Perkhidmatan Kami

Perkhidmatan Kami
DEDAUN HIJAU DI ANGIN LALU-MANAF HAMZAH

DEDAUN HIJAU DI ANGIN LALU


Alhamdulillah, ramai yang membeli novel lagenda ini :), dari utara ke selatan.  Ada dari Kedah, Perak, Johor, Selangor, Negeri Sembilan dan Pantai Timur.  Oleh kerana sambutan yang menggalakkan, Nazqim Bookstore telah menambah stok novel Dedaun Hijau di Angin Lalu.  Sila hubungi kami untuk urusan pembelian dan penghantaran. 012-7727567 atau 019-7404567

Friday, April 25, 2014

Mengubah Sikap Yang Terperonyok

Keluarkan Singa Daripada Diri Anda

Penulis Hj Muhammad Zakaria
Harga : RM20.00
Penerbit:  Telaga Biru


Kepada yang kurang bersemangat kebelakangan ini, bolehlah baca buku ni.  Sangat sesuai untuk orang yang pernah mengalami kesusasahan atau kegagalan dan kini ingin bangkit kembali.  
Sedikit tulisan di belakang buku ini, "Dalam diri anda ada suatu tenaga yang sangat kuat dan berpotensi. Ada ahli motivasi menamakan ia 'gergasi'.  Yang lain memanggilnya 'harimau'.  Penulis menamakan tenaga itu sebagai 'singa'.  Buku ini cuba membantu anada untuk mengeluarkan SINGA tersebut daripada anda. Kemudian memandu SINGA yang sudah bebas itu untuk mengaum ke seantero dunia dalam usaha menggapai kecemerlangan".  

Thursday, April 10, 2014

Cinta Itu Amat Menyakitkan

Hati Yang Luka

Kelmarin dan semalam, dua orang berlainan bertanyakan buku Norhayati Berahim.  Yang kelmarin, saya lupa pelanggan itu mahukan tajuk apa, sebab saya memang tidak ada buku tersebut.  Semalam, seorang pelanggan bertanyakan novel Hati Yang Luka.  Yang ini, saya ada.  Di bawah saya sertakan sinopsisnya:-

Luka yang berbekam di hati amat sukar diusir.  Rasa perit yang menggerit terlalu sakit untuk ditafsir. Maruahnya dipijak, perasaannya terkoyak.  Adakah kerana latarbelakang keluarga, dia dipersenda?  Lantas diperkotak-katik sewenang-wenangnya?  Widad sedar, alangkah sakitnya menjadi menusia yang tak punya apa...

Sedikit perenggan prolog novel ini:-
Bertelingkah bukanlah perkara yang menyenangkan, jadi aku diamkan.  Biarlah dia membuat apa saja prasangka yang dia suka.  Aku tahu, bagaimana jua pun aku mempertahankan diri, aku tidak akan menang kerana aku yang menjadi isterinya.  Seorang perempuan yang dikahwini hanya kerana pertaruhan dan bukan kerana kasih sayang.  

Memandangkan satu sampul surat poslaju itu boleh memuatkan dua buku, saya cadangkan pelanggan itu pilih lagi satu novel.  Bila dia kata dia tidak tahu untuk memilih novel apa, saya cadangkan novel Rahsia Hati Sofea.  Ini antara novel kegemaran saya.  Siapa yang suka cerita romantik tapi sedih-sedih, bolehlah baca buku ini.  Penulisnya Nazurah Aishah ini, boleh dikira jiran juga sebab tinggal satu taman, tapi saya tak pernah jumpa pun.  Dia tak pernah datang ke kedai saya.  Mungkin juga ada datang, tapi saya yang tak perasan, Wallahualam.  Walau apapun, seriously, novel ini sangat best.  


sekali air sungai melimpah… sekali pasirnya pun berubah…
Aku dan dia kenal begitu lama, saling menyimpan rasa dan berkongsi hati. Kenapa sukarnya untuk saling memahami? Padahal kita bagaikan bercerung jiwa!
Ini bukan cinta tiga segi! Dia dan dia bersahabat. Mereka berkongsi cerita. Namun rahsianya hanya aku seorang sahaja yang tahu!
Ajaibnya dalam derita masih ada lagi cahaya, jalurnya memandu arah. Anehnya dalam pijar resah, angin masih bawa salam bahagia walau seketika. Payahnya pabila cinta jadi benci. Sukarnya nak pujuk hati biar benci bertukar rindu. Pilunya hati tatkala kau paksa aku memilihmu, padahal kau sudah lama kupilih!
Jiwamu bagai ombak di tengah laut, pabila datang menderu kau usung segala beban ke gigi pantai. Singgahmu sekejap cuma, tika pergi kau titipkan semuanya di bahuku seorang.... Kenapa harus begitu, Mal?

Tuesday, April 8, 2014

Don't Give Up

  1. It’s not supposed to be easy. – Just because you’re not where you want to be today doesn’t mean you won’t be there someday.  Again, success is tied to long-term determination.  Successful people keep moving and trying.  They make mistakes, but they do not quit.  If things in your life aren’t happening as planned right now, that’s okay.  It just means it’s not the right time.  Life’s brick walls are not there to keep you out, they’re there to give you a chance to show how badly you want something.  They’re there to stop the people who don’t want it as bad as you do.
Credit to http://www.marcandangel.com/2012/11/02/9-things-to-think-about-before-you-give-up/

Ada Ubi Ada Batas

Suka ceramah ni.  Happy listening.  

Wednesday, April 2, 2014

Takaful Malaysia


Kalau nak renew roadtax insurance kereta ke nak ambil insurans keluarga dan sebagainya, bolehler call saya.  :)