Pernah berangan akan mempunyai sesuatu? Kemungkinan berangan ada rumah besar, kereta besar, kerja bagus dan sebagainya. Mungkin kita akan dapat apa yang kita impikan itu, tetapi ia datang bersama sesuatu yang lain juga, sesuatu yang mungkin kita tidak mahu. Namun, kita tak dapat menyingkirkan apa yang kita tidak mahu itu sebab ia pakej.
Contoh, kalau dapat duduk di rumah besar, kita juga akan dapat hutang besar. Kalau dapat kerja bagus, kita juga akan dapat masa yang kurang untuk keluarga.
Ada yang berangan untuk menjadi terkenal. Bila terkenal, semua cerita kita akan menjadi bualan orang. Kita jadi rimas pula.
Ada juga yang bekerja di pejabat, mengimpikan kerjaya surirumah. Mungkin merasakan surirumah lebih banyak masa untuk anak-anak, dapat masak tiap-tiap hari dan dapat layan mereka buat kerja rumah dan bermain. Tiba waktunya, Allah perkenankan apa yang kita impikan itu. Namun seperti perkara lain, ia datang bukan sendiri. Ia datang bersama yang lain. Menjadi surirumah bererti kita tidak lagi memegang duit gaji tiap-tiap bulan seperti biasa.
Bila satu impian kita terlaksana, maknanya satu kehidupan lain terpaksa kita tinggalkan. Sebab itu orang kata,
"Be careful of what you wish for cause you just might get it all.
You just might get it all and then some you don't want."
Namun, apa sahaja yang kita lalui, terimalah seadanya. Sebagai hambaNya, kita kena yakin dan pasrah bahawa semua yang ada di dunia ini hanyalah sementara. Setiap sesuatu ada tempoh masanya. Bak kata seorang peniaga kedai runcit berbangsa Cina yang terpaksa menutup kedainya kerana GST, "tiada majlis yang tidak berakhir". Iya, walau macamana meriah pun sesuatu majlis, ia tetap akan sampai ke penghujungnya. Begitulah hidup kita.
This comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDelete