"Selamat sejahtera", balas suara di hujung talian apabila saya memberi salam. Oh, not yet Muslim rupanya. Ini merupakan orang bukan Melayu yang pertama sms saya bertanyakan novel Dedaun Hijau di Angin Lalu. Oleh kerana ingin melancarkan urusan, saya menelefon beliau. Kagum sungguh saya dengan penulis Manaf Hamzah. Novel beliau mampu dibaca dan diminati oleh bangsa lain. Salute!
Selain Dedaun Hijau di Angin Lalu, Manaf Hamzah ada menulis beberapa buah novel lagi. Aylana di antara novel yang dicari selepas Dedaun Hijau di Angin Lalu. Selalunya bila dah suka satu novel, pembaca akan mencari novel-novel lain tulisan penulis yang sama untuk dibuat koleksi. Oh ya, promosi masih ada. InsyaAllah, siapa yang beli apa-apa novel dari Nazqim Bookstore, akan diberi hadiah sebagai tanda kesyukuran kami kepada Ilahi dan penghargaan buat pelanggan. So, jangan malu-malu untuk berurusan dengan kami, ok?
p/s: Saya harap, tiga pelanggan di Terengganu yang beli Dedaun Hijau di Angin Lalu 2,3 hari lepas, berpuashati dengan novel dan hadiah yang tidak seberapa itu. Ada yang kata, "lamaaaaaaaaa saya cari novel ni". So, enjoy the reading, ya.
No comments:
Post a Comment