Perkhidmatan Kami

Perkhidmatan Kami
DEDAUN HIJAU DI ANGIN LALU-MANAF HAMZAH

DEDAUN HIJAU DI ANGIN LALU


Alhamdulillah, ramai yang membeli novel lagenda ini :), dari utara ke selatan.  Ada dari Kedah, Perak, Johor, Selangor, Negeri Sembilan dan Pantai Timur.  Oleh kerana sambutan yang menggalakkan, Nazqim Bookstore telah menambah stok novel Dedaun Hijau di Angin Lalu.  Sila hubungi kami untuk urusan pembelian dan penghantaran. 012-7727567 atau 019-7404567

Tuesday, September 8, 2015

Pekerja-Jangan Terlalu diberi Muka, Kelak Hati Akan Terluka

Apa yang berlaku kebelakangan ini mengingatkan saya kepada pekerja pertama saya. Marsya, seorang gadis Pan Asian bekerja dengan saya secara part-time selama setahun lebih kalau tidak silap saya; Julai 2010 ~ November 2011. Ketika itu dia di tingkatan 3 dan akan menduduki peperiksaan PMR. Marsya akan datang ke kedai pada waktu petang dan mengambil alih menjaga kedai sampai malam dan seterusnya menutup kedai pada pukul 9.30 malam. 
        Sepanjang lima tahun saya membuka kedai ini, Marsyalah pekerja yang paling menyenangkan hati saya. Dia tidak banyak cakap dengan saya. Saya pun bukanlah jenis orang berbual. Apa yang saya suka, kalau saya tegur, dia tidak menjawab balik. Dia akan kata "ok, sorry". Selalunya saya akan tegur dia melalui SMS. Setiap message saya kepadanya akan dibalas walaupun sekadar ok. Jadi saya tahu dia telah terima, baca dan faham apa yang saya hendak sampaikan. Dia tidak pernah ambil cuti mengejut. Apa yang dibuatnya mengikut perancangan dan kalau perlu cuti, dia akan maklumkan kepada saya lebih awal. Saya rasa Marsya seorang gadis yang matang dan pandai menjaga hak dan perasaan orang. 
       Oleh kerana di tahun 2010 itu dia ada peperiksaan besar, dia akan buat kerja sekolah di kedai sambil menunggu pelanggan setelah dia buat kerja rutinnya; menyapu dan lap rak buku. Saya juga izinkan dia buat study group di kedai saya. Asalkan tidak menggangu layanan dia kepada pelanggan, tidak mengapa. Kalau ada pelanggan, dia mesti utamakan mereka dulu. Saya tidak mahu jadi majikan yang terlalu berkira dalam segala segi. 
     Setelah Marsya berhenti, saya ada beberapa lagi pekerja part-time. Mostly pelajar lepasan SPM dan STPM atau kolej. Mereka bekerja dengan saya sementara menunggu keputusan. Memang tidak sama dengan Marsya, walaupun secara luarannya mereka nampak lebih muslimah.   Macam-macam masalah yang saya hadapi bersama pekerja-pekerja baru selepas itu. Ada yang tidak faham arahan, ada yang menjawab dan suka memberi alasan bila ditegur, ada yang suka ambil cuti last minute dan yang paling menyakitkan hati bila dia melangkau garis sempadan seorang pekerja. Tidak tahu mana baik dan buruk bila berkomunikasi dengan majikan. Terlalu mesra seperti keluarga amatlah tidak kena dengan prinsip saya. Bagi saya, majikan dan pekerja harus kekal begitu. Kena ada beza antara pekerja, kawan dan keluarga. Pekerja memang tidak harus diberi muka untuk duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan majikan. Tidak perlu untuk pekerja tahu urusan peribadi majikan. Bila ini berlaku, pekerja mudah lupa diri. Bila ditegur yang perbuatannya menyakitkan hati, dia akan mempertahankan diri. Lebih melukakan hati sekiranya dia rasa apa yang dia buat itu tidak salah hanya kerana mereka tiada niat untuk melakukan apa-apa kesalahan. Harus diingat, ini bukan kes jenayah seperti kes bunuh yang memerlukan niat untuk disabitkan kesalahan. Bila ianya terjadi, ia terjadi. That's it. 
          Kepada anda di luar sana, berhati-hatilah memilih pekerja. Jangan terlalu rapat dengan mereka. Biar mereka tahu, mereka hanya pekerja dan hanya perlu mengambil berat hal kerja, tidak lebih dari itu. Perwatakan luaran tidak menjamin pekerja anda tidak menikam anda di belakang suatu hari nanti. Bila diberi muka, semua kemungkinan boleh terjadi.