Tajuk Novel: Perempuan Lindungan Kaabah
Harga : RM28.00
Penulis : Hana Ilhami
Penerbit : KaryaSeni
'Perempuan Lindungan Kaabah', itulah gelaran yang diberikan orang di sekelilingnya kepada Hanan disebabkan sikapnya yang sempurna sebagai seorang Muslimah yang solehah. Kehadiran lelaki yang mendambakannya menjadi seorang isteri telah menyebabkan hati Hanan keliru untuk memilih diantara jasa dan rasa. Demi membalas budi, Hanan berkorban atas maksud dakwah. Hanan akhirnya memilih lelaki yang tak pernah difikirkan akan menjadi pasangan hidupnya. Tapi dengan sikap lelaki itu yang sering sahaja mengabaikan Tuhan serta kehadiran Sally sebagai teman wanita telah menguji bahtera yang dibina. Demi mendapat redha Ilahi, Hanan cuba bertahan dan memenangi hati lelaki bergelar suami tapi, perlukah Hanan mengorbankan prinsip-prinsip hidupnya demi kebahagiaan yang dia sendiri tidak pasti? Di antara cinta kepada suami dan cinta kepada Ilahi, yang manakah harus diutamakan?