Perkhidmatan Kami

Perkhidmatan Kami
DEDAUN HIJAU DI ANGIN LALU-MANAF HAMZAH

DEDAUN HIJAU DI ANGIN LALU


Alhamdulillah, ramai yang membeli novel lagenda ini :), dari utara ke selatan.  Ada dari Kedah, Perak, Johor, Selangor, Negeri Sembilan dan Pantai Timur.  Oleh kerana sambutan yang menggalakkan, Nazqim Bookstore telah menambah stok novel Dedaun Hijau di Angin Lalu.  Sila hubungi kami untuk urusan pembelian dan penghantaran. 012-7727567 atau 019-7404567

Saturday, October 26, 2013

Dedaun Hijau di Angin Lalu masih dicari.

Assalamualaikum, 
Pembaca yang budiman, saya nak beritahu, kalau anda semua membaca blog ini melalui handphone, dan tertanya-tanya mengenai cara pembayaran untuk buku Dedaun Hijau di Angin Lalu, anda perlu scroll ke bawah dan tekan 'view web version'.  Dengan cara itu, anda dapat melihat information di side bar.  Di situlah terdapat cara pembayaran iaitu no akaun, nama bank dan sebagainya.  Namun, di pinned post di atas ini juga saya sudah sertakan segalanya.  
Saya rasa lebih mudah untuk anda refer pada blog untuk detailsnya sebab kalau sms saya bertanya no akaun, mungkin mengambil masa sebab saya perlu mencarinya dalam handphone sebab saya tak hafal no akaun ini.  :) Namun, ada waktunya saya beritahu juga.  Tapi, baik juga layari blog ini kan, mana tahu ada buku lain yang anda suka.  Juga boleh baca info lain yang saya suka berkongsi di sini.  Tapi, saya tertanya-tanya juga, dari mana anda dapat nombor telefon saya sekiranya anda masih bertanya mengenai cara pembayaran, sebab nombor telefon saya ini pun ada dalam blog.  hmmm...curious.  Ada sesiapa dapat nombor telefon saya dari sumber lain selain blog ini?
     Ok, saya harap kepada peminat Dedaun Hijau di Angin Lalu, seperti biasa jangan malu-malu untuk order.  Buku ini masih banyak lagi.  InsyaAllah saya sentiasa pastikan ia tidak putus stok.  Ada juga yang bertanya adakah buku ini buku yang sama mereka baca lebih 20 tahun dulu?  Ia, ianya buku yang sama. Kebanyakan customer kata dulu-dulu mereka baca yang fotostat saja.  Haaa...itu dolu dolu, sekarang dah ada yang cantik ni, takkan taknak beli kan?  Rugilah.  So, belilah at least satu, buat kenangan.  
        Ok, di sini saya saja nak sertakan hasil kajian saya.  (macam Dato' Fadhilah Kamsah pula).  Setakat ini, hanya pelanggan dari  Kelantan, Terengganu dan Perlis yang belum beli buku ini dengan Nazqim Bookstore. Boleh saya tahu kenapa?  Memang tak ada langsung pertanyaan mengenai buku ini dari Kelantan dan Perlis.  Ada satu call dari Terengganu, tapi tiada tempahan.  Saya tak tahu kenapa sedangkan kos pos yang dikenakan adalah sama di seluruh Semenanjung. Setakat ini kebanyakan yang beli adalah pelanggan dari Selangor dan Wilayah Persekutuan, diikuti dengan Sarawak, Johor, Pahang, Perak, Melaka, Pulau Pinang, Kedah, Sabah dan Negeri Sembilan.  Susunan adalah mengikut jumlah belian.  
     Kepada yang sudah membeli, saya ucapkan terima kasih.  Kepada yang baru dapat tahu pasal novel ini di blog ini, jangan ragu-ragu, kalau anda order, insyaAllah, akan dapat bukunya.  Jangan takut untuk bayar dulu.  Ada juga yang bertanya, adakah perlu bayar dulu?  Memang itulah cara bayarannya, sudah bayar baru saya akan pos bukunya bila bayaran sudah dikreditkan ke akaun saya.  Saya tak akan tipu punya.  Memang itu caranya pun bila beli online kan?
         So, pick up your phone and order now.  Happy weekend.  

Friday, October 25, 2013

Stay Hungry, Stay Foolish

I came across of the words " Stay Hungry, Stay Foolish'  when I read story of Steve Jobs, the co-founder of Apple, about two years ago.  What does it means? Just google it, easy.  Though we kinda know what it means, no harm trying to have another opinion.  So, this is what I've got:-



Stay Hungry = Always keep wanting something more, something new.
Stay Foolish = Always keep an open mind, never think that you know everything.  


I love Steve Jobs' quotes on life:- 
Don't be trapped by dogma, which is living with the results of the other people's thinking.  Don't let the noise of the other's opinion drown out your own inner voice.And most important, have the courage to follow your heart and intuition.  They somehow already know what you truly want to become.  Everything else is secondary.  


Saturday, October 12, 2013

"Kau nak Makan Apa?" "Aku Tak ada Duit" :- Dedaun Hijau di Angin Lalu - Manaf Hamzah

Sempena Hari Raya Aidil Adha tidak berapa lama lagi, saya kira eloklah saya berkorban mengalah dalam apa sahaja 'argument' sehari dua ini.  Ingat kata-kata Nabi, "jangan marah, jangan marah, dan jangan marah". Juga secebis kata-kata dari Imam Syafie yang saya petik dari blog ini yang mengatakan  "aku mampu berhujah dengan 10 orang yang berilmu tetapi aku pasti akan kalah berhujah dengan seorang yang jahil kerana orang yang jahil tidak pernah faham landasan ilmu". 
       Kita tidak perlu menang dalam berbahas, cukup jika mengatakan pendirian dan pemahaman kita. Kita tidak perlu buat orang setuju dengan apa yang kita kata dan "Kita tidak ada urusan dengan kekaguman orang", begitulah kata Aa Gym.  Amat kesian jika kita nampak tidak bijak dalam memperkatakan hujah kita. Bila orang yang berhujah dengan kita sudah lari dari perkara asal, baik kita berhenti sahaja.  Hanya kita yang mengenali diri kita.  Jangan buang masa dan tenaga kita melayan perkara yang remeh.  Mereka tidak faham kita, tidak mengapa.  Manusia punya tahap pemikiran dan pemahaman yang berbeza di antara satu sama lain.  Tak semua orang suka Nabi s.a.w, inikan pula kita manusia biasa.  
     Lalu, kita beralih arah, beralih kepada :- Dedaun Hijau di Angin Lalu.  hehehe.  Semalam, ada pelanggan dari Banting order buku 'evergreen' ini.  Apa yang saya kagum adalah beliau masih mengingati dialog dalam novel ini yang beliau pernah baca lebih kurang 20 tahun dulu.  Wow.  Saya tanya, apa dialog yang dia ingat tu? Katanya, 
 Assad :  Kau nak makan apa?
 Intan   :  Aku tak ada duit.  

Ok...kuat ingatannya.  Begitulah kesan novel ini kepada pembaca.  Macam berhantu pula ye.  Saya pun ada satu novel yang saya ingat dialognya iaitu novel Kau Untukku, Aisya Sofea, di mana Fuad bertanya kepada Nurul, " You dah jatuh hati dengan I ke?".  

Ok..Dedaun Hijau Di Angin Lalu masih banyak lagi, sebab saya sentiasa pastikan ianya tidak putus stok.  Kepada sesiapa yang berminat, sila hubungi saya.  


           

Thursday, October 3, 2013

Happiness

Quote:
" Happiness is found along the way, not at the end of the road".