Tajuk : Pergi Tanpa Alasan
Harga: RM23.00
Penulis : Hani Fazuha
Penerbit: Idea Kreatif
Tahun: 2013
Saya ingat, 'sad ending', bila baca tajuknya itu, tetapi rupanya 'happy ending'. Boleh tahan juga ceritanya, macam Ombak Rindu sikit-sikit. Itu sahaja 'review' saya. Untuk cerita selebihnya, sila baca sinopsis, dan seterusnya beli/sewa novelnya. :)
Rihana dan Hakim, dua nama dari dua dunia berbeza, ditemukan dalam kancah penuh dosa. Bagi Hakim, Rihana itu tidak ubah seperti pelacur kelas atasan. Bagi Rihana, Hakim itu sama saja dengan lelaki kaya-raya yang harus dilayan untuk mengeluarkan duit dari poketnya.
" Kahwin dengan I Rin, I'll pay two million", - Hakim.
" Dua juta tidak cukup untuk membeli maruah I, Hakim". - Rihana.
Ok, cukuplah. Cerita ini ada digambarkan pantai di Terengganu. Suka. Penulisnya, Hani Fazuha / Zunaidah Zakaria berasal dari Rantau Panjang, Kelate. Novel-novel terdahulu beliau adalah Mengukir Bahagia, Bebunga Kasih, Harga Sebuah Kasih dan Hati Kala Cinta. Kesemuanya diterbitkan oleh Alaf 21.
No comments:
Post a Comment