Perkhidmatan Kami

Perkhidmatan Kami
DEDAUN HIJAU DI ANGIN LALU-MANAF HAMZAH

DEDAUN HIJAU DI ANGIN LALU


Alhamdulillah, ramai yang membeli novel lagenda ini :), dari utara ke selatan.  Ada dari Kedah, Perak, Johor, Selangor, Negeri Sembilan dan Pantai Timur.  Oleh kerana sambutan yang menggalakkan, Nazqim Bookstore telah menambah stok novel Dedaun Hijau di Angin Lalu.  Sila hubungi kami untuk urusan pembelian dan penghantaran. 012-7727567 atau 019-7404567

Friday, March 16, 2012

Antara Cerita dalam Kelambu dan Rugi Sepuluh Ribu

Saya pernah cakap dengan suami dan juga kawan saya, premis saya ini ada waktunya jadi seperti bilik kaunselor sebab ramai orang datang meluahkan perasaan di sini. Saya yang mendengar segala cerita tidak tergamak pula hanya diam seribu bahasa, jadi saya kadang-kadang mengiyakan, menambah, mengangguk dan memberitahu dan sebagainya. Harapan hanya satu, lepas keluar dari kedai saya ini, mereka pulang dengan hati yang lapang.
Dalam banyak-banyak kisah, saya teringat kisah pada satu hari yang indah itu, bulan lepas kalau tak silap. Hamba Allah ini seperti biasa datang ke kedai saya untuk photostat pada waktu pagi. Sedang menyusun kertas-kertas di meja 'keramat' (meja luahan hati), telefonnya berbunyi, dipandang sekilas, dibiarkan tidak berangkat. Saya tidak bertanya, malah sibuk dengan kerja saya. Prinsip saya begitulah, jangan sibuk hal orang. Tapi, dia dengan rela hati bercerita. Rupanya dia pun dah jadi macam kaunselor jugak, tapi kali ini hal rumahtangga orang, sebab itulah dia malas nak angkat phone. Tidak mahu campur urusan peribadi jiran tetangga. "Urusan dalam kelambu, tak payahlah cerita dekat saya", begitulah lebih kurang katanya. Walaupun di hati ingin sangat nak tahu, siapa dan apa ceritanya, saya menahan diri dari bertanya. Saya juga berdoa dalam hati, jangan sampai dia terlepas cakap, siapakah pasangan yang mengadu itu. Saya taknak tahu aib orang. Taknak. Alhamdulillah, nasib baik habis di situ sahaja. Tapi kelakar jugak tengok muka bosannya masa itu. Bukan senang jadi orang tengah ni. Jadi, kalau nak minta pendapat mengenai hal rumahtangga, pergilah kepada mereka yang betul-betul willing to listen masalah kita. Takut nanti, pekung sudah dibuka, tapi masalah tak selesai juga.
Tengahari pula, sewaktu saya mahu menutup kedai sekejap untuk solat Zuhur, datang sebuah kereta parking tepi kedai. Pemandu kereta bertanya dari dalam kereta, (agak kasar juga pada pandangan saya), ada photostat tak? Dia turun dari kereta, saya tak jadi tutup kedai. Dia tanya berapa jam hendak ke JB? Rupanya dia bukan orang sini, dia dari Selangor. Katanya dia dah kerugian RM10,000.00 gara-gara tak dapat teruskan projek dengan sebuah syarikat terkenal kat Pasir Gudang ni. Dari jauh datang, bawak pekerja, sewa homestay, sekali atas sebab-sebab tertentu dia tak dibenarkan buat projek tu. Projek Aircond. "Baju (uniform-overall) pun baru lagi ni kak. Homestay pun saya dah bayar. Dahla sebelum datang sini, office saya kena rompak...". Dia terus bercerita dan bercerita, dan saya terus mendengar. Sesekali saya mencelah ada orang lain yang rugi beratus ribu, jadi dia rugi sepuluh ribu, agak bernasib baik jugaklah. Tapi, orang tengah susah hati, memang masalah dia jelah yang dia ingat kan? Mana ada masa nak compare dengan orang yang lebih teruk. Apa yang harus saya cakap ya untuk menenangkan dia dalam ruang waktu yang terhad itu? Nasib baik terkeluar jugak sesuatu dari mulut saya. " Awak baca Alam Nasyrah (Surah Al-Insyirah)". Dia nampak sedikit teruja," berapa kali kak?", sambil mulutnya saya lihat terkumat-kamit membaca ayat itu. "Tak kisahlah berapa kali, sampai awak tenang. Ayat tu ada kata, sesudah kesusahan, ada kesenangan". Dia senyum, penuh harapan, kemudian meminta diri untuk beredar setelah membayar. Saya doakan dia dalam hati, semoga dia bangkit kembali. Dalam business, untung rugi itu biasa. Ambik iktibar dan jangan diulangi kesilapan yang sama. Dia masih muda, tak ramai anak Melayu semuda itu yang sudah ada syarikat sendiri. Saya berdoa, dari rugi sepuluh ribu, moga-moga satu hari nanti dia untung juta-juta. Amin.
Anak saya yang sebelumnya senyap di belakang, keluar ke depan, "mak dah macam kaunselor". Saya senyum, you bet my dear. Walau diri sendiri diduga dengan seribu satu masalah, namun rencah hidup orang lain kita perlu dengari juga. Just be a good listener will do.

2 comments:

  1. jd kaunselor ni nampak cam senang.bercakap je tapi bukan boleh sebarang cakap..kena ada isi jugak ;)

    ReplyDelete
  2. You're right Irfa. Sebab tu kena banyak membaca...hihi

    ReplyDelete