Perkhidmatan Kami

Perkhidmatan Kami
DEDAUN HIJAU DI ANGIN LALU-MANAF HAMZAH

DEDAUN HIJAU DI ANGIN LALU


Alhamdulillah, ramai yang membeli novel lagenda ini :), dari utara ke selatan.  Ada dari Kedah, Perak, Johor, Selangor, Negeri Sembilan dan Pantai Timur.  Oleh kerana sambutan yang menggalakkan, Nazqim Bookstore telah menambah stok novel Dedaun Hijau di Angin Lalu.  Sila hubungi kami untuk urusan pembelian dan penghantaran. 012-7727567 atau 019-7404567

Tuesday, January 18, 2011

Dah lama

Apa yang dah lama? Dah lama tak pergi taklimat. Pagi tadi saya pergi taklimat PUNB di MPC, Bandar Baru Uda. Rupa-rupanya, lepas taklimat tu, ada sesi menjawab soalan soal selidik keusahawanan. Nak jawab ni, mestilah kena ada kertas soalan dan kertas jawapan kan - semuanya tu kena bayar RM20. Saya memang tak cukup duit time tu. Dengan muka malu-malu, cuba jugak tanya, cuba nasib, " Encik, saya tak cukup duit, bayar guna cek boleh?". Jawapannya, memanglah tak boleh. Saya tak pernahlah bernasib baik, bila peraturan kata tak boleh, tapi bila saya mintak2 or tanya-tanya, jadi boleh. Malu juga, RM20 pun saya tak ada dalam poket. Tapi, cek ada pulak. Janganlah pegawai tu kata saya berlagak. Cek tu memang dah sedia ada dalam purse saya, sebab kalau emergency, boleh guna, sebab saya tak ada ATM card. Maybank tak bagi ATM card untuk company current account walaupun sole proprietor macam saya ni. Apa nak buat, rule is rule.
So, dah tak cukup duit tu, saya pun terpaksalah pergi ke bank kejap. Cari CIMB tak jumpa. Drive jauh ke depan. Ni, dah sama jalan nak balik. Ada jugak aku balik je karang. Tapi, sabar, misi perlu diteruskan. Masuk RHB, keluarkan 50 hengget dan balik semula ke MPC, bayar, ambil borang, jawab soalan. Macam periksa, kena hitamkan jawapan dengan pensel 2B. Ingat senang ke nak buat loan? Itu baru first step, nanti kalau betul-betul nak buat pinjaman, kena buat business planning pulak. Hohoho.....tapi takpe.... a thousand- mile journey begins with one step. Dah jawab soalan tu, baliklah. Kalau rasa perlu buat pinjaman buatlah kertas kerja, dalam hantar dalam masa dua tahun dari tarikh resit yang dikeluarkan hari ni. Emm...banyak masa lagi. Bak kata salah seorang pegawai tu, jangan terburu-buru. Yezzaaa.
Kebulurnya dalam perjalanan balik tu. Nak makan nasi, nak makan kat mana. Alih-alih, singgah McD Seri Alam. Then, bukak kedai. Solat. Arghh...mengantuk. Penat. Stress pun ada dengan ups and down life. Call Kak Ina di KL. Cerita ceriti. Lega sikit. Boleh sambung kerja balik. That's life, bak kata my ex boss. Yes...this is life. It hurts, yet you have to go through it anyway, till the end of your day.

Saturday, October 16, 2010

Tiada Sepertimu



Tajuk: Tiada Sepertimu

Harga: RM24

Penerbit: Kaki Novel

Penulis: Anita Aruszi

Keifli Benjamin dan Zara Melissa… kedua-duanya punya agenda tersendiri ketika diijabkabulkan. Keifli ingin melarikan diri dari kehidupan lampaunya yang ‘kotor’ manakala Zara pula ingin menyelamatkan mamanya. Akhirnya mereka hidup sebagai teman serumah, yang tidak berhutang apa-apa di antara satu sama lain.Hidup bersama Zara tidak pernah mudah buat Keifli. Ada sahaja yang tak kena di mata Zara. Jenuh Keifli menjaga hati isterinya yang tidak boleh disentuh itu.Kalau dah hidup sebumbung, mustahil perasaan masing-masing tidak tercuit. Namun keegoan yang menggunung tinggi mengekang masing-masing meluahkan perasaan yang terbuku.Keifli yang hampir dapat melupakan Intan, kekasih lamanya tergugat dengan kemunculan semula gadis itu. Begitu juga dengan kemunculan semula Rania, rahsia hitamnya yang sering menghantui emosinya. Zara yang tidak berdosa telah menjadi sasaran utama Rania.Keifli penasaran. Sempatkah dia meluahkan perasaannya pada Zara? Sempatkah dia menyelamatkan Zara daripada jatuh ke dalam perangkap Rania? Bolehkan Zara menerima kehidupan lampaunya yang ‘kotor’ itu?

------------------------------------------------------------------------------------------------

Selepas si suami membelikan buku 'Suka Saya Ya, Suka Saya Tidak?', si isteri datang sendiri ke kedai dan membeli buku ini. Katanya buku yang suami dia belikan tu best, dah habis baca dah dalam masa 2 hari saja. Memang tak pelik bagi peminat novel, sanggup bersengkang mata menghabiskan novel, kadang-kadang dalam masa less than 24 hours boleh habis satu buku. Amazing eh?

Friday, October 8, 2010

Suka Saya Ya? Suka Saya Tidak?



Harga: RM19.00

Allah pinjamkan dia buat aku mengenal cinta. Allah temukan dia untuk aku mengenal kaca dan permata. Andai bersua lagi, akan aku kotakan janji padanya. Tetapi benarkah, dialah pilihan hati?
Qisya Amni, gadis manis yang tinggal bersama ayah saudaranya sejak kecil. Walaupun tidak disenangi Mak Long Ainun, namun Pak Long Mukri sangat menyayanginya. Pada mata Qisya Amni itu tertulis cerita. Setiap kali memandang matanya, seakan turut mendengar kisahnya.
Membesarkan anak perempuan bagaikan memiliki harta yang dipinjamkan orang. Sampai waktu dan ketika, harta itu akan dikembalikan. Lalu dia mahu yang terbaik untuk anak saudaranya yang piatu itu. Tetapi bagaimana, jika hati Qisya menulis yang lain.
Kadang-kadang cinta boleh buat seseorang itu sesat. Kadang-kadang pula, cinta boleh buat seseorang mengembara. Dan.. sang pengembara pula, pasti akan bertemu dari mana asal hatinya.

------------------------------------------------------------------------------------------------

Buku terbaru dari Jemari Seni ini, terjual hari ini. Ada lagi satu saja lagi yang tinggal. Apa yang membuatkan saya tertarik untuk menulis entry hari ini adalah sebab pembelinya. Kenapa ya? Sebab pembelinya lelaki?...pelik ke lelaki beli novel? Tak pelik, kawan-kawan saya yang lelaki di luar sana tu pun ramai yang baca novel. Cuma, saya kagum dengan lelaki ini, dia beli bukan untuk dia, bukan juga untuk kekasih, atau tunang, tetapi untuk isteri tersayang. Lagi buat 'touching' tu, sebab isteri dia tak tahu pun dia akan beli buku ni. Dia sendiri datang pun bukanlah sebab nak beli novel, tapi nak laminate sesuatu. Sambil menunggu tu, dia tengok2 novel di atas rak tu, dan bertanya, " kak, dalam banyak-banyak novel ni, yang mana satu best pada akak?, saya nak beli untuk isteri saya". Katanya lagi, isteri dia suka novel. Saya ingat depa ni pasangan pengantin baru, rupanya dah anak tiga. Selalunya, di peringkat ini, suami belikan isteri buku resepi je...ish...tak sesuai....takkan bila dah beranak pinak tak boleh baca novel? Memang ada, yang datang beli untuk isteri, tapi yang isteri dah pesan, atau datang sama-sama, then isteri pilih, suami 'belikan' aka bayarkan. So, saya bagi buku ' Suka Saya Ya? Suka Saya Tidak?' untuk dia tengok sambil mata saya melilau mencari a few other new books yang saya ada. Tak sempat pun nak bagi tengok yang lain, dia dah confirm nak beli yang tu. Thank you. Nice and polite man. Semoga Allah merahmati rumahtangga kalian. Amin.

Wednesday, September 29, 2010

Indahnya Hidup Bersyariat



Tajuk : Indahnya Hidup Bersyariat

Pengarang : Dato' Ismail Kamus & Mohd Azrul Azlen Ab. Hamid

Penerbit : Telaga Biru Sdn Bhd

Harga : RM55.00
Isi buku INDAHNYA HIDUP BERSYARIAT ini merupakan panduan untuk diri sendiri (fardu ain), seisi keluarga, masyarakat dan umat sejagat (fardu kifayah). Ia merangkumi syariat ketika kelahiran, fardu ain kanak-kanak, penekanan pendidikan remaja, hukum-hakam muamalat (jual beli), munakahat (nikah kahwin dan rumah tangga) serta amalan zikir, doa dan adab. Semua ilmu bersumberkan al-Quran dan hadis sahih. Teknik penyampaian buku ini ringkas dan tepat dalam bentuk carta, jadual dan rajah.

Saturday, September 25, 2010

Sidney Sheldon


I have this for rent. Bukan saya punya, tapi belongs to my assistant's mother. (credit to Amazon for the picture)
Nice book. Inspire women to work hard to get what we want.
So friends, keep on dreaming, don't stop believin'.

Friday, September 24, 2010

Dedaun Hijau di Angin Lalu

Karya : Manaf Hamzah

Harga : RM40.00

Terbitan: Pustaka Nasional Pte Ltd

Novel ini memaparkan komplikasi watak manusia yang membawa unsur-unsur percanggahan jiwa seorang doktor muda yang berhati batu dengan seorang wanita yang sentiasa menyerah dan akhirnya mengambil sikap tegas, tetapi ketegasan itu hampir-hampir menjerumuskan dirinya ke dalam jurang kegelapan. Di samping keraguan watak yang mengangkat ciri-ciri simpati dan tipu daya manusia. Umpamanya ibu saudara jatuh cinta kepada anak saudaranya, abang makan adik tirinya, kawan menelan kawan, seorang pemuda jatuh cinta kepada isteri orang dan lain-lain yang berunsur suspense demi suspense.


Sukar untuk saya mengagak cerita ini digarap berdasarkan tahun bila? Berdasarkan dialog yang diguna, seperti di era 40-an/50an, tetapi Malaysia sudah disebut Malaysia, bukan lagi Tanah Melayu ataupun Malaya. Malah, cetakan pertama novel ini adalah pada tahun 1987. Namun, fikiran saya masih juga membayangkan jalan cerita seperti dalam filem Melayu lama, jadi, semuanya hitam putih. Lagipun, sekarang ini, mana ada lagi kampung-kampung Melayu di Singapura, semuanya dah jadi bandar sekarang, dengan rumah pangsa menghiasi perut bumi.

Saya suka baca buku ini, sebab saya rasa dalam menggarap dramatiknya itu, masih ada logiknya, walaupun ini merupakan yang kali keberapa novel yang berkisarkan anak gadis miskin kahwin dengan lelaki kaya. Ada ke kisah sebegini di alam nyata? Buku ini telah dicetak semula mengikut size novel-novel lain di Malaysia, sebab size asalnya besar beberapa inci dari size biasa. Mungkin itu normal size di Singapore. Buku ini juga telah diterbitkan dalam bahasa Indonesia. Saya tengok, dalam website Amazon pun ada...emm...well done.



Thursday, September 2, 2010

Kaum-Kaum Yang Pupus



Tajuk asal : Perished Nations
Penulis asal : Harun Yahya
Website : http://www.harunyahya.com/
Penterjemah : Rozalli Hashim
Penerbit : Saba Islamic Media Sdn.Bhd
Tel : 03-4251 8792/4251 0498
Website : http://www.saba.com.my/
Email : absaba@saba.com.my
ISBN : 983-9384-27-9
Harga : RM25.00








Kak Ila, pelanggan yang juga jiran saya di sini datang mencari buku Kaum-Kaum Yang Pupus ini. Saya memang tidak pernah mendengar pasal buku ini, lalu saya mencari di internet, lalu terjumpa satu blog yang menceritakan perihal buku tersebut. http://bookukita.blogspot.com/2010/03/kaum-kaum-yang-pupus.html. Gambar dan keterangan pasal buku ini, ehsan dari blog tersebut. Terima kasih tuan punya blog, semoga mendapat rahmat dari Allah s.w.t. InsyaAllah, akan saya dapatkan buku ini untuk diri sendiri dan kedai, serta untuk Kak Ila yang telahpun membayar deposit.