Penulis: Azman Manap
Harga: 29.90
Penerbit: Truewealth
Baru diterbitkan Januari 2012, ini merupakan buku motivasi yang paling bagus setakat ini. Saya mencari buku The Pursuit of Happyness by Chris Gardner tapi terjumpa buku ini. Masa saya decide nak baca buku ini, ianya bukanlah sebab saya nak bukak business tanpa menggunakan satu sen pun duit saya. Ianya dah terlambat untuk saya sebab I have already started my business and of course with some amount of capital. Tapi ayat tanpa modal membuatkan saya rasa penulis ini seorang yang amat teliti soal kewangannya, dan itu menarik minat saya sebab saya ni tergolong dalam kalangan orang yang menitikberatkan perkara yang sama - Financial Management. Encik Azman menceritakan pengalaman sebenar beliau yang membuatkan buku ini amat menarik. Ramai penulis menceritakan pengalaman sendiri tapi entah kenapa garapan pemuda dari Singapura ini lebih sedap dibaca. Mungkin editor juga main peranan di sini :). Bagi saya, orang yang mempunyai kepakaran dalam bidang seperti kejuruteraan, akaun, guaman dan juga handyman seperti technician, mechanic, boleh cuba apa yang Encik Azman dah buat. Pendek kata, sesiapa yang ingin menjual perkhidmatan mereka, mereka tidak memerlukan kos untuk permulaan perniagaan kerana apa yang perlu hanyalah 'otak' mereka. Pelbagai rentetan hidup dilalui En. Azman seperti kena buang kerja, memulakan perniagaan dengan menumpang di pejabat kawan, pekerja berhenti dan sebagainya. Namun, berkat kesungguhan dan kesabaran, perniagaannya dapat bertahan sehingga kini. Bakal usahawan/usahawan di luar sana, silalah baca. It's very inspiring. If there is a will, there is a way.
No comments:
Post a Comment