Perkhidmatan Kami

Perkhidmatan Kami
DEDAUN HIJAU DI ANGIN LALU-MANAF HAMZAH

DEDAUN HIJAU DI ANGIN LALU


Alhamdulillah, ramai yang membeli novel lagenda ini :), dari utara ke selatan.  Ada dari Kedah, Perak, Johor, Selangor, Negeri Sembilan dan Pantai Timur.  Oleh kerana sambutan yang menggalakkan, Nazqim Bookstore telah menambah stok novel Dedaun Hijau di Angin Lalu.  Sila hubungi kami untuk urusan pembelian dan penghantaran. 012-7727567 atau 019-7404567

Monday, December 7, 2015

Kehilangan

Sebut sahaja kehilangan, memang terasa sakit di sanubari. Biar berpisah hidup ataupun mati, sakitnya lebih kurang sama, sebab kita menghadapi satu perkara yang sama: - kehilangan. Ada orang kata, berpisah hidup lagi sakit sebab kita tahu orang itu masih ada di atas dunia ini namun atas sebab-sebab tertentu, kita tidak dapat berjumpa dengannya lagi. Bepisah mati mudah diterima kerana ada kubur untuk diziarah dan kita mudah memujuk hati bahawa sudah tidak ada apa lagi yang boleh kita lakukan. Berpisah mati, kita ada kubur untuk diziarahi. Kalau berpisah hidup, kemana akan kita pergi supaya hati dapat dirawati?
        Berpisah hidup tidak hanya merujuk kepada perpisahan suami-isteri disebabkan perceraian. Ia boleh merujuk kepada banyak lagi keadaan seperti anak angkat diambil semula oleh ibu kandungnya, perpisahan disebabkan masuk penjara, diculik, hilang, lari dari rumah dan sebagainya. Juga ada kes suami meninggalkan isteri tergantung tidak bertali. Pelbagai kes perpisahan yang menyebabkan orang yang terlibat merasa kehilangan. 
      Saya pernah mendengar cerita mengenai dua orang pelajar IPTA yang ditahan di luar negara dan dituduh atas kesalahan 'keldai dadah'. Setelah berbelas tahun, dua (kini bekas) pelajar ini masih di sana, melalui hidup seharian di dalam penjara. Bagaimanalah keluarga mereka ini menghadapinya? Untuk pergi menziarah, memerlukan duit yang banyak. Duit dan harta yang ada lebih baik digunakan untuk membayar peguam dan sebagainya yang lebih penting supaya si anak dapat diringankan hukuman. Begitulah hidup di dunia. Salah percaturan, buruk padahnya. Sentiasalah kita berhati-hati dan berdoa supaya diri dan keluarga dihindari dari mala petaka dan syaitan yang direjam. 
         Ada hikmahnya bila kita kehilangan orang atau barang yang kita sayang. Dari situ, kita tahu yang kita tidak memiliki satu apa pun di atas muka bumi ini. Semuanya milik Allah. Terpulang kepada Dialah untuk memberi dan mengambilnya semula. Semasa dipinjamkan kepada kita, jagalah ia sebaik mungkin. Bila ditarik balik, redhalah seadanya. 




Wednesday, December 2, 2015

RADIO DIGITAL ISLAMIK AL-QURAN

Nazqim Bookstore ada menjual radio digital Islamik ini. Harganya RM200.00. Untuk mendapatkannya, sila hubungi 012-7727567.

Radio ini mengandungi 2,150 program  tajuk berkaitan agama dalam sebuah radio meliputi:

❤ Bacaan lengkap Al-quran 30 juzu' dari qari yang muktabar
❤ Terjemahan semua surah (114 Surah)
❤ 1,100 tajuk ceramah-ceramah agama daripada ustaz / ustazah terkenal Malaysia dan Indonesia
❤ 372 tajuk Soal Jawab Agama
❤ Doa-doa Harian, Berzanji, Zikir, Cara Tahlil, Azan dan lain-lain
❤ Ayat Ruqyah... baik untuk didengar oleh mereka yang mengalami gangguan sihir dan saka.
❤ Ulasan Hadis, Bacaan & Cara melakukan Solat
❤ Bacaan Yassin & Terjemahan, Panduan Ibadah Haji / Umrah, Lagu-lagu Nasyid dan lain-lain.










Tuesday, September 8, 2015

Pekerja-Jangan Terlalu diberi Muka, Kelak Hati Akan Terluka

Apa yang berlaku kebelakangan ini mengingatkan saya kepada pekerja pertama saya. Marsya, seorang gadis Pan Asian bekerja dengan saya secara part-time selama setahun lebih kalau tidak silap saya; Julai 2010 ~ November 2011. Ketika itu dia di tingkatan 3 dan akan menduduki peperiksaan PMR. Marsya akan datang ke kedai pada waktu petang dan mengambil alih menjaga kedai sampai malam dan seterusnya menutup kedai pada pukul 9.30 malam. 
        Sepanjang lima tahun saya membuka kedai ini, Marsyalah pekerja yang paling menyenangkan hati saya. Dia tidak banyak cakap dengan saya. Saya pun bukanlah jenis orang berbual. Apa yang saya suka, kalau saya tegur, dia tidak menjawab balik. Dia akan kata "ok, sorry". Selalunya saya akan tegur dia melalui SMS. Setiap message saya kepadanya akan dibalas walaupun sekadar ok. Jadi saya tahu dia telah terima, baca dan faham apa yang saya hendak sampaikan. Dia tidak pernah ambil cuti mengejut. Apa yang dibuatnya mengikut perancangan dan kalau perlu cuti, dia akan maklumkan kepada saya lebih awal. Saya rasa Marsya seorang gadis yang matang dan pandai menjaga hak dan perasaan orang. 
       Oleh kerana di tahun 2010 itu dia ada peperiksaan besar, dia akan buat kerja sekolah di kedai sambil menunggu pelanggan setelah dia buat kerja rutinnya; menyapu dan lap rak buku. Saya juga izinkan dia buat study group di kedai saya. Asalkan tidak menggangu layanan dia kepada pelanggan, tidak mengapa. Kalau ada pelanggan, dia mesti utamakan mereka dulu. Saya tidak mahu jadi majikan yang terlalu berkira dalam segala segi. 
     Setelah Marsya berhenti, saya ada beberapa lagi pekerja part-time. Mostly pelajar lepasan SPM dan STPM atau kolej. Mereka bekerja dengan saya sementara menunggu keputusan. Memang tidak sama dengan Marsya, walaupun secara luarannya mereka nampak lebih muslimah.   Macam-macam masalah yang saya hadapi bersama pekerja-pekerja baru selepas itu. Ada yang tidak faham arahan, ada yang menjawab dan suka memberi alasan bila ditegur, ada yang suka ambil cuti last minute dan yang paling menyakitkan hati bila dia melangkau garis sempadan seorang pekerja. Tidak tahu mana baik dan buruk bila berkomunikasi dengan majikan. Terlalu mesra seperti keluarga amatlah tidak kena dengan prinsip saya. Bagi saya, majikan dan pekerja harus kekal begitu. Kena ada beza antara pekerja, kawan dan keluarga. Pekerja memang tidak harus diberi muka untuk duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan majikan. Tidak perlu untuk pekerja tahu urusan peribadi majikan. Bila ini berlaku, pekerja mudah lupa diri. Bila ditegur yang perbuatannya menyakitkan hati, dia akan mempertahankan diri. Lebih melukakan hati sekiranya dia rasa apa yang dia buat itu tidak salah hanya kerana mereka tiada niat untuk melakukan apa-apa kesalahan. Harus diingat, ini bukan kes jenayah seperti kes bunuh yang memerlukan niat untuk disabitkan kesalahan. Bila ianya terjadi, ia terjadi. That's it. 
          Kepada anda di luar sana, berhati-hatilah memilih pekerja. Jangan terlalu rapat dengan mereka. Biar mereka tahu, mereka hanya pekerja dan hanya perlu mengambil berat hal kerja, tidak lebih dari itu. Perwatakan luaran tidak menjamin pekerja anda tidak menikam anda di belakang suatu hari nanti. Bila diberi muka, semua kemungkinan boleh terjadi. 

Sunday, August 23, 2015

How to Grow Your Business - Azman Manap


Ini buku kedua Azman Manap. Buku pertamanya adalah 12 Lessons to Build a Profitable Business with Zero Capital atau dalam Bahasa Melayunya 12 Tip Usahawan Berjaya Tanpa Modal
Harga buku ini ialah RM39.90 terbitan Truewealth. 

Sinopsis:-

How to Grow Your Business: Enduring Setbacks and Crisis to Achieve Business Growth and Success is about the reality of growing a small business successfully. It is about  the challenges we all must go through in the process of building a successful business. 

The book highlights business mistakes that all business owners make.. Some of these are common to all kind of businesses while others are specific to the constitution industry. The consequence of some of these mistakes if not managed properly can be severe as it can collapse the business. 





Monday, August 17, 2015

Kalau Sayang Katalah Sayang - Fazuin



" Awak jangan nak buat gaya muntah, orang takut nanti dia yang betul-betul buat awak muntah"

"Saya tak faham,"

"Mana tahu awak mengandungkan anak dia ke nanti!"

"Awak, tu pun doa tau. Awak jangan menyesal seumur hidup nanti kalau betul saya mengandungkan anak dia"

"Okey, okey. Orang tarik balik". 

"Hah! Tahu takut"

"Tak tahu apa yang bakal jadi dengan orang kalau betul dia bapa kepada anak awak. Mahu gila orang nanti."


Tuesday, July 28, 2015

Jujurlah Nikahi Aku - Umie Nadzimah

Rilex. Jangan marah-marah. Terutamanya orang Johor ye. I feel you. :)
Kita baca novel dulu. 


Sinopsis:-

Nurin Asyfa ditakdirkan sebagai gadis 'istimewa'. Ramai yang menyisihkan kewujudannya termasuklah keluarganya sendiri. Ada ke lelaki yang akan jatuh cinta dan memperisterikannya? Lelaki yang akan berkongsi hati dan hidup bersama?

"Abang Alan suka Nurin dari darjah satu lagi..."
Itu kata Alan Wong. Nurin tahu Alan yang berhati mulia akan menjaga diri dia sebaik-baiknya. Tetapi hanya sebagai seorang adik. Jika kerana cinta, tentu Alan akan usaha mencari Tuhan. Tidak sekufu pegangan, bermakna mereka tidak akan bersatu. 

Ahmad Zanif...Bos strawberi, lelaki bajet sempurna serba-serbi. Memanglah Nurin jatuh cinta sangat kepadanya. Namun bagaimana pula penerimaan Zanif yang menitikberatkan kesempurnaan selama ini?
"Err...Encik tahu rumah saya?-Nurin
"Ha...Itu tandanya apa?" - Zanif
Ikhlaskah si strawberi ini menerima Nurin Asyfa seadanya? Sepadankah mereka? Berbalaskah cinta kasihnya? Walaupun dicuba untuk menjadi kuat dan tabah...ada masanya Nurin lelah untuk terus mengharap ketulusan hati si lelaki.

Tiba-tiba muncul si Qayyum, pemuda yang tidak dikenali dan pemuda yang ingin menikahinya dengan rela hati. Demi Tuhan...Qayyum ikhlas dengan niat untuk menjaga dan melindungi si malang Nurin hingga hembusan nafas terakhir.

"Kena baca tiga puluh juzuk al-Quran sebagai mas kahwin..."Syarat Nurin.

"Apa-apa saja saya sanggup"-Qayyum. 

Milik siapakah 'Cinta Terakhir' Nurin Asyfa? Si Alan yang terlalu menyayanginya atau Zanif yang akhirnya mengaku cintakan dia? Ataupun Qayyum yang tidak pernah tahu isi hatinya namun sanggup berkorban apa saja?

Thursday, June 4, 2015

Be Careful of What You Wish for

Image result for be careful of what you wish for you might just get it

Pernah berangan akan mempunyai sesuatu? Kemungkinan berangan ada rumah besar, kereta besar, kerja bagus dan sebagainya. Mungkin kita akan dapat apa yang kita impikan itu, tetapi ia datang bersama sesuatu yang lain juga, sesuatu yang mungkin kita tidak mahu. Namun, kita tak dapat menyingkirkan apa yang kita tidak mahu itu sebab ia pakej. 
Contoh, kalau dapat duduk di rumah besar, kita juga akan dapat hutang besar. Kalau dapat kerja bagus, kita juga akan dapat masa yang kurang untuk keluarga. 
     Ada yang berangan untuk menjadi terkenal. Bila terkenal, semua cerita kita akan menjadi bualan orang. Kita jadi rimas pula. 
    Ada juga yang bekerja di pejabat, mengimpikan kerjaya surirumah. Mungkin merasakan surirumah lebih banyak masa untuk anak-anak, dapat masak tiap-tiap hari dan dapat layan mereka buat kerja rumah dan bermain. Tiba waktunya, Allah perkenankan apa yang kita impikan itu. Namun seperti perkara lain, ia datang bukan sendiri. Ia datang bersama yang lain. Menjadi surirumah bererti kita tidak lagi memegang duit gaji tiap-tiap bulan seperti biasa. 
      Bila satu impian kita terlaksana, maknanya satu kehidupan lain terpaksa kita tinggalkan. Sebab itu orang kata, 
      
"Be careful of what you wish for cause you just might get it all.
       You just might get it all and then some you don't want."
  
Namun, apa sahaja yang kita lalui, terimalah seadanya. Sebagai hambaNya, kita kena yakin dan pasrah bahawa semua yang ada di dunia ini hanyalah sementara. Setiap sesuatu ada tempoh masanya. Bak kata seorang peniaga kedai runcit berbangsa Cina yang terpaksa menutup kedainya kerana GST, "tiada majlis yang tidak berakhir". Iya, walau macamana meriah pun sesuatu majlis, ia tetap akan sampai ke penghujungnya. Begitulah hidup kita.   

Wednesday, May 20, 2015

Dedaun Hijau di Angin Lalu - Manaf Hamzah-Restock


Novel Dedaun Hijau di Angin Lalu telah selamat tiba sebentar tadi. Seperti biasa, boleh hubungi saya di talian 012-7727567 untuk order ya. Semoga semua pembeli yang pernah berurusan dengan Nazqim Bookstore dimurahkan rezeki dan dirahmati Allah. Amin. 

Tuesday, May 12, 2015

Bangkit

Buka bisnis, terus gagal, itu jauuuh lebih baik, drpd bisnis yg tidak pernah gagal, karena memang tidak pernah dibuka! - Ippho Santosa

Image result for failed business picture


Thursday, May 7, 2015

Bersama Kesusahan Ada Kesenangan - Era Adlina



Buku ini boleh dibeli dari Nazqim Bookstore. RM25 termasuk pos. Sila hubungi 012-7727567.


Kata - kata penulis (Era Aslina):-

"Sejak saya berhenti kerja, saya dihujani dengan kesusahan yang datang silih berganti. Segala usaha tidak menjadi. Fikiran semakin kusut. Apakah sebenarnya yang Allah sedang aturkan? Persoalan yang tiada jawapan ketika itu membuatkan saya semakin cemas dan tiada harapan. Namun di sisi Allah, kesusahan itu berperanan demi untuk kesenangan saya. Akhirnya saya bertemu jawapan dalam memahami dan meyakini kebenaran janji Allah bahawa sunggu, bersama kesusahan ada kesenangan. Inilah yang saya mahu kongsikan". 

Thursday, April 23, 2015

Hadiah dari Suami

Kelmarin ada seorang lelaki nak beli novel untuk dihadiahkan kepada isterinya. Dia tanya saya mana novel baru. Saya tunjukkan dia satu novel dari Karnadya. Dia tanya best tak? Saya jawab saya tak tahu sebab saya belum baca. Lalu dia tanya saya mana yang saya dah baca (dan best). So, saya tunjuk satu novel dari Jemari Seni. Bukan novel baru tapi ianya memang menusuk sanubari bila membacanya. Seorang pelanggan saya cerita dia baca novel itu sampai menangis-nangis. Saya tidaklah sampai menangis, tapi memang saya akui memang best ceritanya bagi orang yang suka cerita cinta sedihlah. Bagi mereka yang suka cerita happy go lucky maybe tak kena dengan jiwa. Alhamdulillah, lelaki berkenaan membeli kedua-dua novel tersebut iaitu novel Wahai Kau Cinta tulisan Aina Emir (Karnadya) dan Rahsia Hati Sofia karya Nazurah Aishah (Jemari Seni). 

Wahai Kau Cinta-COVER
Wahai Kau Cinta mengisahkan Lisa yang trauma dengan kisah hidupnya. Dia pernah kecewa bercinta, pernah juga gagal dalam perkahwinan. Walaupun dia mempunyai pasa rupa yang cantik, namun dia berasa hidupnya tidak sempurna kerana nasib tidak sering menyebelahinya.
Kaysan, anak majikannya juga menaruh hati padanya. Namun, abang Kaysan iaitu Eshan kerap menunjukkan sikap yang tidak menyenangkannya. Sehinggakan dia sering menjadi buah mulut rakan di pejabatnya.Hidupnya menjadi lebih tertekan apabila perlu menepati permintaan tayta dan jiddo yang mahu menjodohkannya dengan lelaki pilihan mereka. Lisa bertambah buntu kerana dia masih belum bersedia untuk menerima kehadiran cinta dalam hidupnya.


Cinta Ikhmal dan sofea "terputus" kala sofea sedang sarat mengandungkan hilman...anak yang tidak pernah sekalipun ikmal lihat sejak dari lahir..paling menyayat hati bila sofea tak ingin anaknya lahir supaya ikatan antara dia dan ikhmal tak terputus.

Wednesday, April 15, 2015

Time is like a sword: if you don't cut it, it cuts you




During college years, my friend and I were among a few other students who managed to be in class early. One day, a lecturer asked my opinion whether she should wait for the other students to come in or just start the lecture. What would I do if I were her? I simply answered, “I don’t wait”.  The lecturer laughed and said, “You know, I used to lock the door against the latecomers”. Then, she began her lecture but of course she was generous enough to not to lock the door.  
  In our next meeting, the lecturer started her lecture right after she entered the classroom. As usual, there were students who came in late, even after the attendance sheet was passed around and returned to the lecturer.  When the lecturer called it a day, these students approached her and requested to sign the attendance sheet. This was the moment that I liked the most; she ignored their request by saying that it would be unfair to the students who were punctual. Thumbs up!

  So, to lecturers, speakers, event organizers, etc, please don’t punish the early comers by dragging the time to start the classes/seminars/events. What you need to do is not to grant the latecomers with something they don’t deserve -: wait and merit. 

Image result for pictures of waiting

Friday, April 10, 2015

Novel Suzan - Manaf Hamzah



Ini adalah novel terbaru tulisan Manaf Hamzah. Ada tak pembaca di sini ingin membelinya? Harganya RM50 termasuk pos. Sila contact saya sekiranya ingin memiliki buku ini ya. 012-7727567 atau 019-7404567. 

Sinopsis Suzan:-

Mereka bertemu juga akhirnya. Dua lelaki perkasa yang masing-masing memiliki semacam daya berangsang tersendiri lantaran disegani. Dan juga digeruni. Tetapi disebabkan sifat keakuan kedua-duanya merasakan maruah diri mereka seperti tergugat, yang boleh membuat kewibawaan mereka sebagai ketua yang dihormati, dipersoalkan andainya mereka tidak selesaikan apa sahaja sengketa mahupun perbalahan.
            Sesungguhnya, kedua-dua lelaki itu sudah lama bermusuhan. Malahan ia dikatakan sejak mereka  remaja lagi. Pasal apa? Entahlah. Bagaimanapun, kalau mereka telah bersikap musuh sekian lama dan terus berlarutan hingga ke usia dewasa tanpa berusaha mencari damai, membuktikan mereka sememangnya mengenali antara satu sama lain. Mungkin semasa remaja dahulu kedua-duanya adalah kawan baik tetapi disebabkan satu kejadian atau peristiwa hingga meretakkan hubungan persahabatan. Mereka pun berpatah arang.
            Pertemuan kedua-dua lelaki itu berlangsung di gudang lama dan kosong di kota Izmir. Masanya senja kerana pada ketika itu matahari berwarna kemerah-merahan dan berada dekat dengan kaki langit.
            Sebenarnya mereka tidak tahu akan kehadiranku. Aku telah mengekorinya dalam senyap-senyap kerana berasa bimbang. Begitulah perasaan yang tidak dapat dielakkan andainya kau cukup menyayangi seseorang itu...
            Hanya mereka berdua sahaja dalam pertemuan itu. Bertemu empat mata. Seperti yang telah aku jelaskan di atas tadi bahawa kedua-dua lelaki itu adalah ketua. Oleh itu mereka tidak membawa orang-orang mereka. Demi hendak menunjukkan juga bahawa mereka anak jantan yang tidak perlu seseorang untuk membantu mereka dari belakang terutama sekali anak-anak buah mereka.
            Aku telah berselindung di sebalik tembok tidak berjauhan dari mereka berada. Mereka berdiri dekat dengan tebing. Dalam jarak sepuluh kaki antara satu sama lain. Dua orang lelaki yang sama tinggi dan sama sasa. Bahkan, boleh dikatakan, sama-sama hebat. Sayang sekali aku tidak mengenali lelaki yang lagi satu itu. Lagipun, aku tidak pernah diberitahu tentang lelaki itu. Maklumlah, kalau sudah menjadi musuh ditambah dengan dendam kesumat, hendak menyebut atau fikirankan tentang orang itu tentulah menyakitkan hati...
Mereka berenungan tanpa berkerdip seolah-olah mengharapkan siapakah yang akan menyerang terlebih dahulu. Begitu tegang suasana antara kedua-duanya hingga kalau sebiji cawan kaca berada di tengah-tengah mereka, tentu akan berkecai juga.
            Namun air laut pada senja itu tenang saja. Ombak memukul lesu tebing gudang lama dan kosong itu seperti tidak menghiraukan ketegangan yang berlaku terhadap kedua-dua lelaki itu. Seolah-olah ingin menyaksikan dengan sabar apakah akan berlaku tidak lama lagi. Sepertimana aku sedang rasakan juga dengan penuh debaran. Yalah, apakah pertemuan yang penuh seteru itu akan berakhir dengan kematian? Dan aku telah berdoa tidak henti-henti di dalam hati agar tidak demikian halnya...
Tidak lama kemudian salah seorang dari lelaki itu pun bersuara dengan nada suara yang parau. Sayang sekali, aku tidak dapat mendengar dengan jelas apakah yang sedang diperkatakan. Lebih-lebih lagi dengan desahan ombak yang tidak henti-henti mendebur tebing berserta ciapan-ciapan burung-burung camar yang sedang terbang pulang ke sarang.
Bagaimanapun, aku dapat juga menangkap serba-sedikit beberapa perkataan dalam perbincangan yang bolehlah dikatakan hangat itu. Iaitu pasal ‘belot’, ‘racun’, ‘permata’ dan ‘kotak’. Dan mereka mungkin sudah berkelahi dengan sengit kalau tidak kerana kemunculan lelaki yang ketiga...!?
Lelaki yang ketiga itu mengenakan jubah dan menutup separuh wajahnya agar tidak boleh dikenali. Tidak salah lagi mahu merahsiakan tentang gerangan dirinya yang sebenar. Tetapi dia tidak seorang diri. Dia membawa bersama-sama empat orang lelaki yang berpakaian serba hitam dan menutup wajah-wajah mereka juga. Tidak salah lagi anak-anak buahnya yang setia. Atau mungkin orang-orang upahannya.
Kehadiran lelaki ketiga yang diselubungi rahsia itu sudah tentulah memeranjatkan kedua-dua lelaki tadi. Ini disebabkan mereka tidak mengharapkan orang lain masuk campur dalam perbalahan mereka itu. Tiada orang lain pun sepatutnya tahu akan pertemuan itu. Malahan, anak-anak buah mereka sendiri tidak diberitahu tentang itu. Justeru membuktikan orang ketiga yang rahsia itu tahu tentang mereka dan mengawasi gerak-geri mereka.
Akhirnya kedua-dua lelaki itu mendapat kesimpulan bahawa pertemuan mereka itu sebenarnya telah dirancang. Dan perancangnya tidak lain adalah lelaki rahsia itu. Seyogia, mereka sebenarnya telah diperalatkan agar lelaki rahsia itu dapat apa yang dihajatkan. Iaitu rahsia yang disimpan oleh kedua-dua lelaki itu. Rahsia yang telah membuat mereka bermusuhan selama ini...
Menyedari bahawa mereka telah dipergunakan, maka kedua-dua lelaki itu pun berganding bahu untuk menentang lelaki rahsia dan keempat-empat kuncunya itu. Untuk masa itu sahaja kedua-dua lelaki itu melupakan permusuhan antara mereka.
Berlakulah pertempuran sengit di gudang lama dan kosong serta sunyi itu. Sedang kuncu-kuncunya bermati-matian menentang kedua-dua lelaki itu, lelaki rahsia itu hanya menyaksikan sahaja dengan tubuh yang tegak penuh keangkuhan. Dia seolah-olah cukup yakin anak-anak buahnya itu dapat mengalahkan kedua-dua lelaki itu.
Aku hanya dapat menyaksikan adegan yang mencengkam jiwa itu dari persembunyianku dengan  linangan air mata. Maklumlah, aku tidak dapat berbuat apa-apa. Sememangnya aku seorang perempuan yang lemah. Namun begitu, hasrat untuk menyerang lelaki rahsia itu cukup kuat sekali. Terutama sekali, aku mahu tahu siapakah gerangannya yang sebenar. Tetapi aku tidak buat demikian demi keselamatan. Juga, demi janji. Janji yang telah aku lafaskan bahawa walau apapun terjadi aku harus teruskan hidup...
Memang benar bahawa kedua-dua lelaki itu akhirnya dapat ditewaskan. Salah seorang dari lelaki itu aku lihat telah terbaring dan kaku dengan tubuhnya berlumuran dengan darah. Mungkin telah dapat ditewaskan dan dibunuh. Lebih-lebih lagi apabila lelaki rahsia itu telah menghampirinya, menggoyang tubuh itu dengan kakinya. Dan apabila tubuh itu terus kaku, dia telah mendengus-dengus sengit. Kemudian dia telah memandang kepada anak-anak buahnya itu seraya menjerkah bahawa mereka tidak sepatutnya membunuh lelaki itu. Yalah, dengan lelaki itu mati, apa saja maklumat penting yang ingin diperolehi lelaki rahsia itu terkubur juga.
Bagaimanapun, harapan lelaki rahsia itu masih ada. Dan ianya tidak lain melalui lelaki yang lagi satu itu. Lelaki tersebut juga telah dapat ditewaskan tetapi masih hidup. Cuma setakat dalam keadaan nyawa-nyawa ikan sahaja. Tubuhnya juga berlumuran dengan darah menunjukkan kecederaan yang dialaminya dalam pertempuran tadi cukup parah.
Atas arahan lelaki rahsia itu lelaki yang cedera parah itu dibawa pergi. Sementara lelaki yang telah dibunuh itu mereka humban ke dalam laut...
Jangan terperanjat dengan pengakuanku ini, anakku, sesungguhnya salah seorang lelaki itu sebenarnya adalah ayahmu...

Tuesday, March 24, 2015

A Good One

I wish you take some time and watch this interesting video.

Monday, March 9, 2015

Surat Ungu Untuk Nuha


Best cerita ni. Ada suka, ada duka. Ada tawa, ada airmata. 




Tuesday, March 3, 2015

Teruskan Perjuangan


Kepada anak-anak yang mendapat keputusan STPM semalam dan SPM hari ini, tahniah diucapkan. Walau apa pun keputusannya, ianya tidak berhenti di situ. Teruskan pembelajaran setinggi mungkin. Kalau ketika sekolah keputusannya tidak bagus, mungkin Allah hold untuk satu saat lain untuk keputusan yang lebih cemerlang. Mungkin di universiti nanti, mungkin dalam perniagaan, atau mungkin juga dalam perkahwinan dan penjagaan anak-anak. Kemungkinan juga Allah gantikan keputusan kita yang biasa-biasa itu dengan kesihatan yang baik berbanding orang lain, atau ketenangan minda tidak seperti orang lain. Semuanya dari Allah. Dia Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kita. Just do your best, Allah will do the rest. Ok?  

Tuesday, February 24, 2015

Dedaun Hijau di Angin Lalu - Manaf Hamzah

Coretan di saat mahu menutup kedai untuk hari ini.  Sudah lama tak upload gambar novel Dedaun Hijau di Angin Lalu.  Novel tu masih ada di Nazqim Bookstore dan order dari customer pun ada, macam biasa. Alhamdulillah dan terima kasih kepada pelanggan.  
   Kepada yang masih tercari-cari novel 'evergreen' ini, bolehlah contact saya ye. Ada nombor telefon di sebelah tepi tu kan? Nak call boleh, sms atau whatsapp pun boleh. Cuma, penghantaran hari lain tak bolehlah. Terima kasih kepada yang memahami jadual saya ke Pos Laju yang hanya pada hari Rabu. Esok, saya pos novel Dedaun Hijau di Angin Lalu ini untuk pelanggan di Bangi. Semoga selamat diterima pada hari Khamis. Amin. 
      


p/s: Disamping baca novel, jangan tinggalkan baca Al-Quran ye. 

Sunday, February 15, 2015

Video Tribute buat Allahyarham Nik Abdul Aziz Nik Mat

Tidak pernah bertemu, namun, perginya merentap kalbu. Terima kasih kepada orang-orang yang berkongsi gambar dan cerita ketika beliau masih bernyawa dan juga ketika beliau kembali kepada Ilahi; Rabbul Izzati. 



Lirik Lagu Ungu - Bila Tiba 
(Ost. Sang Kyai)

Saat tiba nafas di ujung hela
Mata tinggi tak sanggup bicara
Mulut terkunci tanpa suara

Bila tiba saat berganti dunia
Alam yang sangat jauh berbeda
Siapkah kita menjawab semua
Pertanyaan

Bila nafas akhir berhenti sudah
Jatung hatipun tak berdaya
Hanya menangis tanpa suara
Ooo

Mati tak bisa untuk kau hindari
Tak mungkin bisa engkau lari
Ajalmu pasti menghampiri

Mati tinggal menunggu saat nanti
Kemana kita bisa lari
Kita pastikan mengalami
Mati

Mati tak bisa untuk kau hindari
Tak mungkin bisa engkau lari
Ajalmu pasti menghampiri

Mati tinggal menunggu saat nanti
Kemana kita bisa lari
Kita pastikan mengalami
Mati




Friday, February 13, 2015

Tok Guru yang Mentadbir Sudah Pergi

Semalam, hampir sehari suntuk saya menyaksikan/mendengar youtube mengenai kewafatan Nabi Muhammad s.a.w. Entah kenapa tergerak hati untuk mendengar ceramah sebegitu.  
           Mendengar cerita ustaz mengenai kesedihan sahabat-sahabat Rasulullah apabila Baginda telah tiada, terutamanya Bilal yang tidak mahu lagi melaungkan azan. Namun dek pujukan cucu-cucu Nabi s.a.w, Bilal gagahkah diri, kuatkan hati untuk melaungkan azan. Namun, di saat menyebut kalimah "Ashadu anna Muhammad Rasulullah", Bilal rebah lalu pitam. Begitulah sayangnya Bilal kepada Rasulullah. 
      Siapa sangka, gerak hati itu seperti berkait. Siang mendengar cerita kewafatan Nabi s.a.w, malam pula mendapat berita Tok Guru Nik yang kuat mengamalkan sunnah Nabi s.a.w ini pula meninggal dunia malam tadi, pada pukul 9.40.  
                    Mungkin ada yang tidak menangis, namun saya gagal menahan airmata. Sungguh sebak hati ini menerima berita ini, namun bersyukur kerana menyanjungi dia ketika hayatnya, bukan sekadar mengenangnya selepas ketiadaannya.  
               Tok Guru Nik Aziz, hamba Allah yang dianugerahi ilmu agama dan ilmu kepimpinan.  Tak ramai tok guru yang memegang pucuk pimpinan. Haji Hadi pun memegang jawatan Menteri Besar Terengganu hanya sekejap iaitu dari 30.11.1999 - 21.03.2004 namun Nik Aziz menjadi Menteri Besar Kelantan selama 23 tahun ( 22 Oktober 1990 - 6 Mei 2013). Pentadbiran yang Islamik. Semoga Allah menerima segala amal dan usaha beliau menaikkan agama Islam di bumi Kelantan khususnya dan Malaysia amnya. 

Innalillahiwainnailahiraajiun. Didoakan Tok Guru terlepas siksa kubur dan dimasukkan ke dalam syurga. Semoga sahabat-sahabat dan anak-anak didikannya tabah dan terus menyambung perjuangan beliau. Takziah kepada keluarganya.  





Tuesday, February 10, 2015

Sedih

Sedih dengan keputusan Mahkamah Persekutuan hari ini. 




Saya suka dengan komen seseorang di FB Harian Metro:

Seorg pelakon lucah mempertahankn diri dr dirogol sehingga patah kaki
Seorg wanita sanggup ditoreh muka dr dirogol yg berlaku di kelantan
Seorg warga india dihukum penjara kerana membunuh jiran yg memasuki rumahnya kerana ingin merogolnya

Seorg lelaki hanya membiarkn dan menoggeng shaja untuk diliwat oleh seorg org tua dan hanya membuat laporan polis beberapa hari selepas itu..
Sekian

Friday, January 30, 2015

Membakar Syurga Mengguyur Neraka - Hana Ilhami


Harga: RM30.00
Penulis: Hana Ilhami
Penerbit: Karya Seni

Sinopsis:

Najiha...Demi merealisasikan hasrat dan menggembirakan Dona, dia menghubungi Rahul yang membawa diri ke Amerika selama tiga tahun. Demi kebahagiaan sahabatnya yang beragama Hindu itu, dia memujuk Rahul agar pulang ke pangkuan keluarga. Namun, siapa sangka niatnya menghubungi Rahul membawa episod baru dalam hidup Rahul.

"Kalau saya tahu hidup saya akan terganggu macam ni, tak ingin saya hubungi awak dulu",, - NAJIHA.

"From now on, I'll follow you like a shadow of your life, Jiha", - RAHUL-

RAHUL...Kepulangan Rahul menggembirakan seisi keluarga Dona tetapi tidak bagi Najiha. Hidupnya menjadi huru-hara setelah Rahul mengetahui Dona bukan sekadar merahsiakan penyakitnya, tapi Dona mempunyai rahsia yang lebih besar dari itu. Dona mahu memeluk agama Islam. Siapa lagi yang harus dipersalahkan selain sahabat baik adiknya, Najiha?

Perdebatan dan kesangsian Rahul terhadap Najiha luntur sedikit demi sedikit melalui penerangan dan sikap Najiha, Baginya, Najiha lain berbanding dengan perempuan beragama Islam yang pernah dicintainya suatu ketika dulu. Hatinya mula tertarik. 

Tapi lain pula dengan Najiha. Citarasanya cuma kepada lelaki gred A yang tahu menghormatinya dan syarat utama mesti Islam! Namun pada masa yang sama, Dona turut membuat permintaan. 

"Kalau aku minta kau mengguyur neraka seseorang, kau sudi tak", - DONA-

"Neraka siapa pula yang kau nak aku guyur ni?" -NAJIHA-

"Rahul..." -DONA-

Kehadiran Hadi, lelaki misteri yang mempunyai kecelaruan naluri turut menambahkan rasa dalam hatinya. Kehadiran Hadi yang muncul tiba-tiba membawa kesan terhadap perjuangannya.

"Sudikah kau mengguyur nerakaku?" -HADI-

Demi sahabat dunia dan akhiratnya, haruskah Najiha memadamkan perasaannya terhadap lelaki gred A yang selama ini begitu didambakan? Bagaimana bila bendi bertukar cinta? Mampukah Najiha menepisnya? Bila tiba-tiba lelaki songsang mahu menagih cinta, perlukah Najiha membuktikan jihadnya? Antara lelaki gred A, lelaki musyrik dan lelaki songsang..siapa sebenarnya yang bertakhta dalam hatinya? 

Assalamualaikum Beijing

Macam Menarik, tapi tak tahulah. Saya share sebelum habis menontonnya. :)

Tuesday, January 20, 2015

Jadual Penghantaran



Saya mula tetapkan hari saya deliver barang, i.e. pergi ke pos laju untuk pos novel yang dibeli seminggu sekali berdasarkan konsep yang telah dijalankan oleh supplier saya yang supply barang-barang dalam gambar di atas.  
    Beliau hanya hantar barang pada hari Rabu.  Ketika itu saya pergi ke pos laju mengikut order yang saya dapat.  Kadang-kadang tiap-tiap hari berturut-turut.  Bila supplier saya tetapkan dia hantar barang pada hari Rabu saja, saya pun tiru cara dia.  Saya rasa ianya lebih menjimatkan masa, tenaga dan of course wang sebab nak ke pejabat pos dari kedai saya makan masa juga.  Duit minyak, duit parking dan sebagainya.  Perkara yang lain dari cara kita, kita jangan kutuk dulu, kita fikir dan kalau elok, boleh je kita ikut cara mereka kan?
     Selama ini, tidak pernah ada yang merungut dengan cara itu.  Saya memang pergi ke pejabat pos pada hari Rabu sahaja.  So, saya akan pos novel-novel pada satu hari itu saja, kecuali memang ada keperluan untuk saya ke pusat bandar atas urusan penting seperti ke bank dan sebagainya, barulah saya sekali jalan ke pos laju sekali walaupun hari itu bukan hari Rabu.  
    Tapi, Tuhan ketemukan juga dengan hambaNya yang merungut dengan penetapan hari penghantaran ini.  Melihat bahasa pada message whatssappnya buat saya rasa terkilan.  Husband kata tak perlu layan orang sebegini.  That means tak perlu berurusniaga dengan dia.  Tapi, saya fikir, ini pelanggan, so takpelah telan je dengan complainnya tu.   
      Rupanya selepas itu ada lagi masalah lain dengan orang yang sama.  Entahlah, selama ni, bukan setakat cikgu, doktor pun ada beli novel dengan saya, tapi tidak ada masalah.  Tutur kata terjaga elok saja.  Jadi, mungkin kalau hati kita sudah rasa tidak sedap hati from the very beginning, better jangan teruskan urusniaga tersebut.  
     Bagi saya, tidak kira kita customer atau supplier, kita perlu hormat menghormati sesama kita.  Tidak semestinya kita pelanggan, kita boleh cakap atau marah sesuka hati pada penjual.