Saya dapat panggilan dari seorang wanita yang ingin ke kedai saya, katanya dari Terengganu, kini berada di Johor Bahru. Dia nak beli novel kegemaran ramai inilah; Dedaun Hijau di Angin Lalu. Tapi, hajatnya tidak kesampaian kerana jalan yang sesak untuk ke Pasir Gudang. Begitulah keadaannya di Johor ini. Kalau nak ke Pasir Gudang atau dari Pasir Gudang, memanglah jem. Nak kata sebab hari bekerja pun ye jugak, tapi kalau hari tak bekerja pun kadang-kadang jem jugak. :).
So, hanya wakilnya saja yang datang ambik novel ini. Begitulah kita manusia ini, hanya mampu merancang, Tuhan jualah yang menentukan segalanya. Anyway, terima kasih kepada Puan Mazlina yang ada hajat nak kunjungi kedai saya. Segan pun ada juga, sebab kedai saya tak seberapa pun. Tidak gah macam kedai lain. Kelakar bila encik wakil yang datang tu tanya itu buku apa, buku sekolah ke? Saya kata, novel. Dia cakap, jauhnya dari Terengganu datang nak beli novel kat Johor? hahaha...aduhai...Kalau kebetulan ke Johor Bahru, tak mengapalah nak datang ke kedai saya, boleh kita kenal-kenal. Tapi, kalau jauh, jangan bimbang, saya akan pos macam biasa. Cuma mulai tahun depan, (2014), saya akan pos buku yang dibeli tu hanya pada hari Khamis setiap minggu. Kiranya saya akan buat penghantaran sekali saja dalam seminggu, kecuali kalau kebetulan saya ada urusan lain dan melalui pejabat Pos Laju, bolehlah saya singgah untuk pos sekali. Kalau tak, memang novel akan dipos pada hari Khamis saja. Maklumlah, nak dapatkan parking di pusat perdagangan Pasir Gudang tu pun kadang-kadang susah jugak, so, senang saya kumpul semua order, pos sekali. Ok tak? Saya harap tak mendatangkan masalah pada pembeli semua ye.
Ini stok baru sampai - 20 buah buku Dedaun Hijau di Angin Lalu
Ini stok baru sampai - 20 buah buku Dedaun Hijau di Angin Lalu
No comments:
Post a Comment