful lain itu pun Islamic compliance, terpulanglah pada anda. Ikut kefahaman masing-masinglah. 
       Semalam, ada seorang customer cerita, dia ambil insurance kesihatan dengan Prudential. Agen insurance tu beritahu dia ada medical card dan dia sudah bayar RM100 setiap bulan selama 6 bulan tetapi belum terima medical cardnya. Sudah berkali-kali telefon ejen, ejen cakap nanti. Alih-alih, pemuda berusia 23 tahun ini hentikan caruman. Sayang kan? Kalau 6 bulan, RM600 juga tu. Macam-macam boleh buat dengan duit sebanyak itu. Kalau ambik insurans, pastikan apa perlindungan yang anda ambil. Macam pelanggan tadi, saya tanya, betul ke awak ambik yang ada medical card? Saya tanya sebab ada policy yang tak ada. Ini untuk customer yang tak nak ambik medical card sebab syarikat tempat kerja akan cover bil hospital. Walaupun alasan ini tidak berapa boleh dipakai, sebab kita tak tahu sampai bila kita akan bekerja di syarikat tersebut, dan kalaupun kita bertahan di situ sampai mati, kita tak boleh jangka polisi syarikat akan sama sampai bila-bila. Namun, untuk jangka pendek, bagi yang mahu jimat duit, mungkin bolehlah guna alasan "medical card tak payah sebab company cover". Tapi adik ini kata, memang dia ambil yang ada medical card. Jadi, saya buat kesimpulan, dia tertipulah. Senang cerita. Tak apalah, move on. Mungkin Allah murka sebab ambik conventional, siapa tahu kan? So, Dia jadikan masalah itu dan Dia jumpakan pemuda tersebut dengan saya. InsyaAllah, mengikut kefahaman dari pembacaan saya, Takaful Malaysia adalah 100% Islamic Compliant. Lately, ramai pulak yang komplain masa Prudential. Kenapa ye? Kawan saya pun tengah berkira-kira untuk bertukar ke insurance lain. Saya dah bagi pengiraan dari Takaful Malaysia. Kalau ada rezeki, adalah. Kalau dia nak dengan syarikat atau ejen lain, itu hak dia. Semua syarikat adalah dia punya kelebihan dan kekurangan masing-masing. Customer berhak bersuara dan memilih. 
             Tadi pula ada call dari Ace Jerneh. Saya cakap saya dah ada dan oleh kerana dia mewakili conventional insurance, saya tak berminat nak dengar. Kemudian, dia tanya tentang pemahaman saya mengenai Islamic Insurance/Takaful. Dari situ saya syak dia bukan Muslim. Saya tanya dan lelaki ini mengiyakannya. Namanya Imbak. 
            Saya beritahu dia pemahaman saya tentang Takaful. Dia tanya kan? So saya ambil kesempatan ini sebagai dakwah. Tapi tengah bercakap tu, sekejap-sekejap dia mencelah dengan nada dan kata-kata sinis. Dia kata, sebelum ada perkataan takaful, semuanya conventional. Company-company tu semua bayar RM1 juta untuk dapatkan nama takaful, contohnya CIMB Takaful. Saya kata saya tahu mengenai itu. Sebab itu saya tidak yakin dengan syarikat yang ada nama conventional dan takaful di belakangnya. Budak ini macam tak puas hati dan keep on saying sebelum takaful, apa yang ada etc? Saya sudah panas hati dan terus letak telefon. Saya tak nak berdebat. Saya cakap tadi tu pun sebab dia tanya pemahaman saya mengenai takaful. Kalau dah masuk debat, saya tak nak. Biarlah dia dengan prinsip dia, saya dengan prinsip saya. Agama dia pun berbeza. Tidaklah pula saya paksa dia masuk Islam. 
            Mungkin bila dia bertanya "tahu tak, sebelum wujudnya takaful, ada apa?". Yes, of course ada conventional. Takaful datang lambat. Sebab kita lambat dapat kesedaran. Samalah seperti Islam. Sebelum kedatangan Islam. manusia hidup dalam kejahilan. Namun, setelah tahu, Islam menjadi pegangan ramai manusia. Bagi yang tahu tapi masih juga nak anut agama lain, itu mereka punya pasallah kan? Yang penting, kita sudah memberitahu dan sudah mengajak. Hidayah adalah milik Allah. Tiada paksaan dalam beragama. Namun, bila dah jadi orang Islam, wajiblah kita mengikut syariat Islam. 
              Tiba-tiba panjang pulak. Niat asal hanya mahu bercerita tentang hospital benefit. Jom, bertukar ke Takaful Malaysia. WA 012-7727567. :)

Thursday, February 25, 2016

Review Novel Sayang Scarlet - Saodah Lasim

Pada mulanya saya pegang lepas, pegang lepas juga buku Sayang Scarlet ini. Saya tidak dapat menghayati babak-babak yang menceritakan Intan Syakila dan aktiviti bloggingnya. Entah kenapa ceritanya tidak dapat masuk ke dalam jiwa. Mungkin juga sebab watak gadis itu remaja, tidak kena dengan jiwa dewasa saya. Seperti membaca novel remaja pula saya rasa, pada mulanya. Lalu saya skip babak yang ada cerita si kembar berkenaan dan hanya membaca babak Pak Deris dan warga lain di Kampung Tembuni. Kisah mereka ini lebih menarik dan berjaya membuatkan saya membaca muka surat seterusnya. 
           Namun, oleh kerana ceritanya berkait, saya perlu juga membaca bahagian Intan Syakila. Bacaan paksarela itu, lama-kelamaan menjadi suka pula. Babak melihat perempuan asing di tempat percutian, kehilangan kawan blogger Intan Syakila yang bernama Dragonfly dan misteri kehidupan Pak Deris yang selalu bercakap seorang diri menarik saya untuk menghabiskan bacaan.
        Banyak pengajaran yang boleh didapati dalam novel Sayang Scarlet. Antaranya kehidupan kita sebagai manusia ini tidak hanya dikelilingi oleh manusia sahaja, tetapi juga makhluk Allah yang lain. Bila terkena gangguan, pilihlah insan yang betul untuk berubat. Orang itu biarlah seseorang yang mendekatkan diri kepada Allah, bukan bomoh yang hanya tahu mengambil kesempatan. Suspend juga bila si bomoh meminta Intan Syakila ditinggalkan di rumahnya untuk tujuan berubat. Adakah ibu gadis itu sanggup berbuat demikian.  Nasib baiklah si ibu membuat keputusan yang betul iaitu tidak bersetuju dengan permintaan itu. 
            Pengalaman hidup atau masalah hidup seseorang boleh mempengaruhi perangai seseorang. Itulah yang berlaku kepada Pak Deris yang kematian isteri dan anak-anaknya. Dia hilang pertimbangan dan kewarasan. 
      Tidak berpegang teguh kepada ajaran Islam juga merupakan faktor kemurkaan Allah. Seperti dalam filem, si suami orang dan si isteri orang yang curang akhirnya menerima balasan. 
       Ada beberapa cerita berbeza tetapi watak-watak di dalamnnya saling berkait di antara satu sama lain. Inilah yang menariknya mengenai novel ini. Pandai Puan Saodah Lasim mengolah dan akhirnya menggabung kesemua cerita menjadi satu. Syabas. 

Monday, February 22, 2016

Renew Insurans Kereta Online



Tidak kira anda berada di mana, anda boleh perbaharui insurans dengan saya. Whatsapp saja cover note insurans yang lama dan juga geran kereta. Kalau boleh seminggu sebelum tarikh tamat. Kemudian bagi saya masa untuk pengiraan. Bila dah dapat berapa jumlah yang perlu dibayar, saya akan beritahu. Kalau setuju, masukkan duit then nanti kita proceed. Policy akan dihantar terus ke alamat yang diberi. Senang kan? Tak payah keluar rumah. Tunggu saja. Samada nak renew insurans saja atau nak renew roadtax sekali, terpulang. Semua kami akan uruskan. Sekiranya anda tidak ada sebarang tuntutan dalam masa setahun tersebut, anda akan dapat cash back sebanyak 15% dari apa yang telah anda bayar (setelah ditolak 10% service fee). Sila rujuk gambar di atas. Untung kan? Insurans lain mana ada macam ni. So,apa lagi, jom bertukar ke Takaful Malaysia. Disamping dapat duit jika tiada claim, anda juga menyumbang kepada kemaslahatan ummah sebab Takaful Malaysia adalah syarikat yang mengikut syariah. Tiada unsur riba dan judi. ok..boleh Whatsapp 012-7727567. 

Thursday, February 18, 2016

Hanya yang Pernah Mengalami akan Memahami


Asalnya post di personal FB, tapi rasanya perlu juga diletakkan di blog ini sebab ia berbentuk ilmiah. Senang kalau hendak buat rujukan belakang hari. Penyakit jiwa ini perlu diubati dengan cepat sebab ia boleh membawa maut. 







Jiwa kacau berlaku apabila diri tidak mampu menerima suratan takdir. Juga berlaku apabila terlalu berfikir untuk memuaskan hati orang lain sehingga melukakan hati sendiri. Setiap orang mempunyai kemampuan yang berbeza dalam menangani masalah. Selain digunakan untuk menyembuhkan ketagihan alkohol, Geographic Cure adalah salah satu cara mengurangkan dan insyaAllah menghilangkan kemurungan. Berpindahlah ke tempat yang lebih tenang. Di salah sebuah negeri di Amerika Syarikat, seorang wanita mengalami kemurungan yang teruk akibat kehilangan ahli keluarga yang disayangi. Mengikuti nasihat seorang doktor yang merawatnya, wanita itu dan ahli keluarganya berhijrah ke sebuah daerah di Colorado. Suasana baru dan pemandangan pergunungan yang mendamaikan, dengan izin Allah telah menyembuhkan beliau. Tidaklah semestinya berpindah ke tempat pergunungan. Boleh juga cuba kawasan pantai dan sebagainya. Yang penting, berhijrah ke tempat yang keadaan sekelilingnya berbeza dengan tempat di mana masalah dan tekanan itu timbul. Bertemu orang baru, menjalankan aktiviti baru, melihat keindahan alam yang baru, terbukti memberi kesan yang positif. Namun, ahli keluarga terdekat yang memberi sokongan mestilah sentiasa ada bersama.

Thursday, January 28, 2016

Jangan Banyak Fikir, Buat Sajalah.



Ketika mula-mula berniaga, banyak perkara yang saya tidak tahu. Saya tidak pernah buat binding dan laminate. Saya kerja dulu dalam bidang Accounts dan Admin. Fotostate dan fax pernahlah saya buat. Itupun kalau mesin fotostate rosak, saya memang angkat tangan. Malah, saya tidak pernah pun masukkan kertas dalam mesin itu. Yang saya tahu, tekan butang, jalan. Tekan nombor fax, siap. Adakah adakah saya belajar binding dulu, laminate dulu, kemudian barulah saya buka kedai? Tidak. Saya belajar SEMASA saya berniaga, bukan sebelum. Kalau semua benda saya nak tahu sebelum saya berniaga, saya rasa saya akan bosan belajar dan lama-lama sudah tidak ada semangat berniaga lagi. Maklumlah, sarat dalam kepala dengan banyak perkara. 
          Pada awalnya saya hanya jual buku dan alat tulis. Mungkin 80% buku dan 20% alat tulis. Kemudian, ada permintaan terhadap fotostate. Saya pun mencari pembekal mesin fotostate. Alhamdulillah, semasa sedang makan di medan selera bangunan MARA, Larkin, saya terpandang iklan pembekal mesin fotostate. Pembekal Bumiputera. Saya hubungi syarikat berkenaan dan dari situlah bermulanya kerjasama di antara kami ; lebih kurang lima tahun yang lalu. Saya tidak membeli mesin fotostate itu. Saya hanya menyewanya sahaja. Saya tidak tahu sangat mengenai fotostate. Pekerja/juruteknik syarikat inilah yang mengajar saya banyak perkara. Macammana mahu fotostate I/C, fotostate depan belakang, cara menggunakan feeder, mahu kecilkan dan besarkan imej, dan lain-lain lagi. Saya juga diajar bagaimana membuka mesin fotostate untuk menarik kertas yang tersangkut. Saya memang tidak berapa suka bidang teknikal, tetapi takkanlah kertas sangkut pun mahu panggil technician mereka datang. Kesian mereka. Perlu juga pertimbangkan masalah orang lain, kan? Lalu, saya belajar. Selalunya saya berjaya selesaikan sendiri jika ada masalah kecil-kecil seperti itu. Kalau saya tidak dapat selesaikan, barulah saya hubungi pembekal. Juruteknik mereka datang sebulan sekali untuk periksa meter. Kalau toner habis, saya hanya perlu menelefon dan mereka akan datang untuk menambah semula. Fotostate...satu kerja yang saya tidak jangka saya akan buat. Mengambil arahan dari pembeli, ada yang ok, ada yang kurang sikit adabnya, namun adat berniaga, telan sahajalah. 
       Kemudian, ada pula pelanggan yang bertanya mengenai binding dan laminate. Dua mesin ini amatlah asing bagi saya. Bagaimana kalau saya silap nanti? Namun, saya fikir, alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan. Lalu saya beli mesin binding dari pembekal alat tulis dan mesin laminate dari pembekal alatan pejabat. Saya minta tunjuk ajar dari jurujual mesin laminate itu. Rupanya dia tidak tahu cara penggunaan mesin tersebut. Berpeluh-peluh dia. Tengok manual, cuba, baca manual, cuba lagi. Hari itu, kedua-dua saya dan dia belajar perkara baru; bagaimana menggunakan mesin laminate. Memang kelakar bila jurujual tidak tahu, tapi tidak mengapa. Kita tanya elok-elok, insyaAllah, dipermudahkan. Tidak perlu marah-marah, kita dan dia manusia biasa kan? Mungkin satu hari kena pada kita pula. Memang kena pun dengan saya selepas itu. 
           Satu hari, seorang pelajar IPT mahu laminate cukai jalan motornya. Alamak, saya tidak pernah laminate cukai jalan. Serasa seperti tidak mahu menerimanya. Namun terfikir, rezeki jangan ditolak. Saya beritahu pemuda itu, saya tidak pernah laminate kertas kecil. Takut pula kalau mesin ini buat hal, cukai jalan itu tidak keluar-keluar dari mesin itu. Itu kata saya. Pemuda itu senyum. "Keluar kak, jangan risau. Saya dah pernah buat", katanya. Lalu, pemuda itulah mengajar dan meyakinkan saya that it'll turn out to be allright. And luckily, it did. Wah, itu satu kejayaan bagi saya. Baiknya dia. Tidak pun mengutuk saya dengan kata-kata kesat. 
       Selepas laminate, ada permintaan untuk binding pula. Saya belajar menggunakan mesin binding dari jurujual juga. Hari pertama, ada perkara yang dia juga tidak tahu. Hari kedua, barulah masalah selesai. Saya beranikan diri untuk binding kerja-kerja sekolah budak-budak di sekitar sini. Mungkin ada kesilapan pada awalnya. Namun, alah bisa tegal biasa. Saya sudah berani binding kertas kerja pelajar-pelajar IPTA juga. 
    Begitulah. Kalau terlalu banyak fikir dan terlalu banyak takut dalam diri, tidak kemanalah saya. Saya buat sahajalah, sambil belajar perlahan-lahan. Jangan malu bertanya. Juga jangan marah jika ada pelanggan memberi pandangan. Manusia di sekitar kita kan datang dari pelbagai lapisan masyarakat. Jangan pandang rendah kepada mereka. Dengar nasihat dan pandangan mereka. Tidak perlu mengikut kesemuanya. Nilaikan dan buat keputusan. Listen to your mind but follow your heart. 

Tuesday, January 12, 2016