Perkhidmatan Kami

Perkhidmatan Kami
DEDAUN HIJAU DI ANGIN LALU-MANAF HAMZAH

DEDAUN HIJAU DI ANGIN LALU


Alhamdulillah, ramai yang membeli novel lagenda ini :), dari utara ke selatan.  Ada dari Kedah, Perak, Johor, Selangor, Negeri Sembilan dan Pantai Timur.  Oleh kerana sambutan yang menggalakkan, Nazqim Bookstore telah menambah stok novel Dedaun Hijau di Angin Lalu.  Sila hubungi kami untuk urusan pembelian dan penghantaran. 012-7727567 atau 019-7404567

Friday, January 20, 2012

Senyum

Ada sesuatu yang menjeruk perasaan semalam dan hari ini, namun hidup perlu diteruskan. Sambil menjemur kain, mata saya memandang ke luar pagar, melihat lalulintas, pejalan kaki, penunggang motorsikal dan pemandu kereta sibuk menuju ke destinasi masing-masing. Tiba-tiba saya terpandang dia. Saya dah agak apa yang akan dia buat bila dia nampak saya nanti. Ha, kan betul, terus dia senyum melerek dan melambai tangan. Terpadam sedikit rasa sedih, saya membalas senyuman dan lambaiannya. Budak India itu baru lima tahun agaknya sebab saya pernah nampak dia pakai uniform tadika. Tadi itu pun mungkin menuju ke tadika, ditemani kakaknya. Kalau datang ke kedai saya, saya kena 'alert' sebab nanti tangannya akan pegang sana sini. Paling dia suka, komputer saya nilah. Kakak dia pun dah macam tak terlayan. Jadi, selalulah saya marah-marah lembut kat dia. Anak orang kan, takkan nak marah macam anak sendiri. Tapi, namapun budak, tak ambik hati. Kalau dia sekadar lalu je tapi tak masuk kedai, dia akan senyum dan lambai. Pernah satu hari, saya buat-buat tak nampak dia depan kedai. Nak panggil saya, dia tak pandai (mungkin tak pandai cakap Melayu), jadi dia berdiri lama depan pintu. Saya buat dek je. Tiba-tiba dia give up, dia tepuk-tepuk pintu kaca tu macam nak marah. Bila saya pandang je, dia senyum kemudian lambai tangan. Lepas saya senyum dan lambai balik, barulah dia pergi.

Bila keluar ke kedai, saya terserempak pula dengan customer yang baru balik dari ambil anak sekolah agama, dia angkat tangan, senyum. Kemudian, terjumpa pula kawan kat tempat kerja lama dulu, tengah bawak van sekolah, pun senyum kat saya. Belok simpang, tengok kakak jual nasi lemak, kali ini, giliran saya pula yang senyum dan angkat tangan dulu. Huh, tak perlu kata apa-apa - senyum pun dah cukup. Bukan susah pun. Jangan sombong di atas muka bumi Allah ini. Jangan berpaling muka kalau berselisih di jalanan. Pandanglah muka orang dan senyumlah. Peace!!!!!!!!

No comments:

Post a Comment