Sempena Hari Raya Aidil Adha tidak berapa lama lagi, saya kira eloklah saya berkorban mengalah dalam apa sahaja 'argument' sehari dua ini. Ingat kata-kata Nabi, "jangan marah, jangan marah, dan jangan marah". Juga secebis kata-kata dari Imam Syafie yang saya petik dari blog ini yang mengatakan "aku mampu berhujah dengan 10 orang yang berilmu tetapi aku pasti akan kalah berhujah dengan seorang yang jahil kerana orang yang jahil tidak pernah faham landasan ilmu".
Kita tidak perlu menang dalam berbahas, cukup jika mengatakan pendirian dan pemahaman kita. Kita tidak perlu buat orang setuju dengan apa yang kita kata dan "Kita tidak ada urusan dengan kekaguman orang", begitulah kata Aa Gym. Amat kesian jika kita nampak tidak bijak dalam memperkatakan hujah kita. Bila orang yang berhujah dengan kita sudah lari dari perkara asal, baik kita berhenti sahaja. Hanya kita yang mengenali diri kita. Jangan buang masa dan tenaga kita melayan perkara yang remeh. Mereka tidak faham kita, tidak mengapa. Manusia punya tahap pemikiran dan pemahaman yang berbeza di antara satu sama lain. Tak semua orang suka Nabi s.a.w, inikan pula kita manusia biasa.
Lalu, kita beralih arah, beralih kepada :- Dedaun Hijau di Angin Lalu. hehehe. Semalam, ada pelanggan dari Banting order buku 'evergreen' ini. Apa yang saya kagum adalah beliau masih mengingati dialog dalam novel ini yang beliau pernah baca lebih kurang 20 tahun dulu. Wow. Saya tanya, apa dialog yang dia ingat tu? Katanya,
Assad : Kau nak makan apa?
Intan : Aku tak ada duit.
Ok...kuat ingatannya. Begitulah kesan novel ini kepada pembaca. Macam berhantu pula ye. Saya pun ada satu novel yang saya ingat dialognya iaitu novel Kau Untukku, Aisya Sofea, di mana Fuad bertanya kepada Nurul, " You dah jatuh hati dengan I ke?".
Ok..Dedaun Hijau Di Angin Lalu masih banyak lagi, sebab saya sentiasa pastikan ianya tidak putus stok. Kepada sesiapa yang berminat, sila hubungi saya.
Assalamualaikum
ReplyDeletelamanye lah saya cari buku ni...
seingat saya pertama kali saya baca ni lebih 10 tahun yang lalu.
tu pun versi fotostat
pas tu tak jumpa-jumpa sampailah hari,tetiba je teringat semula..
saya berminat sangat nak order..
cuma kos penhantaran ke bintulu, sarawak tu sama ke?
ingat nak beli satu naskah
tq
- azyyati-
Azyyati,
ReplyDeleteKos Sarawak RM15.
assalam..saya ingin membeli novel sayang cikgu ketat-ketat. .ada jual lagi tak
ReplyDeleteNur Atiqah,
ReplyDeleteKat kedai saya sekarang, novel Sayang Cikgu Ketat-Ketat ada yang sewa saja. Condition masih baik. Kalau Cik Atiqah nak, saya jual je with 15% discount. Just let me know, ok.