Perkhidmatan Kami

Perkhidmatan Kami
DEDAUN HIJAU DI ANGIN LALU-MANAF HAMZAH

DEDAUN HIJAU DI ANGIN LALU


Alhamdulillah, ramai yang membeli novel lagenda ini :), dari utara ke selatan.  Ada dari Kedah, Perak, Johor, Selangor, Negeri Sembilan dan Pantai Timur.  Oleh kerana sambutan yang menggalakkan, Nazqim Bookstore telah menambah stok novel Dedaun Hijau di Angin Lalu.  Sila hubungi kami untuk urusan pembelian dan penghantaran. 012-7727567 atau 019-7404567
Showing posts with label Others. Show all posts
Showing posts with label Others. Show all posts

Wednesday, December 2, 2015

RADIO DIGITAL ISLAMIK AL-QURAN

Nazqim Bookstore ada menjual radio digital Islamik ini. Harganya RM200.00. Untuk mendapatkannya, sila hubungi 012-7727567.

Radio ini mengandungi 2,150 program  tajuk berkaitan agama dalam sebuah radio meliputi:

❤ Bacaan lengkap Al-quran 30 juzu' dari qari yang muktabar
❤ Terjemahan semua surah (114 Surah)
❤ 1,100 tajuk ceramah-ceramah agama daripada ustaz / ustazah terkenal Malaysia dan Indonesia
❤ 372 tajuk Soal Jawab Agama
❤ Doa-doa Harian, Berzanji, Zikir, Cara Tahlil, Azan dan lain-lain
❤ Ayat Ruqyah... baik untuk didengar oleh mereka yang mengalami gangguan sihir dan saka.
❤ Ulasan Hadis, Bacaan & Cara melakukan Solat
❤ Bacaan Yassin & Terjemahan, Panduan Ibadah Haji / Umrah, Lagu-lagu Nasyid dan lain-lain.










Tuesday, September 8, 2015

Pekerja-Jangan Terlalu diberi Muka, Kelak Hati Akan Terluka

Apa yang berlaku kebelakangan ini mengingatkan saya kepada pekerja pertama saya. Marsya, seorang gadis Pan Asian bekerja dengan saya secara part-time selama setahun lebih kalau tidak silap saya; Julai 2010 ~ November 2011. Ketika itu dia di tingkatan 3 dan akan menduduki peperiksaan PMR. Marsya akan datang ke kedai pada waktu petang dan mengambil alih menjaga kedai sampai malam dan seterusnya menutup kedai pada pukul 9.30 malam. 
        Sepanjang lima tahun saya membuka kedai ini, Marsyalah pekerja yang paling menyenangkan hati saya. Dia tidak banyak cakap dengan saya. Saya pun bukanlah jenis orang berbual. Apa yang saya suka, kalau saya tegur, dia tidak menjawab balik. Dia akan kata "ok, sorry". Selalunya saya akan tegur dia melalui SMS. Setiap message saya kepadanya akan dibalas walaupun sekadar ok. Jadi saya tahu dia telah terima, baca dan faham apa yang saya hendak sampaikan. Dia tidak pernah ambil cuti mengejut. Apa yang dibuatnya mengikut perancangan dan kalau perlu cuti, dia akan maklumkan kepada saya lebih awal. Saya rasa Marsya seorang gadis yang matang dan pandai menjaga hak dan perasaan orang. 
       Oleh kerana di tahun 2010 itu dia ada peperiksaan besar, dia akan buat kerja sekolah di kedai sambil menunggu pelanggan setelah dia buat kerja rutinnya; menyapu dan lap rak buku. Saya juga izinkan dia buat study group di kedai saya. Asalkan tidak menggangu layanan dia kepada pelanggan, tidak mengapa. Kalau ada pelanggan, dia mesti utamakan mereka dulu. Saya tidak mahu jadi majikan yang terlalu berkira dalam segala segi. 
     Setelah Marsya berhenti, saya ada beberapa lagi pekerja part-time. Mostly pelajar lepasan SPM dan STPM atau kolej. Mereka bekerja dengan saya sementara menunggu keputusan. Memang tidak sama dengan Marsya, walaupun secara luarannya mereka nampak lebih muslimah.   Macam-macam masalah yang saya hadapi bersama pekerja-pekerja baru selepas itu. Ada yang tidak faham arahan, ada yang menjawab dan suka memberi alasan bila ditegur, ada yang suka ambil cuti last minute dan yang paling menyakitkan hati bila dia melangkau garis sempadan seorang pekerja. Tidak tahu mana baik dan buruk bila berkomunikasi dengan majikan. Terlalu mesra seperti keluarga amatlah tidak kena dengan prinsip saya. Bagi saya, majikan dan pekerja harus kekal begitu. Kena ada beza antara pekerja, kawan dan keluarga. Pekerja memang tidak harus diberi muka untuk duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan majikan. Tidak perlu untuk pekerja tahu urusan peribadi majikan. Bila ini berlaku, pekerja mudah lupa diri. Bila ditegur yang perbuatannya menyakitkan hati, dia akan mempertahankan diri. Lebih melukakan hati sekiranya dia rasa apa yang dia buat itu tidak salah hanya kerana mereka tiada niat untuk melakukan apa-apa kesalahan. Harus diingat, ini bukan kes jenayah seperti kes bunuh yang memerlukan niat untuk disabitkan kesalahan. Bila ianya terjadi, ia terjadi. That's it. 
          Kepada anda di luar sana, berhati-hatilah memilih pekerja. Jangan terlalu rapat dengan mereka. Biar mereka tahu, mereka hanya pekerja dan hanya perlu mengambil berat hal kerja, tidak lebih dari itu. Perwatakan luaran tidak menjamin pekerja anda tidak menikam anda di belakang suatu hari nanti. Bila diberi muka, semua kemungkinan boleh terjadi. 

Tuesday, February 10, 2015

Sedih

Sedih dengan keputusan Mahkamah Persekutuan hari ini. 




Saya suka dengan komen seseorang di FB Harian Metro:

Seorg pelakon lucah mempertahankn diri dr dirogol sehingga patah kaki
Seorg wanita sanggup ditoreh muka dr dirogol yg berlaku di kelantan
Seorg warga india dihukum penjara kerana membunuh jiran yg memasuki rumahnya kerana ingin merogolnya

Seorg lelaki hanya membiarkn dan menoggeng shaja untuk diliwat oleh seorg org tua dan hanya membuat laporan polis beberapa hari selepas itu..
Sekian

Tuesday, January 20, 2015

Jadual Penghantaran



Saya mula tetapkan hari saya deliver barang, i.e. pergi ke pos laju untuk pos novel yang dibeli seminggu sekali berdasarkan konsep yang telah dijalankan oleh supplier saya yang supply barang-barang dalam gambar di atas.  
    Beliau hanya hantar barang pada hari Rabu.  Ketika itu saya pergi ke pos laju mengikut order yang saya dapat.  Kadang-kadang tiap-tiap hari berturut-turut.  Bila supplier saya tetapkan dia hantar barang pada hari Rabu saja, saya pun tiru cara dia.  Saya rasa ianya lebih menjimatkan masa, tenaga dan of course wang sebab nak ke pejabat pos dari kedai saya makan masa juga.  Duit minyak, duit parking dan sebagainya.  Perkara yang lain dari cara kita, kita jangan kutuk dulu, kita fikir dan kalau elok, boleh je kita ikut cara mereka kan?
     Selama ini, tidak pernah ada yang merungut dengan cara itu.  Saya memang pergi ke pejabat pos pada hari Rabu sahaja.  So, saya akan pos novel-novel pada satu hari itu saja, kecuali memang ada keperluan untuk saya ke pusat bandar atas urusan penting seperti ke bank dan sebagainya, barulah saya sekali jalan ke pos laju sekali walaupun hari itu bukan hari Rabu.  
    Tapi, Tuhan ketemukan juga dengan hambaNya yang merungut dengan penetapan hari penghantaran ini.  Melihat bahasa pada message whatssappnya buat saya rasa terkilan.  Husband kata tak perlu layan orang sebegini.  That means tak perlu berurusniaga dengan dia.  Tapi, saya fikir, ini pelanggan, so takpelah telan je dengan complainnya tu.   
      Rupanya selepas itu ada lagi masalah lain dengan orang yang sama.  Entahlah, selama ni, bukan setakat cikgu, doktor pun ada beli novel dengan saya, tapi tidak ada masalah.  Tutur kata terjaga elok saja.  Jadi, mungkin kalau hati kita sudah rasa tidak sedap hati from the very beginning, better jangan teruskan urusniaga tersebut.  
     Bagi saya, tidak kira kita customer atau supplier, kita perlu hormat menghormati sesama kita.  Tidak semestinya kita pelanggan, kita boleh cakap atau marah sesuka hati pada penjual.  

Wednesday, June 11, 2014

Pizza Melayu - Pazz Da Pizza


Semasa mendengar taklimat Darjah Khas di sekolah anak saya lebih kurang enam bulan lepas, ustaz yang memberi ucapan pada hari itu memberitahu, kita kena support peniaga Islam.  Sekiranya kita tidak sokong dengan membeli barang-barang di kedainya sehingga menyebabkan kedainya tutup, semua penduduk di taman itu akan berdosa.  Takutkan?  
Saya memang ajar anak saya supaya beli barang di kedai Melayu yang kedudukannya berhampiran dengan kediaman kami.  Kalau tak ada barang yang kami kehendaki di situ, barulah ke kedai orang bukan Islam.  
                       Dulu, bertahun-tahun dulu, ada seorang Melayu berniaga pizza di Pusat Bandar Pasir Gudang.  Saya rasa saya pernah juga beli dengan dia.  Kedai dia merupakan kiosk kecil di tengah-tengah laluan orang ramai. Tapi, selepas Pizza Hut beroperasi di premis perniagaan yang sama, brother tu dah tak meniaga lagi.  Kesian kan?  
    Baru-baru ini seorang rakan maklumkan mengenai pizza Melayu yang lain.  Maklumat tu of courselah saya dapat tahu dari status Facebooknya.  So, saya dan family pun cubalah makanan kat sini.  Sedap.  Anak-anak pun suka pizzanya.  Lembut.  Saya lebih tertarik pada kebab dagingnya.  Lagi satu, yang bestnya sebab boleh order air biasa, bukan soda.  Saya memang tak minum sangat air bergas ni.  Tengok dalam gambar ni, nescafe ais untuk saya dan Horlick ais untuk suami.  
      Kalau ke Pasir Gudang, bolehlah singgah di kedai ni.  Kita support produk dan peniaga Bumiputera. Nama kedainya Pazz Da Pizza.  Tapi, alamat di FB tu di Taman Mawar.  Rasanya itu kedai lama.  Kedai yang kami pergi ni di Taman Bukit Dahlia, Pasir Gudang.  Berdekatan Seng Heng.  Tadi, kami makan pizza Napoli Chuck (daging kisar) medium size, satu cup cake, satu kebab daging, satu nescafe ais dan satu horlick ais.  Harganya < > RM24.    
         Saya doakan semoga kedai ini mendapat sambutan dan semakin maju bersama keberkatan Allah S.W.T. Amin.  

Sunday, January 26, 2014

Promosi Dedaun Hijau di Angin Lalu dan Kopi / Koko Kolagen Balqis



Selain novel Dedaun Hijau di Angin Lalu, produk lain yang laris di kedai saya adalah produk di atas ni;  Kopi Balqis dan Koko Balqis.  Harga satu kotak adalah RM28.00.  Bagi yang beli novel Dedaun Hijau di Angin Lalu, yang nak beli kopi atau koko ni, saya bagi special price iaitu RM25.00 satu kotak.  Jadi, kos buku plus pos macam biasa RM45, tambah RM25 je, dapat satu kotak kopi or koko.  Total RM70.00.  
          Kepada yang tak nak beli buku tapi nak beli kopi ini saja, boleh juga, tapi dengan harga asal lah - RM28 plus pos laju RM10.00.  Tapi kalau beli dua kotak, dapatlah special price RM25.00.  
         
Khasiat Kopi Balqis
1.  Merawat masalah dalaman wanita (kembali seperti Dara)
2.  Mengecut dan mengetatkan rahim
3.  Membersihkan darah kotor.  
4.  Mengatasi masalah senggugut, melancarkan haid serta mengatasi keputihan.  
5.  Membuang angin dalam badan.
6.  Membantu melangsingkan badan.
7.  Sebagai estrogen berkesan membaiki tisu faraj
8.  Membantu menegangkan payudara supaya menjadi montok
9.  Menambah keintiman suami isteri.
10.  Mengimbangi hormon-hormon dalam badan
11.  Mencantikkan dan menegangkan kulit
12.  Membuang toksin dan racun dalam badan
13.  Membantu menyerap nutrien-nutrien penting
14.  Menambah tenaga dan kecergasan
15.  dan lain-lain dengan izin Allah SWT.

* Kebanyakan customer saya cakap, jeragat di muka sudah pudar/hilang dan juga badan rasa bertambah tenaga selepas minum kopi Balqis ini.  

* Apa Antara kandungan kopi Balqis ni?
1.  Kacip Fatimah
2.  Ubi Bit Merah
3.  Habbatussauda
4.  Serapat
5.  Mas Cotek
6.  Madu
7.  Manjakani
8.  Pueraria Mirlifica
9.  Kopi Arabika
10.  Krimer Tanpa Tenusu

Bagi yang tidak suka kopi, boleh minum koko.  

Khasiat Cocoa Collagen Balqis
1.  Untuk kelihatan awet muda (sentiasa menjadi anggun)
2.  Membantu memutihkan dan melembutkan kulit
3.  Membantu kecantikan bentuk payudara
4.  Menjadikan kulit lebih montok dan anjal
5.  Mengeratkan hubungan suami isteri
6.  Melancarkan peredaran darah
7.  Merawat masalah haid & keputihan
8.  Melegakan masalah senggugut
9.  Meningkatkan sistem imunisasi
10.  Membuang toksin dan racun dalam badan
11.  Membantu mengawal berat badan
12.  Mengembalikan kehangatan malam pertama
13.  Membantu menyerap nutrien-nutrien penting
14.  Membantu mengatasi masalah dalaman wanita

* Secara mudahnya, khasiatnya untuk kulit dan masalah dalaman wanita sebab itu 'tagline'nya;  
Kembali Dara dan Kembali Anggun

Antara Kandungannya Koko Kolagen Balqis:-
1.  Manjakani
2.  Kacip Fatimah
3.   Pueraria Mirlifica
4.  Serapat
5.  Sarang Burung Walit
6.  Delima
7.  Acai Berry
8.  Madu
9.  Serbuk Koko dan coklat
10.  Krimer tanpa Tenusu

Sapa taknak kembali dara dan kembali anggun kan?  So, apalagi, contact saya untuk order ya.  
019-7404567 / 012-7727567.