Perkhidmatan Kami

Perkhidmatan Kami
DEDAUN HIJAU DI ANGIN LALU-MANAF HAMZAH

DEDAUN HIJAU DI ANGIN LALU


Alhamdulillah, ramai yang membeli novel lagenda ini :), dari utara ke selatan.  Ada dari Kedah, Perak, Johor, Selangor, Negeri Sembilan dan Pantai Timur.  Oleh kerana sambutan yang menggalakkan, Nazqim Bookstore telah menambah stok novel Dedaun Hijau di Angin Lalu.  Sila hubungi kami untuk urusan pembelian dan penghantaran. 012-7727567 atau 019-7404567

Sunday, April 16, 2017

Kain Sarung

Semalam, saya sekeluarga ke Singapore. Dari rumah pukul 12.30 tengahari. Singgah di RnR Gelang Patah untuk tukar duit, makan dan solat. Semasa nak keluar dari surau, ada dua orang lelaki Indonesia berdiri dekat tangga surau. Yang sorang tu tanya ada kain sarung tak. Saya cakap, ini surau perempuan, surau lelaki, di sebelah. Katanya dia tahu, tapi kat sebelah takde kain sarung. Barulah saya faham. Mereka berdua berseluar pendek. Of courselah perlu kain pelikat nak solat. Kalau tak, nampak auratlah. Saya masuk balik ke surau, cari kain, kot-kot ada. Keluar balik, saya cakap takda. Kain sembahyang perempuan yang putih tu adalah. Mereka berdua pun berlalu. 
          Semasa saya lalu di surau lelaki, saya nampak lelaki tadi sedang berbual dengan seorang wanita. Mungkin sedara mereka. Mungkin sedang beritahu masalah mereka yang tiada sarung dan surau pulak tak sediakan kain pelekat. Kesian pulak. Mereka ni muda lagi. Dalam 20an rasanya. Nampak kesungguhan untuk solat itu ada. Kalau tak, masakan sanggup ke musolla wanita, mencari kain sarung. Tiba-tiba saya teringat pada kain batik saya. Memang sentiasa ada dalam beg telekung sebab saya setiap kali nak solat, akan pakai kain batik, baru pakai telekung.
    Jadi, saya cakap dekat dorang, kalau kain batik, saya adalah, sambil menunjukkan kain batik hijau saya itu. Yang sorang tu kata bolehlah. "Mentar ya", katanya. Dia minta saya tunggu la tu kan? Tapi saya takut suami lama pulak menunggu, so saya kata saya dah nak gerak, kain tu ambil je lah. Saya sedekah. Semoga bermanafaat. Mereka kelihatan terkejut dan ucap terima kasih. 
       Saya tak tahulah lepas solat dorang bawak sekali kain tu atau dorang tinggal je kat surau. Tak kisahlah. Semoga kain batik hijau itu memberi manfaat kepada ramai orang. 
     Itu satu peluang tu bagi orang yang suka sedekah. Kalau sebelum ni sedekah telekung, kali ni, boleh sedekah kain pelikat pulak. Letak kat surau-surau lelaki. Memang kebiasaannya di Malaysia ni, lelaki ke surau dan masjid akan terus pakai seluar panjang atau kain pelikat. Anak saya yang darjah 6 tu pun kalau berjalan pakai seluar pendek, sampai di surau, mesti tukar dulu dalam kereta. Jadi, selalunya, tidak perlulah kain pelikat surau. Anyway, kita tak jangka kan, ada yang memerlukan. Mungkin macam kes kat atas. Ada juga kes seluar koyak ke. Apa-apalah. Jadi, elok juga kalau ada kain batik di surau wanita dan kain pelikat di surau lelaki. 
        Saya nampak lelaki muda berdua itu dalam keadaan terdesak untuk solat. Mereka mencari-cari cara untuk menutup aurat di hadapan Yang Esa. Nampaknya mereka adalah orang-orang yang menjaga solat. Kalau orang lain mungkin bagi alasan, seluar pendek dan sebagainya. Orang rajin cari jalan, orang malas bagi alasan. 
          Kisah ini mengingatkan saya pada kisah sendiri. Saya pun pernah dalam keadaan terdesak suatu ketika dulu dan di surau jugalah saya diberi pertolongan. Semasa saya masih belajar di kolej, dalam perjalanan dari Kuala Terengganu ke Kuala Lumpur, beg duit saya telah hilang. Macamana saya nak ke Shah Alam? Saya berseorangan masa tu. Kalau ada kawan, boleh pinjam duit kawan. Apa-apa pun, saya tunaikan suruhan Allah dulu. Solat di surau di Puduraya. Lepas tu, saya perhati muka yang ada kat dalam surau tu untuk saya minta sedekah. Lalu hati menyuruh meminta kepada seorang kakak berjubah. Saya hanya minta RM1.80, cukup untuk tambang bas Metro dari KL ke Shah Alam. Kalau tak silap sayalah, itulah tambang bas masa tu. Kakak tu rupanya pernah belajar di kolej saya juga dulu. Jadi, dia tahulah saya tak bohong sebab dia tahu itulah tambang ke Shah Alam. Jadi, dia bagi. Bukan RM1.80 tapi RM5. Dia juga ajar saya supaya call bank untuk block penggunaan ATM card. 
    Begitulah, dulu orang tolong saya. Sekarang, saya rasa Tuhan nak uji saya, saya pula tolong orang. Semoga kita semua dimasukkan ke dalam syurga firdaus dengan rahmatNya. Amin. 

No comments:

Post a Comment