Sempena hari ibu, macam-macam aktiviti diadakan di semua tempat. Di taman perumahan tempat saya tinggal dan berniaga inipun sama juga. Saya didatangi seseorang yang juga pelanggan, meminta sumbangan ikhlas untuk menampung perbelanjaan aktiviti yang akan
diadakan sempena Hari Ibu, 8 Mei, Ahad ini. Seperti biasa, bila orang mintak derma, kita hulur wang tunai kan? Samalah saya pagi tadi. Bila kakak itu pergi, baru saya terfikir, kenapalah saya tidak dermakan buku-buku yang saya jual ni? Lagipun, kutipan derma itupun untuk menampung penyediaan hadiah untuk acara pertandingan yang diadakan seperti pertandingan memasak, koir, gubahan buah dan cabutan bertuah. Kalau saya bagi buku, tak payahlah mereka susah-susah pergi shopping hadiah lagi. Apa yang saya bagi itulah hadiahnya, tinggal balut je cantik-cantik. So, saya call kakak tu tanya kalau sudi terima sumbangan saya tu. Dia cakap boleh dan beberapa jam kemudian, dia datang balik untuk ambil buku-buku tersebut. Saya sertakan juga satu majalah Saji. Ibu-ibukan suka masak kan? Cuma saya hairan, kenapa hanya mereka yang
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjdRLT19zoDhrYycJdZsOmiWpIO2Wu09BJkgukRpcqctGHVvGYGEA8hN4djIdEnqcct-rR5-qfnp_YT56TCB1j9a-gOUja9hrQHjurnnd39CVBDc3Z5uOGfQosOQfj90-Oap8Tszwt1eCI/s320/jagabudak-320x487.jpg)
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjT9yFhcAc2Gq3yV3AhXPfnCcp-RrDiGwSQhSUDNsp0p0Nl4i_KNZJ758lSdS-97wn3CQHMS-wNjLZQQ1cAvkyiafh44cuPCZ7wiOl4jvxhOwnv0j7CZnhP72DS9YpdqAdA1tRnfCh58bY/s320/aku+bukan.gif)
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj8s_Clmk79n68QlThlffr5DUpot49m6ErdXreZMZaHSo6-PaCCq6Sk8EFHxWJku_GqyOcN1oZXZJN72beLxnu5iNCl1RD3nAU0-4DS99Z9XPh_vzN4LZMELrh4TQBW7CmmF_9DAnGlR1o/s320/ketupatcinta.jpg)
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiPK0YUYLLScPG9ED0y5VoI8fIL0EBQa8npM0tNYXvydkKgTQWfSQm5mbmLYmIkPkZxfIG5_5zElvdhYGoR5gR6HmzK4z9cjpqM6pj6ZVrCPalMOagfNFfqfm7RC3Lz2rv9TjnNz_W1CMQ/s320/sajimei11.jpg)