Perkhidmatan Kami

Perkhidmatan Kami
DEDAUN HIJAU DI ANGIN LALU-MANAF HAMZAH

DEDAUN HIJAU DI ANGIN LALU


Alhamdulillah, ramai yang membeli novel lagenda ini :), dari utara ke selatan.  Ada dari Kedah, Perak, Johor, Selangor, Negeri Sembilan dan Pantai Timur.  Oleh kerana sambutan yang menggalakkan, Nazqim Bookstore telah menambah stok novel Dedaun Hijau di Angin Lalu.  Sila hubungi kami untuk urusan pembelian dan penghantaran. 012-7727567 atau 019-7404567

Wednesday, July 25, 2012

Pelarian Rohingya

Kalau saya wartawan, berita mengenai pelarian Rohingyalah yang akan saya tulis di saat ini.  Akan saya cari berita mengenainya dan akan saya sebarkan kepada semua.  Namun, saya bukanlah wartawan dan sumber yang didapati untuk berita ini sekadar didapati dari orang lain.  Mereka yang berhati mulia yang sudi pergi sendiri ke tempat kejadian, merakam gambar dan melapor berita, seperti yang dilakukan oleh wartawan-wartawan Harian Metro.  Berita mengenai Rohingya di Rakhine, Myanmar ada dalam Harian Metro sejak semalam, bersambung hari ini dan esok, kemungkinan juga hari-hari seterusnya.  Well done and congrats.  Rohingya di Malaysia pun ramai.  Mereka ada Pusat Maklumat sendiri.  Bacalah.    Mana tahu kalau ingin menderma, berzakat, menyumbangkan pakaian, makanan dan sebagainya.  Nasib Rohingya di sini agak baik berbanding saudara mereka di Rakhine, Myanmar.   Hak kerakyatan mereka dinafikan.  Rumah mereka dibakar.  Ramai yang meninggal.  Sadis.

Monday, July 23, 2012

As-Salihin Bersiaran di Best 104


JOM DENGAR!!!
TEMUBUAL EKSKLUSIF as-Salihin Trustee Berhad di stesen radio BEST 104 sensasi selatan pada setiap hari RABU jam 11 pagi sepanjang bulan RAMADHAN
*                      25 Julai 2012
*                      1 Ogos 2012
*                      8 Ogos 2012
*                      15 Ogos 2012
Dengarkan juga PROMO PRODUK dan UCAPAN BERBUKA PUASA dan HARI RAYA setiap hari di bulan RAMADHAN

Frekuensi:
104.1 fm - Johor, Lembah Klang, Selangor, Perak, Singapura & Riau
102.5 fm – Johor timur & Pahang
94.8 fm – Johor, Melaka, N.Sembilan & Selangor

Dengarkan secara online di https://www.facebook.com/best104


Friday, July 20, 2012

Mouth & Foot Painting Artists Sdn Bhd




Pagi tadi, saya menerima satu bungkusan yang mengandungi 8 keping kad raya kosong.  Ingatkan suami yang menempah kad raya tersebut, namun bila membaca surat yang dilampirkan, baru saya tahu, ianya seperti 'presale'.  Mereka menghantar kad-kad raya tersebut kepada kita tanpa menerima tempahan terlebih dahulu.  Kalau kita berkenan, kita simpan kad-kad itu dan hantar pembayaran kepada mereka.  Kalau tak suka, pulanglah balik dengan menggunakan sampul surat yang sama.  Siapakah mereka yang dimaksudkan?  Mereka adalah pelukis-pelukis dari Persatuan Pelukis Mulut dan Kaki Sdn.Bhd.  Harga untuk 8 keping kad raya adalah RM35.00.  Lebih kurang RM4.00 sekeping.  Ianya agak mahal kalau dibandingkan dengan kad raya yang boleh kita dapati di kedai.  Tetapi mereka ini melukis dengan kaki atau mulut.  Kita yang mempunyai tangan ini pun mungkin tidak mampu untuk melukis sebaik mereka.  Jadi, jikalau mahu membeli dengan mereka, saya rasa janganlah terlalu berkira dengan harganya.  Hayatilah kualiti dan cara penyampaiannya.  Suami saya pula takut untuk membeli sebab ini pertama kali kami menerima surat sebegini.  Takut ditipu oleh orang yang tidak bertanggungjawab yang mengambil kesempatan menggunakan nama persatuan ini untuk meraih keuntungan.  Soal sebegini di luar kuasa kita jadi kita serahlah pada Yang Maha Esa. Kita membeli dengan niat mahu membantu mereka yang kelainan upaya ini mendapat pendapatan untuk kelangsungan hidup.  InsyaAllah kita akan dapat pahala.  Segalanya berdasarkan niat.  Saya cari dalam internet dan mereka ada wesite.   http://mfpa.tripod.com .  Ada juga blogger yang menceritakan kisah mereka di sini .  Bukan sekadar kad raya, mereka juga ada menjual barangan lain seperti buku alamat, buku cerita, jigsaw puzzle, kertas pembalut hadiah dan kalendar.  Kepada yang ingin membeli dari mereka, bolehlah ke alamat ini:- Lot 327, Tingkat 2, Ampark Park Shopping Centre, Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur.  Telefon:--03-21618860.  Happy buying !  Kita tolong mereka, ok?  

Monday, July 9, 2012

Bolehkah Anak Angkat Mewarisi dari Ibubapa Angkatnya?

Anak angkat bukan waris ibubapa angkatnya, jadi dia tidak boleh mewarisi harta mereka.  Tapi, kalau kita ada angkat, dan kita mahu memberi sebahagian harta kita kepada dia, bolehlah menyatakannya dalam wasiat.  Selalunya orang yang ada anak angkat, kasih sayang mereka kepada anak angkat sama macam anak kandung.  Namun, kalau tidak beringat untuk menulis wasiat, anak angkat ini tidak dapat apa-apa pun harta jika ibubapa angkat meninggal dunia.  

Friday, July 6, 2012

Suami Aku Ustaz - Hannah Dhaniyah-KaryaSeni

Tajuk :  Suami Aku Ustaz
Penerbit:  KaryaSeni
Penulis: Hannah Dhaniyah
Harga:  RM22.00


Bila saya belek-belek buku ini, macam best pulak, lalu saya decide untuk baca keseluruhan cerita.  Novelnya menarik, sebab cerita yang lain dari yang lain.  Selalunya cerita kahwin paksa yang klise adalah kena tangkap basah, perempuan miskin kahwin dengan lelaki kaya atau tomboy kahwin dengan bos dan sebagainya.  Kali ini Hannah Dhaniyah memaparkan kisah seorang remaja perempuan yang dipaksa kahwin kerana ibubapanya bimbang untuk meninggalkannya seorang diri bila mereka ke Mekah untuk menunaikan haji.  Baru berumur 17 tahun, SPM pun belum ambil lagi dah kena kahwin?  Itulah yang berlaku pada Alisa.  Tidak dapat tidak, arahan orang tuanya terpaksa diikuti.  Lalu, kahwinlah dia dengan sepupu cum ustaz sendiri, Ustaz Hafiz.  Saya tertunggu-tunggu juga konflik yang bakal muncul dalam novel ini, namun klimaksnya tidaklah begitu tragis.  Kalau itu yang dikatakan klimaks, yang saya nampak hanyalah bila Hafiz difitnah mempunyai hubungan sulit dengan anak murid sendiri dan buat Alisa pula ketika dia diminati rakan sekampus yang juga diminati olehnya.  Namun, konflik cepat diselesaikan tanpa ada yang meleret-leret.  Namapun kahwin dengan ustaz, yang banyak melakukan qiam dan mengaji, segala badai dalam rumahtangga diatasi dikemudi dengan bijaksana dan penuh kesabaran.  Lama-kelamaan, Alisa dewasa dengan arus masa dan tunjuk ajar Ustaz Hafiz.  Menarik juga ceritanya.  Banyak kisah Nabi s.a.w diceritakan secara tidak langusung dan juga banyak persoalan agama diolah menjadi dialog yang menarik dan senang difahami.  Well done.  

Tuesday, July 3, 2012

Wasiat untuk IbuBapa yang bukan Islam


Ada di kalangan kita yang mempunyai ibubapa yang bukan Islam.  Ibubapa yang bukan Islam tidak layak menerima harta pusaka anak yang sudah masuk Islam.  Hanya orang Islam boleh mewarisi daripada orang Islam. Sekiranya ibubapa seseorang itu  bukan Islam, mereka tidak boleh mewarisi daripadanya, tetapi dia boleh  berwasiat sebanyak 1/3 dari hartanya untuk diberikan kepada ibubapa dan saudara yang bukan Islam.  Kita juga boleh  menerima pemberian melalui Wasiat daripada saudara atau kawan bukan Islam.