Perkhidmatan Kami

Perkhidmatan Kami
DEDAUN HIJAU DI ANGIN LALU-MANAF HAMZAH

DEDAUN HIJAU DI ANGIN LALU


Alhamdulillah, ramai yang membeli novel lagenda ini :), dari utara ke selatan.  Ada dari Kedah, Perak, Johor, Selangor, Negeri Sembilan dan Pantai Timur.  Oleh kerana sambutan yang menggalakkan, Nazqim Bookstore telah menambah stok novel Dedaun Hijau di Angin Lalu.  Sila hubungi kami untuk urusan pembelian dan penghantaran. 012-7727567 atau 019-7404567

Tuesday, November 29, 2011

Aurat

"Menutup aurat adalah pakaian wanita solehah. Wanita yang jahat tidak akan mampu memakai pakaian wanita solehah", Imam Global, Solusi Isu No: 38.

Monday, November 28, 2011

Hadiah Buat Muslimah


Tajuk: Hadiah Buat Muslimah - Panduan Asas Fiqah Wanita
Penulis: Ustazah Dato' Siti Nor Bahyah Mahamood & Ida Ezyani Othman
Penerbit: Telaga Biru
Harga: RM30

Terkandung di dalamnya perkara asas Fardhu Ain khusus yang berkaitan dengan wanita seperti bersuci, jenis air, pembahagian najis, istinjak, wuduk, tayamum, jenis darah, mandi, solat, menutup aurat, solat jenazah, zakar, berpuasa, haji, perkahwinan, pergaulan, perhiasan, mendidik anak dan poligami.

Thursday, November 17, 2011

Bersyukurlah

Saya pasti sudah ramai ibubapa yang mengambil duit RM100 sumbangan kerajaan untuk anak-anak sekolah. Saya juga sudah mengambilnya pagi tadi. Saya hanya ada seorang anak yang bersekolah tahun ini, jadi kami hanya dapat RM100. Alhamdulillah. Walau apapun sebabnya kerajaan mengambil keputusan untuk mengagihkan duit ini, yang pasti bagi kita yang terpilih untuk menerimanya, bersyukurlah.
Namun, sedikit kesal di hati ini bila mendengar komen segelintir rakan yang mengeluh diatas sumbangan ini. Ada yang rasa mereka tidak sepatutnya dapat, mungkin berasa mereka sudah senang, jadi wang itu sepatutnya diberi kepada yang lebih layak. Ada juga yang rasa ini mainan politik, dan tidak kurang yang membebel terpaksa mengambil cuti semata-mata untuk mengambil duit RM100 yang pada pandangan mereka, tidak dapat pun tidak apa. Kenapa ye jadi begini.? Rungutan seolah-olah menjadi trend semasa kita? Orang memberi kita mengeluh, orang tidak hirau, kita merungut?
Wahai teman, apa yang diberi, ambillah dengan hati yang terbuka. Walaupun kita rasa kita 'over qualified' untuk menerima sumbangan ini, kita ambil sajalah, dan kemudian kita bagi kepada orang yang memerlukan yang saya yakin memang ramai di sekeliling kita. Jangan merungut, tolonglah. Ambil contoh adik Muhammad Zal Zikri, 10 tahun, dari Kuantan, Pahang yang memberi sebahagian dari wang RM100 kepada rakan karibnya, Danish, seorang murid miskin (credit to Harian Metro, Rabu, 16/11/2011). Kalau seorang budak darjah empat boleh berfikir sejauh itu, kenapa tidak kita orang yang lebih berusia ini? Kalau orang lain boleh ambil cuti semata-mata untuk datang ke sekolah untuk mengambil wang ini, kenapa mesti kita marah-marah kerana kekangan kerja. Kalau rasa taknak ambik, telefon pihak sekolah, beritahu taknak ambil dan minta pihak sekolah agihkan kepada mereka yang lebih memerlukan atau mungkin boleh dermakan saja kepada tabung sekolah. Masih ramai yang inginkan sumbangan seperti ini. Saya dikelilingi oleh pekerja kilang yang ada di antara mereka mempunyai basic salary RM700 sahaja sebulan dan mempunyai ramai anak yang bersekolah. Jadi, RM100 untuk setiap anak adalah satu rahmat besar bagi keluarga mereka. Lagi satu, ingat ye, hanya mereka yang bersekolah di sekolah kerjaan saja yang dapat, mereka yang bersekolah swasta tidak layak. So, grab the opportunity, take the money, and if you think you don't deserve it, just give it to the needy. Itupun nak kena ajar ke?
Saya memang hairan, diberi salah, tak bagi pun salah. Saya teringat isu bantuan yuran bulan kepada tadika. Saya lupa berapa had gaji yang layak untuk mendapat bantuan ini, tapi yang sedihnya, ada yang sanggup tipu slip gaji semata-mata untuk mendapat wang itu. Sanggup taip sendiri slip gaji, sanggup jumpa ketua kampung/penghulu untuk pengesahan, dan seterusnya tanpa rasa bersalah, dengan menaiki kereta besar, dengan memegang telefon canggih, datang mengambil wang bantuan tersebut. Di mana rasa bersalah? Tidakkah rasa berdosa? Anda telah mengambil hak orang. Halalkah duit itu? Bukankah ianya digunakan untuk anak anda menimba ilmu? Jadi, bagaimana nasib anak anda yang menerima ilmu dari pembiayaan seperti itu? Memang seronok, tidak payah bayar yuran tadika lagi, bukan sebulan, tapi setahun. Ya lah, kerajaan dah bayar, tapi hasil penipuan anda. Ingat...ianya seperi mencuri. Kalau ada tadika yang yurannya sudah termasuk dengan makanan, jadi anak anda pun makan free di tadika, jadi darah daging. Bukankah kita diingatkan supaya menjaga pemakan kita dari perkara syubhah?
Kalau bukan hak kita, janganlah kita cuba mengambilnya. Namun, jika orang memberi, ambillah dengan tangan terbuka. Apa sahaja yang kita ada, wahai teman, bersyukurlah.

Wednesday, November 9, 2011

Ombak Rindu

Dulu, hanya sekadar novel, kini ianya telahpun difilemkan. Cetakan pertama bermula pada tahun 2002 diikuti dengan cetakan kedua dan ketiga pada tahun yang sama. Sehingga tahun ini, novel ini telah dicetak sebanyak 22 kali.
Kulit asal Ombak Rindu





Setelah difilemkan, dicetak dengan gambar pelakon sebagai kulit muka.

Tajuk: Ombak Rindu

Penulis: Fauziah Ashari

Harga: RM19.90

Penerbit: Alaf 21


Sinopsis:


Izzah, gadis yatim piatu yang kematian orang tua akibat kemalangan orang tua akibat kemalangan jalan raya. Dia terpaksa tinggal bersama bapa saudaranya, Pakcik Taha. Namun, kehadirannya didalam keluarga itu dianggap sebagai pembawa malang.

Disebabkan tabiat suka berjudi, Pakcik Taha sanggup menjual anak saudaranya itu kepada tauke kelab malam. Izzah terpaksa walaupun hatinya tidak rela diperlakukan sebegitu. Namun, sebagai wanita, dia pasrah.

Di situ, Izzah telah berkenalan dengan Hariz. Atas dasar simpati, Hariz membawa Izzah keluar dari neraka jahanam itu. Hariz juga bersetuju mengahwini Izzah tetapi dengan syarat. Perkahwinan ini mesti dirahsiakan daripada Datuk Suffiah!

Tanpa disedari perasaan sayang mula berputik di hati Izzah. Namun, Hariz dipaksa mengahwini Mila Amylia. Bahagiakah rumahtangga yang dibina dengan kehadiran orang ketiga? Sebagai lelaki, apakah pilihan Hariz? Sesungguhnya cinta sejati datangnya hanya sekali.