Perkhidmatan Kami

Perkhidmatan Kami
DEDAUN HIJAU DI ANGIN LALU-MANAF HAMZAH

DEDAUN HIJAU DI ANGIN LALU


Alhamdulillah, ramai yang membeli novel lagenda ini :), dari utara ke selatan.  Ada dari Kedah, Perak, Johor, Selangor, Negeri Sembilan dan Pantai Timur.  Oleh kerana sambutan yang menggalakkan, Nazqim Bookstore telah menambah stok novel Dedaun Hijau di Angin Lalu.  Sila hubungi kami untuk urusan pembelian dan penghantaran. 012-7727567 atau 019-7404567

Thursday, September 26, 2013

DEDAUN HIJAU DI ANGIN LALU - MANAF HAMZAH - KEMBALI LAGI

Stok baru sampai.

Tajuk:  Dedaun Hijau di Angin Lalu
Penulis:  Manaf Hamzah
Harga:  RM35.00

Siapa cepat dia dapat.  :)

Wednesday, September 25, 2013

12 Pesanan Jangan Lupa Diri - An-Najwa Ismail



Penerbit:  Mulia Terang Sdn Bhd
Harga:  RM18.00

Beberapa catatan yang dimuatkan di dalam risalah ini adalah suatu peringatan buat diri kita yang sentiasa lupa dan lalai.   Kerana kita dihambat akan pelbagai penipuan dunia yang akhirnya kita terpesona dan terpedaya olehnya.  Lantaran itu, kita lupa kepada tanggungjawab sebagai Khalifah Allah S.W.T di bumi, dan lalai pula terhadap kewajipan sebagai hamba Allah SWT yang taat dan patuh kepadaNya.  

12 Pesanan Jangan Lupa Diri:-
1.  Betulkan niat dalam setiap amalan
2.  Istiqamah dalam beribadah
3.  Mencari ilmu yang bermanfaat
4.  Giat dan peduli pada pergerakan dakwah
5.  Memiliki harta untuk mencari redha Allah
6.  Mengasihi kedua orang ibubapa
7.  Didik anak perempuan dengan Quran dan Sunnah
8.  Berani menegakkan amal Ma'ruf dan nahi mungkar
9.  Berusaha meningkatkan martabat diri
10.  Berusaha mendapat rahmat Allah  
11.  Meraih segera keampunan Allah
12.  Menjadi hamba yang sedia berkhidmat sesama muslim.  

Friday, September 20, 2013

Pemberi, Penerima Rasuah ke Neraka


Tajuk di atas saya petik dari Harian Metro hari ini, Jumaat, 20/9/2013 di ruangan Addin.  Ada seorang lelaki bertanyakan kemusykilan:-
       
  "Saya bekerja dalam jabatan kerajaan yang berurusan setiap hari dengan ejen.  Pada setiap musim perayaan, ketua jabatan mengeluarkan kenyataan bahawa tidak dibenarkan menerima atau memberi hadiah pada perayaan berkenaan.  Namun, ada ejen terbabit memberikan baucar beli-belah untuk diagihkan.  Ia tidak membabitkan urusan kerja, hanya hadiah semata-mata.  Apakah hukum menggunakan baucar itu?"

Berikut jawapan dari Dr. Abdul Salam Muhammad Shukri, pengendali ruangan itu:-

" Pemberian berkenaan samada dalam bentuk baucar dan sebagainya boleh termasuk kategori memberi dan menerima rasuah.  Ejen terbabit hanya memberi secara percuma kepada anda apabila anda mempunyai jawatan.  Sekiranya anda tiada jawatan, tentu ejen terbabit tidak akan memberikannya kepada anda.  Adalah lebih baik tidak mengambil baucar berkenaan dan lebih-lebih lagi menggunakannya.  Sabda Baginda S.A.W, maksudnya, " Pemberi dan penerima rasuah kedua-duanya masuk neraka".  

Sila baca dan hayati pernyataan Dr. bahawa seseorang itu diberi hadiah kerana dia ada jawatan tertentu, jika tidak, dia tidak akan dapat apa-apa.  Ada ke pembekal atau ejen mahu bagi kita hadiah kalau kita hanya suri-rumah atau pemotong rumput.  Tidak, bukan.  Kalau ada, mereka itu adalah orang kaya yang dermawan.  Kita tidak ada kepentingan untuk mereka.  Mereka memberi kerana Allah.  Itu lain.  Kalau pemberian hadiah atau tajaan trip dan sebagainya tatkala kita punya kedudukan, waima kerani atau penyambut tetamu sekalipun, itu adalah rasuah.  Please beware! 
   

Tuesday, September 17, 2013

13 Jam A380 - Evelyn Rose - Karya Seni


Ingatkan cerita misteri masa baca tajuknya, rupanya cerita cinta juga.  13 jam itu adalah perjalanan dari Kuala Lumpur ke London manakala A380 adalah nama pesawatnya.  Tidaklah tahu betul ke tidak, hanya orang MAS boleh mengesahkan. :)

Tajuk Novel:  13 Jam A380
Penulis:  Evelyn Rose
Penerbit:  Karya Seni
Harga:  RM28.00

13 jam didalam perjalanan ke London menaiki MAS A380, takdir menemukan Hana Sofea dan Syed Haidar, jejaka idamannya.  Mencipta kenangan terindah di langit biru.  Mereka bergelar kekasih untuk empat jam, menari tango bersama, menjelajah seluruh pesawat bersama (macam Titanic pulak), merasai enaknya Caramel Latte bersama...tapi tatkala MAS A380 mencecah lantai bumi, segalanya pergi bagai wap di udara.  
         " Hana, thank you for last night..but I can't have cocaine all the time." - Syed Haydar.  
Melihatkan sendiri kemesraan Syed Haydar dan kekasih realitinya, si model jelita membangkitkan Hana Sofea daripada mimpi indah.  

Friday, September 13, 2013

Pergi Tanpa Alasan - Hani Fazuha



Tajuk :  Pergi Tanpa Alasan
Harga:  RM23.00
Penulis :  Hani Fazuha
Penerbit:  Idea Kreatif
Tahun:  2013

Saya ingat, 'sad ending', bila baca tajuknya itu, tetapi rupanya 'happy ending'.  Boleh tahan juga ceritanya, macam Ombak Rindu sikit-sikit.  Itu sahaja 'review' saya.  Untuk cerita selebihnya, sila baca sinopsis, dan seterusnya beli/sewa novelnya.  :)

Rihana dan Hakim, dua nama dari dua dunia berbeza, ditemukan dalam kancah penuh dosa.  Bagi Hakim, Rihana itu tidak ubah seperti pelacur kelas atasan.  Bagi Rihana, Hakim itu sama saja dengan lelaki kaya-raya yang harus dilayan untuk mengeluarkan duit dari poketnya.  

             " Kahwin dengan I Rin, I'll pay two million", - Hakim.  
      "  Dua juta tidak cukup untuk membeli maruah I, Hakim".  - Rihana.

Ok, cukuplah.  Cerita ini ada digambarkan pantai di Terengganu.  Suka.  Penulisnya, Hani Fazuha / Zunaidah Zakaria berasal dari Rantau Panjang, Kelate.  Novel-novel terdahulu beliau adalah Mengukir Bahagia, Bebunga Kasih, Harga Sebuah Kasih dan Hati Kala Cinta.  Kesemuanya diterbitkan oleh Alaf 21.    




Wednesday, September 11, 2013

Gila-Gila



Khabarnya Gila-Gila diadaptasi dari majalah Mad dari Amerika Syarikat.  Gila-gila merupakan majalah humor yang sentiasa di hati saya sejak kecil.  Di rumah di kampung dulu, kami punya banyak koleksi majalah ini disamping majalah lain seperti Dewan Pelajar, Dewan Siswa, Fokus, dan sebagainya.  Bukan hanya kami adik-beradik, tapi anak-anak saudara yang masih kecil ketika itu juga minat majalah ini.  Bila datang, mereka akan masuk ke bilik yang menempatkan rak buku dan majalah-majalah ini, dan diam di situ.  Minat membaca ditanam dalam diri mereka melalui majalah ini.  
             Paling saya suka adalah ruangan Aku Budak Minang dan Tiga Dara Pingitan.  Kini, hanya tinggal Tiga Dara Pingitan sahaja.  Tapi keluaran terbaru bulan ini Cabai melukis/menulis ruangan Jantung pula. Harap-harap, Tiga Dara Pingitan masih menjengah seperti selalu.  Majalah ini memang boleh release tension. Tadi pun baru saja budak darjah 6 datang beli.  Mula-mula beli buku latihan Sains (esok exam Sains UPSR), then , balik.  Tapi kemudian datang lagi, beli Gila-Gila.  I guess she knew, this is not the time to study anymore, this is the time to set your mind at ease.  So, come and get your copy at NAZQIM BOOKSTORE.