Tajuk di atas saya petik dari Harian Metro hari ini, Jumaat, 20/9/2013 di ruangan Addin. Ada seorang lelaki bertanyakan kemusykilan:-
"Saya bekerja dalam jabatan kerajaan yang berurusan setiap hari dengan ejen. Pada setiap musim perayaan, ketua jabatan mengeluarkan kenyataan bahawa tidak dibenarkan menerima atau memberi hadiah pada perayaan berkenaan. Namun, ada ejen terbabit memberikan baucar beli-belah untuk diagihkan. Ia tidak membabitkan urusan kerja, hanya hadiah semata-mata. Apakah hukum menggunakan baucar itu?"
Berikut jawapan dari Dr. Abdul Salam Muhammad Shukri, pengendali ruangan itu:-
" Pemberian berkenaan samada dalam bentuk baucar dan sebagainya boleh termasuk kategori memberi dan menerima rasuah. Ejen terbabit hanya memberi secara percuma kepada anda apabila anda mempunyai jawatan. Sekiranya anda tiada jawatan, tentu ejen terbabit tidak akan memberikannya kepada anda. Adalah lebih baik tidak mengambil baucar berkenaan dan lebih-lebih lagi menggunakannya. Sabda Baginda S.A.W, maksudnya, " Pemberi dan penerima rasuah kedua-duanya masuk neraka".
Sila baca dan hayati pernyataan Dr. bahawa seseorang itu diberi hadiah kerana dia ada jawatan tertentu, jika tidak, dia tidak akan dapat apa-apa. Ada ke pembekal atau ejen mahu bagi kita hadiah kalau kita hanya suri-rumah atau pemotong rumput. Tidak, bukan. Kalau ada, mereka itu adalah orang kaya yang dermawan. Kita tidak ada kepentingan untuk mereka. Mereka memberi kerana Allah. Itu lain. Kalau pemberian hadiah atau tajaan trip dan sebagainya tatkala kita punya kedudukan, waima kerani atau penyambut tetamu sekalipun, itu adalah rasuah. Please beware!
dalam tak sedar menghalalkan apa yg sudah dimaklumkan adalah haram.kita tahu benda tu ada unsur rasuah tp kita pujuk hati kata itu 'hadiah'
ReplyDeletebanyak unsur rasuah dlm kehidupan zaman skrg
betul dia kata, kerana kita ada jawatan sebab tu mrk nak berbaik.kalau takde apa2 takkan dapat baucer tu kan