" Whenever you feel 'short' or in 'need' of something, give what you want first and it will come back in buckets" - Robert T.Kiyosaki, Rich Dad, Poor Dad.
Saya suka statement di atas. Cubalah. Kalau kita nak orang senyum pada kita, kita senyum dulu kat orang tu. Senyum ni berjangkit. Kita senyum, dia senyum, semua pun senyum.
Kalau kita perlukan duit, kita sedekah. InsyaAllah, Tuhan akan ganti berlipat kali ganda lagi. Cara paling mudah, kita catat no bank akaun orang-orang susah yang disiarkan dalam Bersamamu, TV3. Lepas tu, kita masukkan duit dalam akaun mereka. Ambil satu bulan, satu keluarga. Ikhlaskan diri, jangan bagitahu orang pulak ya. Tujuan kita untuk membantu mereka di dunia dan membantu kita di akhirat. Bukankah bila kita mati, kita meninggalkan semuanya kecuali 3 perkara. Anak soleh yang sentiasa mendoakan kita, sedekah jariah, dan ilmu yang diajarkan yang terus digunakan.
Kita tidak akan miskin kerana bersedekah. Percayalah. Duit yang kita simpan, bukan milik kita sepenuhnya. Malah, yang kita dermakan itulah milik kita. Wallahualam.