Perkhidmatan Kami

Perkhidmatan Kami
DEDAUN HIJAU DI ANGIN LALU-MANAF HAMZAH

DEDAUN HIJAU DI ANGIN LALU


Alhamdulillah, ramai yang membeli novel lagenda ini :), dari utara ke selatan.  Ada dari Kedah, Perak, Johor, Selangor, Negeri Sembilan dan Pantai Timur.  Oleh kerana sambutan yang menggalakkan, Nazqim Bookstore telah menambah stok novel Dedaun Hijau di Angin Lalu.  Sila hubungi kami untuk urusan pembelian dan penghantaran. 012-7727567 atau 019-7404567

Wednesday, June 11, 2014

Pizza Melayu - Pazz Da Pizza


Semasa mendengar taklimat Darjah Khas di sekolah anak saya lebih kurang enam bulan lepas, ustaz yang memberi ucapan pada hari itu memberitahu, kita kena support peniaga Islam.  Sekiranya kita tidak sokong dengan membeli barang-barang di kedainya sehingga menyebabkan kedainya tutup, semua penduduk di taman itu akan berdosa.  Takutkan?  
Saya memang ajar anak saya supaya beli barang di kedai Melayu yang kedudukannya berhampiran dengan kediaman kami.  Kalau tak ada barang yang kami kehendaki di situ, barulah ke kedai orang bukan Islam.  
                       Dulu, bertahun-tahun dulu, ada seorang Melayu berniaga pizza di Pusat Bandar Pasir Gudang.  Saya rasa saya pernah juga beli dengan dia.  Kedai dia merupakan kiosk kecil di tengah-tengah laluan orang ramai. Tapi, selepas Pizza Hut beroperasi di premis perniagaan yang sama, brother tu dah tak meniaga lagi.  Kesian kan?  
    Baru-baru ini seorang rakan maklumkan mengenai pizza Melayu yang lain.  Maklumat tu of courselah saya dapat tahu dari status Facebooknya.  So, saya dan family pun cubalah makanan kat sini.  Sedap.  Anak-anak pun suka pizzanya.  Lembut.  Saya lebih tertarik pada kebab dagingnya.  Lagi satu, yang bestnya sebab boleh order air biasa, bukan soda.  Saya memang tak minum sangat air bergas ni.  Tengok dalam gambar ni, nescafe ais untuk saya dan Horlick ais untuk suami.  
      Kalau ke Pasir Gudang, bolehlah singgah di kedai ni.  Kita support produk dan peniaga Bumiputera. Nama kedainya Pazz Da Pizza.  Tapi, alamat di FB tu di Taman Mawar.  Rasanya itu kedai lama.  Kedai yang kami pergi ni di Taman Bukit Dahlia, Pasir Gudang.  Berdekatan Seng Heng.  Tadi, kami makan pizza Napoli Chuck (daging kisar) medium size, satu cup cake, satu kebab daging, satu nescafe ais dan satu horlick ais.  Harganya < > RM24.    
         Saya doakan semoga kedai ini mendapat sambutan dan semakin maju bersama keberkatan Allah S.W.T. Amin.  

Tuesday, June 10, 2014

Novel Tiba-Tiba Dia Ada - Rehan Makhtar


Perjalanan hidup tak seperti yang direncana.  Ada masa perkara tak diduga mencelah.  Ini kehendak mama dan papa yang kononnya bukan paksaan tapi harapan.  Aryana rela untuk menjadi milik Zakhri Adha yang lebih muda daripadanya.  Tiba-tiba dia dipinang, ditunangkan, dinikahkan lalu tiba-tiba suami segera ada di sisi.  
Aryana mencuba sedaya upaya menjadi isteri Ayie yang matang, tak padan dengan usianya.  Ayie yang selalu mengusik, menyakat dan menzahirkan sayang dengan cara yang tersendiri.  
Mereka tahu keindahan cinta berpaksikan ijab dan kabul ini tak akan terlepas daripada dicemari fitnah dunia. Dan mereka juga tahu dugaan itu bukan untuk dielak tapi ditewaskan.  Adakah mereka berjaya menghadapinya?